My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, April 23, 2016

Melancong ke Switzerland 2015

Setelah sampai di Airport Zurich …arrgghh…leganya..syukur Alhamdulillah…sampai jua sekali  lagi kami ke sini. Di bumi Indah Switzerland ini. Bezanya tahun lepas  kami menaiki train dari Paris, tapi kali ini kami menaiki British Airways yang memakan masa hanya 1 jam 20 minit dari London. Tak perlu exchange train yg banyak seperti sebelum ni….senang je rasanya. Berbanding train, menaiki easy jet ini lebih murah kosnya. Sangatlah berbeza beli online tiket dengan beli di kaunter. Cuma…..aaaa…jaga jaga…kekadang memang ada extra charge utk luggage…….lagi la kami punya ni besar besar dan banyak pula tu. Tapi extra charge ini masih lagi berbaloi harganya dari harga tiket train.


















Sesampai saja kami di sini…terus je kami dapatkan map2 dan beli swiss Travel Pass. Yang bestnya kan, untuk anak below  11 tahun adalah FREE!!!...yeeehaaa..tak perlu beli  swiss Travel Pass untuk mrk….Yang lagi best…untuk bawa anak anak ni naik train pun free…untuk ke tempat pelancongan pun FREE contohnya ke Top Of Europe (Jungfraujoch) yg kami pergi tu.












Ok….selepas saja selesai semuanya, kami mula menaiki train iaitu menghala ke Luzern dan dari situ kami pun exchange ke Interlaken….. Pada asalnya….semasa dikaunter airport tadi, mereka memberitahu supaya kami ambil train ke Bern dan dari sana barulah train ke Interlaken. Tapi bila kami tengok map, aik??? Buat apa ke Bern?? Lagi atas dan jauh. Lebih baik kita ambil train dari Zurich ke Luzern kan? Laaagi dekat….Haaaahhh!!! mula lah buat plan sendiri. Lagi senang sebenarnya dari kita minta diorg bagi instruction ni tau.






Sesampai saja kami di Luzern, sekejap sahaja menunggu train pun sampai untuk ke Interlaken. Masa tak terlalu lama. Alhamdulillah..lancar saja perjalanan kami kali ini…seperti juga tahun lepas. Sesampai pula kami di Interlaken, kami pun mencari train ke Willderswill.

Bayangkan….owner apartment..Maria tu menunggu kami di Interlaken?...kita kalau boleh biarla dia ambil kita di station paling dekat dengan tempat dia kan. Itu pun kami tau bila kami dah sampai di Willderswill. Dia patah balik ambil kereta lebih besar katanya sebab lihat bag bag kami yang besar ni….Alhamdulillah…destinasi kali ini sampai dengan jayanya….


Dah pun sampai di Willderswill..kawasan tenang jee..


Lihatlah keindahan kawasan perumahan sini…sangat tenang…tak sibuk..sejuk…bestnyaaaa…..Dari station Willderswill ni dengan umah sangat dekat…jalan hanya dalam 7 minit sahaja. Sesampai saja di rumah…kali ini rasa nak landing terus memandangkan bilik dihias cukup cantik. Ala shabby chic gitu…tema warna putih, sangat romatik décor nya. Belakang bilik ini ada mengalirnya sungai yang sangat jenih dan tanah tinggi yang dipenuhi salji memutih. Malam macam biasa kami makan malam dan tidur dengan nyenyaknya…sejuknyaaaaa best!!!!






















_________________________________________________________________________________


Keesokan harinya selepas sarapan pagi...kami plan mahu ke Jungfraujoch iaitu ke Top Of Europe… dari willderswill kami ambil train ke Interlaken dan dari sana kami ambil ke stesen Grindelwald...Stesen paling last sekali untuk ke Top Of Europe ni.


Menu sarapan pagi kami di Willderswill


Sepanjang perjalanan kami  jumpa dua orang dari Malaysia, seorang melayu perempuan dengan berani nya dia sorang diri ke sini hanya semata mata untuk melihat pemandangan katanya. Train berhenti sekejap dia akan turun..dan bila train mula nak bergerak semula kearah France dia akan naik semula. Fuuuh tabik spring toing toing betul sebab dia sorang sorang…sorang lagi chinese dari Malaysia juga dari JB katanya…bersama suami backpack fuuhhh banyak tempat dia pergi …tapi dah lupa laa……semua dengar macam cicah cicah saja untuk satu satu tempat tu.












Sesampai saja kami di Grindelwald ini, barulah kami dapatkan tiket untuk ke puncak Jungfraujoch ini…alhamdulillah kebetulan tiket untuk kami dapat diskaun…ffuuhhh banyak juga diskaunnya..dari ratus CHF kepada hanya CHF88 saja... kanak kanak pulak free tuuu….wahhh untung bawa anak anak ke sini tau…train dah la xperlu bayar….tiket ke pergunungan tinggi ni pun free lak tu………sempat pulak tu kami ambil gambar situ sana sini dulu sebelum train ke puncak bergerak…sempat makan keropok2…












Bila train mahu bergerak makanya kami pun naik laaa….makin tinggi dan makin tinggi dengan pemandangan yang cuuuuuukup memukau…indahnyaaaa pemandangan memutih ni…tak dapat digambarkan betapa happynya gembiranya dan bersyukurnya tiba kami di sini….









Train berhenti di satu tempat dan sempat lak ambik gambar sikit….terus menuju ke train satu lagi. Kali ini menuju lagi jauh nun di atas puncak….ada 2-3 persinggahan berhenti untuk siapa nak ke toilet atau boleh mengambil gambar pemandangan dari atas…..


Persingahan..



Untuk naik train sterusnyaaa..




Kami dah sampai puncak....



Akhir sekali tibalah kami di Puncak….sesampai kami kat sini…kami makan dulu…ada juga nampak2 orang Malaysia melayu kat situ…masing masing sibuk ke sana sini. Siap aje makan kami pun mula la ronda2..ada jualan coklat kat atas ni dan juga penerangan bagaimana penghasilan coklat dari swiss ini. Sibuk kami ambil gambar situ sana sini…dan beli coklatnya….Tiba la masa nak keluar dari sini untuk berjalan ke puncak..iaitu di luar…yuuuhuuuuuu….seejuuuk mak oiii sampai ketulang…bayangkan  suhu dah negative tu..lupa daaa –ve berapa…kak long  dah mula merengek..huhuhukk sejukk..sejukk…xleh bernafassss…kata dia, ayoooo kita nak ambik gambar nih kak long..…jauh tau..xtau bila la akan sampai lagi ke sini…mama n papanya sempat gak posing situ sana sini…sempat gak rayu anak ambik gambar dulu sebelum diorang masuk semula ke dalam…sementara tu mama nak ambik gambar dulu….lepas tu video sikit…..sedangkan masa ni nafas pun memang dah sangat cool…bleh beku dah jari jemari semata mata nak pegang kamera hp ni…
Ada Nampak budak kecik..keciiiil sgt..korean happy je jalan terkedek kedek tanpa dipegang mama n papanya..eeee…budak ni memang cayalah…kita pun macam dah tak tahan sgt nih ……dia relax ok jee…….hihihikk….sib baik kami berempat dapat bergambar yang diambilkan oleh pasangan chinese …gambar kenangan kat Puncak Jungfraujoch ini…sebagai balasan ai pun ambik gambar mereka berdua jugak la kan…

















Pilih coklat nak beli...seeedap pulak tu....lepas beli ni makan...perabih dalam train je...sib baik byk gak belinya..









Baru je keluar dah nak nangis2.....sabar..sabar..jap je nak ambik gambar ni..jauhhhh kita datang...sikit jelah gambar diorg pun..mama papa jer terlebih lebih...

















Selesai  semuanya gambar sakan tu …maka kami pun turun la…dah tak tahan ni…kesejukan tahap beku dah..ramai pulak yang nak balik menunggu train yang sama. Kali ni memang penuh la train….kami duk bahagian depan sekali..masing masing dapat gift coklat Thank you from Jungfraujoch…best pulak coklat ni rasa dia..…babai Jungfraujoch…harapan dapatla jumpa lagi….uwaaaa…..






Ramai menunggu train untuk turun ...




Sedap coklatnyaaa..



Seharian hari ni memang hanya destinasi sini saja…….Turun saja dari Jungfraujoch ni …..di satu persingahan sempatlah Zharfan n kak long buat Olaf…..wahhh Olaf yang besar dah siap rupanya….xlawa pun oookla kan…hihhihik siap memang dah bawa awal awal carrot dari bawah ni….hihihihikkk….lepas bergambar sikit mula la kami naik train seterusnya untuk turun….



Olaf version anak anak znz..hahaha,,jadiiilaa...





Hari pun dah mula gelap…melihat pemandangan rumah rumah di penuhi salji…indahnyaaa…umah sebijik sebijik dan yang  Nampak lampu lampu berkelipan…..sesampai saja kami exchange train sekali lagi dan terus menuju balik ke rumah dengan hanya berjalan kaki dari stesen yang dekat saja. Makan malam nasi dengan lauk sayur fresh dibeli  kat market…kekenyangan kami dan terus tertidur kak long n zharfan ni….keletihan nampaknya….


_________________________________________________________________________________



Keesokannya…kami xde apa apa plan sangat…main jalan aje mana nak pi….bangun saja esok kami terus je ke Interlaken…saja nak tengok suasana….sampai saja stesen sana…kami berhenti makan beli kebab…minum panas…sebab di stesen betul betul Interlaken ni ada banyak restoran Muslim halal….ada lebih kurang 3 restoran gitu..tapi kami lebih berminat dengan satu restoran saja…..siap aje kami  makan….kami mula ke Luzern….kat sini ramai pelancong…jalan jalan….ada pelbagai hiburan juga….memandangkan kami ada swiss Pass maka kami bleh naik cruise tanpa perlu bayar lagi…jalan je lerrrr…hehehe..





Pagi pagi dah keluar..sunyi lagi suasana kat sini...




Terjumpa pasangan melayu suami isteri sini..dioraang plan nak ke jungfraujoch ....borak borak jap kat sini..


Tengah pilih restoran mana yang nak masuk..yang ni kami tak masuk laaa




Kitaorang suka yang ni.....















Dalam cruise tu kami makan biskut..tak sangka banyaaaak burung ikut terbang…follow kami…hehehe seronok pulak si zharfan bagi makan burung2 ni….mula la makin banyak makin banyak ikut….sampaiiii la makin jauh cruise makin kurang burungnyaaa…Pemandangaaan?cukup Indah..Syukurrrnya dapat melihat keindahan bumi Swiss ini..kebersihan dia….memang sangat mengagumkan….gunung yang dipenuhi salji sangat memukau….tapi sampai saja pertengahan…pemandangan mula kabur disebabkan kabus sangat tebal…sayangnyaaaa….Kami saja saja berhenti di stesen Rigi..kononnya nak naik satu lagi Gunung ni..Gunung Rigi…tapi memandangakan guide kat sana kata memang dah close sebab dah kea rah pukul 4 petang…huhuhukk melepas laaa kami…jadi kami pun sesaja ambil gambar situ sana sini….lepas tu naik semula cruise mengarah ke Interlaken…dalam perjalanan balik ni kami jumpa Melayu singapura…baik kakak ni, suami anak dia dan rakan dia baru turun dari Rigi rupanya….Mereka pun dah banyak kali datang ke Swiss ni….kali ni Cuma membawa rakan yang nak melancong sekali ke sini.


















Suasana di Luzern...




Sedikit gambar di Luzern...








Cameraman yg tolong snap gambar ni gelak2 je tengok aksi2 zharfan ni...


RIGI.......


















Cantik kan???..sebelum naik cruise untuk balik dr Rigi ni...








Borak borsk ngan kak Hani n family..






Banyak pulak cik Abe kita ni borak….tak renti renti…kita pun keluar je la sowang nak lihat pemandangan kat luar lak….kat luar sejuk BEST!!!...ambik gambar situ sana sini..hari pun mulai gelap…memang dah tak berapa nak Nampak…makanya…masuk lah dalam semula…tak lupa ambik no contact kakak ni..saja..tak nak la putus hubungan macam tu je kan….


Sampai ke Luzern….fuuhhh sejukkkknya ai…happening betul waktu malam…macam macam hiburan ada sini….malas dah kami nak nengok2…jadi terus ambil train ke stesen Interlaken…dan terus ke willderswill….balik umah daaaa…kali ni kami xmakan kat umah…tapi dah berhenti makan kat restoran di Interlaken tadi…makan makanan arab yg sangat besau…tak leh habis lak tuh….malam ni dah siap packing2 sebab esoknya kami akan mula berangkat pulang ke Paris!!!!!



makan malam  restoran di stesen Interlaken dulu...baru ambik train ke willderswill




besar betul..x abis pun makan ni...




35 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..salah satu negara Impian saya ni...dua kali ke Switzerland masih tak puas puas Haida..

      Delete
  2. Best nye ciku baca every single word...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ciku..sekadar perkongsian kenangan Kami Kat sana Saja..mungkin kami akan ke Swiss lagi..😬 Sebab salah satu negara yang sangat indah pemandangannya adalah Switzerland 🇨🇭

      Delete
  3. bestnye blh tak nk time stay apartment tu booking camne ye n brapa rate? salam kenal awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru reply...semua booking suami yang uruskan..lupa laa..rasanya satu mlm rm400-600 nanti sy tanyakan suami dulu yaa..nanti reply semula..🤗

      Delete
    2. nak tahu juga apartment tu. Ada rezeki nak pergi sana :-)

      Delete
    3. salam Puan. mcm nak booking apartment tu. Melalui booking.com boleh ke? atau ada website. mohon pencerahan puan.

      Delete


  4. Saya bakal ke swiss n stay kt Interlaken 22hb ni..daa start snow daa kt sane confirm beku!😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nov memang winter dah tu Kat Swiss ni...nak naik pergunungan2 Kat Swiss ni kena tengok cuaca juga..seronoknyaa klu dpt ke sana lagi...🤗

      Delete
  5. Salam, nk tnye swiss pass tu mmg beli bila da smpi sana ke? Rasa2 worth x beli swiss pass klu pegi 4hari 3 mlm? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...boleh juga tu 4 hari 3 malam pun...sebab murah sikit nak travel naik train ni...lagi pun boleh naik cruise2 free!! Enjoy ur holiday!!🤗🤗🤗

      Delete
  6. Salam swiss pass tu mmg bole beli bila da smpi sana ke? Rasa2 worth x beli swiss pass if pegi 4 hari 3 mlm?

    ReplyDelete
  7. Iya swiss pass tu beli Kat sana jer...bila sampai Kat stesen train sana...Bagi saya..sangat berbaloi Ada Swiss Pass ni...

    ReplyDelete
  8. Travel bula berapa ni ye..seronoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami selalu travel bulan Disember..sebab anak anak dah start cuti sekolah kan..terima kasih ya adora sudi baca blog sy..🤗🤗

      Delete
  9. Replies
    1. Terima kasih../singgah blog kita ya...🤗🤗🤗

      Delete
  10. Interesting!!!

    Bole x kongsikan brg2 keperluan yg perlu bawa i.e. food, pakaian yg sesuai etc.. bila ke sana?

    Kemudahan solat bagaimana?

    Maybe akn pergi bln julai ni... Insya'allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blog Saya...In Sha Allah...nanti saya share ya...bulan Julia? Dekat dah tuuu...tarik hnya bila Dzilazee?

      Delete
    2. Di Interlaken ada sebuah surau, tapi kalau jalan kaki jauh juga dari stesen kereta api Interlaken Ost tuu, jika berkenderaan senang laa.
      Di Switzerland rakyatnya bercampur2, dan sembahyang boleh je di mana2 sudut yang sesuai, janji tidak menghalang laluan. Kena ada persediaan sendiri untuk solat, spt waktu solat, sejadah dan bawa air mineral sbg persediaan utk wuduk. Jika di tandas, boleh gunakan sinki, cuma pastikan kaki tidak dibasuh di sinki, mereka tidak suka, jadi bawa botol mineral kosong, ambil air di sinki dan basuh kaki di dalam mangkuk tandas... Jika tiada org, bolehlah curi2 basuh kaki di sinki...

      Delete
  11. Thanks for sharing...nsk kumpul info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..terima kasih singgah blog Kita yaaa..🤗🤗🤗🤗

      Delete
  12. Seronoknya bw kids sekali. Harap sis boleh share costing ke Switzeland.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah..nanti Cik Eja share keseluruhan perbelanjaan di Switzerland ya...terima kasih sudi singgah blog ini..🤗🤗☺️

      Delete
  13. Replies
    1. Masa ni kami 3 hari 2 malam saja kat Switzerland..sebab ada aktiviti Di Paris pula...

      Delete
  14. Assalamualaikum... sronoknyaaa tgk..
    In Shaa Allah 15-18 disember 2017 ni sy akn ke swiss...
    Sy bca blog detail.. rsnya mcm tepati je pjlnn sy hehehe...
    Maaf sy nk tnya...
    1. Pn tido di mana ye?
    2. Pn amik pass travel utk brp hari? 3ari ke 4ari? sy pn plan nk tdo kt interlaken tp xtau mna lg.. ehehee
    3. tiket naik top of europe tu.. Pn beli trus dkt kaunter ke? tnpa tempah on9 dlu?

    Saya harap sangat dpat maklumbalas dr Pn.. sbb ni pertama kali sy ke luar negara... Sy dr london - swiss - paris...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...terima kasih sudi singgah blog sy...🤗🤗
      1) kami tido Di satu apartments gitu dari booking.com rasanya...details rumah tu dah ilang laa pula...
      2) kami ambil selama 3 hari Sharifah...:Kalau interlaken banyak sangat hotel...hostel dan utk backpacker pun banyak...board yang kami tengok tu banyak senarai hotel2 kat sana tau..
      3) kami beli tiket dikaunter saja Sharifah....mungkin boleh tempah online kot...tapi kan...kena tengok weather time kita nak naik tu..kalau cuaca tak mengiZinkan train tak naik tau...kakak yg kami jumpa kat interlaken ni cakap dia tak dapat naik ke jungfrau hari tu..sebab cuaca tak elok tau...
      Wahhhh...seronok tu bercuti 3 destinasi tu tau...Selamat bercuti ya Sharifah...moga Selamat pergi dan balik...kami pun tarikh ni travel juga...destinasi baru pulak ni...🤗🤗🤗

      Delete
  15. salam Puan. boleh saya tahu kalau beli swiss pass tu mmg free ea kalau naik train?
    thnk you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada Swiss pass dah tak perlu beli2 tiket lagi..boleh je naik train terus mana2 nak pergi...🤗🤗🤗 Tq singgah blog ini ya..😘

      Delete
  16. Salam. Saya nak tnya pi swiss brg mknan apa yg xblh bw ye? Dairy/meat/mkn dlm tin blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat Saya pergi...bawa je makanan dalam tin dan santan kotak..semua ok 👌 je..🤗🤗🤗tak ada masalah...

      Delete
  17. budak2 umur berapa tahun yer free? huhu mcm best je bawak anak2 ke sini :)

    swiss pass dia cover semua train ken? tapi dari stesen jungfraujoch ke puncak kena bayar tiket lain erk?

    ReplyDelete
  18. Asslm.... tq. Info yg sangat berguna

    ReplyDelete