My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, August 29, 2009

Ghuangzhao

Ghuangzhao tempat best untuk shopping. Tengoklah, bangunan untuk pelbagai jenis kain...dari sutera untuk tudung, cadar, langsir, sehinggalah....oh...memang banyak...

Kami datang ke sini atas urusan sepupu ajak pergi. Katanya nak pergi sendiri tak biasa lagi. Jadi, Ai dengan abang datang bersama sepupu dan isterinya. Mereka ni punya kedai jual tudung sendiri. Jadi datang ke sini untuk pilih sendiri kain - kain untuk dibuat tudung. Abang memang kenal sorang student dekat sini iaitu Aisyah dan Syikin.

Bila kami sampai saja di Airport, diorang ni lah yang bawa kami menaiki van untuk ke hotel kami menginap. Kalau datang sendiri susah jugak ya, sebab kebanyakan mereka kat sini cakap chinese. Ramai jugak yang tak tahu berbahasa Inggeris ni. Aisyah dan Syikin ni memang pandai berbahasa sini, Maklumlah diorang belajar kat sini. Bawa pelancong dari Malaysia pun sebagai part time saja.

Kami di bawa banyak sangat tempat menarik kat Ghuangzhao ni tau. Semua tempat untuk sesiapa nak berbisnes shopping borong. Ada bahagian handbag, textile, pakaian ready made, kasut kasut...arrgghh banyaklah. Siap Aisyah kata pernah bawa Erra Fazira datang ke sini. Katanya, masa bawa Erra tu kebetulan van tu bocor dan masa tu hujan, menitik saja air hujan tu masuk ke dalam, tapi Erra tak complain langsung...bagus katanya Artis sorang ni, tak kisah pun kami bawa naik van macam ini. Masa tu Erra nak beli barangan kelengkapan kawin...macam tu la lebih kurang apa yang diceritakan pada kami.






Ini lah bangunan yang ada bertingkat tingkat, semua adalah textile yang pelbagai jenis. Banyak tingkat dan banyak kedainya tau...pening nengok kedai mana nak dibeli.



Nasib baik semua urusan Aisyah dan Syikin yang jadi jurucakapnya. Mana tak tawar menawar ke. Kalau pergi sendiri alamat kena kencing sajalah kamu..hahahaha...Menarik tau kat sini kalau sesiapa nak berniaga apa apa yang berkaitan kain ni.

Kami berdua hanya ikut saja. Kami hanya beli kain kain untuk dijadikan baju raya saja masa ini. Beli untuk ma abah, dan mak ayah. Ada pelbagai sutera kat sini. Sutera Italy la, Sutera printed la...cantik cantik sangat tau. Mana lah agaknya gambar gambar yang di ambil masa jalan ke Ghuangzhao ni. 

Kami juga di bawa solat di salah satu kedai kat sini. Main solat di celah celah kain kat sini saja. Bagus sangat student malaysia dua orang ni. Walaupun berjauhan dari ibu ayah, solat masih tak ditinggalkan.

Lagi satu, makan kat sini sedap sedap betul tau. Kat sini lah kami kenal Mee Tarik. Dibuat dari tangan terus direbus dan dimasukan dalam sup atau dibuat mee goreng. Memang fresh la. Semua makanan halal kat sini sedap sedap belaka. Aisyah dan Syikin tahu dekat mana port port makanan sedap ni, jadi kami tak susah dan tak kelaparan la. Satey dia pun sodap tau!!! Cayalah. 

Gambar gambar makanan dan kedai makan kat Ghuangzhao ni semua ada diambil. Cuma tak tahu mana dah save kan gambar tu semua. Kalau ada nanti akan dimasukan kat sini ok!.


Secara keseluruhannya, Ghuangzhao memang sesuai untuk peniaga peniaga membeli secara borong.

Wednesday, August 26, 2009

Jalan jalan Johor

Berjalan-jalan memang menjadi kesukaan...semua negeri la pergi...sambil menyelam minum air la katakan...sebabnya..sambil buat kerja...pergi bercuti sekali...ye la kan..kalau kehidupan asyik samaaaa jer...kerja,rumah...kerja,rumah....mesti boring kan?takde yang menarik...okla...ni gambar Thistle hotel masa di JB.
Bilik Hotel

  




 Biasala..kanak-kanak riang ni memang suka sangat guling2 atas katil yang empuk tu.






Cantik saja pandangan bangunan Thistle ni.




Pemandangan dari atas bilik kami...cantik saja...boleh nampak Jam di dataran ni.




Tv kat bilik kami ni nampak kecil saja. Tak tahu nak buat apa, gambar tv pun boleh la kan...

Tuesday, August 25, 2009

Penang!!

Kali ni Jalan jalan ke penang pula...bersama dengan Family Muar....ok...menarik juga walaupun dah byk kali ke sana....layanzzz....
^
^
^











Tengok...monyet pun pakai pampers...Fitti tu...alamak...sama ngan Zharfan pakai nih..





Cameron 2009

Cuti cuti Malaysia kali ni ke Cameron Highland. Hanya membawa Zharfan saja. Kakaknya berada di kampung bersama nenek. Jadi nampak macam punya anak sorang je la kan..Menarik juga, boleh petik strawberry sendiri di Strawberry Farm.


Tengok tu..syok punya petik dari ladang..fresh gitu...waahhh...geram je nampak merah2.


Haaa...ni..intai je bawah bawah pasu tu, nampak yang merah apa lagi kita pootoong dia!!!.hehehe




Hasil kutipan hari ini....wallahhh...kat Cameron sesudah petik mesti manis...taaapiiii..bila bawa turun je dari Cameron ni..dia jadi masam lak..tak taulah kenapa jadi gitu ek?




Ok...ready to bayar....kita tengok kena berapa. Nak ambik penuh bakul pun boleh je..tapi bayar lebih la yek!!


Alahaiiii...comotnya anak mama ni...selalu panggil dia cantik boy...hehehe sebab selalu je orang tanya..ni perempuan ke lelaki...alahai makcik pakcik inih!!..kalau dah dipakaikan baju pun boy..dah mestinya lah boboy kan?...kalau gegel mestilah dah kita laramkan ngan dress cun melecun tu...




Tengok kepala cantik boy mama kecik sangatlah...lebih besar strawberry tu lagi...opsss...lubang tu lagi..



Mama pun tak nak ketinggalan la...



Ini lah part paling suka sangat kat Cameron ni...kalau jumpa bunga segar ni..gerammm je nak bawa balik umah. Tanam di halaman umah cantik kan...Kalau cuaca sesejuk kat sini sesuai la..bunga pun selalu segar. kalau dah matahari terpacak je..abisla layu jadinya.



Bertiga...opss..lupa dah..siapa yek ambikkan gambar ni?



Sekali lagi minah bunga ni...posing aje...cantiknya bunga ni....




Bunga ni memang ada di Strawberry Farm ini juga. Ada yang untuk hiasan dan ada juga memang untuk dijual.




Selesai sudah kisah di Strawberry Farm ini....kita pusing pusing cari makan dan balik hotel lah pulak..


<

<

<

<

<

<
<


KEESOKAN HARINYA.........



Pusing pusing ke Ladang teh pula. Kat Cameron kalau tak datang sini tak sah la kan. Sebab tak banyak sangat tempat boleh dilawati kat sini. Cantik nampak dari atas susunan pokok teratur je.




Kami turun bawah lak. Panas jugak la cuaca nak tengahari macam ni. Tak perlu bawak baju berlapis2 yek! Cukupla baju biasa je...Cameron tak la sesejuk mana pun.







Ok.. kali ni di Ladang kektus. Ermmm...ladang ke?..ntahla,,tidak sebesar mana pun..tapi, lengguh juga kaki ni tu yang lepak je situ...









Eeeeee..eliiii...saja usik kan Zharfan...tajam tu ya....macam ulat pulak dah.




Lepas saja Kektus Farm tadi, kami ke sini plak. Rose Farm. Banyaaak bunga Rose pelbagai jenis kat sini tertanam. Bila masuk je, bau wangiii dan segar pokok kat sini.








Besar kan!






Ermmm...merahnya dia...rasa nak petik je lah.




Ini cili ya..bukan bunga..kira cili bersama rose di tanam sekali...comel je nampak cili...bulat bulat tul!








Caaak Zharfan...mama disebalik bunga loceng ni laa...tak nampak ke sebesar ini?..huhuhuk





















Kita relax jap yee...kat sini sambil bleh goyang goyang...



Post last kat sini...dah jalan keluar dari Rose Valley ni

Thursday, August 20, 2009

Singapore kali kedua 2008

Bercadang datang sini nak beli sesuatu...last2..papanya beli benda lain...sebab murah sangat berbanding kat negara kita..punya la besar...bawa balik...tapi...yang bestnya...kastam tak check pun sebab balik malam.



Bayangkan....sebab hari ahad...sepanjang perjalanan tengah town Singapore ni...dipenuhi dengan kaum2 seperti dalam gambar di bawah....opss...ni gambar yang sempat diambil...sebenarnya peeeenuh sangat...sesak gitu..tapi gambar ni tak nampak sangat...masa gambar diambil....tengah berjalan...jadi..time ramai tu blur2 gambarnya....ini ajer la yang ok skit.....




Kali ni kami ke Singapore untuk kali kedua...sebelum ni batrisyia seorang..kali ni dah berdua...Tengokla tu..bukan main sayang lagi dia kat adiknya..Zharfan..kat bilik hotel..hahaha..zharfan menggaru kepala....sebenarnya...Kakaknya tu asyik peluk ajer dalam gambar2 ni...nanti kalau kelapangan upload lagi aksi2 mereka...



Tengok tu..bukan main posing lagi anak dara sorang ni..di KFC kat sana...happy la tu...