My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, December 15, 2014

Melancong Ke Venice

Bertemu kembali di entri seterusnya iaitu destinasi yang ditunggu - tunggu oleh diri sendiri iaitu , Venice. Dari Milan kami menaiki train ke Venice iaitu ke stesen last sekali di Venice, Venezia S.Lucia.



Inilah salah satu destinasi Impian Zuhaiza Abuas. Yeaah!!!!!...Seronooook sangat, teruja, gumbira, dan hati sungguh berbunga - bunga. Selalu je tengok gambar Orang yang berjaya dalam perniagaan Amway sebagai Diamond ke Venice sebagai destinasi Istimewa mereka di atas kejayaan dalam perniagaan Amway. Layanan sudah pastinya vvip kan. Tapi tidak apa, asal kami dapat juga menjejak kaki ke sini itu sudah sangat bersyukur dan gembira yang tidak terhingga. 

Sesampai saja kami di stesen Venezia S.Lucia, terus kami membeli tiket untuk ke seberang iaitu tempat hotel kami. Hotel terletak  di bahagian pulau yang tidak mempunyai kenderaan darat. Kita hanya boleh menaiki water taxi yang menjadi penganggkutan utama di sana.

Setiap bangunan di situ semuanya berada di atas air. Ia sangatlah unik dan seperti antik sebab bila dilihat ia kelihatan begitu lama dan kukuh walaupun dipermukaan air. Venice merupakan satu destinasi di Europe yang masih mengekalkan identiti klasiknya tersendiri.

Ok, bila sampai saja Water taxi kami, terus kami berjalan mengikut peta hotel yang memang ada diberi ketika booking online. Dalam perjalanan ini kami terjumpa pasar yang kebanyakkan menjual buah - buahan dan sayur sayuran. Ada banyak juga rempah ratus asli dari Itali. 




Buah kat sini sangat fresh je nampak...dan rasanya...ermmm sangat enak tau!. Ada kurma, dan ada juga buah yang tak pernah kita jumpa sebelum ni,..




Inilah rempah ratus asli dari sini. Nampak rambang mata nak beli. Tapi takut lak tak pandai nak guna nanti...hihihik




Inilah jalan ke hotel kami...pintunya pun sudah cukup antik..




Kami dah pun sampai di bilik. Sempat juga berbual dengan pekerja hotel yang juga beragama Islam. Dia kata sudah menyambut Aidiladha semalam. Sebenarnya kami sampai di sini pada tarikh Hari Raya Haji di sambut kat Malaysia. Hehehe..raya kat sini saja kami. Banyak pula kawan wasup gambar gambar lauk rendang daging korban. Saja je diorang ni, buat terliur pulak kita ni.

Ok, berbalik kisah bilik kami, ada kitchen untuk memasak. Tapi kat sini dah tak masak sangat. Kat sini memang banyak hotel. Kena pandai cari tau, kalau boleh cek dulu google map dekat atau jauh dengan kemudahan macam restoran, stesen kenderaan.

Kami banyak google...asalnya nak duduk di luar pulau venice ni. Tapi, bila difikir berulang kali....semacam rugi saja. Sebabnya?..pertamanya, kita nak ke venice nak menikmati suasana sebenar bagaimana keadaan venice di waktu malam, jika kami pilih hotel yang luar, makanya waktu malam dah tidak ada untuk jalan jalan di sini. Memang jika diikutkan hotel luar dari pulau venice ini lebih murah. Alhamdulillah...kami membuat keputusan yang tepat walaupun hotel ini agak mahal harganya, tapi ia sangat berbaloi baloi sebab kami dapat menikmati suasana sebenar pulau venice di waktu malam.

Sedikit gambar hotel dan suasana di sekelilingnya.





Malam itu kami  sempat jalan jalan melihat  suasana kat sini dan gelagat - gelagat raaamai pelancong ..Melihat keindahan Venice di waktu senja....



Satu kenangan yang paling indah kat sini...Senja di Venice..



Kami mencari restoran mana yang nak kami dinner...errmm kami perhatikan merata rata orang Arab kat sini tau. Diorang makan seafood nampaknya. Jadi, Kami pun try la order jugak...Risotto...lasagna tomato alat2..hahaha sedap jugak tau...errm....




Selepas saja kekenyangan ni...apa lagi...kami pun masuk beradu...mata dah ngantuk ni...bila berjalan orang yang ramai lalu lalang dah nampak bantaaaaalll je....okeh...Jom tidoq...

Goodnite!!!!!



__________________________________________________________________________________

Keesokan paginya, Kami bangun awal jugak.Suasana sejuuuk je...nyaman betul..bersiap siap mandi dan kami turun untuk sarapan kat cafe bawah hotel kami ni.









Hotel memang menyediakan sarapan di bawah cafe...ermmm..yummy...hot coklat dia memang TERBAIK dan coklat Bun memang lembut...

Selepas saja sarapan ni...kami pun ronda ronda...semua orang memang berjalan kaki saja kat sini tau..


Sambil jalan-jalan keliling Venice ni..cari plate dan fridge magnet sebagai koleksi 




Banyak jualan macam macam ada...hihihikk..ada sesuatu yang nak tunjukkan...tapi...sensor lah...hahaha...





Pizza paling BESAR bangat tau!!!




Jualan jualan kat sini..






Kami mencari bangunan mana yang dah dilalui....kena ingat tau mana kita masuk dan nak keluar...kalau tak mesti kena tengok map lagi.

Dah puas pusing pusing ni...kami pun duduk sekejap kat San Marco.


Sebelum menaiki gondola...kami rehat sekejap...sambil melihat gelagat gelagat pelancong yang sangatlah ramai ke sini..pelbagai negara. Bila dengar diorang bercakap pelbagai bahasa ada bunyi. Oh ya, jika anda nak menaiki Gondola ini boleh juga membeli tiket secara online yang lebih murah berbanding beli tiket di sini.

Ini link untuk membeli tiket gondola secara Online ya. Klik Di sini




Inilah gondolanya yang cantik cantik sangat....Tak ramai pelancong yang naik masa ini. Kebanyakan dari mereka hanya lepak saja di situ. Ada kalangan pelancong yang kata tiket gondola ini mahal. Kami dapati tiket masa ini dalam 80 Euro.



Salah satu kenangan terindah Berbulan Madu di Venice...mestilah naik kaannn..kan...rugi ooo kalau tak naik...pengalaman Indah dan SPECIAL niii...




Senyum lebar nampak....hehehehe



Syukurnya dapat mengabadikan kenangan menaiki Gondola.



Berbual menanyakan harga untuk satu Gondola. Harga satu gondola dalam 700k duit kita...RM tau...mahal betul kan.!!!



Bangunan di sini kelihatan sungguh lama dan unik...suka sangat tengok bangunan di sini..



Gondola kami melalui celah antara bangunan.



Pasangan yang berbulan madu mengabadikan cinta menaiki Gondola di venice



Pandangan Venice dari gondola kami naiki







Sepanjang berada di Venice ni, kami sempat menjelajah dengan berjalan kaki melihat suasana di sini. Banyak melalui celah celah bangunan yang sempit. Ia menjadi satu pengalaman yang sangat menarik dan unik kat sini.

Sepanjang hari ini kami hanya berjalan jalan sambil melihat suasana Venice ini. Kami juga ada masuk di sini .









Dinding dan bumbungnya penuh dengan senibina yang halus. Semua ini adalah pecahan marmar gitu ....dicantumkan menjadi satu satu bentuk tau. Dari cantuman itulah terhasilnya gambar gambar orang. Semua ini dari pecahan pecahan kecil saja tau. lupa la nak ambilkan gambar lebih dekat.

Kami pusing habis jugakla hari ini....



Gambar diabadikan di Venice. Buat Amway lebih 10 tahun pun belum tentu akan dibawa kita melancong ke sini. Jadi nikmatilah dengan penuh kesyukuran dapat pergi sendiri tanpa reward dari sesiapa.


Di waktu petang pula...kami jalan jalan lebih jauh sikit....iaitu...melalui celah bangunan yang sempit ini...


Masuk  laluan laluan sempit celah antara bangunan....



Keluar dari celah bangunan lain pulak....


Kami sebenarnya nak mencari stesen utama untuk beli tiket ke rome. Saja nak explore dan rasa ala ala adventure la sikit kat sini kan. Boleh sesat juga tau kalau tak tengok map ni. Konon kononya nak uji hebat atau tak la kan...memang la tak kan ingat bangunan mana sudah dilalui. Lastnya kami kena nengok map jugak la sebab dah penat. Berhenti sekejap. Peninnggg ooo heheheh




Sunday, December 14, 2014

Melancong Ke Milan

Seterusnya cerita kami di Milan pula kali ini. Sebelum sampai di Milan ni ada pertukaran train juga. Tiket ke Milan kami beli ketika di Zermatt.


Kaunter tiket di Zermatt..


Sesampai saja di Milan...memang ramai manusia semuanya membawa beg-beg besar belaka. Jadi orang tak akan hairan la kan dengan kami ni...tak sangka sungguh ramainya manusia kat sini....semua memang laju-laju jalan dan memang stesen train di sini sangat sibuk....Alhamdulillah...dapat juga melihat suasana sebenar Milano ini!











Apalagi...terus cari jalan untuk menuju ke hotel kami menggunakan train yang lain. Sampai saja destinasi...wahhh...bangunan memangla banyak..tak tahu arah mana mahu menuju ke bangunan hotel..kalau ikutkan map ke hotel kami tak tersalah keluar ni...tapi masih tak jumpa...jadi, kalau malu bertanya sesat jalan kan?..Apa lagi...kita cari mangsa la ni...hihihhii...last jumpa la cik akak ini....alhamdulillah..dia tahu arahnya dan kami dapat sampai dengan selamat.

                                         

Dalam perjalanan ke bilik hotel...ermmm cukup menarik sebab nampaknya banyak makanan halal nih....Ada banyak restoran kecil di tepi bangunan. Ada lambang halal dan mereka pun memberi salam pada kami...




Itu lah kedainya..selepas saja mandi dan bersiap...kami keluar cari makan. Orang kata datang Italy ni rugi kalau tak pekena Pizza dia kan?...Pizza kat sini memang sedap...rasa herba dia lain dan inilah rasa keaslian sebenar dari Milan...erm...layanzz jap ya gambar makanan kami...













Selepas saja makan kami tak keluar ke mana-mana memandangkan esok pagi kami akan ke exhibition.

_________________________________________________________________________________


Keesokan pagi selepas saja sarapan kami sampai awal di exhibition, pintu pun masih belum dibuka. Ramai betul yang datang. Tapi kami tak jumpa orang kita di sini. Masuk saja...erm...lebih kurang sama aje exhibition di Malaysia. Cumanya di sini Syarikat International dan businessman yang datang adalah dari pelbagai negara.






Ok...layan sedikit gambar kami di sini. En suami apa lagi, bukan main seronok dia sebab dapat juga sampai di sini. Mencari cari company yang lama dan kukuh untuk berurusan nanti. Banyak syarikat di sini, ada yang baru dan ada yang bertahan lama. Biasanya yang lama ini sudah pun diwarisi oleh anak mereka.

Siap ada translater...




Hahaha...dia ni kelakar la...

Menarik je deco company ni kan...



Hehehe..yang kelakarnya kan..tak ramai bos bos besar mereka pandai berbahasa Inggeris...ada yang sanggup bawa anak dari kolej untuk menjadi jurucakap mereka..hehehe...

Ok..kita dah pun jumpa syarikat yang dicari. Sebelum tu memang kami pusing habislah satu exhibiton ni. Yang menarik lama lah sikit diborak dan ditanyakan produknya. Sempat kami jumpa dan berborak panjang dengan seorang Chinese Malaysia yang juga seorang distributor untuk produk dari sini.




Selesai saja exhibition ini, kami pun terpaksa balik semula ke hotel memandangkan banyaknya beg dan buku-buku yang patut En.suami simpan dan menjadikan rujukan nanti.

Selesai saja solat jamak dan mencari selipar di Carrefour sini...(akibat terlalu sakit dah kaki berjalan banyak di exhibition tadi). Ai dah pun bertukar ngan kasut Croc...hahaha...tak pernah dibuatnya pakai croc yang besar gedabak kat Malaysia...dekat Milan pakai Croc?..hihihikkk..apa-apa ajelah kan...asal kaki selesa untuk berjalan nanti.

Inilah rupa carrefournya... banyak buah yang sangatlah fresh dan murah harganya.


Kami beli buah untuk bekalan kalau kalau lapar ..

Ok..selepas makan di restoran berdekatan hotel semalam, kami terus keluar jalan ke Duomo...kenapa kami ke sini?..Inilah tempat syurga Shopping orang kata kat Milano ini. Sebenarnya kami hanya nak survey je malam ini tempatnya, sebab dah terlalu penatkan. Jadi kami hanya lepak saja kat depan bangunan ni..Selalu cakap ngan suami ala bangunan yang macam movie vampire tu...betul tak nampak bangunannya ala2 gitu kan?...









Kat sini kami dah macam couple baru bercinta pulak ni. Sebab duk lepak macam orang muda mudi pula. Makin lama kami kat sini, makin ramai manusia yang datang. Disebabkan waktu malaysia sudah pun pukul 1 pagi...makanya mata ni tersangatlah mengantuk. Jadi kami balik tidur dulu dan esoknya Insha Allah kami akan datang cari Lv di sini...

_________________________________________________________________________________


Ok..selepas sarapan...esoknya...kami ke Duomo semula...wahh...akhirnya jumpa juga Lv...kat sini adanya semua barangan yang confirm original seperti Butik Prada, Guess, Zara..dan macam-macam lagi lah..tempat dituju yang ini aje....Lain kali nak datang sini kena bawa duit banyak skitlah. Baru syok...



















Beli satu Lv je dulu...buat kenangan...siap dapat card untuk diskaun pelancong yang tak perlu membayar cukai untuk shopping di sini...

Ensuami pula terjumpa la apa  yang dicari. Rayban...memang di Malaysia ada kan..tapi kat sini harga murah berbanding kat tempat kita. Untuk kenangan saja. Sedikit gambar kami sekitar Duomo. Malam tadi gelap dan susana sedikit malap, jadi waktu siang begini lebih cerah dan menarik gambarnya.



Gambar pakai monopod...ini sajalah yang ok ok...











Keseluruhannya Milan memang merupakan satu destinasi untuk berSHOPPING!!!!