6) Westport
Haast
Haast terdiri daripada beberapa penempatan kecil iaitu - bandar Haast dan Haast Junction pada SH 6, dan seterusnya ke bawah sedikit, Haast-Jackson Bay Road di Pantai Haast - penempatan banyak di sepanjang perjalanan ke Jackson Bay, iaitu 48km dari Haast Junction.
Tarikan Haast ini kebanyakannya melibatkan aktiviti di luar seperti - memancing, memburu, mendaki, menjelajah alam semula jadi dengan menggunakan penerbangan atau perkhidmatan jet-bot.
Kawasan ini juga merupakan syurga bagi pemerhati burung seperti Tui, Bellbird, Merpati, silvereye, warbler kelabu, kaka dan kiwi semuanya banyak terletak di kawasan hutan tanah rendah.
Blue Pools Haast Pass
The Haast Pass adalah pintu masuk selatan ke Pantai barat dan perjalanan adalah melalui hutan hujan, tanah lembap, tasik, sungai glasier dan jeram-jeram. Untuk ke Blue Pools ini anda kena menapak sedikit dan melalui hutan di sini. Jangan risau semuanya menjadi laluan pelancong yang sentiasa berkunjung ke sini.
Anda boleh menikmati perjalanan yang menakjubkan di glasier terpanjang di Pantai Barat iaitu tengah-tengah pembentukan ais yang menarik ini. Percutian di sini sangat menarik dan sangat sesuai untuk semua tahap kecergasan dengan berpandukan latihan dengan standard antarabangsa.
Fox Glacier
Fox Glacier menawarkan pengalaman yang lebih bersifat perkampungan dan ia berjiran dengan Franz Josef. Menikmati keindahan glacier terpanjang di Pantai Barat yang berada di tengah tengah pembentukan ais dan sangat menarik. Merupakan destinasi percutian yang sesuai untuk semua aktiviti kecergasan seperti berjalan kaki dan pendakian dengan panduan dan latihan standard antarabangsa.
Di sini ada pelbagai kemudahan termasuk kafe dan restoran, Di sini juga terdapat Bruce Bay (banyak terdapat pokok2 mati) ia berdekatan dengan hutan Rimu Magnificent. Bruce Bay adalah penempatan kecil kekal di sini
dan merupakan satu penempatan hasil peninggalan
emas. Anda boleh berjalan - jalan di
sepanjang pantai ini.
Lake Matheson
Aktiviti Yang Mesti dilakukan adalah berjalan kaki ke Lake Matheson. Terletak 5km barat bandar Fox Glacier. Terkenal kerana ia mencerminkan imej hampir sempurna Aoraki Mt Cook dan Mt Tasman diperairan Lake Matheson ini. Lake Matheson telah terjadi sekitar 14.000 tahun yang lalu.
Tasik ini dipenuhi dengan air yang berwarna gelap.
Tasik kecil ini, (tasik yang tenang) juga dilindungi daripada angin, air berwarna hitam ini selalu sangat memberikan cermin yang sempurna untuk pergunungan diatasnya (ia dapat dilihat terbaik pada waktu matahari terbit dan matahari terbenam). Kawasan ini dihuni oleh kehidupan burung yang banyak dan merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah, berenang dan meredah belukar.
The Lake Matheson Walks telah dianugerahkan Green Flag antarabangsa pada tahun 2014. Anugerah ini mengiktiraf Lake Matheson kerana telah memenuhi kriteria tertentu yang merupakan ruang hijau yang sangat Indah untuk dikunjungi serta ia amat terpelihara warisan alam semulajadinya.
Franz Josef
Franz Josef Glacier diberi nama bersempena Franz Josef I (1830-1916), yang merupakan kerajaan dan menjadi Maharaja Austria dan raja Hungary. Glacier Country ini menawarkan anda sesuatu yang jarang dan berlainan iaitu peluang - peluang untuk mengalami persekitaran glacier yang sangat menarik dengan iklim yang sederhana dan ia berhampiran dengan lebuh raya utama. 140 glacier adalah mengalir dari Alps Selatan.
Perjalanan anda sepanjang Travel di West Coast tidak akan lengkap selagi tidak sampai ke Franz Josef dan Fox glacier. Anda boleh melihat pembentukan ais (yang bentuknya seperti lidah lidah dan sangat banyak) dengan melalui hutan hujan iaitu 270m di atas paras laut. Anda boleh melihat keajaiban pembentukan ais seperti bentuk lidah ini dengan melakukan pendakian dengan panduan dari pendaki profesional tempatan.
Helikopter juga disediakan untuk mereka yang mahukan perkhidmatan penerbangan dan menikmati keindahan dari atas. Untuk anda yang sukakan sesuatu cabaran, boleh juga melakukan SkyDive di sini.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Franz Josef ini, lawati Fanz Josef i-SITE.
117, 547ha Westland / Tai Taman Negara Poutini
Top 5 perlu dilakukan oleh pelancong :
1) Meneroka pemandangan yang menakjubkan di Franz Josef Glacier!
2) Mengalami penerbangan helikopter di sekitar glacier
3) Bersenang-senang dan berendam di Glacier Hot Pools.
4) Ambil peluang ke Lake Mapourika untuk aktiviti berkayak
5) Sekiranya cuaca elok, naiklah ke atas Alex Knob dan duduk serta anda boleh melihat dari atas ke arah Franz Josef keseluruhan dan Alps Selatan.
Skydive Franz menawarkan penerjunan paling tinggi di New Zealand iaitu 18000ft, tetapi anda juga boleh memilih untuk 12000ft atau 15000ft. Apa sahaja yang anda pilih, ia adalah keseronokan dan pengalaman yang sangat menakjubkan untuk melihat landskap Aoraki Mt Cook, glacier, hutan hujan, sungai dan pantai.
Punakaiki
(Pancake Rocks)
Batu ini kelihatan seperti timbunan pancake yang sangat tinggi. Batu seperti juga pancake sebesar gajah-kelabu ini merupakan satu satunya batu kapur di Wild West Coast yang berusia lebih 30 juta tahun.Untuk melihat fenomena batu ini, anda boleh berjalan kaki di laluan pejalan kaki yang tersedia. Trek Jalan diperbuat dari batu batu dan juga adanya jambatan.
Di sini anda boleh melihat keseluruhan pemandangan hamparan air sangat besar yang seperti letupan kuat di celah celah batu di sini. Pancake Rocks dan Blowholes di Punakaiki ini terkenal di dunia dan memang ia betul betul kelihatan seperti lempeng gergasi. 20 min berjalan kaki di landasan yang tersedia untuk ke Dolomite Point memberikan pandangan terbaik untuk melihat pembentukan batu kapur yang sangat lama berusia 30 juta tahun . Pandangan air yang terbaik adalah ketika air pasang - anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di Visitor Centre yang berada betul betul bertentangan pintu masuk Pancake Rock ini.
Terdapat pelbagai tempat penginapan serta makanan dan minuman ditawarkan di Punakaiki. Bandar ini juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara Papaora. The Pororari River Track adanya trek pejalan kaki untuk melihat gaung batu kapur yang menakjubkan. Ada 2 jam atau 3 jam trek yang disediakan untuk peminat aktiviti berjalan kaki di Punakaiki ini ( Anda boleh dapatkan maklumat dari Visitor Centre yang berada bertentangan pintu masuk ke Pancake Rocks)
Ada juga maklumat tentang kraftangan tempatan, galeri koperasi, aktiviti kenu, hidupan liar, trekking kuda, memburu batu permata, meneroka gua dan mendaki.
Hokitika
Hokitika adalah satu bandar kecil yang tenang. Banyak terdapat kedai, galeri dan kafe. Pada tahun 1860-an, penemuan emas di Hokitika dan lebih 800kg (5.6 Juta NZD) emas telah dihantar ke Melbourne bulanan. Muzium Hokitika mempamerkan peralatan perlombongan emas, pemulihan emas, gambar-gambar bersejarah dan audio-visual yang mempamerkan emas dan Greenstone.
Di Pusat Kiwi Nasional anda boleh melihat kiwi dengan lebih dekat. Mereka mula berlari mencari kandang apabila cahaya semakin malap. Boleh lihat Tuatara, ikan dan belut berumur 80 hingga 100 tahun yang diberi makan dua kali setiap hari pada pukul 10 pagi dan tengah hari jam 3 petang.
Hanya 15 minit ke selatan Hokitika, terdapat Treetop Walk yang menyeronokkan terletak di kanopi Rimu purba dan pokok kamahi.
Hokitika Gorge
Ia terletak 33km dari Hokitika. Hokitika Gorge berada di dalam belukar dan airnya sangat cantik kebiruan. Kelihatan airnya secantik seperti juga Blue Pools. Anda boleh meneruskan perjalanan ke Lake Kaniere, atau ke Pantai Barat di mana adanya Treetop Walkway di Tasik Mahinapua dan kemudian boleh kembali ke Hokitika.
Dua tasik yang indah ini terletak berhampiran Hokitika. Ke timur, Lake Kaniere dikelilingi oleh gunung salji dan popular untuk menaiki perahu, luncur air, berkelah, berenang dan berjalan, manakala Lake Mahinapua ke selatan berhampiran Treetop Walk adalah sesuai untuk belayar, berkenu dan berjalan di hutan.
Ross Goldfield
Ia berada 20 minit sahaja di selatan Hokitika dan 90 minit ke utara glacier. Bandar bersejarah Ross terletak di antara Alps Selatan dan pantai. Pada tahun 1909 bandar yang mendapat pengiktirafan disebabkan pencapaiannya dalam penemuan emas terbesar di New Zealand iaitu 2.81kilogram 'Honorable Roddy'. Replika Roddy ada dipamerkan di dalam muzium di Ross Goldfield's information & Heritage Centre.
Di pusat bandar kecil ini adanya Miner's Cottage dan Ross Gaol asal. Bangunan bersejarah ini sangat mengagumkan di mana adanya kedai kedai kraf dan anda boleh menikmati hutan asli di mana terletaknya sejarah pencarian emas satu ketika dulu (di Water Race Walkway).
Greymouth
Terkenal di dunia disebabkan perjalanan keretapinya yang panjang. Tranz Alpine adalah satu perjalanan yang menakjubkan yang melintasi Dataran Canterbury dan Southern Alps melalui jambatan dan terowong ke Greymouth. Ia adalah salah satu daripada banyak cara untuk tiba di pekan terbesar West Coast ini.
Walau dengan apa cara pengangkutan anda ke sini, anda akan tetap dan pasti terpesona dengan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Sebagai bandar terbesar di West Coast, Greymouth ini dikelilingi ladang tenusu, pelancongan dan tarikan warisan aslinya.
Di Greymouth adanya pelabuhan nelayan komersial dan kawasan sukan memancing popular untuk tuna bersirip biru. Adanya bot nelayan dan tempat bersejarah yang lain.
Shantytown
Shantytown berdekat Greymouth selatan, anda Mesti kunjungi Shantytown ini. Terdapat banyak replika bersejarah sejak 1880 lagi. Ia merupakan Bandar emas lengkap dengan kereta api stim yang berfungsi membawa pelancong. Ada juga teater hologram unik yang menceritakan kisah lombong-lombong emas.
Utara Greymouth anda akan menjumpai Blackball. Pekan kecil ini adalah tempat kelahiran New Zealand Parti Buruh. Di Westport pula, Anda Boleh lawati Karamea.