Ai sebenarnya yang mula mengenali Chicken Green Curry ini dari sebuah restoran Thai di Shah Alam. Mr. Lim selalu belanja kami bila berurusan dengannya di Shah Alam. Masa anak kecil dan tak bersekolah memang kami selalu berurusan dan pergi jumpa sama sama dengan Mr Lim. Lagipun dia selalu sangat bawa kami ke tempat makanan orang Melayu, Iaitu NASI!!...Menu pulak kekadang udang masak petai la...kedai mamak terbaik di Shah Alam juga. Memang Terbaik nasi kandar kat situ. (Kita yang memang sangat tak suka makan di MAMAK pun dah jadi tersuka makan kat situ.
Eh...kita nak bercerita pasal lain kan. Ok.....Salah satu restoran itu di Shah Alam memang terkenal dengan masakan Thai ini. Semua best best betul. Lupa nama restorannya. Nanti kita carikan semula ok, untuk share. Ok, sejak makan green curry ayam kat sini lah kami selalu mencari restoran restoran Thai. Salah satunya adalah Absolute Thai. Ada di IOI Mall, ada di Mid Valley. Selalu kay restoran ini, selain nasi dengan lauk tom yam, green curry, ayam pandan dia pun memang terbaik!
Ada juga di restoran ini Laksa green curry....perrghh itu memang sangat terbaik juga. Best dan rasa dia memang PERFECT!. Memandangkan Ai hantu sangat dengan green curry ini, jadi Ai kena belajar cara buatnya. Pernah kami ke Thailand dulu, sampai di hadyai, Ai beli rempah segera Green Curry tau, tapi rasa dia agak mengecewakan. Memang tak sama. Kurang sangat sedapnya.
Jadi memandangkan pes Green Curry ini tak ada dijual. Susah dan tak pernah pula jumpa, jadi Ai telah sedaya upaya sentiasa belajar dan belajar bagaimana untuk membuat pes ini. Semalam dah masak green curry Ayam untuk berbuka kami, jadi rasanya nak share juga resepi ini dari orang Thai sendiri.
Bahan bahannya untuk Pes
Potong semua bahan ini.
Ditumbuk, kalau nak blend pun boleh, tapi pastikan pengisar yang tak perlu letak air
Tumbuk Kulit limau purut...
Simple dan mudah saja..semua sekali mesti ditumbuk sedikit sedikit.
Semua bahan dan daun ketumbar serta daun limau purut mesti ditumbuk...
Pes Ready to Cook!!!!
Dah pun siap...menu kami semalam. Memandangkan lauk ini pedas, jadi untuk anak anak dibuat sup ayam pula.
Semua bahan ini simple dan mudah saja. Tak perlu complete tulis pun bagi yang selalu masak dan hebat memasak mesti hanya perlukan bahan saja. Terus boleh buat. Ai jarang juga buat ni, sebab nak kena buatkan pes sendiri kan. Bulan puasa ni je terlebih rajin pulak. Kalau kurang hijau tambah je cili lagi kalau nak pedas.
Ok..Selamat berbuka..
No comments:
Post a Comment