My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, June 10, 2017

Makan makan kami

Okay...siapa pernah datang Muar? Bandar Di Raja ni kalau nak cari makan sedap sedap, meh tanya Ai  ok!.Hahahaha...macam lah kita ni orang Muor pulak dah. Sebenarnya Husband Ai je yang orang Muor ni. Jadi secara tak langsung Ai pun jadi Orang Muor la kan? Anak anak sekali.

Kami ni jenis suka sangat jalan jalan cari makan tau. Nak tau apa yang best kat sini? Yong Tau Fu dia memanglah paling BEST abad ini. Ai tak pernah lagi jumpa Yong Tau Fu paling best macam ni di tempat lain. Dari Utara ke Selatan Ai jalan, inilah Yong Tau Fu paling best sekali. Dia tak sama dengan Yong Tau Fu style Utara tau. Dia ada sup dan sos pedas. Itu yang jadikan sangat special tu.

Kesedapan supnya dan sos tu bila digabungkan...perrghhhh memang semangkuk penuh kami makan berdua saja leerr.. tak caya? Nah...ni dia...









Inilah dari mangkuk Ai...perghhh memang tak payah makan nasi lagi tau...semangkuk kecil ni saja tak cukup ni...akan tambah lagi ya...sedapppp tuuuu..tak percaya ka? Okeh jom kita sharing location dia pula..

Sebenarnya dulu dia hanya warung saja di stesen bas Muar ni. Dah lama sangat kat situ. Tetiba kami cari cari bila balik Muar, dah tak ada. Aik? Tak bukak ke kan abg? Okay lah...lain kali balik kita makan la. Kecewa jugak ya masa tu.

Balik kali lain pula sekali lagi tak ada tau. Jadi kali ni kami tak puas hati, tanya la penjual penjual lain kat situ. Diorang kata Yong Tau Fu dah tak ada dekat sini ya. Mereka dah pindah ke kedai sendiri. Kami cari jugak masa tu tau, Tapi tak jumpa. Maka balikla dengan penuh kekecewaan.

Okay...nak dijadikan rezeki, kali ni kita kena tanya orang Muor yang tau kat mana kedainya. Kami google jugakla tempatnya ni. Cari waktu malam, Big Boss yang orang Muor pun google ka??? Hah hah hah...gelak pulak kita masa tu....Akhirnya kami jumpa la jugak kedainya ni. So...next time bila balik kita bolehla mai makan sini lagi ya?...errmmm.. TERBAIK!!!





Dah lama sangat nak share kesedapan Yong Tau Fu ni tau...tapi asyik tak berkesempatan saja. Kali ni puas rasa hati dapat share satu makanan 'kesukaan kami znz' ni. Siapa datang Muor..PATUT cuba YONG TAU FU BEST ni okay!

No comments:

Post a Comment