My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, May 7, 2019

Resepi Kaki Ayam Goreng

Kenapa dinamakan kaki ayam? Ooo itu pun Cik Eja tak tau. Makanan ini sangat popular di kg Cik Eja ketika kecik dulu. Ia merupakan hidangan petang yang boleh dimakan begitu saja. Sangat sedap walaupun tanpa sambal ikan bilis ini.

Zaman dahulu ubi kayu juga selalu direbus dan dimakan dengan kelapa. Tapi yang style itu memang Cik Eja tak suka. Sebab rasa dia tak sedap ( tekak kita je) Kalau Ubi kayu di goreng begini barulah boleh habis banyak. Tapi saja letakkan sambal ikan bilis tu Sebab bila dicicah makin menjadi jadi sedapnya tau.

Kalau ikutkan resepi tepung untuk goreng ubi ini senang saja. Lebih kurang dengan cara nak goreng pisang saja. Kali ini Cik Eja kongsikan apa bahan dibancuh sekali.

1) Tepung beras
2) Air kapur ( jangan banyak Sebab nanti boleh jadi pahit)
3) madu 
4) sedikit garam
5) sedikit serbuk kunyit.

Bila sudah bancuh...sekalikan ubi yang telah dipotong itu dalam bekas bancuhan tepung tadi. Boleh digoreng sekaligus ya. Bila sudah kekuningan boleh diangkat. Memang Terbaiklah dimakan masa panas2 tu.










No comments:

Post a Comment