My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, May 14, 2019

Ketupat Sotong






Ketupat Sotong salah satu Menu kesukaan Cik Eja. Bila dah makan ni, memang tak nak pandang nasi  rasa dia tau. Ia sangat sedap dengan rasa lemak dan manis gitu. Ada yang kata, cuci kulitnya sampai putih baru cantik. Ok, sebenarnya Kalau dah bersih putih suci murni je nampak kan? Hilanglah kemanisan Sotong ni. Ketupat Sotong ber maksud, ada pulut didalamnya. 

Nak resepi ini boleh klik DI SINI ya. Cik Eja dah pernah share resepi ni dulu. Buat lauk Ini pun atas permintaan princess. Katanya teringinnya nak makan Sotong yang ada nasi dalam tu mama. Heheheh ..ok, kebetulan pula memang ada beli banyak dan murah pula tu Sotong ni. Harganya hanya RM15 sekilo lebih ( dekat 2 kilo juga tu).

Sotong pula fresh dan baru keluar dari bot Nelayan. Perghhh heaven rasa Cik Eja makan sambil hirup kuahnya tu... bagi yang tak pernah makan boleh la cuba ya.. Resepinya mudah saja nak ikut. Boleh Klik SINI tau resepinya.









Setelah dimasukkan pulut, kena cucuk ( tutup) dengan lidi supaya pulut itu mengembang di dalam sotong dan tidak terkeluor. Pastikan letak pulut sedikit aje ya. Jangan sampai separuh badan Sotong ni, nanti tak berapa masak dan akan terkeluar sehingga  menyebabkan Sotong pecah.








1 comment:

  1. Kat mana ni sotong murah betul...mmg nampak fresh je sotong tu ha...sedapnya..akak suka version kuah putih macam ni

    ReplyDelete