My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, June 8, 2010

Kelas Make up

Kelas Make-up, dan Skin care. di Melaka....untuk sesiapa yang mahukan pendapatan sampingan..Yang Terdekat kelas pada 26hb Jun 2010 di Selangor.Ingin menjadikan profesion sebagai Beauty Consultant? Boleh...anda perlu mendalami segala teknik-teknik bermula dengan mengenali kulit wajah, skin care yang sesuai untuk semua kulit wajah...cara urutan2 muka..dan segala-galanya akan didedahkan kepada anda sekiranya berminat.Kami menggalakkan lagi anda untuk mengadakan kursus2 atau kelas seperti ini juga.





Monday, June 7, 2010

Taiwan 2007

Taiwan adalah kampung cik abg kita....(ibarat je)heheh..jenjalan bawa anak pertama ke sini...Kami bercuti ke sini selepas baby berusia 6 bulan. Orang kata gegendang telinga baby tak kuat, jadi kami tak berani untuk bawa semasa dia masih kecil. Alhamdulillah..sepanjang perjalanan ke Taiwan ini dia hanya tidur saja dan tak langsung menangis.

Bila saja mendarat cepat cepat Ai susukan dia supaya tidak terasa sangat. Senang saja bawa baby Batrisyia kami ni berjalan sebab dia pun memang tak kuat menangis.







Kami menaiki train untuk ke Danshui ini. Banyak sangat permainan kat sini. Apa lagi...kami pun dah macam anak kecik je maaain untuk dapatkan toys kat dalam..Banyak jugak yang dapat tau. Best sangat sebab macam senang je untuk menang...ngeh ngeh ..ngeh...


.

Selepas saja kepenatan...kami pekena ais krim ni sekejap. Satu saja pun dah cukup untuk kami berdua. Baby tak boleh makan tau..tengok aje cukup ya. Memang terkenal Ais krim panjang ni kat sini.



Banyak kat sini permainan yang menarik hati. Nasib baik la baby Batrisyia ni masih kecil dan tak pandai meminta minta lagi. Kalau dah besar pandai nak mainan saja rasanya haru jugak bawak ketempat macam ni kan?

Selepas kami ke Danshui...kami jalan jalan pula ke sini iaitu  Menara Taipei IOI...kira inilah menara popular kat Taiwan ini. Barangan branded semua ada di sini. Sedia kan duit saja untuk shopping ok!. Menara ini ibarat sama la seperti KLCC kat tempat kita tau. Ramai juga muda mudi lepak di sini.






Hari berikutnya kami ke sini iaitu terletak di utara Taiwan. Setakat ni kami jelajah di sekitar Bandar Taiwan dan Utara sahaja. Bahagian Selatan Taiwan mungkin next time kalau diberikan kesempatan dan keizinan dari-Nya kami akan sampai juga...tungggguuu.....