My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, June 18, 2017

Cara Membuat Pes Green Curry

Green Curry Ayam, siapa yang pernah makan ni pasti teringin lagi!. Satu masakan Thai yang sangat sedap dan pedas pedas. Memang ia sangat popular bukan sahaja dikalangan orang melayu atau Asia, tapi Orang putih pun ada yang sukakan makanan Asia ini.





Ai sebenarnya yang mula mengenali Chicken Green Curry ini dari sebuah restoran Thai di Shah Alam. Mr. Lim selalu belanja kami bila berurusan dengannya di Shah Alam. Masa anak kecil dan tak bersekolah memang kami selalu berurusan dan pergi jumpa sama sama dengan Mr Lim. Lagipun dia selalu sangat bawa kami ke tempat makanan orang Melayu, Iaitu NASI!!...Menu pulak kekadang udang masak petai la...kedai mamak terbaik di Shah Alam juga. Memang Terbaik nasi kandar kat situ. (Kita yang memang sangat tak suka makan di MAMAK pun dah jadi tersuka makan kat situ.

Eh...kita nak bercerita pasal lain kan. Ok.....Salah satu restoran itu di Shah Alam memang terkenal dengan masakan Thai ini. Semua best best betul. Lupa nama restorannya. Nanti kita carikan semula ok, untuk share. Ok, sejak makan green curry ayam kat sini lah kami selalu mencari restoran restoran Thai. Salah satunya adalah Absolute Thai. Ada di IOI Mall, ada di Mid Valley. Selalu kay restoran ini, selain nasi dengan lauk tom yam, green curry, ayam pandan dia pun memang terbaik!




Ada juga di restoran ini Laksa green curry....perrghh itu memang sangat terbaik juga. Best dan rasa dia memang PERFECT!. Memandangkan Ai hantu sangat dengan green curry ini, jadi Ai kena belajar cara buatnya. Pernah kami ke Thailand dulu, sampai di hadyai, Ai beli rempah segera Green Curry tau, tapi rasa dia agak mengecewakan. Memang tak sama. Kurang sangat sedapnya.

Jadi memandangkan pes Green Curry ini tak ada dijual. Susah dan tak pernah pula jumpa, jadi Ai telah sedaya upaya sentiasa belajar dan belajar bagaimana untuk membuat pes ini. Semalam dah masak green curry Ayam untuk berbuka kami, jadi rasanya nak share juga resepi ini dari orang Thai sendiri.


Bahan bahannya untuk Pes















Potong semua bahan ini.




Ditumbuk, kalau nak blend pun boleh, tapi pastikan pengisar yang tak perlu letak air



Tumbuk Kulit limau purut...




Simple dan mudah saja..semua sekali mesti ditumbuk sedikit sedikit.



 Semua bahan dan daun ketumbar serta daun limau purut mesti ditumbuk...



Pes Ready to Cook!!!!



Dah pun siap...menu kami semalam. Memandangkan lauk ini pedas, jadi untuk anak anak dibuat sup ayam pula.

Semua bahan ini simple dan mudah saja. Tak perlu complete tulis pun bagi yang selalu masak dan hebat memasak mesti hanya perlukan bahan saja. Terus boleh buat. Ai jarang juga buat ni, sebab nak kena buatkan pes sendiri kan. Bulan puasa ni je terlebih rajin pulak. Kalau kurang hijau tambah je cili lagi kalau nak pedas. 

Ok..Selamat berbuka..

Tuesday, June 13, 2017

Ayam Golek TERBAIK!!!!!


AYAM ini..setakat ini, Dia adalah TERBAIK ayam Golek abad ini. Segala tempat dari tepi jalan, pasar ramadhan mana pun pergi,DIa adalah THE BEST yang Ai pernah makan dari lebih 10 tahun yang lepas. Dari 2002 dulu..dari badan kurrruuus cekeding je, sampai la dah jadi mak orang ni, inilah secret resepi AYAM GOLEK TERBAIK Ai pernah makan.





Setakat lebih belas tahun ini, rasa dia tak pernah berubah. Dari dulu tempat lama di tepi
jalan dan ditengah tengah kesibukan manusia di Kota Besar ini, Sampailah dia beralih di kawasan hujung inikami tetap sampai untuk menikmati KESEDAPAN AYAM GOLEK ini.

Special kan bunyinya? Pernah tau dari bujang makan sini, yang diperkenalkan oleh seorang rakan, Azlina namanya.Sampailah kami berkahwin, Ai yang perkenalkan pada Mr.Pilot Ai ni, menjadikan Ayam Golek ini salah satu menu makanan UTAMA untuk kami dalam jalan jalan cari makan ZNZ ini. Heheheeh..bercerita panjang lebor...Ayam golek apa namanya tu? Haiissshh buat orang terliur je puasa puasa ni...

Ok...sabor...sabor ok...Dulu namanya AYAM GOLEK NARA...bila dah jalan di Pantai dalam ni terlalu sesak, maka jalan dibesarkan dan semua kedai yang berada di tepi jalan sudah berubah. Kami pergi pergi..Uiihhh AYAM NARA dah tak ada? Alaaa...mana nak cari ni? Semua kedai banyak dah dirobohkan. Kecewa jugak la kami masa tu. Balik la kami dengan kempunankan AyaM Nara SPecial ni.

Lepas dari itu...kami datang lagi dan banyak bertanyakan orang orang kat sini. OOOhh..dia dah berpindah di kawasan lain sikit. Masih lagi area sini, cuma di kedai lebih terasing...satu kedai tu hanya dia saja.Lepas la hajat kami kali ni. Taaapiii..Aik?? Kenapa dia nama lain? Kami cuba juga makan....waaahhh ini baru lah betuuuulll rasa tetap sama..cuma namanya lagi HEBAT gitu..iaitu..AYAM LIMA BINTANG!!!.Nampak tak namanya?

Dah nama pun 5 BINTANG, sesuai betul dengan rasanya yang UUMMPPHHH!!!Ok..sekarang nama Ayam golek ini AYAM GOLEK 5 BINTANG tau. Kedainya berada masih lagi kat Pantai Dalam ini,
cuma dia dihujung jalan rasanya nak menghala ke bukit pasir la. Maaf..Ai tak berapa pandai sangat bab bab jalan ni. Tu sebab kalau drive selalu je "termakan langsat",hehehehe





Ok..sejak dari itu kami memang selalu ke sini. Bulan biasa ke..bulan puasa ke...memang kami akan pekena Ayam Golek special ini. Banyak dah setakat ini cuba cuba tempat lain, tapi mengecewakanlah. Bila termakan ayam golek lain...alahaaaiii teringat ingatlah AYAM NARA ini...eehhh ayam nara lak...nak buat camner...kita dari dulu memang diperkenalkan dengan nama ini, Ayam 5 Bintang ini.

Rasa dia...texture dia...sos dia..memang masih sama!!!..Tak pernah berubah. Bagus betul resepi diorang ni. Pernah kami nak pergi beli bulan puasa, sampai sampai saja..dah habis...aduuhh duhhh...sedih lak la. Dah la jauhni...hehehe..pergi lagi terus MR. Pilot Ai beli dua ekor sekaligus...heheheh..ini untuk berbuka ke, untuk melantak ni?...Uiihhh...seekor pun memang sekali ngap je tau!!!...

Tahun lepas saja dah berkali kali pergi kalau teringin ayam golek. Tahun ini pulak dari awal tahun balik dari NZ hari pun pergi. cuma bulan puasa kali ini kami tak pergi lagi memandangkan MR.PIlot patah kaki. Kalau dia tak patah kaki ni, dah jalan jalan cari makan kat situ bila berbuka ni. Jadi yang ambil turn jadi Pilot, Ai laa..

Ok..tak apa...apa apa pun lega dapat share ngan orang lain tentang Ayam Golek kesukaan kami ini. Cuba lah ya..nanti nak share lagi tempat tempat makan yang KEBABOOOMM punya sedap. Semua Confirm TERBAIK dari kami. Sebabnya, pernahlah kami ni pergi makan makan tempat yang google share sedap..sedap...tapi bila kami dua dua cuba...masing masing pandang antara satu sama lain..TAK SEDAP pun???...heheheh ..tekak kami sama bab rasa ni...(cuma beza singgang2
n steam memang Mr. Pilot langsung tak leh terima). Yang lain lain OKEH je!!!

So cuba lah ok...moga bermanfaat buat semua....ehhh sedap tu...berbuka ratah ayam golek 5 bintang jeee ni...bessttnyaa (nak beli cepat cepat ya...sebab selalunya CEPAT HABIS ni...


Sunday, June 11, 2017

masak apa hari ini

Siapa pernah jumpa ikan ni? Kalau Terengganu orang panggil ikan Barat...kalau Muor diorang panggil ikan Ayam tau...sebab rasa dia memang macam ayam sikit. Tapi sangat sedap. 






Ikan ni kalau Ai sukaaa sangat masak lemak cili api atau singgang!!! Perrghhh bessst tau..kuah dia tu boleh hirup2 lagi. Selalunya part kepala la buat masak camni. Tapi Pilot Ai kat rumah ni xmakan langsung kalau singgang2 ni...(kalau belah johor panggil masak bening) kalau masak steam pun dia xsuka langsung.






Jadinya untuk dia masak ikan bakar laa...dengan rempah warisan Pokdie tu... bakar2 ..cebur je rempah...siap! Sonang sangat bagi se siapa yang busy tu..beli je rempah ni..xperlu letak apa2 dah..bawang2 ke garam ke..semua tak perlu tau! Seeenang kerja..dah la Sedap!!!






haaaa... ni rempahnya. Kami memang order untuk 5kilo terus. senang dan sedap. Simpan je dalam peti. Masak ikan ikan dan sotong fresh ni...laagi Sodap! 



Makan berdua je kalau rempah camni...beli 5kilo dah pun 10 paket...Hahahah...melantak ajelaa kita ni ratah ikan nanti seminggu ke dua minggu sebelum raya ni...tak pernah jemu jemu sungguh ni...Orang terengganu panggil..'Sedak Jettak!!' Tau...hehehehe...

Tak caya??? Fuuuhhh hingga menjilat jari tau....errm....puasa puasa ni teringat pulak malam tadi baru berbuka ikan bakar rempah ni. malam ni Bakar ikan siakap la pulak....bestt tu...esok lusa buat steam lak (ini makan sorang je laa..buat ala2 Malee tu)

Ok...Selamat berbuka ya semua!


Nasi Kerabu TERBAIK di Kelantan


Bulan bulan puasa ni teringaaaat sangat dengan Nasi Kerabu TERBAIK ini. Namanya Nasi Kerabu Azma. Kenapa Kami sangat rindukan Kelantan? Inilah...penangan makanan dia yang sedap lagi murah.

Kami kalau selalu ke kelantan, Zaman anak kecil kecil dulu, Makan nasi Kerabu TERBAIK ini mesti akan jadi satu kewajipan tau. Kalau tak dapat makan sini...aduuuhh waduuhhh... rindu tak keruan gituh tau.

Kenapa? Apa yang sedap sangat dengan Nasi Kerabu ni? Yelaaa...pior kan..air tangan orang sini. Yang specialnya? Aaaaa...dia punya serunding serunding tu... yang ikannya, kelapa tu...perrghhh menjilat JARI tau!!!!

Memang masih rindukan Nasi Kerabu ni. Huhuhuhukkkk...teringat ingat je gulai ayam dia tu. Bukan sahaja ayam..dengan leher leher ayam dan kaki ayam kami hisap tau!.(Dah macam HANTU pulak hisap darah)...hihihikk...Inilah yang kami suka kan sangat Nasi Kerabu ni. Ai Ulang sekali lagi....dia punya serbuk serbuk yang dicampurkan tu...memang THE BEST!!! Tak sama langsung dengan nasi kerabu yang lain lain, yang pernah kami cuba tau.






Bila sampai tu dari jauh...alamaaaak...tutup ke?..Rupa rupanya ramai makan dalam bergelap...hahahah...alhamdulillah...rezeki ada...(senyum sampai ke telinga kami tau)













Alahaiii....bila lah agaknya nak ke Kelantan lagi ni. Ok..sebagai bukti...Kami singgah juga walaupun blackout kat kedai dia malam tu. Raaamaaai tau pelanggan walaupun makan bergelap. Heeheheh ok apa..dah macam Candy light Dinner la kan?. Malap malap pun apa kita kisah..Kalau dah makanan terbaik tu....orang tak kisahnya makan bergelap, Janji...Dapat jugak MAKAN!!!

ok....Daaaa....

Saturday, June 10, 2017

Makan makan kami

Okay...siapa pernah datang Muar? Bandar Di Raja ni kalau nak cari makan sedap sedap, meh tanya Ai  ok!.Hahahaha...macam lah kita ni orang Muor pulak dah. Sebenarnya Husband Ai je yang orang Muor ni. Jadi secara tak langsung Ai pun jadi Orang Muor la kan? Anak anak sekali.

Kami ni jenis suka sangat jalan jalan cari makan tau. Nak tau apa yang best kat sini? Yong Tau Fu dia memanglah paling BEST abad ini. Ai tak pernah lagi jumpa Yong Tau Fu paling best macam ni di tempat lain. Dari Utara ke Selatan Ai jalan, inilah Yong Tau Fu paling best sekali. Dia tak sama dengan Yong Tau Fu style Utara tau. Dia ada sup dan sos pedas. Itu yang jadikan sangat special tu.

Kesedapan supnya dan sos tu bila digabungkan...perrghhhh memang semangkuk penuh kami makan berdua saja leerr.. tak caya? Nah...ni dia...









Inilah dari mangkuk Ai...perghhh memang tak payah makan nasi lagi tau...semangkuk kecil ni saja tak cukup ni...akan tambah lagi ya...sedapppp tuuuu..tak percaya ka? Okeh jom kita sharing location dia pula..

Sebenarnya dulu dia hanya warung saja di stesen bas Muar ni. Dah lama sangat kat situ. Tetiba kami cari cari bila balik Muar, dah tak ada. Aik? Tak bukak ke kan abg? Okay lah...lain kali balik kita makan la. Kecewa jugak ya masa tu.

Balik kali lain pula sekali lagi tak ada tau. Jadi kali ni kami tak puas hati, tanya la penjual penjual lain kat situ. Diorang kata Yong Tau Fu dah tak ada dekat sini ya. Mereka dah pindah ke kedai sendiri. Kami cari jugak masa tu tau, Tapi tak jumpa. Maka balikla dengan penuh kekecewaan.

Okay...nak dijadikan rezeki, kali ni kita kena tanya orang Muor yang tau kat mana kedainya. Kami google jugakla tempatnya ni. Cari waktu malam, Big Boss yang orang Muor pun google ka??? Hah hah hah...gelak pulak kita masa tu....Akhirnya kami jumpa la jugak kedainya ni. So...next time bila balik kita bolehla mai makan sini lagi ya?...errmmm.. TERBAIK!!!





Dah lama sangat nak share kesedapan Yong Tau Fu ni tau...tapi asyik tak berkesempatan saja. Kali ni puas rasa hati dapat share satu makanan 'kesukaan kami znz' ni. Siapa datang Muor..PATUT cuba YONG TAU FU BEST ni okay!