My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 31, 2018

Tips memilih makanan halal, Furano Hokkaido

Sampai saja di Furano, kami check in di penginapan. Lega rasanya bila dah sampai.





Selepas saja mandi dan solat semua. Kami makan ringan dulu bekalan yang ada. Selepas saja Solat Maghrib, baru kami keluar untuk mencari makanan. Datang Hokkaido ni waktu winter macam tulah. Pukul 4 dah pun gelap. Huhuhuhuk sayang sebab siangnya pendek. Baru nak jelajah sekitar sini.








Ingat nak pergi satu tempat special dan romantik tu, dari google map dekat je ni...tapi memandangkan suasana sunyi je, kami cancel. Hanya jalan jalan main snow waktu malam dan terus kami mencari 7E. Kami nak cari Nasi kat sini.


Di penginapan kami kat sini tak boleh cooking, jadi kami nak kena beli Nasi untuk dipanaskan menggunakan microwave. Peti ais ada, mesin basuh ada, cuma kitchen untuk memasak sahaja tak disediakan. Kat Furano ini susah nak mencari makanan atau restoran halal. Untuk pengetahuan korang, kalau nak makan boleh saja beli nasi, onigiri atau pun roti di 7E. Tapi tak semua boleh dimakan. Nasi sahaja yang boleh. Onigiri hanya boleh dimakan jika tak ada pork, chicken dan meat. Kalau berinti Salmon tu bolehla ya.



Ada tulisan begini, roti tu boleh dimakan ya. Ini Halal Japan yang checked on 28/04/2017. 


Contoh yang mana boleh dimakan.


Nasi kepal ni memang cepat je habis kat sini. Bila nak cari yang Salmon ni kekadang dah tak ada. Nasibla...hihihik apa apa pun bawa sajalah dari tempat kita bekalan sikit. Sekurang kurangkan boleh alas perutkan.


Onigiri ni sedap juga tau. Nasi dia kan macam pulut. Nasi kepal ini bila inti Salmon ni sangat sedap. Cik Eja sangat sukakannya.







Ok, berbalik dengan nasi yang kami beli di 7E  ini, kami banyak juga bertanya dengan staff di sini mana halal mana tidak. kami tunjukkan gambar di bawah ini pada mereka.




Alhamdulillah, bila yang ok, mereka kata ok dan boleh dimakan. Sangat friendly diorang ni tau. Tak susah pun walaupun diorang tak boleh berbahasa Inggeris. Tunjuk isyarat2 pun boleh faham ya. Hehehehe....Kalau tak nak bertanya, sediakan Handphone korang dengan application translate. Confirm semua senang boleh baca apa ingredient yang ada pada setiap makanan yang nak dibeli. Tapi lambat juga la kan, Kalau tanya terus senang, tak perlu nak belek satu satu perkataan jepun ni. Hehehehe












Roti ini boleh dimakan ya..kami tak beli pun..sebab kami dah bawah roti gardenia. Senang..anak lapar boleh sapu dengan nutella.

Selepas selesai beli apa yang patut, kami pun balik ke bilik. Oh ya...bila snow ni jalan sangat licin tau. Hahahah semua anak dah merasa jatuh bila berjalan tadi. Semua dah mula berhati hati dan berjalan seperti penguin. Kami sebenarnya dah cari kasut yang tapak tak licin, tapi tetap boleh jatuh ni. Sebelum sampai ke sini, kami dah survey mana nak beli Shoes Covers Spike. Non-slip Snow cleats Anti-Slip Overshoe Studded Ice Traction Shoes Covers Spike ni banyak dijual dalam Lazada, Shopee, Ezbuy dengan harga yang berbeza beza. Korang boleh tengok perbezaan di gambar bawah ni ok.







Cik Eja sebenarnya dah beli tau dari Shopee. Memandangkan kami prepare semua ni kan tak sampai sebulan. Tiket beli pun tak sampai sebulan, jadi bila beli online ni dahla dari oversea...memang tak sempat kami terima parcel item ni masa kami bertolak ke sini. Berapa hari kami sampai Furano barulah adik kata Spike kami ni dah sampai di rumah. Nasibler merasa jatuh sorang sekali. Hahahaha ada juga anak jatuh dua ke 3 kali. Hihihik...macam main main gelongsor pulak kat Furano ni. Gelak gelak la kami sepanjang malam ni bila sorang sorang jatuh.

Orang kat sini nampaknya tak pakai sangat Covers Spike ni. Yelah kan..diorang dah biasa. Tapi kalau nak selamat, beli lah dulu yek!!..Berjalan confident lah sikit tak perlu slow slow macam pingu lagi.


Ok... berbalik kepada cerita kami di Furano ni. Bila kami dah sampai bilik, terus kami panaskan nasi tadi, buka sedikit bahagian hujung cover pack nasi ni..terus masukkan dalam microwave. Nasi akan lembut sangat seperti baru lepas masak je. Bolehlah dimakan dengan sambal yang dibawa dari Malaysia tau.



Waaahhhh enak sekali tuh...bila sejuk sejuk macam ni makan nasi dengan sambal pedas pedas inih....kami beli sambal ni kebetulan ada yang jual masa kat Jalan Tar selepas kami beli kelengkapan di winter shop hari tu. Sedap tau sambal nih...memang ia selalu dibeli untuk dibawa bekal bila travel kata jurujual hari tu. Nak contact tak? Ok...bawah ni ada gambar botol sambal sedap ni. Facebook dia Pondok pondok Brand tau. Bolehla nanti kalau korang nak travel, beli je brand ni.



Ok..nanti bersambung aktiviti kami bermain Ski pula...byeee

Sunday, January 28, 2018

Carian Google yang mengecewakan sempena Happy Anniversary

Hari ini 28 Jan adalah hari Anniversary kami...ermmm katanya cari lah tempat2 menarik kat mana lagi nak celebrate.

Tahun lepas kami raikan Di kg je.. Kek pun special tempah. Tapi tahun ni tak ada kek pun.












Ini tahun lepas..seronok sebab ramai..Tahun ni tak tahu nak ke mana. Nak pi tidoq genting, katanya sana tak siap lagi. Nak pergi Cameran...ermm sepatutnya semalam pergi baru syok. Esok anak dah bersekolah.



Tugas Cik Eja ni kena mencari mana nak pergi. Bila google..ermmm semua menarik. Bila tengok gambar menarik kan?



Hasil Carian Google...


Hasil Carian Google..



Hasil Carian Google..


Jadi kami pun sampai lah sini...Google map jauh juga masuk ke dalam macam hutan je. Tanah Lot Sungai Penchala alamatnya. Biar betul..ok..akhirnya kami sampai.

Tempat memang tersorok..dari google memang cantik tempatnya. Tapi bila kami sampai...ermmm ini jer  tempatnya?.. Korang boleh tengok gambar ni.





Pintu masuk...parking pun kena luar pagar je ya....


Makanan? Ermmm ada NZ lamb.. Seafood Spaghetti Aglio Olio (huhuhuk...)..okjelah..makan sini..Cuma secara jujurnya..dari 10 bintang..Cik Eja bagi 3 bintang la...mungkin malam lebih menarik. Kami takla celebrate macam pasangan baru bercinta. Kami sekadar makan dengan anak anak yang tak duduk diam ni jer.



Tapikan... tempat ni macam dah tak ter jaga jer..surau telekung sangat kotor. Huhuhuk ..len kali celebrate tempat kita dah biasa je la ..macam Laman Grill yang confirm sedap tu...

Just Sharing..takut anda yang nak ke sini kecewa je nanti..

Malamnya kami pi makan Hot Kambing pulak...tak puasla...apa apa pun Hot kambing jugak yang terbaik dikalangan masakan Kambing kambing alam semester ini...hihihi..


Thursday, January 25, 2018

Resepi Ketupat Sotong

Tiba tiba teringat je ketupat sotong ni. Kecur rasa Sebab teringin sangat nak makan. Bertahun jugak tak makan. Kalau dulu ma yang masak2 pernah la awal kawin dulu masak sekali ke dua kali gitulaa..





Memandangkan teringin sangat kali ni..baru pulak beli sotong, Walau pun agak kecil..tapi xperlah kan...boleh juga merasa. Kalau nak buat ketupat sotong ni , pakai sotong yang besar sejengkal lagi elok tau. Sedang sedanglah bila sudah masak. 












Kalau sotong terlalu besar tak sedap. Macam hilang kemanisannya. Lagipun sotong besar ni tebal. Yang ini Cik Eja beli tak sampai sejengkal, Tapi melebihi panjang ibu jari. Bila dah masak jadi cinonet pulak kan?




Ok...ini resepinya.

Ketupat Sotong

- Beras Pulut
- Sotong (badan sahaja - dibasuh bersih
- Halia (sebesar ibu jari) - mayang halus
- 1 sudu kecil Halba
- 2 biji bawang merah (kalau besar) - mayang halus
- garam (secukup rasa)
- gula (secukup rasa)
- santan
- lidi

Beras pulut dibasuh dan sejatkan.
masukan pulut ke dalam sotong. Hanya sedikit ya. tak sampai separuh sotong tau. Jangan banyak sebab nanti bila pulut mengembang sotong pun akan mengembang. Kalau separuh pulutnya, kemungkinan terlalu keras dan sotong boleh pecah.

Bila siap semuanya, boleh direbus sekejap sahaja dengan air yang sedikit sangat. Untuk mengembangkan pulut didalam sotong.

Kemudian bolehla diletakkan santan bersama halia, bawang dan halba.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Ajinomoto (pilihan)
Rasa Ketupat sotong ini sangat sedap, lemak lemak begitu.

Ini resepi asli kami selalu buat. Masa kecil kecil dulu seronoknya kalau ma masak ni. Jarang juga makan. Ia dimakan begitu sahaja ya. SEDAP....Ada juga yang makan bersama nasi. ( tapi kami suka ratah macam tu saja) Dihidangkan dengan nasi pun boleh juga.

** Ada sesetengah resepi masukkan lada hitam, serai dan ada juga gula melaka. Tapi kami tak letak semua tu.

Selamat mencuba!!!


Wednesday, January 24, 2018

Keindahan Perjalanan Ke Furano

Sepanjang perjalanan dari Sapporo Station ke Furano. Bas kami melalui Bibai, Kyorenchohigashi dan seterusnya ada berhenti sekejap di Chashinaicho. Tak tahu kenapa bas berhenti sekejap san di sini.

Apa yang Cik Eja tau, pemandangan sepanjang perjalanan cukup Indah!!!!!...Mata rasa mengantuk tapi tak boleh terlelap. Bas kami juga melalui Naie, Sorachi-Gun-Miyamura, Sunagawa - Tomihira, Higashitakikawa , Akabira - Wakakichominami - Nishibunkyocho .

Jalan antara Higashibunkyocho - Izumimachi dan Hiragishihigashimachi pemandangan sepanjang jalan ini sangat indah. Lawaaaaa bangat sih. Kamera hp Cik Eja asyik kena tekan jer.. pemandangan cantik macam ni tak boleh dilepaskan untuk disimpan sebagai kenangan abadi.

















Kalau naiki kereta pun Cik Eja tak tahu samada boleh berhenti atau tidak untuk mengambil gambar memandangan kiri kanan ni. Sebabnya, macam tak ada tempat boleh park. Semua kiri kanan banyak snow yang tebal. Hanya laluan jalan ini saja yang tak ada snow. Tapi laluan jalan raya sangat licin. Nampaknya bas pun jalan slow saja. Itu sebab Cik Eja sempat ambil gambar kiri kanan dari dalam bas. Gambar pun cukup terang.


Laluan jalan antara Ashibetsu - Horonai, bas kami melalui satu terowong. Nak cerita banyak pun tak best kalau yang membacanya tak nampak gambar kan? Ok, jadi Cik Eja share ajelah gambar sepanjang perjalanan kali ini ya.








Kami sampai di Furano Station dalam pukul 2 lebih. Turun saja dari bas..terlompat lompat dak dak kenit kami. Memandangkan snow sangat tebal di Furano ni.


Semasa di Sapporo snow tak berapa banyak lagi. Jadi kat sini kami memang boleh nampak kegebuan texture snow kat sini. Lembutnyaaaa betullah bak kata orang snow di Hokkaido ini adalah snow terbaik. Macam powder je bila pegang dengan tangan snow kat sini tau.


Kami main snow kat Swiss dulu pun tak selembut kat sini. Alhamdulillah...sampai juga Cik Eja kat sini. tahun 2013 dulu adalah orang Amway share main snow di Hokkaido. Jelesnya masa tu...bestnya diorang. Tapi kena berjaya dulu dalam bisnes baru boleh ke sana.

Walaubagaimana pun, semua orang boleh ke sini. Kumpul je duit, tak kira dari gaji ke, buat part time bisnes ke, semua orang boleh merasai snow terbaik Hokkaido ini tau.










Anak anak dan bapaknya sekali bergambar sakan kat sini. Station Furano ni tak besar pun. Macam bus stop je. Ada teksi yang menunggu di sini. Boleh je bagi alamat mana yang nak pergi pada pemandu teksi, dan mereka akan bawa anda ke sana. Kami naik dua teksi masa ni. Banyak bag dan orang kan...tak muatlah untuk satu teksi saja.

Tak sabar nak ceritakan dan tunjukkan kecantikan snow lagi semasa kami nak sampai di penginapan kami. Nanti pukul 4 petang kat sini dah nak maghrib. Jadi kami kena cepat cepat sebab nanti nak solat kat bilik. Ok...nanti Cik Eja sambung story sepanjang di Furano ya. Aktiviti apa kami kat sini dan bagaimana untuk pergi ke tempat tempat main Ski, Zoo dan ada lagi tau. Kami lama juga kat Furano ni, sebab Cek Ejam kata, snow terbaik kat Furano...kita lelama la sikit lagipun masa datang Sapporo tak banyak mana snow. Main kat sini puas puas ya anak anak...

Ok...nanti Cik Eja sambung lagi. Nak buat aktiviti dalam rumah dan ambil antar anak sekolah pulak tau....

Tuesday, January 23, 2018

Resepi Roti

Lama Cik Eja tak meroti. Ini gara gara permintaan Sang Puteri Sofia la ni. Bertahun dah ni tak sentuh breadmaker nan satu ni. Dulu masa awal awal beli memangla excited kan. Tapi bila dah lama, jadi tukun kayu jelah. Ok..kali ni terbuat roti semula memandangkan anak sorang ni kata selalu makan roti sosej kat sekolah.


Ada juga kawannya selalu bawa roti sosej. Makan roti kawan hari ni mama. Haisssshh mana boleh makan kawan punya. Biasalah, kalau baru tahun 1 ni, macam macam karenah mereka yang kita kena selalu ambil tau. Memandangkan permintaan Sofia, mama buatlah roti sosej juga.



Mama...laparlaaa...Acim bau sedaaap jerrr...nak makan!...Oklah..inilah peneman mama malam tadi.















Roti yang belum di bakar.


Kan best kalau bawa bekal, tak perlulah nak beratur dan berebut beli makanan. Saya letihla mama lepas tu nak makan lagi. Kesian juga dengarnya. Memang kalau tahun satu ni kalau beli di kantin sekolah berasak asak. Hari pertama tu nampak seorang budak lelaki menolak Sofia yang berada di depan. Cik Eja yang nampak sendiri. Nasib baik Sofia ni menyigung sikunya pada budak tu. hahahahah cayalah anak mama sorang ni.



Maka, terjadilah roti sosej dan roti sardin Cik Eja malam tadi. Alhamdulillah, dari 500g tepung gandum banyak juga dapat roti. Ok, Cik Eja Share resepinya ni ya. Banyak cara lagi resepi roti sebenarnya. Cik Eja banyak simpan resepi resepi roti sebelum ini. Tapi ntah hilang ke mana. Itu kena simpan kat sinilah lepas ni kalau jumpa resepi roti bertulis tu. Banyak teknik dan ada resepi mudah ada yang juga perlukan banyak bahan. Ini resepi kali ini ok.


Bahan Doh Roti

- 500g Tepung gandum (boleh juga guna tepung hight protein)
- 250ml air sejuk
- 1 biji telur
- 65g gula
- 75g mentega
- 30g susu tepung
- 1 sudu besar shortening (kalau tak ada, tak letak pun tak apa)
- 1 sudu besar bread improver (kalau tak ada, tak letak tak apa)
- 1 sudu kecil garam
- 11g Yis (1paket)

Masukan bahan bahan cecair dahulu, barulah bahan kering. Garam jangan disekalikan dengan yis. larutkan sekali garam dan bahan basah bersama air. Kemudian  barulah diuli dengan bahan kering. Uli sehingga sebati dan menjadi doh. Cik Eja menggunakan breadmaker Noxxa. Jadi, senang saja, cebur semua yang basah dibahagian bawah akhir sekali baru dimasukkan tepung bersama bahan kering di atas. Ketukkan (hentak) bekas supaya semua bahan sekata.










Senang ada breadmaker...letak je bahan, tinggal je. 


Bolehlah dimasukkan dalam Noxxa untuk diuli menjadi doh. Setelah 30 minit doh boleh dikeluarkan dan dibahagikan kepada 50g untuk dibentuk mengikut roti yang dikehendaki. Boleh dibuat roti sosej dan roti sardin. Topping roti boleh diletakkan sos, mayonis dan juga cheese.



Bila sudah siap..susun dalam loyang, rehatkan dan tunggu doh naik lagi. Sapukan di atas kuning telur supaya lebih berkilat.

Boleh di bakar 180c selama 15minit.

Sambungan Hokkaido next....

Monday, January 22, 2018

Tips mengawal anak sepanjang di Sapporo

3- Dec 2017

Kami bertolak dari rumah selepas Asar. Malam ini kami akan ke Hokkaido...Yipie... Dak dak kenit ni semua sangat happy terutama sekali 'Elsa Sofia'. Hihihik excited je Sofia nak jumpa snow nak jumpa Elsa di pergunungan salji nanti kata dia.

Selepas check in, makan malam dan solat Jamak, kami pun memulakan Kembara kali ini. Naik waktu malam macam ni seronok, sebab anak anak akan tidur saja. Senang hati mama, tak akan ada tangisan atau pergaduhan la jawabnya..legaaaa tau. Lagipun dekat Marrybrown tadi dah dapat pun sorang satu mainan. Perghhh pandaila uolls mengayat papa ek? Dapat habuan masing masing janji nak tidur awal dan duduk diam diam.


Kembara pun bermula...


Dalam 11.20 Malam flight belum lagi bergerak. Ramai juga kali ini mahu ke Sapporo. Tapi seat masih ada yang kosong. Perjalanan mengambil masa dalam 8 jam. Kali ini perjalanan tenang saja sebab semua tidur awal. Pukul 8 pagi 4 Dec 2017 kami pun sampai di New Chitose. Cuaca di sini -3'c . Alhamdulillah... kami terus masuk dan bag kami yang banyak ini tak di cek pun makanan walaupun kami declare pada form kat atas tadi. Nampaknya perjalanan lancar je...kastam sini tak nak cek pun satu bag kami yang dipenuhi makanan penting ni. Syukur alhamdulillah kan. Kami dah sediakan list makanan yang di bawa ni, siap print lagi. 







Welcome To Hokkaido Dak Dak Kenit!!! ZnZ Family holiday...


Makanan kat Sapporo ada yang halal dan boleh dimakan. Cuma kami prepare juga makanan sendiri  takut Dak Dak kenit ni kelaparan maklumla cuaca kan sejuk. Kalau kita berdua je, tak bawa makanan dari Malaysia pun ok je. Kami keluar dengan penuh kegembiraan. Hihihik...kami terus mencari kaunter Mobile Center.




Kalau keluar dari pintu sebelah kanan ya Kaunter untuk menyewa portable wifi di sini. Kaunter tertulis Mobile Wifi Rental. Senang ada ini tau, hp kita tak perlu roaming atau tak perlu membeli simcard baru kat sini. 

Dak dak kenit lagilah kegirangan...wahhhh kita ada wifi nanti???? yipieeee...manyak syiokkk nih ...inilah hari yang paling indah bagi saya ( Damia Sofia kata). Selalu sangat kata camtu kalau happy. Bolehla manjang tengok youtube kartun...haishhh...anak anak...anak anak..

Tujuan Kami menyewa ni bukan apa tau...kat sini banyak juga undang undang, contohnya kita menyewa airbnb semua kan...diorang kata rumah nanti tak boleh bising bising. Jadi dengan ada ni..anak anak takla maaainnn dan bergaduh atau menjerit2 lagi. Selamat lah kami. Pening jugak nak melayan karenah anak ramai ni. Lagi lagi umur sebaya dan tengah lasak nak main ni. Bukan suka duduk diam sangat, aktif je memanjang.

Selepas dapatkan Portable Wifi ini, kami setting semua hp dan android anak. Semua dah mula boleh online. Ok, sebelah saja kaunter ini ada escalator untuk turun ke bawah, dan di bawah terus ada kaunter untuk dapatkan tiket untuk ke Furano. Kami tak beli online tau tiket. Kami naik bas. kat sini pun boleh jika nak menyewa kereta ya.






Kalau Faham...bacalah sendiri ya...Sebenarnya boleh je baca sendiri...kan dah ada application hp sekarang...tapi baik bertanya jelah pada staff kat kaunter ni ya...

Kalau naik train laju pun boleh juga untuk keluar dari Chitose ni. Kami sebenarnya perancangan awal nak naik Bas direct dari Chitose ke Furano. memandangkan bas untuk ke Furano sudah pun habis, kami terpaksa ke Sapporo dahulu. Jadi setelah penerangan jelas dari staff bertugas, terus tak sampai setengah jam, kami dah menaiki bas untuk ke Sapporo Station. Bas murah saja tau. ermmm berapa ya...nanti Cik Eja ceritakan semula. Dak dak kenit kegirangan sebab dapat naik bas. Hihihihikk...tak pernah naik bas katanya. Apa apa jelah korang ni. Yang pastinya mereka akan duduk diam sebab dah ada wifi ni.








Perjalanan kami lancar saja, tak perlu menunggu lama pun. Kat sini kenderaan awam memang ontime saja. Dalam pukul 11 lebih kami pun sampai di hentian S24 iaitu jalan kaki kedepan sedikit dah ada Sapporo Station. Di Sapporo Station ini barulah kami beli menggunakan mesin tiket direct ke Furano. 





Sekejap saja, pukul 11.30 am kami menaiki bas di platform 16 untuk ke Furano. Walaupun perjalanan kami tidak direct dari Airport New Chitose ke Furano, cara ini pun tidaklah mengambil masa yang panjang memandangkan kenderaan di sini semua tepati masa. Penuh atau tak penumpang, mereka akan jalan saja. Lagipun Check in kat Furano pada pukul 4 petang. Jadi tak adalah kami terpaksa menunggu nanti. 

Yipiieeeeee.... naik bas lagi kata anak anak. Lega...akhirnya kami akan ke Furano!!!! Apa yang kami tau....Snow Terbaik kat sini...


Ok..bersambung ya...Nanti ada Masa Cik Eja sambung lagi..nak ambil anak sekolah jap..