My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, September 8, 2016

Cuti hujung Minggu Felda Residence Hot Spring

SALAM KEMBALI...

Kikikikihh..Dah lama tak cuci umah ni...dahla trip Pergi Paris Dan Amsterdam sebelum puasa baru ni  tak update2 pun lagi..tapi takper..kita tulis cuti cuti Malaysia kita ni dulu.

Biasanya hujung minggu memang Kami Akan jalan2...dekat Ada Jauh sikit2 pun Ada...Kali ni Big Boss kata..minggu ni off Dari Buat course...jom kita pergi bercuti!...😱😱😍😍 Girang gumbira jugakla cik kan kita ni Kan...sebabnya seminggu Dia tinggalkan kita urus anak2 sorg2...antar ambik sekolah...makan minum...umah lagi..memang pening jugakla hakak ni tau...cewah...Bila masa lak bahasa diri Hakak ni?kikikih..maklumla Dah bulan ni genap umur keeee🤔🤔🤔???Dah tua lak Dah rasanya kita lah....

Opss berbalik kepada soalan cepu mas tadi Tu....Jom pi jalan bercuti...alaaahhh kita jawab apa?alaaa takyahlaa simpan Je duit Tu ...Tapi..dalam hati ni xtau nak ckp apa..terlonjak2 gumbira..sebab pening dengar diorg duk dlm umah ni nangis la..gaduhla...mcm2 lah...akhirnya kita google2 mana la tempat Kat Malaysia ni kita xpi lagi?Semuaaa Dah pergi tau..asyik2 ajak Cameron..berapa banyak daaa Cameron pergi..Dah hafal Dah semua tempat Dia...Dari utara Ke Selatan...Dari Sabah Ke Sarawak..semua Dah Pi...

Jadi mlm Tu Kami google2 mana lagi tempat menarik...akhirnya jumpa la satu tempat...okla..Abg kata..hutan ni tau?Betul Ke nak pergi?Alaaa xperla kita Dah duk bandar Kan..kita Pi Jalan hutan2 la pulak...terus booking terus esok2 pagi beg semua Dah packing...

Pagi Kami kejutkan anak2 sarapan Dan meneruskan perjalanan. Diorang ni semua bab kata nak tido hotel...bukan main lagi laaaju Je bangun..bab kata nak mandi manda Tu siap set sendiri jam Tu..fuuhh..senang la kerja mama Dia ni..kalau mama kejut gi sekolah bukan maaaain liat tau..kalau papa Dia kejut...Pap!!! Terus Je bangun automatik!perrghhh 😁

Ok..Perjalanan ambil masa dalam 2jam saja...Dari pukul 10lebih Dah sampai 12.30 tengahari...Kami terus register..Dan pergi Cari makan tengahari dulu sebelum check in...


Lepas saja kami check in...relax sekejap, menanti suasana kat luar tu tak panas sangat baru lah kami akan keluar mandi manda. Taaapi, tengok2 anak anak kecil ni dah siap lepak kat kolam dalam umah ni. Hot spring lagi lak tu...uuiihhh panas tak tu? siap dah nak tukar baju mandi ni. heheh dan berendam lah meka meka ni...bila test suam2 jugak la...xsabar sabar lah diorang ni nak mandi. Sebenarnya kolam air panas ni memang ada di setiap villa kat sini. Kawasan pun Luas.. rumah selesa dan besar. Kalau nak datang dengan family ramai2 pun ok jugakla. Cuma, bilik satu saja ni. Bilik air pun satu je, tapi hall nya sangat besar juga ruang dapurnya besar jugak. Kalau ada nak masak2 tu periuk senduk bawa ya..itu semua villa yang kami sewa ni memang tak ada pun. Pinggan, sudu cawan je ada sikit.













Lepas saja kami solat dan nampak suasana luar pun dah redup je, baru la kami keluar. Nanti sy bagitau sewa villa ni dan kos untuk mandi manda tu semua ya. Kalau nak mandi manda saja pun boleh tanpa menginap kat sini. Ok...kami berjalan kaki saja keluar ..tak ada lah jauh sangat pun ...ramai jugak la orang. Tapi tak la seramai dan sesesak seperti Sunway Lagoon @ yang kat melaka tu kan..@ Desa Water Park yang kat kl nun....





Budak kecik ni yang berani naik gelongsor yang perempuan...tiba yang lelaki ni..huuuuh...semua penakutlah..sama lak tu macam mama nya...hihihihikk...nak turun tu bukan main berfikir panjang...budak2 kecik lain naik turun naik turun berapa kali dah gelongsor tu...kita baru sekali..kikiki..seronok jugaklaa..tapi sebenarnya gayat n takut air tu tenggelamkan kita...maklumlah xpandai berenang kan..yang sebenarnya air tu bukan dalam pun, sebab untuk kanak2 je yang ni..Bezanya kat sunway Lagoon n melaka sana ada pelampung kalau kita turun kan? Takla takut pun...yang ni xde..tu yang takut ni..hehehe.





Lepas saja kami mandi kat sini..rasanya tangan pun kecut dah...kami jalan jalan ke air panas pulak. Kali ni untuk rendam kaki saja tau...Kat sini disediakan telur2 satu satu mangkuk. kalau nak makan bolehla beli..satu mangkuk tu ada disediakan kicap sekali. Rendam dalam air panas tu dalam 3 minit akan masak separuhla telur2 ni...eermmm nyuuum nyuum sangat ler sedap dimakan bersama kicap!!! sambil buat rendaman kaki ni kan.. ada kolam yang panas sgt2..dan satu lagi hanya suam2 saja..boleh la lelama sikit nak berendam kaki tu ya.


















Selepas kekenyangan ngan telur semangkuk tu...kami jejalan lagi ke Kolam air panas yang besar pulak...kali ni kami berendam satu badan pulak...perrrghh tenang je badan ni bila berendam air panas ni....besstnyaa...sambil ambik gambar sana sini sinun sikit2.













Selepas puas...dah kecut pun jari jemari ni, kami pun beransur balik bilik lah...dah penat semuanya nampak....lepas mandi...bilas2 relax jap sambil nengok tv..Aiikk? diorng pi berendam kolam air panas kat umah ni pulak???Tapi...uiiih mama...panas laaa...makin panas pulak air ni..tengahari tadi tak panas sangat....oo rupa2nya tengahri tadi suam2 je...makin ke petang n malam dia makin panas air kolam yang kat villa ni....oklaa.xyah la mandi...pi mandi jakuzi lak dalam bilik air ni ya...hihihikkk..apa laagi...bab main2 no satu lah diorg ni tau!...Layan je ler ya....hari diorang ni..asal jangan kacau mama sudah la.


Bila dah malam..sunyyyii je..bunyi burung2..maklumla..dalam pun hutan kan...kami keluar jam 9 malam untuk cari makan. Kat luar kg ni pun Felda ni tak banyak kedai makan bukak tau...satu je yang ada goreng gorengan...bila keluar tu sebelah kanan ke dalam sikit je...kalau straight je ada kedai makan jugak sebelah kanan tapi dia hanya jual burger..mee sup mee Kari ...haaa menu dah ready made gitu je tau...tapi yang kami makan nasi goreng tu Owner pun cakap..kami ni jual nasik2 goreng kg je...alaaaa kg je kan...air pun xde macam2..kami kata xperlaaa..asal boleh makan...yang penting nasi goreng kg dan nasi goreng biasa dia pun dah ccuuuukup sedap tau....Jadi yang rasa nak masak sendiri kat villa tu prepare je la ya apa2 yang nak masak tu...lagi lagi kalau pergi satu family yang besar...masak berjemaah ni pun lagi seronok tau!. Buat pulak BBQ malam2...sambil makan2..dengar kicauan burung2 waktu malam...sambil lak tu berendam di kolam air panas...memang syioklaaa tau!...

okla...Dah malam kami pun beradu yeee..GooD Night!!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi esoknya...Tadaaaa...wahhh seronok je pagi2 udara sejuk...nyaman....tenang....pokok2 yang redup....Indah nya suasana begini....kejutkan anak2 untuk sarapan...U all jangan mandi dulu la...lambat..kami dah mandi leerr...Jom Pi sarapan dulu...bila Sarapan..ooh ya..Nasi Lemak dia very very The Best la...Menu boleh tahan la semuanya....memang tak mengecewakan....Lepas saja abis sarapan...kami Lepak2 lagi kat umah..Sambil layan Tv..Lama betul xmelayan Tv ni tau..drama2 kat tv pun dah tak tau apa sekarang..kami layan Ustaz Korea Jiran sebelah?Rasanya macam tu lah ceritanya..Best jugak ek? Kisah budak2 jugakla hehehe..Teringat masa zaman sekolah2 dulu pulak..hahahaha...Kami Layan drama ni sambil yang kecik bertiga tu pergi berendam lagi kat kolam air panas di luar...haissshh berendam la u all sampai kecut,....Abis je Drama ni baru lah kami keluar..ngam ngam pulak tu pukul 12 tengahari...oklah...Selamat Tinggal Villa 3..nanti lain kali kami datang lagi yek!!!....





Bila kami checkout...anak2 dah pun standby dengan baju mandi semua. kami dah tak nak la mandi...malas dah nak tukar2 baju kat toilet nanti....Sampai pukul 2 petang jugak la mandi ni..dah rentung nampak masing2..ayoooo..pekena sat Ais Krim ni..lepas tu bersiap2 Mandi untuk balik...sebenarnya sekali bayar semalam,  hari ni pun boleh mandi sampai pukul 7....Tapi tak per...dah puas kan? So balik je la...esok dah sekolah....





Balik2 je...sampai kl kami pekena Ayam Golek Nara...sekarang ni nama dia Ayam Golek 5 Bintang...Omputih pun datang beli satu Mpv gi beli Ayam ni...Hahaha mesti dia sukakan Rasa ayam Special ni kan....





Oklah Habis entry Jenjalan Cuti Cuti Malaysia kami kali ini..Cuti Cuti Weekend kami...Next kena start Balik story..kenangan2 kami ke Sabah, Paris ..n Amsterdam yang Tergendala tu....

Daaaaaa!!!

Cuti hujung Minggu Pulau Perhentian

Salam....

Entry kali ni berkaitan Cuti cuti Malaysia kami lagi. Cuti sekolah bulan September sudah pun bermula. Apa lagi...Selepas saja Majlis akikah Ziqri Ashim di Muar, keesokan harinya kami pun balik ke Kg Nekma pula. Kali ni kami tak kan lepaskan peluang untuk makan Roti Canai TERBAIK abad ini..yeaaayyy....Banyak kali dah tak dapat makan kat sini...





Roti canai ni nak habaq mai....meeemang tak pernah lagi jumpa di tempat lain...kelembutan dia...kegebuan dia....perrgghhh...memang la sedap sehingga menjilat jari. Memang berbakat betul owner gerai roti canai ni. Secret Resepi tuh....Kalau kat tempat lain, baru siap tu ranggup la...bila lama sikit jadi keras la...rapuh sangat la...kering kontang gitu..tapi yang ni, berbeza sangat sebab dia lembuuut gemalai gitu...memangla kami tersangat suka!!! alaaa...bukan kita je suka...orang Muar sebelah kita ni pun asyik teringat ingatkan roti canai special ni tau....percaya tak?



Haaaaa..ni buktinya...tengookk ttuu...tangan siapa ek??hahahah tak cukup dua maaaa...3 round sekali ngap...yeaaahh...kalau bukak kedai kat kl, roti canai selembut gemalai n kuah yg meletups macam ni....haaahh engkau confirm sup sap sup sap je abis liccciiinn...percayalah!!!


Selepas selesai sarapan ni, kami berdezup ke satu rumah mak sedara yang akan mengadakan Majlis kawin....bila sampai je..tolong sikit2...Big boss kita ni dah lama dari tahun lepas lagi ajak bercuti ke satu pulau yang tak pernah kami sampai lagi...iaitu Pulau Perhentian...Akibat keboringan kat umah tu...dia tertidur dengan nyenyaknyaa...kesian pulak nampak dia boring camtu...

Ermmm memandangkan orang pun tak ramai kat rumah ni, bila tengok dia sampai tertidur keboringan....lastnyaaa...ok laa...oklaa jom kita pergi...hahahah happy tul la muka boss kita nih...nak berjalan ajer kerjanya....kita bukan apa la...hari panas membakar sangat nii..kalau ke pulau mesti la Ai ni rentung pulak...huuuhh...suka memangla suka jalan kan....sape yang tak suka...

Apa lagi...kita setuju je..terus dia start enjin kereta...Jom!!!...bermula la episod jenjalan cuti cuti Malaysia kami kali ini. Port pertama kami adalah tempat biasa iaitu makan ikan celup tepung di Penarik.........kat sini ikan , udang, sotong fresh dan manis gitu. Minum Petang kami ni.




Selesai saja 'sarapan petang' (org Muor panggil) ni kami zuuuppp ke Besut. Memandangkan dah sangat lewat dan maghrib, kami cari tempat menginap dulu iaitu di Villa Anggerik ni. Makan malam dekat gerai sini dan kami pun tidur. Esok pagi barulah kita ke Pulau...













Alhamdulillah adanya chalet ni....boleh tumpang berteduh malam ni....Kalau ikutkan cuti macam ni mana la ada kosong lagi kan....



Goodnite!!!!


_______________________________________________________________________________________


Keesokan paginya, kami terus saja checkout dan sarapan di satu restoran yang sangat ramai manusia kat sini. Semua ni memang nak ke pulau yang sama agaknya. Alahai..ada ke tiket agaknya ya?Time cuti macam ni rasanya ada tak? maklumla kami kan suka terjah dan redah saja kan?Hahahaha...

Ok, selesai makan ni...kami ke satu kaunter, tiket ke pulau memang ada, cuma Hotel malam ni ada ke idok? Kalau tak bermalam tak best la kan. Sekejap sangat mana puas kat pulau ni...Alang alang datang paling kurang 3 hari baru la best. Sebenarnya kami search semalam semua hotel tak ada dah tau. Booking online tak ada...google pun penuh hotel kat pulau ni. Tapi, nak di jadikan cerita...rezeki, melalui kaunter agen ni Hotel memang masih banyak kosong. Abg cakap...errmmm diorang ni yang dah memang book tau awal awal hotel @ resort kat pulau  terlebih dahulu. Jadi bila kita call direct Hotel memangla diorang kata full.



















Kita ambil gambar ni semua kot kot la kan..ada yang sedang mencari destinasi Nak bercuti ke Pulau...dapat la gambaran sikit sikit...










Okeh!...Settle saja semua, kami pun naik boat Laju ke Pulau....yeaaayy...mandi manda lagi kita kali ni.





 Awal juga kami sampai dalam pukul 11 pagi 16 September 2016. Waaahhh air dia jernihnyaaa...macam Pulau Tioman jugakla. Kami terus saja Check in di Shari-La Island Resort ni. Ada orang tu tersenyum puas hati sebab berjaya juga redah kami ke Pulau ni tanpa booking awal awal. Rezeki tu namanya syukur alhamdulillah. Dapat pulak chalet cantik je...selesa dan besar gitu. Bila cari online tak jumpa la pulak kan?...errm...dah tau dah tektik diorang ni...



Kami baru sampai...terus nampak Shari La Resort ni...dekat jee dengan jeti..






Tanda senyuman kepuasan!!!


Lepas saja tukar baju semua anak anak girang ni, kami turun makan tengahari dulu kat gerai tepi laut. Erm...sedap juga la masakan diorang ni. Budak ni semua tak nak makan dek kerana happy nak mandi laut...ermmm kena paksa la baaru nak makan.


Tengok tu...nampak pasir je terus nak main...tak ingat nak makan dah ni.....

 Nampak semua dah kenyang....Are u Ready???? Kami pun pi kat satu meja sorang kakak tu jaga untuk package snorkeling Trip. Kami ambil package Short Trip iaitu Coral Point, Shark Point dan Turtle Point.



Sape nak ke Pulau Perhentian ni...nak Outing kat sini..boleh call saja no tertera kat gambar ni ya...



Semua info ada....bersama model kami....hehehehe adik Achim...



Semua harga ini berdasarkan tarikh 16 sept 2016 ya....kalau 10 tahun akan datang tak tahula harga ni mungkin akan berubah....




Jommmm..lets go anak anak!!!


Okeeehh...jomm....cantiknya air kat sini....uiiihhh..memang best..dah tak rasa matahari kat atas ni....dah bertukar sejuk je. Bila sampai kat Shark Point...uiihh masing masing macam takut je nak turun..hahaha...omputih couple dah pun terjun...lamaaa sikit baru kami turun...haaaa...abg dah nampak shark lalu bahagian bawah dasar. Couple omputih tu jugak nampak dan sorang chinese lelaki pun nampak.....sib baik ai tak nampak...kalau nampak bedesup dah naik boat balik kita ni...hahaha takut sebab tak pandai berenang laa..harap pelampung ni je.



Shark Point...


Pemandu bot ni cakap...kalau betul betul musim Shark ni...makanan diberi dan shark akan melompat untuk dapatkan makanan...semua pelancong akan berteriak dan ada yang suka sebab dapat melihat Shark lebih dekat. Kira macam persembahan Shark kat situ la kan. Tapi kali ni, musim ni Shark tak ada sangat kat sini. Okay la...kita tuju ke Turtle point pulak. Kali ni sampai saja terus kami turun...nak sangat tengok Turtle depan mata kan...kalau dapat touch lagi best. Kat sini memang kami jumpa la penyu tengah berenang renang. dari bawah dia naik sekejap macam bernafas ambil oksigen pulak di permukaan air laut ni..Yeeeaaaayyy semua orang bersorak bila nampak kelibat Penyu ni tau...errrrmmm tak dapat peganglaa...ada tu orang putih dan chinese laju berenang boleh la dia dekat dengan penyu ni...kita boleh pandang saja la...cukup la kan...satu pengalaman yang sangat menarik ni...sebab sepanjang ke pulau pulau lain tak pernah lagi jumpa dengan penyu.



Dia naik...macam nak bernafas sedut oksigen jee....




Lepas tu dia turun balik....


Selesai saja snorkeling ni kami pun balik ke pulau. Budak kecik ni semua macam tak puas puas lagi nampaknya. Minta lepak tepi pantai lagi untuk mandi. Kat tepi pantai ni banyak sangat batu, sakit kaki kami. Tapi tak pelah...layan sajala kita. Diorang ni kan bercuti. Nak main pasir buat istana katanya...ok laa.... mama layanzzz je siap ambilkan gambar lagi. Aikk?? ada dua memerhati tuu...seksi meksi semua diorang kat sini laa...








Dah nak maghrib ni...kami pun beransur masuk bilik. Dah mandi bersih semua..terbaring tengok tv sambil makan jajan...roti roti. Tetiba...selesai solat Isyak..aik??? Semua terbongkang...ayooo keletihan nampak...Tapi Big Daddy u all mana bleh tak makan nasi...

Abg: Jom la kita turun...lapar nii...
Ai: Camne nak makan?Si kecik semua ni?..Nak kejut confirm mengamuk semua ni tau...
Abg: Tak perr..kita bawa kunci satu...ni tidur sampai pagi baru bangun ni...
Ai: Okehlaa...jommm...

Maka bermula la Candy Light Dinner kami malam ni ....hehehe mana nak dapat dinner berdua dengan aman sekarang ni...Ini sajalah peluang yang ada...Best jugak ek...

Kami cari semua gerai sudah penuh dengan manusia..ishhh mesti lambat siap ni kan...last sekali baru la kami jumpa gerai ke3 yang tepi pantai ni juga. Nampak pulak lobster...abg kata nak ke?tengok harga...wahh murahnyaaa...ambil jugak la sekor..dia bakar...errrmmm manis je isinya...fresh lagi pulak tu....nyummmnyummm...



Besar kan? Tak silap RM80 saja seekor ni tau!!! Percaya tak??Haaaa...bleh la cuba sesiapa nak mai Pulau Perhentian nanti...







Ini memang Candy light Dinner betul2 tepi air punya beberapa jengkal saja air laut ni....errm...terbaiklaa percutian kali ini...



Selesai saja makan kami pun tidur saja la....tengok diorang ni lasak bukan main atas katil ni...ok...Goodnight...kami nak beraduuu....
_________________________________________________________________________________



Keesokan paginya..17 September 2016

Bangun saja pagi...waaahhh udara bestnyaaa sejuk je...fressshh jeee...semua tak mandi lagi nampak ni...jommm sarapan dulu. Resort memang menyediakan sarapan pagi.






Semua muka tak mandi nii...



Semua manja...semua nak kena suap suap baaarula makan...




Apala yang duk perhatikan sangat tu Mieya??hahahahaha

Kami biasanya cari port makan mesti jauh sikit dari orang...kat dalam lagi menarik ..kat tingkat atas pun boleh nampak pemandangan cantik...tapi tak boleh sebab diorang ni selalui bising..main main..lari ke...tak nak nanti kacau orang lain pula. Tak apa..kita Out Door sikit sarapan sini.

 Bila semua dah kenyang..bincang punya bincang...bot kita petang tau...Big Boss kata......errmmm why not kita snorkeling lagi nak? Alamaaakkk Ai yang tak berapa nak putih ni... hitam lagi la hari ni...ok la..ok laaa...(sebenarnya memang suka pun..ahakssss)....nak pi pulau mana pulak ni? Abg kata..jom kita pi Rawa Island pulak.

Bila kami pergi tanya kakak semalam, semua bot dah penuh ni. Ermmm...kami tanya lagi kaunter lain. Abang tu cakap, petang baru la ada. Kami nak balik petang ni..tak boleh la petang kan. Laamaaa jugak kami lepak situ dengan kanak kanak riang ni mandi tepi pantai. Tetiba abg tadi..jom Saya ada bot ni... Saya bawakan ke sana. Haaahh??terkejut kami...heheheh girang gumbira la dak dak kenit ni semua. Sebenarnya kami dapat tau Pulau Rawa ni banyak ikan...tu sebab teringin nak pergi.



Kami duduk saja sini lepas semua kata pagi ni bot penuh.....Baik hati tul Abe snorkeling centre nii...



Ni la Abe Snorkeling Centre tadi



Memandangkan rezeki kami..dapat juga ke Rawa Island ni....kita Promote ciked....




Harga harga untuk snorkeling kat sini ya....

Sampai saja Pulau Rawa ni, terus kami terjun snorkeling. Memang banyak ikan...ada warni warni lagi...semua berkerumun saja nak makan roti roti kami ni...ada tu ikan tergigit jari sebab ingatkan roti...aduuhhh...hahahaha....silap laaa...kami tak ada camera water proof untuk ambil gambar dari dalam air. Silap jugak tak pergi mnyewa masa kat pantai tadi. Memang ada package nak sewa kamera ni. Lain kali memang kena beli sendiri dah ni. Tak syok pulak tak ada gambar dalam air ni.



Kami baru saja sampai...Rawa Island!!!




Papa excited lerr tuuu..



Tak sabar sabar si zharfan nak tengok ikan...kesukaan dia le tuuu..




Kata anak...dia pun sama jerrr...nak pegang rasanya ikan ikan nih!!!










Tengokla tuuu..ada sampai tergigit tau jari kita nih,....auccchhh sakitla!!! tajam betul gigi si ikan comey nih!


Bezanya Pulau Perhentian dengan Pulau Tioman...Pulau Tioman Coral dia banyak.....dasar laut dia pula laaagi bewarna warni...ikan ikan pun sangat colourful, rumpai dan dasar laut sangat sangat dan tersangat cantik. Terumbu karang kat sini tak berapa banyak...dan dasar laut dia tak berapa colourful sangat...Jadi....Outing kat Pulau Tioman memang sangat The Best....Specialnya Pulau Perhentian ni...kita dapat jumpa Penyu...dapat jumpa Shark...dapat makan Lobster murah...ini semua pandangan Ai saja ya.....dari pengalaman la.

Ok...selesai snorkeling sini...dah puas...tangan dah kecut dan muka dah rentung masing masing nampaknya. Bot pun sampai nak bawa kami balik...Baaiii Pulau Rawa.....


Laju betul bot ni. Bot kecil saja...tapi kepuasan kali ni...errrmmm..memang best dan syukur alhamdulillah...semua selamat.

Sampai Resort, kami mandi manda..tukar baju solat dan makan tengahari kat gerai berdekatan. Cukup masa pukul 4 petang, kami pun beransur meninggalkan Pulau Perhentian...

Sedikit gambar kenangan ZNZ family di Pulau Perhentian ni...Serius..pemandangan cukup cantik dari Resort ini...Biliknya yang selesa dan besar....


























Ruang dalam bilik kami...



Pandangan ke bawah...



Kat sini ada sunset point tau....silap pulak tak shoot gambar masa tu ...



Rawa Island



Pulau Perhentian






Pandangan dari bot kami yang balik dar Pulau Rawa....




Pandangan dari Resort kami...







Sukaaaa sangat dengan pemandangan ni..dua gambar yang sama tapi colour berbeza...indahnya dikau Perhentian...


Goodbyeee Perhentian.....mungkin boleh kami datang lagi sini next..kalau dah kehabisan tempat nak jalan...errmmm Pulau mana lagi tak pernah pergi ek???Rasanya semua dah pergi...
Pulau Sibu dekat Melalui Johor sana...
Pulau Tioman,
Pulau Kapas,
Pulau Redang,
Pulau Pangkor ( ini lagi la dah berkali kali..Suka bebenor big boss ni ke sini- Ai follow ajee),
Pulau Langkawi (Pulau jugak kan?)hehehe
Pulau Pinang (hahahah)
Pulau Manukan...
Pulauuuu....ermmm pulau apa lagi ek? ada yang lupa ke ni...errmm..
Pulau Sipadan je TAK PERNAH SAMPAI lagi....jauh sangat dan bukan bahaya ke? Tapi dengar orang kata cantik sangat kat sini...

Okay laa....lain kali Kalau Big Boss ada planning apa2 untuk destinasi Terjah menterjah....Ai follow ajeeee...

Daaaa