My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, December 27, 2016

Melancong ke New Zealand Part 2

Hiii..bersua kembali kita...eehhh matsalleh ke dah tak de salam ni? Maklumlaaa..asyik teringat ke #matdan je nih...duk layan online dia je sejak dua menjak ni.....

 -  Assalamualaikummmm..knock knock...ada orang kat rumah tak?hehehehe.....
 - adaaa...masuklaa makcik. Eh, makcik...selalu bawak story baru..ni kisah apa pulak kali ni?
 - oooo....okeh...kali ni sambungan kisah special sikit...apa lagi...pasal New Zealand laa...

Kisah sebelum ke New Zealand dah kan? Kali ni sambungannya pulak ya.



Inilah bag yang akan kami bawak...packing malamnya sampai pukul 1 pagi baru siap...


Tiba lah hari yang di tunggu tunggu. Tarikh 22hb Disember seperti biasa kalau bab jalan jalan, askar askar kami pukul 4 pagi sudah pun bangun. Tak liat pulak diorang ni kan macam time nak pergi sekolah. OOOOoooh sungguh lajunya bangun masing masing tau. Maklumlah, malam tadi kami tidurkan awal awal selepas bagi makan kenyang. Ok, selesai semua siap, teksi pun sampai di depan rumah kami.  Lambat sikit ni…pukul 6 pagi lebih jugak kami bertolak ke airport. Kena bergegas semua, sarapan pun belum. Settle semua kami beli sarapan saja dan 8.10 minit AA pun fly ke Sydney. Semua sup sap sup sap je….


Alhamdulillah….jam 8 malam waktu di Sydney kami pun selamat sampai. Semua berjalan dengan lancar dari kastam hinggalah di kaunter declare foods yang kami bawa. Selesai semua kami lepak sekejap di Mc Donald sini. Bagi anak anak makan French fries minum minum sambil kami search dan book hotel. Airport Sydney ni memang tidak dibenarkan tidur atau lepak selepas jam 11 malam tau. Kalau ikutkan, pukul 4 pagi sini memang kami dah kena datang lagi sini kan? Leceh jugakla nak kena keluar dari sini dalam berapa jam saja pulak tu.

Alhamdulillah, kami memang dapat Hotel untuk kami bermalam sekejap. Lebih kurang 8km dari airport. Lodge Hotel namanya. Besar jugak biliknya, siap ada kitchen lagi. Harga satu malam dalam RM500. Ok lah, ini saja yang ada kan. Kami punya waktu sebenarnya 5 jam saja tidur memandangkan kami sampai kat Hotel ni jam 11 malam. Pukul 4 pagi kami sudah kena bangun untuk ke airport semula.

Nampaknya nyenyak semua anak anak tidur walaupun kalau ikutkan waktu Malaysia baru pukul 8 malam. On time esoknya, pukul 4 pagi semua sudah bangun, mandi dan bersiap semua. Kad hotel ni kami masukan dalam box saja, memandangkan receptionist hanya dibuka jam 7 pagi. Kami menyeberangi jalan bertentangan hotel ni dan menunggu teksi kat situ. Tak sampai 30 minit, teksi sudah sampai. Rupanya kat sini pagi2 buta ni banyak betul teksi sana sini. Risau jugak kami malam tadi takut susah dapatkan teksi kat sini kan.  Perjalanan malam tadi kos teksi adalah AUD70 manakala pagi ini teksi hanya AUD50 sahaja. Berbeza kan?

Sesampai saja kami kat airport, kami settlekan apa yang patut dan sarapan. Kat airport sini ada surau tau. Menarik kan? Tepat jam 7.20 pagi sini, kami pun fly menggunakan Air New Zealand. Perjalanan hanya mengambil masa dalam 3 jam saja. Kami melalui Tasman sea...Lautan yang besar tu. Berdoa la banyak banyak moga selamat sampai ke Destinasi Impian nan satu ni. Bila dah nak sampai...waahhhh nampak banyak pergunungan dan sesetengah gunung masih ada salji sikit sikit...Bila nampak dari atas...tak banyak rumah pun...satu kawasan yang luas...sebijik dua rumah....setiap satu satu rumah memang jauh sangat. Uiiihhh jauh betul diorang ni duduk antara satu sama lain...Kalau kita sampai ke KL dari atas kan, atau bila nak sampai ke bandar bandar lain, dah nampak pembangunan yang tinggi tinggi...tapi kat sini lain sikit pemandanganya...errmmm betul la penduduk kat New Zealand ni tak ramai. Population hanya 4 million orang saja tau kat sini.


Dalam 3 jam saja ni, kami sudah pun sampai di Christchurch …alhamdulillahhhh….yeeeeaaaaayyyy bersorak budak budak kecik ni dan mak budak sekali. Sampai saja kat sini….uiiihhh panas pulak rasanya kan… Hari ni memang cuaca kat sini agak panas… Tak perlu pakai sweater @ tebal sangat.

Sesampai saja kami, terus dapatkan teksi untuk ke Office Campervan Apollo ni. Ok…nak cerita sikit ni….kami kan first time sampai sini kan. Ingatkan jauh bebenor la nak ke company tu. Kami dikenakan NZD70. Ikutkan ok la berbaloi sebab ramai dan baggage yg byk ni. Tapiiiiii hahahaha…tak sampai ½ jam  pun dah sampai…rasanya tak sampai 20minit pun sampai la. HAhahaahah dekat bebenorlaaa. Patutlaaaaa kami Nampak ramai jugak pelancong jalan jalan kaki je tadi….kikikiihh…tak ramai pun naik teksi….Tak apalaaa….kami pun ramai ni…kalau pergi berdua tu…pi je lah jalan je…bukan jauh sangat pun…semua centralized kat situ tau…..






Register semua sendiri ya...sebelum diberikan penerangan semua..


Kami diberikan penerangan …tengok cek campervan dari luar sampai dalam. Selesai semua barulah kami start mengemas masuk bag dalam dan sedikit dimasukan dalam store yang besar tu bahagian bawah. Tak lama sangat kami pun mula keluar.. 


Bismillah…..yeeeeehaaaaa..hihhihiikk..anak anak bukan main  hoooraaaiiii lagi…yelaaa…satu pengalaman baru kan…rumah bergerak katanya….korang duduk diam2 tau belakang jangan ribut2…jangan lari lari..nanti jatuh….errrmmm…biasa la Dak Dak Kenit ni selalu sangat happeningnya. Mak Bapaknya pun happy sebenarnya ni…bermula lah Kembara kami…. #kembaranewzealand #kembaraznzfamily …  #znzfamilyholiday


Happy nampak u all ni!!!



Sedikit gambar keadaan dalam campervan kami...


Yang pertama sekali kami dapatkan Halal Butcher iaitu di Addington. Masa ni jam menunjukkan pukul 11.43 pagi. Kami nak beli Beras. Daging dan ayam halal kat situ. Selesai saja beli semua, errrmmm…lapar jugak ni…kami minta owner Butcher ni recommend mana restoran halal kat sini…errmmmm dia kata susah nak dapat…Cuma, belakang kedai diorang ni ada satu kedai India yang Lamb nya confirm halal. Lamb saja? Kenapa? Hahahah… sebab Lamb diorang masak memang dibeli dari kedai Butcher Halal ni la. 

Selepas park tepi, kami berjalan ke Halal Butcher....



Keadaan dalam kedai. Barangan semua halal. Rempah Babas pun ada.






Ok, selesai membeli kat sini, kami pun pergi makan kat sana. Nama restoran ni Authentic Indian. Waaallllahhh memang terbaik sangat masakan nasi dan Lamb kat restoran tu tau….Udang dia pun sedap….Nasi saja pun sangat sedap tau. Memang tak mengecewakan lah.



Aiihh..nak pakai tudung jugak kenit sorang tu...senget benget dah...huhuhukk...



Nasi ni...lupa nama apa...nampak pun dah terliur balik kita laa....errrmmm...BEST!!!




Masakan udang ni...perrghhh memang terbaiklah!!!




Inilah restorannya...Achim pakai selipar je turun dari 'rumah baru'


Selepas kekenyangan, kami tumpang toilet dia untuk ambil air solat. Dalam Campervan pun dah ada air. Sesaja jerr…Senang jugakla pakai campervan ni, memandangkan nak solat tu mana2 saja kami boleh buat. Dalamnya sangat luas dan boleh berdiri solat. Lagipun kami memang park betul betul depan restoran India ni.


Selesai saja solat ni, kami masih lagi kena shopping bekalan dapur seperti sayur sayuran, buah buah,roti, mandian2 dan sedikit ikan untuk masak hari hari mendatang. Maklumlah. Christchurch ni besar, pasaraya banyak….kalau lah dibuatnya kami berhenti nanti di pekan kecik yang susah nak dapatkan fresh food kan susah?.


 Kami park saja campervan ni di pasaraya Westfield, iaitu untuk ke Park n Save. ( Jalan Riccarton) Kami dapatkan roti roti, sayur sayuran, mandian, tisu dan lain lain…uiiihhh penuh jugakla troli ni tau…dah macam shopping kat KL je nih. Macam bekalan sebulan pulak ni.











Sudah saja buat bayaran dan simpan semua dalam campervan, Errrmm…kami berbincang..Camner ni…nak bertolak ke destinasi seterusnya dah pun nak malam. Kat sini dah pukul 5.30 petang. Pukul 6 kedai semua tutup. Kami pun cuba mencari tempat untuk bermalam. Campervan ni tak boleh park sesuka hati waktu malam tau, nanti kena saman oooo….


Kami pakai Gps yang di ambil dari company tadi…mencari mana adanya campsite. Kami sampai saja kat Amber Park Campsite, tak sempat nak Tanya diorang kata dah full. Disebabkan sudah penuh, kami terpaksa mencari campsite lain. Hanya All Seasons Holiday Park saja yang paling dekat. Maka terpaksalah kami park sini saja. Agak mahal berbanding Amber Park tadi iaitu kat sini NZD85. 



Amber Park Campsite ni...dah full pun...



Pilihan kami di sini lah nampaknya....


Sesampai saja kami kat sini, terus diorang closed. Nasib baik cepat sikit kan. Alhamdulillah….semua berjalan dengan lancar saja sepanjang kami kat sini. Pukul 6 petang macam ni waktu masih terang tau. Nak buat macam mana…diorang ni macam tidur awal je semua. Memandangkan cuaca sejuk sangat pulak…semua dah tak  nak mandi malam… Tak apalah…masak masak untuk makan malam saja. Semua kekenyangan, dan mula la tidur. 


Start memasak bila sampai sini...dapur baru nampak...seronok pulak main masak masak dalam ni...


Campervan ni ada 3 ruang untuk tidur. Elok elok sesangat untuk kami ber enam ni. Dua tidur dibelakang….lipat2 meja jadikan bedroom pulak….ruang tengah jugak lipat2 meja jadikan bedroom kedua. Dan kami berdua beradu ditingkat atas. Yuuhuuuu….tidur dalam kereta kita kali ni….sungguh seronok…satu kelainan yang sangat indah bila dikenangkan….maksudnya, dua dibelakang…dua tidur bahagian tengah dan dua lagi kat atas….ngam ngam kan? Tapi kalau orang dewasa yang tengah ni tak muat tidur berdua…



Sedaaappnyaa dia tidur sejuk sejuk ni...dah terang pun tak nak bangun lagi ...



Yang kenit dua orang ni kat sini...



Kamar kami pulak di bahagian atasnya...errmm...syok aaa tidur style baru ni...


Nyenyak jugak  ya masing masing tidur walaupun style baru…tempat baru dan suasana baru macam ni? Errrmm kekenyangan dan penat kottt…atauuu..sebab sejuk2 dan best sebab mata automatic jadi kuyu ek??hehehehe…apa apa jelah…yang penting campsite ni sangat menarik…selesa bilik airnya banyak….ada washing machine…self service….ada kitchen…bagi sesiapa yang taknak menggunakan kitchen sendiri atau yang pakai kereta park kat sini. Ooohhh yaaa… ada banyak tau kereta2 saja omputih sewa tau…terkejut kitaorang…diorang kan besar besar…tidur dalam kereta je diorang? Seat tu boleh dibaringkan macam katil pulak. Uiiihhhh….camping betui nih …sempit je rasanya tu. Lupa daaa nak ambilkan gambar sebagai contoh….kalau google memang banyak disewakan macam tu tau….caravan….ada jugak kereta yang boleh tarik macam kontena gitu….ada yang lawa2…ada yang simple saja…aaaahhhh kalau nak cerita macam macam pesen lah gaya diorang melancong ke sini.



Campsite malam pertama kami di Christchurch, New Zealand..



Banyak kemudahan kat sini...terliur Dak Dak kenit ni naik main...


Pagi ni hanya masak cucur udang yang dibawa iaitu brand Adabi ni. Semua dah mandi di shower campsite ni dan sarapan dalam campervan saja. Nak sarapan kat bangku luar tak sangguplah…sejuk sangat pulak dah. Diorang ni makan banyak pulak kali ni…cucur dua paket habis licin. Semua kanak kanak girang bekerjasama untuk ngemas katil masing2 dan papa naikan balik jadikan meja. (patutla ada yang malas nak sewa campervan kan???) errmmmm baru paham…malas agaknya nak ngemas dr meja jadi katil….dari katil nak jadikan meja waktu siang pulak….tapi kami ok jee…sonoookkk laaa katakan…first time pengalaman…mestilah seronok.


Selesai semua kami pun check out dari campsite ni. Kali ni masih kena ke pasaraya lagi memandangkan semalam kami belum beli simcard sini. Semalam hanya sempat shopping keperluan saja. Hari ni pun hanya beli simcard 2' Degrees. beli satu simcard dalam NZD19 rasanya... hehehe...lupa pulak harga satu sim tu.




Selesai saja semua tukar simcard, barulah kami memulakan perjalanan ke luar dari Christchurch ni. Tak sabar sangat dah nak tengok pemandangan indah ni. Nak keluar dari bandar cepat cepat rasanya.

Okaayyyy...Bismilah..baca doa2 banyak sikit ya...nak menjelajah jauh ni. Kami melalui jalan Dunsandel, Rakaia River...sungai ni tak banyak air pun. Tapi banyak pokok pokok bunga warna kuning. Cantik la pulak penuh saja kiri kanan jambatan kami lalui ni. Kami lalui Kakahu. Ada satu pekan kecil kami lalu, di kiri kanan ada MC donald, Burger King Pizza dan KFC...Dominos pun ada jugak. Semua ni tak dapat ditunjukkan dalam gambar memandangkan kami ambil video saja...kena buat znzchannel nanti ni...khas untuk share video pengembaraan kami sebelum sebelum ni...errrmmm ok tak kalau buat macam tu?..


Kami melalui arah ke Temuka ,Timaru. ada satu jalan Middle Valley tu bahagian kanan ..comeeel je lembu lembu beratur tersusun je...ish ish ish...gelak kami...disiplin betul lembu lembu ni kan.









Waktu kat sini 9.34 pagi kami sampai satu kawasan atas bukit. Jalan Fairlie...kat sini sangat sangat cantik pemandangan dari atas. Menghijau saja dan semacam bukit ni ditutupi dengan rumput karpet gitu.  Jadi kami berhenti sekejap untuk ambik gambar kenangan. Nanti balik tak akan lalui jalan ni lagi kan...Kat sini nampak macam takde bangunan pun, ada rumah jauh jauh je, tapi.....banyak hotel jugak area sini tau. Ada Gladstone Hotel, Pinewood Motels, Aorangi Motel...aaahhh banyak lagi la nama hotel kat sini. Lepas tu nampak suasana macam sunyi je...tapi ada banyak program jugak kat sini...ermmm..nak cerita memangla tak akan habis. Lagipun kami tak duduk sini pun. Berhenti sekejap sebab cantik saja.



Semua dak dak kenit tak nak turun sebenarnya ni...kami memaksa, dan mereka pun terpaksa keluar semata mata nak ambilkan gambar kenangan kat sini...rugiii ooo kalau tak nak ambil gambar sama2..inilah yang akan jadi kenangan abadi selamanya...ceewaah...Besar besar nanti tau laa anak anak, yang setiap detik gambar kita bersama inilah yang menjadi satu kenangan manis dan tak akan boleh dilupakan begitu sahaja!




Mak bapaknya happy giler gilers jeee...yang anak anaknya menggiggil tuh...tak ada snow pun dah menggiggil, kalau time winter tak taulah macam mana kan? Agak agaknya seronok sangat ke kalau time winter ni? Banyak kekurangan berbanding kelebihan sebenarnya. Nanti next kita share why....







Dah puas saja bergambar situ sana sini, kami meneruskan perjalanan. Sebenarnya destinasi utama adalah Lake Tekapo. Kami sampai saja kat Lake ni, ada satu kawasan macam comel je kalau ambil gambar ni?



Ada sorang chinese dari singapore yang suka sangat dia tolong ambilkan gambar kami kat sini...kita apa lagiii posing je la kan...peluang la katakan..






Siap dia kata, wahh cantik kalau ambil kat sini gambar....terbaiklaah..



Ada uncle chinese dari campervan lain park depan kami ni gelak dia nengok gelagat gelagat dak dak kenit ni...




Disebabkan masa ni masing masing dah lapar, jadi kami jalan sedikit dan berhenti park betul betul depan lake ni. Ada tempat parking. Masak sikit dan makan di bangku yang ada kat luar. Sejuk jugaklaaa kali ni.




Errmmm...bila sudah kekenyangan semua...kemas kemas dan kami jalan kaki ke seberang jalan untuk ambil gambar lagi di kawasan Tasik Tekapo ni....(macam pelik pulak bunyi bila sebut Tasik Tekapo ni.)

Bila nampak saja kawasan ni....terbeliak bijik mata mak ni tau.......Waaaahhhhhhh kali ni tak jemu jemu mata memandang...Kenapa???aaaaa...Impian jadi kenyataan Syukur alhamdulillah...#syukurselalu #syukursangatsangat...macam mana lagi nak gambarkan kegembiraan ni dapatnya jumpa Si Lupine depan mata...waaaaa meeemang sangat banyak...geraaam je rasa tau...warna warni yang memukau pandangan. Bau wangi pulak tu. Perrrrghhhh Indahnya Dunia Ciptaan Allah ni kan. Dengan Lake Tekapo yang membiru...tenang...isshhh...memang cantik laa...













Sabar ye anak anak...kasi caaan kat mama posing posing dulu ek...















Yang sorang ni tak boleh dielakkan..sebab dia ada klon mama...posing aje tak perlu dimintak @ di arah arah.. ...terus action je dia ni..










Lama jugak kami menghabiskan masa kat sini..lepas puas bergambar dan ambil video sana sini, kami pun beransur la keluar.  Sepanjang perjalanan ni, kami jumpa Lake Pukaki yang besar dan sangat cantik. Kami singgah sekejap untuk buang air di tandas kat situ.



Lake Pukaki...sangat sangat sangat cantik...kami banyak ambil video time ni..jadi gambar sepenuhnya banyak dalam camera abg...S7 dia kalau ambil gambar ni..memang la lawa bangat!

Lepas saja semua selesai  dan solat di situ juga, kami pun teruskan perjalanan. Jalan punya jalan..dah sampai Twizel kami ni. dah nak pukul 6 ni...baik kita cari campsite. Lagipun bateri handphone semua dah abis...errmm...kena ada persediaan la kalau nak naik campervan ni tau...bukan macam hotel, tidur malam boleh charge hp kat plugnya. (patutlaaa orang tak nak naik campervan sangat kan?) kami borak borak la masa ni...haaa tu la...tak  membaca banyak sangat pasal persediaan jika mahu melancong New Zealand ni tu yang tak tau sangat hal hal bagaimana persediaan tu. Hahahaha rasakan....

Naik campervan ni....nak habaq maaiii...hahahah memangla disediakan plug untuk charge hp kita, taaaapiii....hehehe bila kita charge campervan ni kat campsite saja baaaaarula plug itu berfungsi dan ada eletriknya tauuuu...kalau tak charge di campsite, makanya plug semata2la dalam campervan tanpa ada eletrik nak charge...ayoooo...tak terpikir pulak kami pasal ni. Sebab tak tau langsung sebenarnya. (Tak research dulu kan?haaaa redah la lagi lain kali) Padan muka kat diri sendiri. Kalau kita tau macam ni kan? Meeeeemangla bawak banyak2 Power bank tau. Maklumlaaa selama ni bateri hp masing masing IP dan Samsung S7 ni tahan 3-4 hari. Haaaaa dah snap gambar situ sana sini...video2 lagi....mana la bateri tu nak tahan.....

Inilah pengajaran dan kelemahan bila naik campervan...#takenote lain kali yek!!!..ada lagi kelemahan lain tau...


Campsite kedua kami di New Zealand...bermaksud malam kedua kami...

Sampai kat Twizel kami menginap jugakla di Campsite namanya Twizel Holiday Park. Sampai saja kami kat sini, biasalah...tugas chef untuk main masak masak pulak...bagi semua kekenyangan....diorang pun tidur, makanya, selesaila tugas mama. Bermalam ya anak anak...diorang ni tutup saja semua lampu baarula boleh tidur. Kalau tak, memang maiiinnn sajalah kerjanya.


GoodNite!!!!!!!!

______________________________________________________________________________________

Keesokan paginya, pukul 4 dah kena bangun. Subuh kat sini bukan pukul 6 pagi tau. 6 pagi ni semua dah keluar pergi kerja. Buat sarapan Nasi Goreng saja pagi ni. Satu pedas satu tak pedas. macam nilah rutin kita ni...kena buat menu berbeza beza. Asal pedas sikit2 pun langsung tak nak makan diorang ni tau...






Semua makan kenyang- kenyang tau!





Dah semua kenyang...baaarulah time mama pulak sarapan...



Sudah makan semua kena clearkan pulak ...cuci semua lap2 dan simpan semua dalam kabinet...baaarulah boleh bergerak. Kalau tak simpan semua dalam kabinet..memangla bersepah dan berteraburan nanti bila campervan jalan.



Lepas saja semua kenyang dan siap mandi di Shower campsite, kami pun check out. Sebelum keluar kami siap siap isikan air ditangki campervan. Semalam kami tak buang lagi air kumbahan dari campervan ni. Jadi Kat Campsite ni la kami kena buang. Kalau tak..full air2 kencing, u'uk anak2 kecik dalam ni, maka toilet campervan memang tak boleh digunakan. Tangkinya kecik sangat.... (inilah kelemahan seterusnya kalau naik campervan).

* bersiap sedia untuk hadapi semua ini kalau nak sangat naik campervan tau....tapi tetap SERONOK laaaa...pengalaman baru lah katakan...




Membuang air kumbahan dari sinki n ....tandas...kalau pakai paip ni air sinki tau...kalau dari tandas kena bukak tangkinya dan buangkan dalam lubang ini juga. Bersiap sedialah dengan sarung tangan ok...hahaha seketui seketui anda akan nampak sesuatu keluar...hahahaha...kalau keluarga kita sendiri..anak anak punya lagi ok la kan...kalau share dengan semua orang dewasa? Haaaa jawablaa....tapi pastinya tak payahla membuang kat tandas ni ok...air kecil saja ok la...kalau rasa nak u'uk tuu..cepat cepat la cari tandas luar ya..dan jangan lupa sediakan botol besar paling kurang 1. Kalau saya, selesa dua terus botolnya....barula puas hati.( dah sedia maklumkan, tandas diorangkan tak ada paip)

Habis kerja kerja ni...kami keluar dari Twizel...Destinasi yang kami tuju adalah Mount Cook pulak. Tak jauh sangat dari sini. Cuma masuk ke dalam jalan agak sunyi dari kenderaan lain. Kami ingat tempat ni tak ramai yang datang, tapiii....bila sampai saja...uuiiihhh banyak jugak la kereta2 yang park. Hari ni hujan renyai renyai...kekadang macam lebat jugak...selang seli gitu. Jadi abang pulak..ngantuk semacam je ni? Katanya nak tidur laa...ok laaa.. pi tidu kat atas ya..Ai pulak? Ish....rugi rugi kalau tak naik atas mount cook ni...Nak naik ke tak naik....nak naik atau tak....berbelah bagi tau...ye laaa.. Cik abe kita tidur..anak anak haru dalam ni...lagi la kat luar ni hujan...erm...pikir punya pikir...




Kaklong, lock semua pintu tau..,mama keluar kejap. Semua bising nak ikut, mana boleh...hujan niii...mama keluar nak pi toilet sana je tau...




Hihihikk..padahal kita nak naik atas Mount Cook tuuu...Borak dengan aunty uncle dari Japan...katanya dah naik atas dah...rugi pulak kalau tak jengah...ku gagahi jugakla kaki ini berlari lari anak naik dengan disusuli hujan renyai renyai....Sib baik standby baju satu ni yang boleh pakai time hujan jugak....terbaca satu blog omputih tu...katanya summer kat New Zealand ni xboleh dijangka...mungkin panas...mungkin sejuk atau akan ada hujan....betul la kata dia...ketiga tiga rasa tu ada kat NZ time ni.




Naik punya naik...berhenti la jugak 3-4 kali...termengah mengah kita laa...akhirnyaaa...dah sampai ke puncak...syukur alhamdulillah ai selamat sampai atas...peerrrghhh ruuuginyaa kalau buat keputusan tak nak naik tadi ni...Syukur tak terhingga...laaaawaaa tuuu...glacier...cantik...warna kehijauan gitu...sejuk tu sememangnya...menggigil jugak nak ambil video dan  gambar atas ni. Sib baik ada sepasang omputih ni tolong ambilkan gambar ai...isshhh tq tq...heheheh..diorang pun baik...lagila nampak kita naik sorang je kat atas ni.
















Selalunya orang sampai atas ni memang sekejap sekejap saja...dalam tak, tak tahan...ni sedikit gambar glacier yang cantik nak dikongsikan....dalam gambar macam ni la...kalau tengok real ni lagi cantik tau.



















jadi dah abis posing situ sana sini, bila turun tu Ai singgah pulak satu tasik kecik...comel je...hijau je....namanya Blue Lake. Ambil la gambar sikit kenangan kat sini..pakai monopod pun jadila kan..dari tak ada langsung...







Puashati semua, maka Ai pun turunlaaahh..kesejukan macam ni pi masuk toilet dululaa. Sampai saja kat campervan...aikk? mama pergi mana? Rugila kalau tak explore...abg nak naik tak?Ai tunggu anak anak pulak ni...cik abe pun malas nak naik tinggi2 katanya...jomlah kita keluar dari sini je...Kami pun keluar...bila keluar ni kan...elok elok je dah tak hujan...cuaca elok je pulak.


Kat sini style kabanyakkan memang boleh dikatakan semua jambatan kecik kecik tau. Laluan hanya satu saja. Jadi kalau kereta kereta sebelah kiri lalu...yang  kanan kena la stop dulu....apasal la diorang ni tak nak buat jambatan besar besar ek? Pelik taau....



Okaylaa... So destinasi kita seterusnya ke mana? Alaaaa...errrmmmm.... tak puas laa ngan Lupine ....boleh ke kita ulangi Lake Tekapo? Cik abe kata ok je..Serius??..hahaha..apa laaagii...jooommmm...Kali ni angin sangat sangat kuat. setiap kali lalu jalan yang kosong kiri kanan...anginnya sampai bergoyang campervan kami tau. Abg kata...isshhh kena kuat2 pegang setereng nih...kekuatan angin pelik hari ni berbanding semalam tak ada pun macam ni. Sepanjang perjalanan kali ni...pemandangan Lake Pukaki sangat memukau. Tak puas puas kami recordkan video perjalanan sebab kecantikan airnya...siap kami berhenti lagi ambil gambar sambil baring baring hahaha. Tu semua gambar ada dalam camera S7...Lum copy lagi.




Inilah salah satu gambar yang boleh share. Kalau dapat video share lagi bagus kan..

 Kami sampai di Lake Tekapo tapi kawasan lain pulak. Iaitu berdekatan dengan Church Of The Good Shepherd. ..ambil lagi sekali gambar bersama lupine kat sini. Angin terlampau lampau kuat la..susah juga kali ni nak bergambar. tudung kaklong sampai tercabut sendiri,...anak anak kecik pulak tak nak turun langsung sebab takutkan angin ni...tak apala...mama je turun ngan kak long sekejap...rugilaaa. kat sini pemandangan lain sikit berbanding semalam.



Keluar saja campervan..nampak dari depan goyang kuat la kenderaan ni..dia kan tinggi. Memang teserlah kegoyangannya itu tau!..huhuhukk takut lak masa ni...tapi ramai saja pelancong kat sini...semua excited bergambar dengan Lupine. Kami ada ambil video angin kuat ni...errm...tiba masanya kita boleh share jugak.


Kak long ngan mama je posing maut gitu...hihihikkk air Lake Tekapo hari ni laaagi lawa la,...macam warna turqoise gitu tau...nak kat biru tak...nak kata hijau pun tak...memang cantiklaa...Kena ambil gambar sepuas puasnya. Tak apala ada camera girl cilik pun jadila kan....















Habis je puas bergambar situ sana sini...nampak campervan bergoyang semacam je walaupun parking tu...jadi kami pun beransur la. Tapi masih lagi di Tekapo, kali ni kami park dekat dengan kedai kedai cenderahati...iaitu Tekapo Domain. Masih lagi bergoyang goyang campervan kami ni. Takutnyaaa...semua dah lapar ni nak makan...ermmmm apa apa pun ku gagahi jugak la memasak dalam keadaan bergoyang ni..masak berlatarbelakangkan Lake Tekapo yang menhijau..membiru gitu...cantik je.









Bila semua dah kenyang makan ni...kemas2 dan kami mula perjalanan ke next destination. Lagi sekali kami lalui Lake Pukaki...kali ni laaagi lawa warnanya...peerrghhh memang semua air hari ni color samaaa jee...cantik semua. Ambil juga gambar di Lake Pukaki...Kami teruskan perjalanan dan lalui semula Twizel,...kira kami ni macam patah balikla kan...suka suka hati je nak ke mana mana...tak puas boleh ulang balik ke tempat tu kan. ikutkan jauh jugak tu tau....hehehehe....


Lepas saja Twizel..ada jumpa Dam ...kedepan sikit lagi kami akan berhenti iaitu ke High Country Salmon ( Salmon Farm) disebelah kiri jalan. Kat sini sesiapa pun free Feed the Salmon. Besar besar ooo Salmon kat sini. Kami sempat la bagi makan Salmon. Tangkap je tak sempat sebab dah nak tutup. Pukul 7 akan tutup. kami sampai dah 6.30 gitu. Tapi alhamdulillah..sempat bagi ikan ni makan dan beli Salmon fresh...dua keping besar kami beli. Best ni buat asam Pedas @ Bakar....errmmm nyum nyum....



















Kami pun meneruskan perjalanan ke next destination iaitu ke Oamaru. kami tak ada itinerary tau...langsung tak buat...hanya listkan tempat menarik saja. Selalunya itinerary kami siap selepas pergi....hahaha..lain macam bunyinya kan. Kali ni kami  melalui Omarama. Sepanjang perjalanan kali ni banyak lembu lembu dan biri biri di kiri kanan jalan. Biri biri la paling banyak. gemuk gemuk pulak tu.

Sebelum kami sampai ke Omarama..ternampak sebelah kiri bawah jambatan..ya Allah indahnyaaa bunga bungaan tuuu....Lupine yang tumbuh bewarna warni dan berkeliaran yang sangat cantik gitu. Tak sempat nak snap gambar...abg bawak laju sangat la...errmmmm terlepas satu pemandangan indah untuk dikongsikan kat sini. Bila sampai Omarama, kami meneruskan perjalanan melalui pulak satu Pekan Kurow namanya. Macam pekan Koboi pulak rasa. disebabkan dah pukul 6 petang..stesen minyak pun dah tutup. Nak isi minyak kena pakai kad. Ermmm sebab tak biasa dan leceh, jadi kami teruskan jugak perjalanan. Minyak masih cukup ni.....


Seterusnyaa...BERSAMBUNG...☺☺☺☺☺

KLIK
Melancong Ke New Zealand Part 1