My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Friday, February 22, 2019

Pengalaman Travel Alone ke Vietnam

Travel alone. Bagi mereka yang berani mesti dah menjadi kebiasaan ke sana sini seorang saja. Tapi bagi Cik Eja, ini merupakan pertama kali Cik Eja terbang keseorangan. Dah nak setahun baru update kat sini. Hihihihik..tak kira nak cerita juga macam mana boleh travel seorang kali ini.

Sebenarnya perasaan nak mengenali Vietnam ni dah lama. Teringin sangat ke sini memandangkan selalu nampak orang kita ulang alik ke Vietnam. Apa ada ek? Kat sini sampai diorang suka sangat jalan dan ada yang kata macam dah balik kampung saja ke Vietnam. Bukan termasuk dalam destinasi Impian Vietnam ni, tapi lebih kepada perasaan ingin tahu.

Ceeewahhh..Cik Eja memang suka satu Group Fb ini. Nampak ramai cari travel buddies dari sini. Ada yang share travel alone la. Tiba2..suatu hari..ada Cik Eja tanya, ada yang  nak ke Vietnam tak? Terus  saja ada seorang kakak..iya, kami ke sana nanti. Nak kirim tudung ke? Haisshhh Cik Eja bukan Main suka laa... tak...dengan tak malunya cakap..Saya nak ikut boleh?

Hahahahahah..mengarut dan giler bangat dah Cik Eja ni..tak kenal batang hidung..siapa2 ntah yang komen tu kita terus saja kata nak join!!!.Kakak tu terus la bagitau...mereka bertiga...tak apa..cukup kan  4 lagi elok ( dalam hati la) Sebab Kakak ni kata tarikh sekian2...terus sup sap hari tu jugak Cik Eja cari tiket dan jumpa lak tu..tiket murah kot..rm300+ je pergi balik naik MAS.

Terus book tau!!! Gilerlaaah..memang Cik Eja Kalau hati kata nak pi..:kena buat jugak...Kalau tak suatu masa nanti mesti menyesal atau teringat ingat. Bila dah book..confirm..terus cakap dengan Kak Nani ni..Saya confirm nak join tau..kikiki tak kira dah..katanya Hotel mereka dah ada..kali ini kena cari Hotel pulak dah...halamak..macam mana nak cari ni..belah mana hotel sesuai Untuk menginap?

Google punya google..cari macam2 laman web..tanya sana sini...last nya, Cik Eja surrender...nak tumpang tido ngan akk je lah...boleh tak? Dengan tak malunya Aku ni...kah kah kah...apa nak jadi...jadi lah...asal boleh sampai Vietnam! Asal tanda tanya selama ni ter jawab bila sampai sendiri dan nampak sendiri suasana kat sana.

Alhamdulillah...dengan Baik hatinya Kak Nani ni kata..tak apalah..tido dengan kami saja...kehkehkeh..legaaaa yang amatlah!!! Tak perlu risau lagi tido sorang sorang..takut weh..kang dibuatnya book hotel tido sorang..lepas tu berhantu pulak tu bilik tu camne? Hahahahahahaha...kan dah mengarut tu...tapi tak mengarut tau?’!!! Cek Ejam sendiri pernah cerita...staff tido sorang dalam chalet...tapi bila malam saja...asyik pintu bilik air dia terbukaaaa saja tau..last last dia tak tahan...isshhh jangan ganggu Aku lah!!! Aku nak tido ni...itu lelaki!!! Kalau kita perempuan? Mau lari pi tumpang tido bilik orang haru gak tuuu..

Alkisahlah hari hari sebelum keberangkatan Cik Eja ke Vietnam ni..

_________________________________________________________________________________

30 Mac 2018
Hari yang penuh debaran....kikikikiki..:Sorang sorang ke Klia...haisshhh pertama kali nak Check in...semua sorang sorang..Mak aaaii..macam ada kupu2 je dalam my perut ni tau!! Alaaahh macam  tak pernah travel Cik Eja ni.. Selama ni bukan kita buat sendiri..semua bisa diaturkan dan diuruskan oleh Cek Ejam...memanglah sedia kan bag bag dan makanan je. Kali ini syukur alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar saja.








Datang awal bukan Main lagi tau..jangan lambat..awal2 tak apa...tak terkejar2 nanti. Relax saja Cik Eja menunggu seorang sorang. Dah ter pikir ni..macam mana pulak airport sana ek? Nak tunggu mana lah kakak tu nanti. Mereka dari Utara...akan sampai lebih lewat dari Cik Eja..dalam 2 jam lewat gitula. Tak apa, tenangkan hati Wahai Cik Eja....semua bisa lancar dan selamat In Sha Allah.

Pukul 8.40 gitu, Cik Eja dah mula berlepas.Lega dan happy semacam je tau. Satu kepuasan boleh terlepas sorang sorang gini. Kikikiki...Pada pukul 11.20 pagi Cik eja pun sudah sampai Di Tan Son Nhat Airport. Alhamdulillah...airport dia kecik saja. Senang sangat terus dapat ambik bagasi dan keluar. Cik Eja masih Di dalam airport..tak berani keluar lagi, ramai sangat tu kat luar menunggu kawan la..ada travel agensi ada pemandu teksi. Cik Eja menunggu saja kakak Nani dan kawan Di sebelah Pak Guard Di sini. Pasti Selamat Kalau menunggu Di sini. Kalau keluar kang kena culik camne? ( hahahahahah mengarut sekali lagi..mana lah orang nak culik kita dah makcik ni)

Sambil menunggu Cik Eja melihat gelagat orang Di sini. Survey satu satu kaunter  yang menjual Sim Card. Last sekali Cik eja beli Vinaphone. Yang ini memang paling murah dan pernah terbaca paling bagus Untuk pelancong macam kita. Data banyak dan memang jimat. Senang lah nak Contact kakak Nani nanti ni.



Tuesday, February 19, 2019

Alita Battle Angel

Semasa menunggu papa membeli tiket untuk menonton How To Train Your Dragon, Movie Alita ini ada disiarkan diluar. Terus Zahira Damia kata, wowww..mama mama...kita kena tengok movie Alita ini tau!! Promise??? Iya laa. Terus masuk saja bulan February, mama..mama..Alita dah ada belum? Hahahaha ingat betul dia dengan Movie nan satu ini. Iyaaa dah..Jom..jom...Yaya nak tengoklaaa nampak hebat betul Alita tu kan?



Jadi Sabtu baru ini kami pun pergi lah menonton di Mid Valley. Apa yang Cik Eja nak katakan, Movie kali ini memang Terbaiklah..best saja. Movie Real 3D yang sangat jelas, dan memang menarik lah!.

Alita Battle Angel merupakan filem yang didapatasikan dari manga berjudul Gunnm karya Yukito Kishiro. Bertemakan aksi cyberpunk, Ia mengisahkan tentang sebuah cyborg yang bernama Alita (Rosa Salazar). Cyborg tersebut dijumpai oleh seorang doktor iaitu Dr. Dyson Ido (Christoph Waltz) ditapak pembuangan sampah.

Ido kemudiannya membawa cyborg tersebut ke kliniknya dan memperbaiki cyborg tersebut dan menjaganya. Alita mempunyai masalah memori sehinggalah memori kembali sedikit demi sedikit apabila dia terlibat dengan pertarungan antara dirinya dan penjahat yang sangat besar dan juga merupakan cyborg.

Alita Battle Angel ini Cik Eja katakan sangat menarik. Kesan visualnya sangat sempurna dan cantik terutamanya pada karakter Alita. Sebagai sebuah filem yang bergantung sepenuh kepada kesan khas, mereka berjaya memaparkan suasana yang begitu unik dan realistik. Memang seperti reality. Aksi-aksi pertarungan pula yang melibatkan Alita dan musuhnya juga tidak mengecewakan, visual yang cantik dan digabungan seni pertarungan yang telah membuatkan Cik Eja sangat berpuas hati dengan aksi filem ini.

Perjalanan ceritanya juga bagi Cik Eja  terbaik dan tidak membosankan. Kisah real 3D ini menunjukkan Alita sebagai cyborg yang kehilangan memori dan juga sebagai ‘pemburu-pahlawan. Banyak babak aksi yang akan memukau penonton dan juga kisah percintaan  antara Alita dan Hugo boleh membawa penonton sama-sama beremosi. Sifat kemanusiaan  yang ada pada cyborg Alita ini Memang berjaya membawa kita juga bersedih di atas konflik yang berlaku.

Apa apa pun..anda wajib tonton tau!!! Ia memang Tidak mengecewakan langsung, malah pasti ada sambungan nanti...kami memang tunggu Alita 2 pula!!!

Monday, February 18, 2019

Nak Perniagaan yang Mempunyai Untung Besar?

Memulakan perniagaan bukan suatu yang mudah. Modal diperlukan dan Untuk berjaya bukan melalui jalan yang singkat. Bermula dengan Modal hanya 50k, melakukan jual beli hanya sebagai distributor local Namun  kini merupakan salah satu pengimport produk dari luar negara.

Bukan semudah itu Untuk stabil. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan untuk berjaya. Walau sayang kerana sekian lama menjalankan perniagaan ini, perasaan mahu beralih arah pada bidang lain semakin membuak-buak.

Adakah anda sedang mencari-cari perniagaan yang sudah bertapak sudah berbelas tahun? Perniagaan yang sudah mempunyai asetnya sendiri dan sudah dikenali seluruh Malaysia. Malah ia telah menjadi pengimport produk luar negara dan menjadi salah satu supplier yang dicari oleh pelanggan yang mahu memulakan perniagaan dalam bidang ini.

Sekiranya anda mempunyai Modal yang besar dan semangat Wajar yang tinggi, boleh hubungi kami di email yang tertera pada profile blog ini.


Sunday, February 17, 2019

Hati2...Wanita ini LIAT dek kerana Nafsu Gaya Dan Lifestyle

Terpaksa....Kali ini topic Gaya Dan 'lifestyle' seorang wanita.

Kehidupan bukan miskin malah bermewah menggunakan kenderaan bukan sahaja Audi,  tetapi banyak lagi kenderaan Mahal yang lain.







Seorang wanita ini sanggup bergaya Sana sini, ligat membina bisnes sendiri tetapi sungguh Liat dari membayar hutangnya.
Baru saja mendirikan rumahtangga buat Kali kedua pada 6 February 2019.





Sudah terlalu lama dia dihubungi supaya membayar baki hutangnya, tetapi asyik memberikan alasan dan mendiamkan diri.
Beginikah ciri ciri seorang "businesswoman" yang berjaya? 

Tujuan penulisan ini bukan untuk mengaibkan...tapi terlalu lama si peminta hutang mendiamkan diri, meminta minta duit sendiri, tetapi seperti mengemis. Ini juga bertujuan supaya tidak Ada orang lain lagi yang akan tertipu dengan wanita ini.

Haissshh tak boleh jadi ini, Cik Eja harus campurtangan. Kita kena buat 'something' supaya orang lain juga tidak terkena dengan 'seorang wanita bernama Linda' @ 'Mem MSC' ini.







Terus terang sekali lagi, tujuan kita bukan mahu mengaibkan, tapi kita kalau dah hutang smpai ber KK nii...kita pun nak guna juga duit tu... lagipun kalau dia susah tak apalah.... Kita boleh pertimbngkan.. Ni tengok dia mewah dan kaya dari kita ni macamana?

Kalau berdiam saja, nnti ramai lagi yang akan kena tipu.... Kita buat bukan untuk kepentingn kita sahaja tapi kita juga kena ‘care’ dengan nasib orang lain jugak.. Supaya Tidak terkena macam kita... Allah itu maha mngetahui... Inshaallah


Masih aktif dalam perniagaan homestay nya. Ada juga mengambil kesempatan dengan tidak membuat bayaran pada barangan yang diambilnya Dan menggunakan nama company lain atas tujuan 'penipuan'.