My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, November 11, 2018

Bercuti ke Bukit Tinggi



Bukit Tinggi adalah sebuah bandar kecil di daerah Bentong, Pahang, Malaysia. Pekan kecil ini terletak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang rimbun di 2,500 kaki di atas paras laut di Pahang. Bukit Tinggi ini boleh dijadikan salah satu destinasi menarik dengan suasana yang menyegarkan, terutamanya dari iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Penginapan di sini boleh menenangkan fikiran dengan keindahan bukit dan pemandangan bangunan yang klasik. Bangunan di sini seperti  'ala-ala' Bandar France tapi sangat kecil. Tidak sampai setengah hari saja anda sudah boleh menjelajah keseluruhan kawasan di sini. Ia terkenal dengan restorannya yang menghidangkan makanan barat dan biasanya ia menarik pelancong dari Genting Highlands.

Apa yang Menarik di Bukit Tinggi?


Berjaya Hills Resort.

Berjaya Hills Resort adalah resort bukit di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Ia berhampiran dengan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung bertema Perancis, Colmar Tropicale.



Japanese Garden.

Tempat yang bagus untuk bersiar-siar. Untuk memasuki Taman Botani dan Taman Jepun, kedua-dua tarikan ini sebenarnya adalah percuma dan terbuka untuk umum. Anda juga boleh menyewa kimono dengan bayaran RM20 di sini untuk mengambil foto. Bagaimanapun, tidak akan mengesyorkan untuk melawat tempat ini pada sebelah petang kerana ia menjadi terlalu panas di bawah matahari petang. Lawatan ke sini pada waktu pagi adalah sangat sesuai.

Nota penting: Taman ini ditutup pada 5.30PM.

Pelancong boleh menggunakan bas ulang-alik dari Colmar Tropicale / bandar Perancis ke taman ini secara percuma. Boleh juga berjalan kaki dan melalui jalan bukit, menaiki tangga untuk sampai ke Japanese Garden ini.


Ladang Arnab

Ladang ini kecil sahaja dengan mengenakan tiket RM5 seorang. Kanak kanak boleh melihat dan memberikan makan arnab dan rusa dengan bayaran tambahan RM3 untuk makanan.


Taman Botani.

Taman Botani terletak betul-betul di sebelah Taman Jepun. Bayaran masuk telah dimasukkan dalam bayaran masuk ke Bukit Tinggi iaitu RM18. Ia berada betul betul dilereng bukit. 




Thursday, November 1, 2018

7 Jenis Penderaan Senyap dari Ibu Bapa!!! Anda Patut Baca

'Tanpa Sedar Kita Dera Anak' 

Ini Dia 7 Jenis Penderaan Senyap Ramai Ibu Bapa Tak Perasan
I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar. 

Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, 
kita tak rotan anak dengan paip getah, 
kita tak sebat anak dengan tali pinggang, 
kita tak ikat anak kat pokok rambutan, 
kita tak tampar anak sampai berbekas, 
kita tak maki anak depan orang, 
kita tak cekik anak bila mereka nakal, 
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan. 
Itu kejam. 
Itu dosa. 
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak. 

Tapi yang kita tak tahu adalah--
banyak penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. 

Kita ingat kita tak dera, 
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe", 
tapi rupanya,

KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.

Kenapa saya kata dalam-dalam? 
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. 

Emosi and self-esteem.

Adalah dua elemen yang sangat penting, 
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk, 
tapi sangat mudah dibunuh. 

Ada beberapa "sikap" ibu bapa, 
yang sebenarnya berbentuk penderaan, 
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.

This is what we call :
penderaan senyap

Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, 
sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. 

So today, let me share

7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.

1) Ignorance and expressionless reaction 

Atau dalam Bahasa Malaysia, 
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi

Contohnya :

Bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, 
kita buat tak tahuuuuu je. 
Langsung tak beri sebarang reaksi. 
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain. 

Nak main dengan anak, 
tapi tangan tengah layan Facebook. 
Nak buat homework dengan anak, 
tapi mata tengok fattah amin kat TV. 

Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding. 
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. 

Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, 
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. 

Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni." 

Tapi kita jawab, "Tak payah la." 
Dan terus bagi baju warna lain. 
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa? 

Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni, 
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. 
Sebab? 
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.

2) Stonewalling

Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding. 

Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak, 
atau malas nak layan soalan anak. 
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. 

Contoh bila anak tanya, 
"Mama suka warna apa?"

Kita jawab, "Entah. Pape je laaa." 

Kalau jumpa mak bapak cemni, 
bancuh simen dan tuang kat muka diorang. 
Biar jadi dinding betul. 

Please parents. 
When you say, quality time with children, 
that means 101% of your attention goes to them. 
Bukan sambil-sambil. 
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.

3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain

Contoh bila ada orang puji anak kita, 
"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."

Tapi kita jawab, 
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."

Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi. 
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. 
Anak pun terluka bila dengar. 
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. 

So never make fun of your child in front of other people. 
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. 
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you." 

Lantak la orang nak cakap riak ke apa. 
We are showing a good example to our children. 
A good sense of appreciation and being thankful to have them.


4) Gaslighting 

Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. 

Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.

Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je." 

Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan. 
Kita cuma cakap, 
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu." 

Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri, 
dan hilang kepercayaan pada diri. 
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting. 

Nasihat saya untuk parents macam ni, 
stop tengok drama pukul 7. 
Dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
YOU. 

Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, 
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. 
And never deny what they feel. 
Peluk and tell them, 
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."


5) Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet, 
terlalu banyak complaint, 
terlalu banyak yang tak kena di matanya. 

Anak comot sikit, marah. 
Anak terlanggar sikit, marah. 
Anak buat lawak sikit, marah. 
Anak nak rehat kejap, marah. 
Anak pakai baju lain seluar lain, marah. 
Anak silap baca sikit, marah. 
Anak pelat cakap sikit, marah. 
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah. 
Semuaaaaaaaa benda, 
kalau tak perfect--
marah. 

Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni, 
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat, 
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak. 

So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. 
Happy life is not about perfection. 
It's about embracing the imperfections, 
and cherish the small good things.


6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan

Ada kan parents macam ni? 

Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak. 
Sebab ego. 

Dan bila anak capai sesuatu, 
jarangggggg ucap tahniah. 
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat." 

Huk aloh 

Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, 
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung, 
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting. 

If you are this kind of parent, 
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, 
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka. 
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.


7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan

Contoh, 
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah, 
yang anak kita ponteng sekolah, 
atau anak kita buli rakan lain, 
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. 

Kita lepas tangan. 

Kita tak berdepan dengan anak, 
tak heart-to-heart talk dengan anak, 
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik. 

Perangai parents yang macam ni, 
kalau dibiarkan berlarutan, 
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak, 
semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. 

Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni, 
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 

Baik jadi anak yatim. 
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus. 

Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau.
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan, 
tapi banyakkkkk berlaku. 

Tak payah tengok rumah orang lain, 
kat rumah sendiri pun ada berlaku. 
Kan? 

Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. 
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang. 

Dan yang paling menyedihkan, 
it's considered NORMAL in our culture.

Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.

So how to fix this?
By changing ourselves. 
By fixing our relationship with our own children. 
By having more interaction and communication with them. 

Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka. 

Let's stop this "quiet" abuse. 
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. 
Ameen.

Sumber: Adlil Rajiah, Penulis buku '3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna'

Korea Oh Korea

Hari ini ada program special kat Sekolah. Mama tak ada idea pun nak bagi pakai baju apa kat Anak Anak sempena Tema Syantik ini. Tiba tiba terdetik, Jomlah pakai baju mama. Kenangan bila masa bercuti ke Korea dulu. 
Ini kisah Korea dulu Melancong ke Korea

Papa beli katanya nak mama pakai masa raya. Oh Tidak....tak kan nak pakai baju ni masa raya. Hi hihihikk.

Sempena hari kanak kanak Di Sekolah ini maka  baju mama ketika Kaklong masih Baby lagi.....sekarang dia pula yang muat Baju ni...Betapa lamanya masa berlalu. Dulu mama muda je Sebab masih 20an...

Ok inilah bajunya. Siap semua kena pakai Topeng pula tu.












Resepi Pretzel

Sesiapa yang suka makan ni? Anak anak Cik Eja sangat sukannya. Yang Cinnamon Sugar pun best kan? Itulah, Cik Eja teringin sangat cuba buat sendiri. Macam mudah je. Nampak pekerja Auntie Anne's buat senang je. Tak apa, Kita Cuba sendiri dulu.





Inilah hasilnya.







500 g tepung gandum 
50g Brown Sugar
1 sudu besar Yeast
2 sudu besar Garam
300ml Air hangat 
3 sudu besar Bikarbonat
Garam Kasar untuk ditabur


LANGKAH 1
Ayak tepung, gula dan garam dan tuangkan ke dalam mangkuk. Tambah Yis kering dan kemudian campurkan bahan kering dengan sudu

LANGKAH 2: BUAT DOUGH
Tambah air dan teruskan menggunakan lampiran cangkuk doh pada mixer anda, biarkan adunan dicampur selama 5 minit. Uli  boleh menggunakan tangan, mencampurkan sedikit  sedikit tepung dan kemudian uli  selama 5-10 minit, sehingga halus dan anjal. 

LANGKAH 3: 
Masukan minyak ke dalam mangkuk, sapukan minyak rata. Masukan doh ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik atau kain dan biarkan naik 1-2 jam sehingga sekurang-kurangnya dua kali ganda saiz.

LANGKAH 4:  
Keluarkan doh, potong sedikit2 memanjang dan uli setiap potongan tadi secara memanjang, dalam 50cm. Bentukkan seperti U terbalik . Ambil dua hujung dan putarnya bersama-sama dua kali, kemudian lipatkan ujung lilitan ke bahagian lain U

LANGKAH 5: 
Sediakan Baking Soda  masukan ke dalam  3.5 liter air mendidih.Griskan dulang pembakar dengan minyak 

LANGKAH 6: 
Celupkan setiap pretzel ke dalam air panas baking soda tadi selama 10 saat, dan. Susun pada dulang pembakar.

LANGKAH 7:
Guna pisau tajam, gariskan sedikit doh tadi (tak goreskan pun tak apa)  Dan taburkan dengan garam kasar, dan masak selama 15 minit, atau sehingga bewarna coklat pekat.

Wednesday, October 31, 2018

Setiap pelancong Mesti pergi ke sini jika smpai di Hokkaido

Pagi ini, 12 Disember 2017, kami bergerak dari rumah pada pukul 10.50 pagi. Dari Kita2Johigashi ke Naebo Station. Train kami menuju ke Kita4Jonishi iaitu kami menuju ke Former Hokkaido Government Office yang telah dibina pada tahun 1888. Bangunan ini merupakan simbol terkenal Hokkaido dan bintang merah di dinding luarnya adalah lambang Suruhanjaya Pembangunan Hokkaido.









Bekas Pejabat Kerajaan Hokkaido ini digunakan kebih kurang 80 tahun sehinggalah pejabat pemerintah yang sedang digunakan sekarang dibina. Senibina bangunan ini sangat cantik dan ia telah menjadi tempat pameran mengenai sejarah Hokkaido dan ia terbuka kepada orang ramai tanpa mengenakan apa apa bayaran.


Kami masuk ke dalam dan bermacam sejarah tentang Hokkaido ada di dalamnya. Ada ruang persidangan, kedai muzium pejabat untuk maklumat pelancongan (banyak pamplet), beberapa bilik pameran dan perpustakaan bersejarah. Setelah pusing habis lepas satu  ke satu bilik pameran, anak anak dah mula boring. Hihihihik mana lah diorang ni minat untuk baca semua tu. Lari sana sini adalah. Lagipun dalam ni tak ramai orang sangat. Macam kami kami saja yang masuk. Orang lain nampaknya ambik gambar kat luar saja.





Sebelum Kita keluar...jom abadikan gambar Kat sini dengan Dak Dak kenit..


Kami pun keluar juga untuk mengabadikan gambar di depan bangunan bersejarah ini. Cuaca sangat sejuk hari ini. Salji pula macam makin lebat turun. Sejuk sangat ni...Jadi kami cepat cepat bergambar posing sikit. Kat depan sana ada pokok yang dipenuhi salji. Nak ambil gambar pun dah tak tahan rasanya.



Sebenarnya kalau bukan musim winter, dihadapan bangunan ini adanya taman bunga, ada sakura dan kolam yang kadang kadang ada pelbagai acara dilakukan disitu. Memandangkan ini musim salji, jadi tak dapatlah kami tengok bunga bungaan yang cantik tu.













Mak borek anak rintik? Hahahah begitulah aksi Nan sorang ini...


Kami mula keluar dari perkarangan bangunan bersejarah ini. Kami santai santai saja hari ini. Jalan- jalan dan menikmati suasana Sapporo untuk hari terakhir ini. Haisshhh anak anak ni tak sejuk pula duk main lari lari atas salji tebal tu. Tenggelam habis kasutnya, kalau masuk dalam kasut salji tu nanti kesejukan pulak kakinya. Ermmm apa apa sajalah..aasal korang happy ya.








Kami cari tempat makan. Makan tengahari sekejap, terus kami cari shopping complex untuk berteduh dari kesejukan diluar ni. Kami tak ke mana lagi hari ini memandangkan kena balik cepat untuk packing baju n kemaskan apa yang patut. Kami ada juga singgah Daiso di Hokkaido ni. Wahh...banyak benda menarik kat sini. Kena Poww di anak anak je lah kat situ. Oklah harga pun tak adalah mahal sangat kan.

Selesai jalan jalan sekitar Sapporo ni, kami pun balik ke rumah. Banyak baju ni, bag pun rasanya macam tak muat dah. Beli barang tak banyak pun kat sini. Tapi alhamdulillah bag yang dipenuhi makanan dah pun kosong. Baju winterlah paling gemuk untuk dimuatkan dalam bag ni tau. Kemas rumah sikit supaya tak berselerak bila ditinggalkan. Kat sini memang macam tu, kalau nak tinggalkan rumah yang kita sewa ni kena tinggalkan dalam keadaan bersih seperti mana kita masuk. Kena jaga nama baik negara kita tau.


Jangan pula diorang kata kita Rakyat Malaysia pengotor. Kita masuk kandang kambing mengembek...gitulah ibaratnya kan. Oklah..dah siap kisah Hokkaido kami kali ini. Esok pagi2 kami kena bertolak naik train untuk ke airport pula. Satu pengalaman yang sangat Indah dan tak akan dilupakan Hokkaido ini.

Kalau diberi peluang memang nak datang lagi. Lain kali nak la musim spring pula, mesti Furano menjadi destinasi wajib untuk pergi. Nanti Cik Eja Share pula tempat tempat menarik di sini ok...

Tuesday, October 30, 2018

Kenapa Hokkaido Shrine Satu Destinasi Popular?

Hokkaido Shrine adalah destinasi kami hari ini selepas Chocolate Factory. Kami sampai tepat pukul 2.45 petang ( 11 Disember 2017). Kami menaiki satu teksi sahaja memandangkan ia jauh dari stesen train. Sesampai saja kami di sini cuaca mendung saja. Tak berapa ramai pelancong, yang ada hanya chinese (itu pun tak ramai).Sebenarnya Hokkaido Shrine ini dibina pada tahun 1869 selepas Maharaja Meiji memutuskan bahawa "tiga dewa perintis" diabadikan untuk menaikkan semangat para perintis.



Kredit: Sapporo.travel




Kami Baru saja sampai Hokkaido Shrine. Belum masuk lagi ke dalam.



Bergambar dulu sebelum masuk dalam ya.


Tempat ini dipilih iaitu di Maruyama kerana ia dikelilingi oleh gunung-ganang dan ia sangat menarik apabila musim Spring. Musim bunga akan menjadikan tempat ini sangat cantik dan popular kerana biasanya banyak bunga sakura  dan plum berkembang secara serentak.

Kami hanya nak bergambar saja kenangan yang kita memang sampai ke sini. Sebelum ini dah pergi Furano Shrine, lebih kurang sama saja. Sebenarnya kami nak ke tempat lain lagi, tapi disebabkan hari dah nak makin gelap, jadi kami ke destinasi yang berdekatan saja. Banyak lagi tempat menarik di Sapporo ni. Tapi tempat itu semua mengambil masa perjalanan yang panjang. Nanti sampai sampai saja dah pun gelap.



























Itulah sebenarnya kerugian bila travel musim winter ini disebabkan 'Masa' waktu siang yang lebih pendek dari waktu malam. Pukul 4 pun dah gelap macam waktu malam. kami bergambar situ sana sini. Habis saja sesi bergambar, kami pun menapak berjalan saja melalui Kita1jo Miyanosawa-Dori Street. Sebelah kanan kami adanya Maruyama Park, kalau nak singgah untuk bergambar pun rasanya pemandangan mesti sama saja hanya memutih dengan timbunan salji. Kalau bukan musim winter ni mesti cantik kan.







Suasana dah pun makin gelap. Ni dah Maghrib ni, tiba tiba salah seorang kata lapar...nak makan kat mana kita ni yek? Ermmm di O-Dori Street sebelah kiri kami ada pula KFC. Oklah ini je tempat kita boleh singgah  makan. Bukan makan ayamnya tau. Bila dah masing masing kenyang. Barulah kami mula semula perjalanan. Tak puas lagi berjalan hari ini. Jadi kami singgah ke Minami1Jonishi pula di mana banyaknya terletak shopping complex.





Seterusnya kami ke Minami3Jonishi di mana terletaknya Tanukikoji Shopping street. Kami ke sini sebab ia terkenal dikalangan pelancong. Banyak jualan borong dan ada pelbagai jenis barang dijual seperti leather handbag, produk kecantikan dan ada juga pelbagai koleksi cenderahati contohnya seperti magnet fridge.



Tanukikoji....






Deami-Yaya- (Sofia) Minah mama nan sorang ni...suka sangat posing..



Kedai itulah yang ada Orang Melayu kita makan...



Ini Kedainya...mungkin Halal...tapi kami tak berani nak masuk laa..


Kami singgah sini sebenarnya nak cari makan. kikikiii...manalah tempat boleh di makan ni. Syyyyhhh sebenarnya Cek Ejam ni kalau tak pekena NASI... memang tak sah!!!...Huhuhuhukk Kita makan apa2 pun on je perut ni asal halal. Bukan nasi pun ok je.

Tetiba kami jumpa satu kedai makan. Ada review di luar tertulis bahasa Melayu "Memang Segar dan Sedap"...Fuuuhhh...Cek Ejam kata...janganlah..abg tak yakin ini halal.. Entahla, kami nampak kedainya err...hehehe jadi kami jalan jalan lagi. Ternampak pula restoran makanan Thai.. Haaahh kita pi sini...Haaayyyaaa kalau nak makan makanan Thai...Baik kita melancong ke Thailand je Bang ooii... Itulaa tekak Melayu..tetap tekak Melayu kan? Jadi kami naiklah ke restoran ini. Order Tomyam seafood dan Nasi goreng seafood saja untuk Dak dak kenit kami ni.











Alhamdulillah..memanglah sedap kalau dah makanan Thai ni. Selepas kekenyangan, barulah boleh "menyopping". Ada beli cenderahati kat sini...menarik jugalah untuk kenangan kan. Kami ada singgah di Hokkaido Tourist Centre kat sini. Ambil Pamplet yang menarik untuk dijadikan koleksi. Dah nak balik Malaysia baru jumpa banyak pamplet ni semua...haisshhh.. tak apalah. Cik Eja memang suka kumpul banyak2 pamplet. Cek Ejam selalu kata...haaahhh sudaahhh mama dah kutip nak buat sampah tu.





Huhuhukk bukan laaaa...kita simpan untuk dijadikan rujukan. Ye tak? Kalau tak ada rujukan camne daku nak menulis dalam blog nanti? Macamlah kami pergi New Zealand, balik balik saja tak habis habis baca pamplet untuk tau informasi menarik dan lebih detail untuk di share pada orang lain.

Selepas ke Tanukikoji ini, kami jalan jalan saja di satu pasaraya di Kita3Jonishi pula. Ada shopping sikit iaitu bag comel je rupa dia dan semestinya buatan Japan. Selepas itu dak dak kenit macam penat je, kami pun mencari jalan pulang. Esok ada destinasi lain pula, iaitu merupakan hari terakhir untuk kami menjelajah Sapporo ini.

Sunday, October 28, 2018

Sapporo Chocolate Factory

Pada 11 Disember 2017, kami bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi. Kena bertolak pagi pagi sikit, maklumlah nanti pukul 4 petang dah pun gelap. Ini pun tak la pagi sangat memandangkan kami bersarapan dulu dan sediakan sedikit bekalan untuk sikenit semua ni. Risau juga takut nanti tak sempat pula nak berjalan dua tempat hari ini. Kami menaiki train untuk ke sini.


Pada pukul 11. 09 pagi kami dah sampai di stesen Miyanosawa. Berpandukan Map di station Miyanosawa ini kami mencari jalan untuk menapak ke Chocolate Factory. Wah..dak dak kenit kami ni tak sabar sabar nak ke Chocolate Factory lagi. Sebelum ini kami dah ke Chocolate Factory di Dunedin New Zealand. Kali ini di Jepun pula. Tak sabar nak makan coklat katanya.








Dari stesen tadi tidak jauh mana, pukul 11.20 pagi kami dah pun sampai. Masing masing terlompat dan makin berjalan laju nak masuk dalam.









Sampai saja perkarangan factory ini, iaitu Shiroi Koibito Park, semua bersorak kegirangan. Mana tak bersorak? Dalam  ini sangat menarik. Pelbagai design rumah kecil, playhouse yang sangat cute cute rupa dia. Alahai, mama dan papa juga suka tengok comel comel macam ni.


Keseronokan yang terpancar di wajah masing2 ...Masa ni laaa...



Minah ni la yang paling 'super duper' happy kat sini!!! Dahla berjaya mencapai impian menjadi Elsa dipergunungan Salji...dapat pulak jumpa Olaf...Alhamdulillah ya YaYa....ada rezeki untuk anak anak rasai kegebuan Salji di Hokkaido.










Lepas satu satu rumah diorang masuk. ada tangga kecik di dalam, ada kerusi kecil, ada meja comel, ada kitchen yang cute, dan katil kecil pun ada juga. Hahahahah semua minta mama ambilkan gambar. Oke lah... okey lah... ini memang dunia kamu kan wahai kanak kanak. Terlari sana, terlari sini. Fuhhh...lepas bebaslah kamu dalam ni. Rumah kecil atas pokok pun ada juga ni. Bangunan di sini dihiasi dengan orang salji (Olaf) yang bulat bulat. Comel je.


Tarian dari patung Ada kat bahagian atas menara itu.







Kami duduk sebentar sementara anak anak nak makan biskut. Sambil itu kami perhatikan satu persembahan tarian pergerakan patung dengan alunan muzik dari atas menara di sini. Satu jam lebih juga main main di sini sambil bergambar situ sana sini. 




Nampak gemuks sekali daku...baju tu berlapis lapis sebenarnya... :-)



Wajah wajah kegirangan...










Setelah puas bermain pada pukul 12.30 kami pun memasuki dalam untuk melihat pembuatan coklat pula. Wah..dalam ni bukan dipenuhi coklat mengunung seperti di Dunedin NZ, tapi di penuhi pelbagai juga hiasan koleksi cawan antik yang sangat cantik!. Wah ...yang ini mama sangat sukakannya. Alahai cantiknya. Memang lawa yang amatlah. Terliur pula mama tengok ni. Tak apa... simpan dalam bentuk gambar pun jadilerrr kan.







Kami dapat melihat sejarah coklat di sini setelah memasuki sudut Ishiya Story. Mesin banyak di dalam kilang ini, tapi nampak pekerjanya tak ramai mana pun. Bau saja sangat menyelerakan. Ambik bau saja dah rasa mesti coklat ni sedap. Kami masuk tadi pun memang diberikan coklat seperti biskut, memang sedap. Setelah melihat bagaimana pembuatan coklat dari dekat, kami pun berjalan untuk keluar. Sepanjang laluan dalam ini dipenuhi pula koleksi pelbagai jenis permainan kanak kanak.










Wah... Adik Achim jumpa sesuatu lah. Thomas and friends kesukaan Achim ni mama. Huhuhhukk Acim nak la mama. Acim rasa nak pecahkan cermin ni nak ambik semua ni boleh? hehehehe mana boleh cayang oiiiii.... Ala, tak apalaahhh acim nak ambik gambar kat sini saja lah ya. OK...mama turutkan saja.





Koleksi The Beatles, Lady Diana, Madonna dan macam macam lagi ada di sini. Bila kami nak keluar dari sini, kami singgah solat dulu dalam Prayer Room. Haaaa.. jangan risau dalam ni ada bilik solat tau. Selepas saja solat, kami pun turun.






Bangunan ini sangat cantik dan besar. Di bawah adanya shop terjual pelbagai jenis coklat. Ramai betul pelancong nak beli coklat. Sementara Cek Ejam beratur mahu bayar, Cik Eja memerhatikan saja dak dak kenit yang memang tak duduk diam dari tadi. Setelah beli coklat, dalam pukul 1.55 kami pun keluar dari sini.








Selamat tinggal Kilang Coklat....



Seterusnya kami ke Destinasi lain dengan menaiki teksi saja. Nanti Cik Eja sambung kami ke mana ok...