My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, October 27, 2016

Melancong ke Amsterdam

HAiiiiiii....

Tiba la masa yang ditunggu tunggu kisah percutian kali ini di Amsterdam. Okeeehhh...kami sampai pagi kat sini di Amsterdam Sloterdijk iaitu bertarikh 2 June 2016. Kat sini stesen bas tak ada tau. Dia main berhenti tepi jalan saja. Kesian pulak nengok orang kat sini tak ada stesen bas khas ke???

Kami pun masuk dalam stesen ni untuk beli roti dan minum sikit. Lapau ler perut ni. Lepas saja sarapan sikit ni, kami ke kaunter tiket Tram. Ambil Tram untuk ke hotel kami nanti. Kami beli kad untuk 3 hari kat sini. Ada exchange tram jugak untuk sampai ke hotel kami ni. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan sorang kakak Indonesia kat sini, kami berjaya sampai ke hotel. Siap bertukar handphone no lagi kami. Mana la tau kan...nak bertanya senang sikit kat sini. Maklumlaaa..kita bukan under agensi mana2. Semua jalan sendiri je ni. Kan senang ada contact macam ni...boleh ber whatsapp whatsapp nanti.

Sampai saja kat hotel, ada disediakan breakfast sikit. Kami minum lagi sekali sekali makan roti sikit.









 





Selesai sarapan ni kami pun diberikan kunci bilik. Waktu pagi macam ni kat sini tak sesejuk kat Paris tau. Bila sampai saja bilik, kami mandi dan berehat sekejap.

Habis je hilang penat ni, kami pun bersiap siap untuk keluar. Apa lagi?? Cari makan tengahari dulu lorrrr...cik Abe kita ni mana boleh lapaq...opsss..hehehe... kalau kita makan pagi tadi macam masih kenyang lagi. Tak apalaaa...layan je..dia nak cari nasik lemak tau....hahaha...amacam? rasanya kami jumpa tak nasi lemak kat sini?

Jengg...

jenggg..

    jengggg.....

Inilah nasi Lemak Amsterdam ni....




Di Seventeenth Century Canal Ring...kami jumpa  restoran nasi Lemak ni...Orang Malaysia punya ...sedap jugak..pedas pedas gitu. lamanya tak pekena nasi Lemak kan?...errrmmm...itula yang dirindui rakyat Malaysia..kalau melancong2 ni kan. Kami ambil lauk ikan besalut tepung...sambal sambal extra dia memang sedap...eermmm yummm yumm...

Lepas saja kekenyangan...kami jalan jalan sekitar Seventeenth Canal Ring ni...ambil gambar di pesisir air ni...sambil melihat persekitaran sini yang dipenuhi dengan basikal kiri kanan pesisir ni banyaknya basikal tersadai...siapa punya la agaknya ni...majoriti orang sini naik basikal macam ni. Yang berjalan kaki juga ramai.







Kami jalan jalan tanpa apa plan pun tau...melalui Red Light District banyak cafe kat sini ada cafe Poco Loco, ada jualan bunga bunga...adanya Albert Heijn (kalau nak beli buah buahan..air..atau keperluan harian banyak dijual kat market ni).










Haaaa..nak cerita lagi...hihihikk...kami tak tau pulak kat sini adanya free show tau....hahahaha...alaaaa...yang adanya Sex Palace tuuu...ayooooo kiri kanan ada oooo...kita dah la pakai tudung. Ada kawan bercerita...nasib baik diorang tak teriak haram haram tau...sebab u pergi lalu situ pakai tudung lak tu.. Iya ke??? arrgghhh kita tak tau la pulak kan? Kita ni main lalu je...tau jelah kitaorang ni kan main belasah je bila jenjalan ni....nak tengok suasana tempat tempat kat sini kan.

Issshhhh ada pulak tayangan free pulak tu...hehehe...tapi bukan tanpa seurat benang tau....semua pakai bikini ke...baju tidur kee...pandai pulak nak tutup. Yang ada tu seksi meksi sangat la. ayoooo abg...jom keluar...abg gelak je laaaa..hahahah aje dia bila terpandang jer.....dalam ramai2 tu..ada sorg dua je la badan solid dan comel sikit...yang lain...errrrrmmmm memang out laaa...

Kami nak keluar pun tetap kena lalu laluan itu semua....kiri kanan ada pulak tu...tapi siang tak seramai berbanding malam (kawan la cakap macamtu). Okeeyyy..selesai cuci mata (huhuhukkk) tak nak pun cuci mata ni...'terlalu' je situ..sebab masa kami lepak2 tengok jualan2 tadi nampak satu laluan tu penuuuhh orang masuk....jom kita ikut diorang nak?....hahah..tadi ingatkan tempat femes apa....rupanya ada benda alah ni...fuuuhhh.....bahaya bahaya...

Seterusnya kami jalan jalan ke Dam Square pulak. kat sini pun ramai orang...pelancong jugak duk lepak lepak. Terasa seperti kat Duomo Milan pulak kat sini. Kat sini ada Madame Tussaud juga. Tapi kami tak masuklah, dah pernah masuk kan? Kat London tahun lepas...Sama je laa....mesti patung patung je pun dalam tu. Sambil lepak, kami bergambar kenangan sikit kat sini.










Kami meneruskan perjalanan kaki ini ke Nieuwe Zijde ...kawasan ini banyak butik butik terkenal untuk sesiapa yang minat shopping. Tak beli sangat dah, jejalan je kami kat sini. Tapi masuk jugakla Adidas. Ada TOPMAN, ada satu Butik Vintage...iaitu jualan handbag branded macam Chanel, Hermes, LV dan ada lagi branded yang lain. Udah lerr...kita nengok je kan....bukan nak beli lagi dah kat sini....nak jalan kenal Amsterdam je kali ni. Tak ada niat nak 'shopping mopping' langsung dah.






Kat sini bila lepak lepak terjumpa 3 orang Malaysia kita...borak borak jugakla dengan diorang ni. hehehe dah bertukar contact jugak. Mana tau kan, boleh dapat kan info untuk percutian yang lain pulak nanti. Tak rugi kita ramai kawan yang suka melancong ni.



Ok...... kami ke Rembrandt Square pulak......tak ada apa apa planing pun..sesaja pusing2 Bandar Besar ni..nak tengok apa yang ada menarik hati ke. Asalnya datang Amsterdam ni nak ke Keukenhof, Holland. Tapi dah bulan June..mana ler ada lagi kan. Bukan Spring daaa...memang uwaaaaa jugek la kita ni tau...sedih la tak leh jumpa Tulips datang sini. Tak apa la kita pusing pusing bandar dah lerrr...









Lepas penat jalan...relax jap sambil nengok diorang ni siap baring baring lagi kat sini.hahaha siap ada yang bukak baju lagi tu...suka sangat diorang dengan cahaya matahari kan?.Kesian diorang kat sini tak ada pantai nak lepak lepak. Tengah town macam ni la diorang beriadah.

Sambil usha sana sini, kami terjumpa satu restoran Indonesia tau. Asalnya plan nak jugak merasa makan kat sini. Nampak sangat exclusive, tapi.....bila kami nampak menu....ada Pork????? arrghhhh memang cancel terus laaa...jadi belum tentu ayamnya halal kan? Entah la, kalau was was tu baik batalkan saja niat nak makan kat situ.







Lepas saja pent pusing pusing kami pun naik tram untuk balik ke hotel. Waktu pun makin petang. Balik solat dan mandi. Malam saja kami keluar jalan untuk cari makan pulak. Tadi siang kami ada jumpa restoran halal banyak jugak kat sini.

Lepas saja makan malam, Kami tidur saja sebab esoknya ada destinasi lain yang nak dituju.

_________________________________________________________________________________

3 Jun 2016

Keesokan paginya Ai ler orang paling excited. Sebabnya?? ermmm tak perlaaa kita aje yang tau, hehehe. Okeh..kali ni kami nak ke Zaanse Schans. Kami menaiki bas tau. Bus stop E dan naiklah bas ber nombor 391.






Ramai pulak tu yang nak naik sekali ni. Tempat yang nak dituju ni memang salah satu impian dan ada dalam list wajib pergi jugak. Sebabnya???...perasan tak?...banyak pinggan mangkuk ai beli banyak yang sejarahnya adalah dari sini alaaahh... windmills tuuu... Ada kincir angin...yang kebanyakan color biru set pinggan mangkuk ni.



Kat Zaanse Schans ni ada Museums, Dutch wooden architectural style, traditional crafts ada pembuatan cheese, boleh melihat windmills dan rumah rumah traditional  kat sini. Kalau menaiki boat dari sini boleh ke restoran dan juga bermacam jenis kedai serta butik lagi. Tapi kami tak naik boat tu. Kami hanya bersiar siar kat sini saja. Udara kat sini sangat nyaman...bersih aje tempatnya. Satu macam perkampungan yang sangat menarik. Kemasukan kat sini adalah free saja.



Baru saja sampai....









Sepanjang kami kat sini...tak puas puas ambil gambar. Situ sana sini..semua nak ambil sebab comeeel sangat...semuanya rasa cute. Aaaahhh...dapat buat rumah cute cute camni bestnya kan....
Sempat juga kami melihat dengan lebih dekat pembuatan kasut dari kayu. kita panggil terompah kan? Tapi ini kasut dari kayu semua...real kayu yang diproses sekejap je boleh siap. Sangat Menarik.


Selepas tu kami dapat lihat bagaimana pembuatan cheese. pelbagai jenis cheese. Tapi yang paling menarik cheese yang bewarna kuning yang besar bulat. Macam donut besar pun ya...comel gitu...Macam macam juga kraftangan dijual kat sini...pinggan mangkuk, fridge magnet la...apron...issshhh bak kata....rasa semuanya nak ambil beli. Mana dah nak muat bag kami ni. Beli yang kecil dan ringan bolehla. Yang wajib sudah la kan, untuk hiasan kenangan kat rumah nanti. Plate tu semestinya...ambil jugakla 2,3....kalau ikutkan nak je semua ni.

Bila penat kami duduk2 sambil makan aiskrim dan biskut. kat luar kami duduk ni ada pulak tetamu tak diundang datang dekat...hahaha menarik dan comel comel pulak tetamu ni tau....Nak Tauuu?Hahahaha....nanti kita tunjukan gambar bawah ni....geram je nak pegang dia.


Selesai rehatkan kaki..kami jalan lagi..habis la round semua pelusuk...terjumpa pula rombongan melayu la...tak ramai pun dalam 5 orang. Katanya baru sambung study kat situ. Diorang sepatutnya ke Paris...tapi sebab kes hari tu kan...mogok tu...diorang macam tak dapat ke sana ke macam mana ntah....delay agaknya...tak ingat dah...kesiannyaaaa...alahai...alhamdulillah sangat sangat time kami semua berjalan dengan lancar je. Syukur alhamdulillah....Lama jugak abg berborak dengan diorang. Ntah apa yang diborakan pun tak taula...yang Ai ni apa lagi...ambik sana sini situ la gambar...sayang oooo tak tau bila lagi akan sampai kat sini kan...dah la pemandangan memang cantik....cameraman ni je ambil gambar tak reti...belasah sajalah.....kamera iphone dah ni...






layanzzzz je la yek gambar kita ni....hehehe



Posing time!!!! layan je la juhaija nak bergambar ni....



Jap jap...abang basikal ni comel kat sini...ambik gambar sat.....hehehe



uiiihhhh besaqnya kasut nih!!



Maaf nooo gambar abg ciked je...hehehe..sebab berdua je kan..sape la sangat nak ambilkan gambar kami bersama2...



hahaha...semua rumah kalau boleh nak masuk muka dia nih....



Minah...ooo minah...nak pi maner la ngan kasut gergasi tuh???



Tak dapek jumpa tulips real ....hak plastik ni pun jadi laaaa kan??



Jangan termuntak lak yeekkk..juhaija memang HANTU bergambar sakan nih!!!...maafkan la dia...hehehe



Tengok tuuhhh...tak habis habis lagi....



Kat semak ni pun nak ambik gambar gak...issshh comel la awk....cute la pagar macam ni....



Issshhh...munga munga ni comeeeelnyaa..cute cute la...dapat tanam macam ni kat umah seronoknyaa







Ni la...lama jugak dibualkan ...ntah dengar gitu gitu je la...hehehe teruja dan excited dengan tempat ni dah kita...



Semua pelosok Kami Dah jelajah Kat sini...Bila rasanya Dah penat Je Kami mula keluar menaiki bas di bas stop Tadi. Hari masih panjang sebenarnya. Tapi Kami nak Balik untuk makan dulu. Pada waktu petang Kami keluar lagi...kali ni menaiki tram Ke Rijksmuseum kat sini salah satu destinasi yang famous dikalangan pelancong. Adanya......


I AMSTERDAM...

Pelbagai aksi diorang ni Semua ambil gambar..ada tertonggek..ada berbaring..ada sampai panjat abjad2 ni...issshhh kelakor pulak kita nengok Semua Tu...gambar kami ni ada couple ntah pelancong dari mana lupa la tolong ambilkan. Jadi ai pun tolong ambilkan gambar diorang pula. 









Sukanya hati kita dah pun sampai sini...cuma Tulips saja la tak dapat jumpa kat Amsterdam ni..apa apa pun tetap bersyukur Sebab Semua plan Kami berjalan dengan lancar saja...Alhamdulillah.

Selesai ambil gambar situ sana sini...Kami mula jalan balik...Hari dah pun makin gelap nii...Cari tram tadi semula untuk jalan jalan Cari makan pula. 

Makan Kat sini sedaaap sangat. Mee seafood Dia ala ala mamak gitu.....udang memang penuh dan errmmm yum yumm...meletopsss la 

Selesa Makan malam ni Kami Balik hotel saja. 


4 Jun 2016

Pagi ni Kami Dah pun bersiap packing Semua yang patut sebab Akan checkout tengahari ni. Banyaknyaaa barang..sumbat sana sikit sini sikit...isshh xboleh la Abg...Kita kena Ada extra bag ni...Jadi Pagi ni Lepas saja siap kemas, Kami keluar. Jalan jalan di satu bazaar gitu. Macam macam Ada Kat sini. Barangan vintage pun Ada juga. 



















Kami pekena jus fresh dan Ronda Ke sekitar lain pula. Kali ni Kami nampak Satu Kedai menjadi tumpuan ramai. Apa lagi..Jom Kita terjah juga...oooo......Memang famous la french fries ni kat Amsterdam rupanya...Kami pun sama2 menunggu untuk Beli jugak...Bila dah start makan Tu..... ..rasa Dia sama Je la ..apa Yg Buat Dia macam special pulak ya?Ok..sebenarnya sos Dia banyak..Ada pelbagai pilihan...pilih la nak yang mana satu...Tapi kena bayar la yek...hehehe












Kami pilih sos ala Thai yang biasa Kita makan Kat Malaysia..Sebab yang lain macam tak berkenan Je...Bila makan macam ni errmmm baru la sedap....

Sambil makan..kami nampak macam2 gelagat orang kat sini. 


15 comments:

  1. Amsterdam mmg byk kedai makan halal ye..? Bestnye...seronok tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu tempat tu banyak juga makanan halal... lupa nama jalan apa..dia deretan kedai tau...terima kasih sudi singgah blog Cik Eja

      Delete
  2. salam sis nak tnya, kalau nk jalan2 area Amsterdam ni, apa tempat2 yg wajib pegi selain kuekenkoff dan better drive atau guna public transport je. Apa public transport yg sesuai. Sis cdg nak pegi awal April dlm 3 hari kt sini, dari Paris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..terima kasih singgah blog sy..🤗 .. ke kuenkenkoff? Kami tak pergi Sebab dah tak ada tulips 🌷..dah habis..tapi ada je public transport ke sana...senang saja kat sini tak perlu drive pun ok bagi Saya Sis...ada pamplet semua ambik sepanjang sy Di sana..nanti sy tulis khas destinasi menarik kat sana ya..memang banyak tau...

      Delete
    2. Saya cadangkan pergi juga ke Giethoorn. Picturesque...awesome

      Delete
  3. salam dik .akak nak tye di amsterdam tu dimana kita boleh beli plate putih biru tu yg murah/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Market tu.:waktu pagi ada..alamak lupa pula namanya..nanti tanyakan suami ya..dia yg bawa ke situ hari tu..

      Delete
    2. Dekat Delft banyak jual plate ni. Tapi kena travel sikit bawah dari Rotterdam.

      Delete
  4. sis boleh tak sy nk tau range budget?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budget? Errmmm tak ingat pula..sebab tak buat kira2 pun masa pergi tu. Lagipun kami dari France nanti sy cek balik total kami habis berapa ya..🤗

      Delete
  5. salam sis..saya akan ke amsterdam next week ...souvenier atau blue and white plate tu kat mana murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Market tu.:waktu pagi ada..alamak lupa pula namanya..nanti tanyakan suami ya..dia yg bawa ke situ hari tu..Kat situ memang murah murah je semua..nak beli pun kami masa tu bag dah tak muat...

      Delete
  6. Salam sis, bestnya...saya nak ke sana bulan september nanti, kalau kita nak guna public transport dia, kad apa yang senang kita guna untuk transport dan canal cruise ke...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ayza....
    Saya bercadang nak ke sana Disember this year. Kalau tak keberatan nak berkongsi tip dari permulaan hingga akhir. Saya berharap saya dapat tips melancong dengan Ayza..please

    ReplyDelete