My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, October 25, 2017

Senangnya renew Lesen SSM sekarang


Siapa ada SSM? Ada syarikat sendiri dan mahu perbaharui lesen. SSM Cik Eja memang dah mati tau. Awal Oktober tahun ini lah. Dari sehari ke sehari tertangguh untuk perbaharui. Macam jauh sangat saja tempat nak pergi, sedangkan di Putrajaya ada.

Kita kan sibuk seharian kerja tak pernah habis. Baru ni Cik Eja kuatkan diri pergi Putrajaya. Bila di google, alamat tu tak ada tau. Alamat presint 2, tapi google pergi tunjuk presint 4. Waduhhh...poning den duk mencari manalah tempatnya ni. Ini alamatnya.




Semua yang kita google SSM putrajaya, semua yang sharing bagi alamat ini tau. Bayangkan, berkali kali cuba klik alamat ini, masih lagi gi tunjuk Presint 4 google map ni. Punyalah susah hati sebab nanti sampai lambat pula di SSM ni. Pergi waktu petang macam ni mestilah office cepat je nak tutup kan. Jadi tanpa guna google, Cik Eja tanya kawan kawan, mana bangunan SSM ini.

Sebenarnya SSM Putrajaya berkongsi bangunan dengan KPDNKK tau. Kalau sesiapa nak ke sana, klik sana google KPDNKK ni, confirm akan keluar terus bangunan yang dicari ini. 



Di sini sebenarnya bangunan yang ada SSM dalamnya.


Bila sampai saja di KPDNKK ini, alamak…dah nak pukul 4 petang ni. Hadoooii…sempat ke ni? Kita nak keluar keluar macam ni bukan senang tau. Maklumlah, terikat nak kena ambil anak sekolah lagi waktu petangnya. Waktu pagi lagilah tak boleh ke mana mana memandangkan akan pergi, ambil dan pergi lagi hantar ke sekolah petang pula. Macam nilah jadi Super Mummy ni (kekonon kononnya kan) hihihikk..

Ok, berbalik dengan cerita SSM tadi. Sesampai di bangunan KPDNKK ni, terus park kereta. Senang saja tau, parking memang sebelah saja. Ruang parking pun besar di luar. Terus CIk Eja bergegas masuk. Alamak, tau pejabatnya hanya di tingkat bawah, tapi bangunan ini besar..nak mencari tu ambil masa juga kan. Risau takut pejabat SSM ini tutup saja.

Terus Cik Eja tanya Cek Abe di restoran sebelah saja pintu masuk. CIk Eja ikut saja apa yang diterangkan oleh Cek Abe tadi. Teruuus saja, nampak tangga besar, turun dan jalan terus jumpa sebelah kiri SSM. Sebenarnya Cik Eja pernah ke sini, tapi masa tu Cek Ejam yang drive. Dah tau SSM kat sini berkongsi bangunan, tapi biasalah kan, dah lupa. Itu tahun tahun lepas punya cerita datang sini.

Bila sampai terus Cik Eja bergegas masuk dalam. Dah nak pukul 4 petang ni. Dari google tadi tutup pukul 3PM. Kita datang juga, mana tahu ada rezeki. Bila tanya di kaunter, tak perlu ambil nombor giliran. Arrghhh dah tutup ke? Ayooo…penatnya mencari tak dapat renew jugak ni. Macam nak kena datang balik je.

Selepas itu staff SSM itu kata, eh tak adalah..kalau nak renew buat sendiri je di mesin kuning tu. Haaahh?? Nampak computer je dalam ni yang ramai duk guna. Ooooo rupanya kat luar mesinnya. Hahahaha…betapa lamanya aku tak datang sini!!! Cakap dalam hati je lah kan. Alhamdulillah…dapat jugak renew hari ini setelah berhari hari tangguh nak ke SSM.

Bila Cik Eja keluar saja. Wahhh… dah macam mesin ATM pulak nih. Kalau buat ni print dokumen kat mana pulak?

Bila klik klik saja…lorrr senang je rupanya… Tak sampai 2 minit dah siap ooo….hahahaha.BEST betul. Tak perlulah kita nak kena ambil nombor giliran dan menunggu lama lama kat dalam.

Haaa inilah nak cerita sikit, bagi yang macam Cik Eja, lama dah tak ke SSM ni, Korang boleh je renew sendiri pakai mesin ini tau. Senang Bangat tuh!!!!

Pertama sekali, masukkan no telefon, lepas itu, masukan ic..selepas itu, masukkan Kad pengenalan dan letakkan ibu jari untuk mesin ini detect identity kita tau. Senang jer…lepas itu follow saja step step dia. Rupa rupanya Cik Eja ada lagi satu company yang belum expired tau. Hihihik company tu sbelum ni Cek Ejam saja guna untuk kerja kerja construction dia tau. Jadi Cik Eja tak taulah company tu belum lagi tamat tempoh. Tapi Cik Eja renew satu je dulu.




Klik saja Nama Syarikat kita nak renew itu dan automatic akan keluar, nak teruskan berapa tahun? Kalau untuk 2 tahun RM120 kena bayar. Kalau untuk 3 Tahun RM180 kena bayar. Ada extra lagi tau Rm10 lebih selepas kita klik nak renew berapa tahun tu.

Kemudian, boleh buat pembayaran samada cash atau kad. Cik Eja pilih cash saja senang. Selesai semuanya terus mesin ni print dokumen kita sebanyak 3 helai tu tau. Perrghhh kagum sekejap Cik Eja hari tu. Kikikikihh…Jakun pun ya. Maklumlah ini pertama kali jumpa. Sebelum ni semuanya kena ambil no giliran untuk berurusan di SSM ini. Hehehe…Jadiii..dah senang kan kalau sesiapa nak renew lesen Syarikat!..Cayalah..terus Cik EJa klik Bagus Sangat pada skrin Mesin itu.

Sesiapa nak renew Lesen Syarikat lepas ni tak perlu susah hati. Kalau terlambat macam Cik Eja ni pun masih ok. Melainkan kalau beratur panjang sangat dekat mesin ini. Terpaksalah menunggu jugak kan. OOhh ya…mesin ini hanya boleh digunakan sampai pukul 4.30 petang saja tau. Lepas dari masa ini tak boleh, kata seorang staff SSM ini.



  Selepas Cik Eja guna, barulah ramai pula sorang sorang datang...alhamdulillah...settle jugak kerja hari ini...



Cuma sekarang ni, Cik Eja ada dengar boleh renew lesen dengan online saja. Yang ni Cik Eja tak pernah guna lagi. Tak tahu macamana caranya. Boleh juga tu guna cara renew online saja lepas ini. Lega je bila dah siap kerja tertangguh kita ni. 

Tuesday, October 17, 2017

Resepi Roti Canai Abah

Resepi Roti Canai Abah

Zaman kanak2 dulu selalu Cik Eja makan roti canai yang Best!! Cik Eja berusaha untuk mencari resepi roti canai yang sedap.

Tiba tiba teringat Abah Baru memang membuat roti canai di zaman muda dulu dan membuka gerai makan untuk sarapan..Jadi Cik Eja ada meminta resepi darinya..dengan harapan Resepi ini akan sama sepertimana Cik Eja pernah makan ketika kecil2 dulu.

Jadi setelah dapatkan resepi ini..dengan excitednya bila semua anak2 bersekolah Cik Eja menguli sehingga menjadi Doh Roti Canai...Cik Eja mengikut sebiji2 resepi ini.

Senang saja membuat Doh Roti Canai ini. Ini cara2nya ya..

Roti Canai Abah



1 Kilo Tepung Gandum
1 biji Telur
2 sudu kecil garam
1 sudu marjerin 
3 sudu susu pekat
2 sudu gula 
Air sukatan sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.

Cara caranya:
- Pecahkan telur, masukan semua bahan bahan ini ke dalam tepung
- gaulkan marjerin dengan tepung sampai semua sebati.
- baru lah campurkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi Doh
Pastikan Doh lembut sehingga tidak melekat pada tangan. (Agak agak doh tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik ya!)

Senang saja cara cara membuat doh. Lebih kurang sama dengan doh roti.






Bahan bahan di atas, campurkan saja semua sekali. Air saja boleh agak agak dengan letak sedikit demi sedikit. 




 Dalam setengah jam, doh akan jadi begini. Pastikan sudah tidak melekat pada tangan ya. 







Bila sudah jadi begini...boleh ditutup buat seketika.... dalam setengah jam atau satu jam pun ok...Tutup dengan kain.






Selepas itu, buka kain buatkan bulat bulat begini. Salutkan dengan marjerin. Minyak sapi pun boleh.


Selepas di buat bulat begini, simpan saja. Tutup dengan kain. Buat doh begini boleh di waktu petang atau malam. Tak perlu di simpan dalam peti. Hanya di tutup dengan kain saja. Kita kena jaga kebersihan ok! In Sha Allah...semua masih elok untuk dicanai pagi esok.




Di waktu pagi esoknya. Ambil sebiji sebiji doh tadi ditekan menjadi leper seperti gambar di atas. Buat satu persatu. Kemudian, selepas siap semuanya, barulah di canai sehingga nipis. 

Kemudian, bolehla dibuat bentuk bulat dan ketepikan. Jadi seperti di bawah ini..




Selepas itu, bolehlah di penyek bulatan doh yang sudah di canai ini untuk digoreng. Boleh dibuat bentuk bulat atau pun segi empat. Ikut citarasa masing masing.








Beginilah Hasil roti canai mengikut resepi kali ini...

Iya, Cik Eja memang mengakui..menjadi kalau ikut resepi Abah Baru kami ini. Cuma....resepi abah ini terlalu sama dengan resepi resepi orang lain yang Cik Eja terjumpa. Bila di makan rapuh diluar. Tapi, kalau ikutkan tekak Cik Eja, tak berapa suka roti canai begini. Sebab sama saja dengan mamak di sini. 

Yang Cik Eja nak cari...resepi lain dari yang lain dan texture roti canai yang di makan itu lembut macam sutera gitu. Ia tak rapuh tapi dari luar sampai dalam sangat lembut ibarat sutera. Sampai tengahari pun roti canai itu masih sedap dan leeeemmbut lagi. 

Jadi, Cik Eja ada resepi satu lagi..kalau di google, resepi ini memang tak ada di tempat lain. Cuma Cik Eja belum bekesempatan untuk membuat lagi mengikut resepi Asli Mak ini. Mak memang terkenal di zaman Cik Eja kecil dulu membuat roti canai. Dia memang bersama Arwah Abah membuat roti canai di kedai makan di kampung. Kalau di waktu pagi dulu dulu..memaaaang ramai satu kampung akan datang untuk makan roti canai SPECIAL Mak.

Mak adalah Tok Saudara Cik Eja...Ok...lain kali Cik Eja akan kongsikan rahsia DOh Roti Canai Mak ok!!...Tunggu tau...ini confirm Roti Canai Sutera Jadinya!!!


Thursday, October 5, 2017

Teruja sungguh dengan Hadiah Besday tahun ini.


Salam kembali...lama tak update blog. Rindu pulak nak menulis. Biarlah karangan Cik Eja ni tak sesedap rasa pun. Tak seindah penulisan kreatif pun...tak kira nak menulis jugak. Nak bercerita jugak. Kali ni Cik Eja nak ceritakan sempena Besday Cik Eja baru ni...Eh...kenapa tetiba nama bertukar jadi Cik Eja ni? Kalau orang atau pengunjung yang pernah singgah kat blog Cik Eja ni mesti perasan nama Cik Eja - Bahasakan diri sebelum ini apa kan?

Sebenarnya macam ni...memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir untuk Cik Eja menyambut hari kelahiran sempena umur 30 an...Huhuhukkk terasa sangat diri ini sudah tuo...Oh Tidaaaaaakkkk...Tahun depan daku dah pun mencecah '4' Series... huhuhukkk cepatnya masa berlalu....Impian di kala persekolah...dikala bujang semua alhamdulillah telah tercapai.


Kali ini Cik Eja merasmikan Nama Zuhaiza di panggil 'Cik Eja' bersempena tittle 'Mak Cik'....kenapa tak ada Mak?...Hhihikkk takyah lah letak 'Mak' kan. Tak apalah, tak letak pun, jadi pendek la sikit nak panggil jadi CIK EJA...kita sedar dirik tau dah pun tuo. Kalau yang masih muda belia...baya anak anak kita... atau masih dibangku sekolah boleh je panggil Cik EJa...sebab rakan rakan CIk Eja, anak anak mereka sudah pun ada yang melepasi sekolah menengah tau. Awal mereka kahwin...untung badan anak anak dah pun besar panjang. Cik Eja je anak masih lagi kecil bersekolah rendah lagi. Kalau yang seusia tu panggil Aiza pun ok..panggil manja Eja  pun boleh....hihihikkk.

Lepas saja bersiap siap semua dan Cek Ejam pergi solat jumaat, kami pun cari mana nak celebrate. Tahun lepas pandai Cek Ejam pilih restoran nama 38 Restaurant lagi...sempena umur 38...Kali ini

kami hanya pilih kat sini saja....nak makan lobster katanya.



Sebelum menu sampai...Celebrate kat Victoria Station je hari ini kami...




Cek Ejam buat lawak la pulak....Hahahah


Ok, sebenarnya kali ni terkejut jugak...hari besday tu ingat akan gi celebrate je mana mana. Tapi tiba tiba dapat Handbag Chanel????? Wahhhh Mahal tuuuhhh.. specialnya...hehehe..ini Chanel Handbag untuk makan tau...bukan untuk pakai... ok, nah...ini gambarnya. Cumeeell gitu...pandai abg tempah kata Cik Eja kat Cek Ejam hari tanggal 22 September 2017.


















Menu kami hari ini...satu sorang..tapi biasalah..Dak dak kenit ni tak boleh habiskan...siap papa bagi RM10 hinggit kalau siapa berjaya habiskan...ishh...ishh..selalu macam tu tau...



Tengok..siapa yang dah dapat...susah nak makan budak2 ni..selalu ingat nak maaain saja...


Ok..Sedikit gambar kenangan Cik Eja sempena umur 39 tahun....tak nak sembunyi umur...biarlah kita mengaku sebenarnya usia sudah pun penghujung 30an...Orang kata umur pertengahan.










Alhamdulillah...masih dipanjangkan usiaku...Moga Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang memanjangkan usia Cik Eja lagi dengan kesihatan yang

TERBAIK...menjadi seorang insan yang solehah, beriman dan tidak meninggalkan solat 5 waktu , melakukan solat dengan sempurna, diawal waktu kusyuk dan dimurahkan rezeki diharamkan dari terkena azab api neraka, diharamkan dari terkena penyakit penyakit dan tragedi yang berbahaya...aaamiiinnn...