My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, December 27, 2015

Melancong ke London

Kali ni entri  kisah percutian kami ke London, Switzerland dan Paris. Selepas percutian tahun lepas, maka tahun ni memang plan awal ke mana arah di tuju. Asalnya selain Uk kami mahu ke Spain memandangkan Abg sangat berminat dengan sejarahnya. Tapi plan kami ditukar semula iaitu ulangi tempat yang sama iaitu Swiss dan Paris. Kami masih tak puas dengan dua destinasi ni.

Tiket kami beli online. Pada mulanya ke kaunter tapi memandangkan staff di sana kata, baik u online tiket is more cheaper..apalagi..kami pun mula la online. Semua tiket dibeli pada bulan Mei. Takdelah awal sangat kan. Tapi tiket kami sangatlah murah tau!!!..Percaya tak tiket dewasa hanyalah RM1700 lebih sikit dan kanak kanak RM1600 seorang ( untuk 2 anak kami ni).


Ok…bersemangat lah plak kali ni.. yuhoooo kami ke London..salah satu destinasi impian ku!!!


Mulalah kami buat research mana hotel nak duduk..berapa lama satu satu tempat. Di London la kita lama sikit yek…sebab best tu abg…hehehehe…oklaaa… sebelum ke London ni kami ada ke Taiwan dulu…atas urusan bisnes. Apalagi..cik Puan kita ni sonok gilerrrs sebab ada company sponsor tiket suaminya dan dia sekali…Soooo..apa lagiii..shooopiiing la kita.

Shopping kat Taiwan ni utk  prepare  ke Europe je sebenarnya. Macam beli jacket Burberry…comeeell bangat…I like!!!..Boots….memang banyak pilihan tau..taaapi banyak jugak yang tak padan memandangkan auuwww malu nak sebut..betis gomoksss…huhuhuhukkk..ngak muat deh….tapi Alhamdulillah..lastnya jumpa juga la yang padan…


Ok..bercerita kisah di London.. beli baju baju anak siap siap..glove..Long John diorg jugak..kami dah memang ada kan…Tibalah satu masa..detik detik yang ditunggu tunggu…masa sudah tiba maka anak kami yang kecil dua orang dibawah jagaan ma dan sorang adik. Nasib baik mereka happy sebab keluarga dari kampong datang kl selama seminggu jugakla…cuti2 sekolah kan…
Kali ni berdoa banyak banyak seblum flight berlepas…moga kami selamat sampai dan selamat balik nanti..aaaamiiinnn..

Lebih kurang 13 jam kami pun sampai la di Paris..sebenarnya kami akan ke London dulu. Dari Paris kami naik bas ke London. Saja je nak tengok suasananya macamana la kalau kita ke London dengan bas???..nak naik kereta memang tak dapat la kan?..Lesen International tak ada..lagi la kena sewa kereta n minyak lagi kan…naik train dah biasa…bas pun kita xbiasa naik..so..adventure la skit konon kononnya…hehehe





Dalam bas ramai rupanya omputeh ni naik…bas hanya singgah satu tempat saja, untuk buang air kecil atau makan. Lepas saja situ bas teruskan perjalanan dan  sekejap saja kami ke cek in di Kastam. Hanya bawa passport masing masing saja. Banyak jugakla dia interview abg…tapi rasanya soalan yang sama untuk siapa yang akan ke London ni kan? Selepas selesai semua tu kami pun menaiki ferry dengan bas. Dapatlah kami rasa suasana berlainan sikit kali ni. Selalunya naik ferry hanya kat Penang je kan. Kali ni merentasi lautan yang nuuun jauh ke Kota London… Sempat kami makan makan dalam ni…fish n chip…ronda ronda dalam ferry..bila penat..memasing Nampaknya tertidur kat meja je ni hah….








Dalam Feri






Seeejuk tau…walaupun kat dalam macam tu. Lupa la berapa lama dalam ferry..akhirrrnya kami pun sampai. Semua mula  turun dari atas menaiki kenderaan masing masing.



Bas mula la keluar dari jeti dan dengan lajunya ke kota London…masa ni keadaan dah gelap sebab pukul 4 dah pun gelap. Rasanya tak sampai dua jam kami pun sampai di stesen Bas Victoria. Mula la kami call owner apartment. Abg dah beli simcard Orange masa kat Stesen bas di Paris tadi. Tapiiiii..masih tak dapat contact Owner…bayangkan????..betapa cuak..risau la plak masa ni…dah la first time sampai kat sini. Msg sms pun tak dibalas…rasanya macam mana? Takut tak?...heheheheh


Ok..plan kami..terus je ambik teksi dan bagi alamat apartment tersebut…driver teksi pun bawalah..sekejap je dah sampai…lepas saja sampai..camne ni? Kunci kita xde…pintu depan ada security lock…makanya dengan baaaik hatinya driver teksi bertanya…kami dah ada kunci ke?..Dia sangggat baik hatinya….ambil no hp owner dari kami dan call bagi pihak kami tanpa extra charge..baik kan???..Syuuukur alhamdulilllahhh….Owner memang tak bekerja hanya menguruskan apartment yang disewakan saja.. kami pun tibalah…alhamdulillah…ucapan terima kasih tak terhingga pada Driver teksi tu…



Lepas saja sampai mula la kami makan dan tidur. Esoknya kita akan banyak jalan. Esoknya bila bangun buat sarapan..lepas saja sarapan..dengan kesejukan yang amat pagi ni kami pun berjalan ke stesen Oval. Rupanya dari tempat kami memang ada bas ke stesen Oval ni. Masa ni mana la tau kan…masa kat train kami menuju ke Victoria stesen untuk dapatkan Oyster Card dan London Pass .




 Lepas saja dapat semua kami pun mula la naik Tour Bas. Kena jalan sikit untuk ke stesen bas tu berhenti. Dapatla tengok kota London ni dengan duk bahagian atas ni haaaa…






Macam syoook je kan kita selalu tengok orang..taaapiiii xramai pun duk atas ni…nak tau kenapa?...hahahaha..diorang seme tak tahan sejuuuuukkk mak oooiii…memang syioook la kalau jalan2 macam ni time ngandung..kita kan masa mengandung badan tersangatlah panas…Tapi time tak ngandung macam ni..haba badan tak banyak dan tak mencukupi untuk cover kesejukan sampai ke tulang nih tau!!

Kita ikut je lah kan abg..mana bas ni nak pi…hahaha…tengok gelagat raaamai pelancong kat sini. Kami berhenti dekat Big ben. Situ salah satu tempat wajib kena ambik gambar..abadikan kenangan kita kat sini kan….Lepas ambik gambar situ sana sini…kami pun jalan laaa…alahai..ramai tull la manusia kat sini…nak ambik gambar pun asyik ada je lalu lalang tau.





 Masa ni la ada jugak orang byk buat mogok…kempen2 pasal Syria. Alahai…tapi diorang ni aman je tau…tak macam kita..ada macam ni sikit dah siap sedia ngan semburan pemedih mata.          Selepas  Big ben, kami jalan jalan..ikut je orang2 ramai  ni..hahaha plan xde map pun tarak…ko belasah je la labu…kitaorang ni nak santai santai je sambil leh tengok suasana kota London ni…sambil jalan jalan jumpa lak Hyper Park??? Betul ke ni...gambar ada dalam Kamera belum ditransfer lagi...


 . Ambil la gambar dengan pemandangan Autumn ni yang cukup Indah dengan  dedaunan yang berguguran ni…

Lepas tu start ambil bas tadi balik kat situ ada bus stopnya. Kami berhenti kawasan Muzium…haaahhh..barulah si Zharfan Aqil melonjak kesukaan…wowwww Dinasour mama…wahhhhh..ambik gambar…tengok itu ini…ini kan tempat yang dalam movie The night in Muzium tu kan??? Ala..ada yang monyet nakal tu ambik kunci….tercari cari dia monyet tu mana?..binatang2 lain dalam movie tu memang semua ada…hahahahha..layan jelaaa.







Lepas je pusing semua abis....kami pun keluar…banyak lagi tempat free kat sini…muzium2 banyak free je masuk …kami masuk tapi kali ni malas la nak round semua…abg memang rajin syiok je nengok sejarah dalam ni…..jalan jalan skit ai pun duduk je ….lepas dia abis pusing xbyk sangat la…kami pun keluar…Kami naik bas lagi dan bas berhenti di setiap bus stop nya tapi kami tak turun pun sebab dah penat.



bas melalui Harrods..malas dah turun esok esokla kita datang sini semula. Muka letih je..bukan badan letih tapi kaki ni ha...






Lepas bas berhenti satu station baru la kami turun sebab mahu naik train pulak. Kami menuju ke station Whitechapel kat sana apa yang kami search banyak makanan halal….Memang ye pun ..murah murah pulak tu. 2 ekor ayam dalam 5 Pound je...sayur buah buah pun 1-2 pound.










Kat sini ada pasar..market2  kecil milik muslim..murah murah la .....ada ikan ikan..udang..capathi..karipap..popia..apalagi..kami pun rembat la mana yang rasa nak makan kan… dan untuk bekalan spanjang kami kat London ni. ok la jugak kan. Kami beli ayam 2 ekor, roti canai, popia, sayur sayur dan buah. Berat jugakla nak bawa ni..Abis saja shopping barang makan, kami ambil ke Oval semula. Sampai je umah..memang ler xmandi dah…sejuuk sejuk ni idok lerrr,…pagi je cukupla. Lagipun tak berpeluh dan tak busuk pun…Kami pun makan malam siap solat semua dah lena tidur..syok betul tidur sejuk sejuk ni yek!...



_________________________________________________________________________________


Esoknya..hari kedua kami di sini..Destinasi kami seterusnya menaiki cruise... …Travel Pass kami hanya untuk 3 hari saja kami ambik…naik ni nampak la London eye diseberang sana..tak la jauh sangat. Sambil bercerita.. Tour Guide tu buat lawak lak…tetiba dari jauh…yeeayyy London Bridge dah pun Nampak….kami turun stesen kat situ masuk Tower Bridge ni..pusing2 ..ambik gambar situ sana sini....














Hujan renyai renyai masa ni...tapi ramai pelancong duk ambik jugak gambar dari luar London Bridge ni.




Laluan masuk ke Tower Bridge dulu....banyak sejarah dalamnya (kurang berminat)..heheheheh..sebab kami memang ada London Pass maka masuk dah tak perlu bayar lagi.














Suka sangat pemandangan ni...lawa je bangunan belakang tu....cantiknyaaaa...


Lepas tu  barula kami ambil gambar berlatar belakangkan London Bridge ni…..lepas ambik gambar sepuas puasnya..sambil duk mkn biskut..sandwish…kami pun naik atas London Bridge ni…dan lagi sekali  bergambar situ sana sini…tetiba ada bau yang sangat sedap…waaah ada jual kacangla…makan laaagi…bebudak ni kelaparan lak tau sejuk2 ni…maknya ni rasa macam ok je…time sejuk camni ai tak rasa lapar lak la..pelik la kan?hahaha..Disebabkan kesedapan kacang bersalut tu memang termakan jugak ler banyak..SOODap la plaksss… tapi biskut n sandwish tadi ai xusik pun….xnak..







Asyik nyorok je mamat kecik ni..eeeiiii...
















Makan lah sepuas n sekenyang kenyang yek....ringan sikit beg tu.




Tengok tu..lepas satu satu makanan diorang ni makan...sampai merpati pun suka datang....





Selfie sikit...



Bergambar lagi....




Sakan sungguh bergambar..maklumlah..teringin lama dah nak sampai sini..Akhirnya sampai jua kami ni...Syukur alhamdulillah...




Eiii..Zharfan ni...main nyorok nyorok lak setiap kali nak bergambar tau!.

Lepas saja abis ronda sini kami jalan jalan santai lagi…lalu tesco…alahai..xde pulak la toilet sini..yang si boy n papa dia kuat betul nak kencing..asyik2 nak pi toilet..dah la sini susah nak jumpa toilet…Hadeeeyyy..diorang kata xleh tahan la..huhuhukk kami ppuan ni takde lak rasa macam tu. Makanya kami pun singgah la satu cafĂ©..minum coffee n muffin sana sambil mamat dua ni buang air..hahaha…makan lagi...









Pahit betul airnya...coffee...kalau Hot Chocolate tu sedap la gak...uwaa 



Haaaa...pi la buang perabih ayak tu ya...hihihihikkk..ada orang muslim arab juga dalam cafe ni kami nampak...dalam gambar ni belah kanan...


Lasssstnya abis makan kami pun jalan jalan je…kat harrods pulak kali ni…beli la apa yang patut..sambil ada la persembahan kat bawah ni macam penyanyi jalanan…ramai pulak orang situ..perrrghhh.. penuh..sebab kami dah penat sangat…cari train dan kami ke stesen Whitechapel…







Masa jalan santai ni terjumpa la satu shop yang cantik je luarnya...kelip kelip..ramai jugak pelancong duk ambik gambar sini...termasukla si boy ni...hehehe..aksi spontan tu..








Ramai pula yang berkumpul kat sini...








Budak kepenatan...siannya rupaaaa..hahahaha...

Kali ni kami ke Whitechapel bukan nak beli apa apa lagi, tapi hanya untuk sorrooo..makan ler..apa lagi..takyah masakla malam ni..kita rasa je makan sini. ...Peerrghh..sedap weh sup dia..nasi beriani dia…Podas bangat..tapi sangat Enak…bleh rekomen nih sape nak dating makan sini…Harga dalam 5 pound sepingan…diorang si kecik kami makan masing masing kids food…french fries dia sangat ler banyak..puas la kami pun makan sama walaupun nasik kami macam bukit je…














Ini sup tau..macam kari kan?..tapi sup ni..mak aiii...seeeeedapnyaaaaa tau....panas2 hirup ni..



Lauk memang banyak tapi kami order goreng goreng...panas sikit time sejuk sejuk gini...


Ok!!!!!....lepas saja dah kenyang kenyang ni apa lagi..kita cari rumah la untuk lelap kan….
Nyenyak tulll la tau tidur lepas keletihan nih…mandi nya idok pun..hahaha..just basuh kaki..solat…tapi kan..terbangun awal gak sebab xleh “TUNE” lagi la waktu kat sini…bebudak ni senang je lelap dalam waktu malam yg panjang ni…tapi kita tak sangat la..sebab malam kat sini dah pagi kat tempat kita.




_________________________________________________________________________________


Hari ke 3 Kami di London ni..pagi pagi tu kami cari cenderahati...tak de plan ni tau...singgah di kedai tu banyak pulak barang menarik. Termasuklah T shirt T shirt. harga boleh tahan jugak kalau kita kirakan dalam RM baju ni...mahal gak la...tapi untuk kenangan, kami beli jugak. Sayang kan kalau tak beli. Duit boleh dicari lagi, tapi datang ke sini tak tau la bila lagi akan sampai.









Lepas saja selesai shopping...kami naik train. Ada Oyster Card ni best la jalan..anak anak free jer..xperlu bayar pun..jadi..touch je card tu, dengan anak sekali masuk. Bas atau train sama jer.....Ok...plan kami nak bawak anak ke Zoo. Kami melalui Regent Park dulu. Sampai kat sini makan tengahari sambil menikmati keindahan dedaunan berguguran..warna pulak keemasan..sangat cantik...indahnyaaaa...syukur napat menikmati keindahan sebegini...

Kami makan ayam Green Curry n nasi..perrrghhhh sedaaapnya pedas2 dan time sejuk camni...makan pulak suasana cantik sekeliling..rasa macam tak nak bergerak gerak dah..nak stay je situ..hehehehe..sempat juga bergambar situ sana sini...




















Sukanya awak dekat kitaaaaa....eeeee...geram je nak genggam badan dia yang gebu halus bulu ni...




Zharfan apa lagii..tak duk diam la dia ni duk kejar kejar...yang kak long lak duk marah2 kat Tupai tu..huhuhuhukkk Tupai tak nak gi kat dia....tulaaa..kena la berlembut sikit..binatang pun suka nak datang...

Banyaknya kami bergambar sini..terleka la pulak tau...Terutama si mamanya ni..aaaaiii..tak abis abis nak posing...hhuhuhuhu..cantiklaaa...kat tempat kita takde pemandangan gini...kalau ada, memangla kita tak kisah kan..



Cafe ni lawanyaaaa...ala cottage je...singgah jap sini...buat apa?




Cutenyaaaa...




Apalagiiiii..numpang toilet laaa...hahahaha...dua dua tak tahan sejuk..asyik nak membazir air je..hihihik













Mama dah tak kisah bab membuang air ni..bab makan pun dah kurang..terkenyang dengan keindahan alam ni...











Nak tau...akibat terlalu leka...kami dah puas kat sini baru la bergerak ke Zoo..haaah???..Zoo dah tutup??..uwaaa anak anak terlepas la nak nengok binatang...Tapi mama lak..alhamdulillah..takyah masuk..huhuhukkk sebab dah kul 4 petang kan..kul 4.30 petang dia tutup. alhamdulillah juga sebab dari luar pun dah busuuuuk sangat..kalau masuk dalam tak taula mana nak letak hidung ni..tak nyaman la bau zoo ni...jadi kami pun mula la mencari bus stop untuk keluar dari zon ni..lagi la baju n cenderahati berat kat tangan ni...abis koyak plastik. 

Suasana dah mula gelap...kami memang dapat bas dan kami pun jalan jalan area Oxford street..shopping lagi... Abg la nak cari barangan dia..kami duk lepak sambil menunggu dia pilih barang...

Malam   ni juga kami jumpa sweater London..harga pun bleh tahan gak...beli buat kenangan aje....Lepas shopping semua..tangan pun penuh ni...kami pun cari  cafe untuk dapat hot coffee...dalam jalan jalan ni..cantik pula hiasan utk Cristmes



















Pekena air panas jap...lepas rasa panas sikit baru lah kami mencari jalan balik umah pulak...Tak ada banyak aktiviti hari ni memandangkan waktu siangnya terlalu singkat. 



_________________________________________________________________________________


Keesokan harinya Plan kami adalah  ke Bicester Village..Yohoooo..tempat idaman semua wanita rasanya...errrrmmm...tak semua la...bagi yang minat shopping handbag memang sangat sangat berbaloi untuk datang sini....

Ok...Kami cari station Marylebone (ada exchange train juga untuk sampai ke station ni.....dan dari situ kami dapatkan tiket train ke Bicester Village...Sehari ni memang time untuk Bicester saja sebab agak jauh dari London City. Perjalanan pun lama sikit. Sesampai saja kat sana...wowwwiiieeee cantiknyaaaa Butik butik sini ala rumah yang cute dan memang minat sangat design dan deco nya.








Train dari Marylebone ke Bicester Village




Syukur..sampai jua ai ke sini..Yuhooooo!!!




Aksi Zharfan..sib baik tak nyorok belakang papa...errmm..



Yeeeaahaaaa!!!





Ramai juga jumpa orang kita kat sini...kita ni bukan peramah sangat..memasing sibuk mundar mandir masuk sini keluar sini...nengok ajela.

Asalnya bukan nak beli apa..tapi...mak aiii..diskaun tuuu..lepas tu kalau kita beli kat Malaysia mahal..kat sini banyak juga beza harganya..sayang la kalau tak beli kan..uwaa..melayang RM ai...tak per memang dan standby untuk sini sikit.. Paris sikit..

Sampai ke malam la kami kat sini...bagi makan semua sekenyang kenyangnya...Hari ni kari ayam pulak..sedap pulak baunya taaapiii yang ajaibnya..ai tak makan langsung nasi tu..eeeiikk?Penangan apakah ini? Penangan Bicester kah?..Penangan Handbagnya kah?..Memang perut tak lapar...nengok je diorang makan sampai habis...sooo dah abis..apa lagi..ronda ronda sampai habis la yek!...







Asalnya datang sini nak nengok nengok jerr...jom kita survey...apa la yang sohor sangat tempat ni kan..



Aikkk?? apa tu?..alaaa..tak banyak pun dua je dalam tu..




Aik...Zharfan ambik kan gambar ni...pandainyaaaa..dia ambik gambar mama yang tak nak makan tu...









Ramai juga orang Arab sini..dan memang disediakan satu sudut ruang untuk solat..Sudut tu macam bahagian tengah2 sikit ya...Sampai ke malam..dah rasa puas pusing pusing.....baru la kami slow  slow berangkat pulang...


_________________________________________________________________________________


Keesokan harinya...Hari ni hanya banyak di habiskan kat London eye..sebelum ni tak turun sana..tak sempat la nak pulun semua tempat satu hari memandangkan waktu siangnya yang singkat ni. Kul 4 dah gelap…Pertamanya hari ni kami ke Shrek Adventure. Kami dapatkan tiket dulu kat situ..ada pilihan yek..samada nak Shrek Adventure atau Sea apa ntah..Aquaria rasanya..…dua lagi London eye dan  satu lagi kami pilih Madame Tussauds.




Masa beli tiket ni terjumpa pulak aktres cun n Handsome ni...bila dah abis bergambar..baru perasan ada anak dia kat tengah tuuu..huhuhuhukk


Kalau Akuarium..lautan ni kita dah biasa..mana mana dah selalu pergi..Kat Langkawi..kat KLCC..banyak lagi kat Malaysia ada...…jadi nak puaskan hati anak kami kan pilih untuk jumpa Shrek ni…...banyak dalam ni hanya bergambar dan  pusing satu slot ke satu slot,,memangla untuk kanak2 je...uwaaa...tak sesuai untuk dewasa...tak menarikla untuk kita dalam tu.....hahaha, lagi pun xramai mana pelancong yang masuk sini…last sekali sesi ambik gambar dengan patung dan Shrek man...


























Lepas habis Shrek advanture ni.....kami pun duk lepak kat luar je sambil makan jap..dan  gi beli coffee panas.




Zharfan apa lagi..banyak lak merpati datang kat kami sebab ada makanan..abis jajan zharfan gi umpankan pada burung ni....lepas tu apa lagi,digertaknya abis burung2 tu pulak..…adala geng geng mamat omputih ni duk gelakkan dia…duk perati je diorang gelagat zharfan…Zharfan Aqil ni lak..pesen..apa aku kisah…duk maaaain je x udah udah…hihihihikk...

Lepas saja rehat jap kami pilih naik London eye. Kalau nak pi Madame Tussauds jauh lak skit kan..baik abiskan tengok pemandangan ngan London Eye dulu…Takdela lama sangat..sekali pusing saja….Tapi pemandangan indah sangat…lepas ni xkan naik dah..biar la dapat jugak merasa nengok suasana London dari atas kan…banyak ambik gambar situ sana sini..















Cantiknyaaa pemandangan dari atas ni...




Tak dapat lepaskan pandangan...mesti menikmati keindahan ini sepenuhnya...




Syukur alhamdulillah....keindahan langit kebiruan....



Kota London...










Habis saja satu pusingan London Eye ni...kami pun jalan jalan sekitar sini dan …tetiba ada lak persembahan situ…semuaaa orang berkumpul mengelilingi orang yang membuat persembahan tu...Anak2 nak sangat  beli askrim( uihh sejuk sejuk nak aiskrim???)...jadi kami pun samalah..saja saja santai nonton la jugak kan…syiok jugak la uncle ni…bertenaga sambil kesejukan gak tu..main bukak baju nipis time sejuk gini..eeeee…cayalah leh tahan…selesai saja aksi aksi dia..semua dia minta hulurkan secara sukarela…maka zharfan n k.long pun pergila masukkan duit pound syiling keeping dalam topi dia…okla bayaran dengan hiburan yang dia buat tu kan…










Selesai saja uncle ni buat show..maka kami berjalan untuk ke Madame Tussauds….Patung lilin aktres2 terkenal Hollywood n Bollywood...juga pemain bola..pemimpin Negara..Jadi..ambil la gambar situ sana sini juga kat sini....









Uiiihhh..ketul ketul nya diaaa...Ai bukan peminat hindustan tau..tapiiii..masa kat univ dulu ada sorang kawan ajak la nengok movie yang Hitrik Roshan ni sebagai hero...Start dari movie tu, minat betul dengan dia ni..tapi tak tengok pun movie Hindi lagi..rasanya movie tu cerita pertama lakonan dia la...ntah..dah lupa tajuknya...



Jommm buat konsert!!



Buat apa tu kak? Haaaaahhhh?? Jahit Kepalaaa???terbeliak biji mata ai..torkojut den nih!!ayooo..




Jommm..kita menari...opssss..jap jap...bergambar la dulu beb...kay!!




Yooo..Yoo..kita menang kita menang yeaayy...Macam real je Britney Spear ni...




Stop Micheal!!!...jangan nyanyi lagi..nanti kami lambat balik daaa....




Banyak lagi gambar..tapi dalam kamera...ada bersama artis yang lain seperti Julia Robert...BERSAMBUNG!!!