Tuesday, June 13, 2017
Ayam Golek TERBAIK!!!!!
AYAM ini..setakat ini, Dia adalah TERBAIK ayam Golek abad ini. Segala tempat dari tepi jalan, pasar ramadhan mana pun pergi,DIa adalah THE BEST yang Ai pernah makan dari lebih 10 tahun yang lepas. Dari 2002 dulu..dari badan kurrruuus cekeding je, sampai la dah jadi mak orang ni, inilah secret resepi AYAM GOLEK TERBAIK Ai pernah makan.
Setakat lebih belas tahun ini, rasa dia tak pernah berubah. Dari dulu tempat lama di tepi
jalan dan ditengah tengah kesibukan manusia di Kota Besar ini, Sampailah dia beralih di kawasan hujung inikami tetap sampai untuk menikmati KESEDAPAN AYAM GOLEK ini.
Special kan bunyinya? Pernah tau dari bujang makan sini, yang diperkenalkan oleh seorang rakan, Azlina namanya.Sampailah kami berkahwin, Ai yang perkenalkan pada Mr.Pilot Ai ni, menjadikan Ayam Golek ini salah satu menu makanan UTAMA untuk kami dalam jalan jalan cari makan ZNZ ini. Heheheeh..bercerita panjang lebor...Ayam golek apa namanya tu? Haiissshh buat orang terliur je puasa puasa ni...
Ok...sabor...sabor ok...Dulu namanya AYAM GOLEK NARA...bila dah jalan di Pantai dalam ni terlalu sesak, maka jalan dibesarkan dan semua kedai yang berada di tepi jalan sudah berubah. Kami pergi pergi..Uiihhh AYAM NARA dah tak ada? Alaaa...mana nak cari ni? Semua kedai banyak dah dirobohkan. Kecewa jugak la kami masa tu. Balik la kami dengan kempunankan AyaM Nara SPecial ni.
Lepas dari itu...kami datang lagi dan banyak bertanyakan orang orang kat sini. OOOhh..dia dah berpindah di kawasan lain sikit. Masih lagi area sini, cuma di kedai lebih terasing...satu kedai tu hanya dia saja.Lepas la hajat kami kali ni. Taaapiii..Aik?? Kenapa dia nama lain? Kami cuba juga makan....waaahhh ini baru lah betuuuulll rasa tetap sama..cuma namanya lagi HEBAT gitu..iaitu..AYAM LIMA BINTANG!!!.Nampak tak namanya?
Dah nama pun 5 BINTANG, sesuai betul dengan rasanya yang UUMMPPHHH!!!Ok..sekarang nama Ayam golek ini AYAM GOLEK 5 BINTANG tau. Kedainya berada masih lagi kat Pantai Dalam ini,
cuma dia dihujung jalan rasanya nak menghala ke bukit pasir la. Maaf..Ai tak berapa pandai sangat bab bab jalan ni. Tu sebab kalau drive selalu je "termakan langsat",hehehehe
Ok..sejak dari itu kami memang selalu ke sini. Bulan biasa ke..bulan puasa ke...memang kami akan pekena Ayam Golek special ini. Banyak dah setakat ini cuba cuba tempat lain, tapi mengecewakanlah. Bila termakan ayam golek lain...alahaaaiii teringat ingatlah AYAM NARA ini...eehhh ayam nara lak...nak buat camner...kita dari dulu memang diperkenalkan dengan nama ini, Ayam 5 Bintang ini.
Rasa dia...texture dia...sos dia..memang masih sama!!!..Tak pernah berubah. Bagus betul resepi diorang ni. Pernah kami nak pergi beli bulan puasa, sampai sampai saja..dah habis...aduuhh duhhh...sedih lak la. Dah la jauhni...hehehe..pergi lagi terus MR. Pilot Ai beli dua ekor sekaligus...heheheh..ini untuk berbuka ke, untuk melantak ni?...Uiihhh...seekor pun memang sekali ngap je tau!!!...
Tahun lepas saja dah berkali kali pergi kalau teringin ayam golek. Tahun ini pulak dari awal tahun balik dari NZ hari pun pergi. cuma bulan puasa kali ini kami tak pergi lagi memandangkan MR.PIlot patah kaki. Kalau dia tak patah kaki ni, dah jalan jalan cari makan kat situ bila berbuka ni. Jadi yang ambil turn jadi Pilot, Ai laa..
Ok..tak apa...apa apa pun lega dapat share ngan orang lain tentang Ayam Golek kesukaan kami ini. Cuba lah ya..nanti nak share lagi tempat tempat makan yang KEBABOOOMM punya sedap. Semua Confirm TERBAIK dari kami. Sebabnya, pernahlah kami ni pergi makan makan tempat yang google share sedap..sedap...tapi bila kami dua dua cuba...masing masing pandang antara satu sama lain..TAK SEDAP pun???...heheheh ..tekak kami sama bab rasa ni...(cuma beza singgang2
n steam memang Mr. Pilot langsung tak leh terima). Yang lain lain OKEH je!!!
So cuba lah ok...moga bermanfaat buat semua....ehhh sedap tu...berbuka ratah ayam golek 5 bintang jeee ni...bessttnyaa (nak beli cepat cepat ya...sebab selalunya CEPAT HABIS ni...
Labels:
Jalan jalan cari makan
** P/S: Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog. (Berada di bawah HOME blog ini)
Sebarang jemputan, acara, ulasan produk, iklan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di : aiza229@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment