My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, February 25, 2018

Jom Terokai apa yang menarik di Otaru

Di Otaru ini sangat terkenal dengan menu seafoodnya terutama sekali King Crab. Bukan saja ketam yang besar, tapi kerang, udang, sotong dan shell semua besar besar belaka. Ikan Herring bakar juga sangat terkenal di sini. Ia merupakan sejenis ikan yang ada banyak telur di perutnya. 






Harga harga yang tertera...


Selepas kepenatan pusing pusing Otaru ni, hari pun makin petang, jadi kami buat keputusan untuk dinner seafood sahaja.



Sporting betul dia ni...hihihikk...


Kami memilih di sini, ini Cik Eja share sedikit menu menu dan harganya sekali ya. Bolehla simpan duit banyak banyak dulu untuk menikmati makanan di Otaru ni.




Bila hidangan kami sudah tersedia, apa lagiiii...Jom..Bismilah...Perrghhh...nak cakap kan....tak sangka betul masakan Jepun ni sangat sedap tau!. Supnya tersangat sedap. Seafoodnya lagilah manis manis dan rasa memang fresh aje. Rugilah ya kalau datang sini tapi tak merasa seafoodnya. 











Selepas kekenyangan, masing masing kata, nak baliklah sebab dah penat dan sejuk. Makin petang makin sejuk pula kat Otaru ni. Kami pun balik ke rumah dengan hanya berjalan kaki saja. Untung juga kalau kita sewa rumah dari airbnb yang dekat saja dengan tumpuan pelancong ni kan? Kami balik sebab nak solat, nanti malam nak keluar lagi.

Selepas selesai solat, masing masing duduk di ruang tamu. Jom kita keluar, tengok Otaru Canal waktu malam pulak. Kata anak anak, kami dah taknak keluar la mama...papa...penat. Lagipun sejuk sangat kat luar tu, kami nak duk rumah je la. Huhuhuk mama dan papanya ni bukan main excited nak tengok suasana romantik Otaru Canal waktu malam ni. 

Cik Eja dan Cek Ejam pikir2...ermmmm diorang ni nampaknya senyaaaap je ni kan? Kami kena pastikan mereka akan duduk dalam rumah diam diam, nampaknya mereka diaaam je ni...Tak apa mama, papa...keluarlaa dating, kami duk umah je la. Huhuhuukkk ermmm oklah..mama papa keluar tau!



Maka dengan itu, kami berdua pun keluar. Waktu tak la gelap sangat sebab baru pukul 4.44 petang. Kami pun melangkah turun semula. Makin malam begini lokasi shopping yang terkenal di Otaru ini tidak berapa ramai pelancong. Kedai pun ada yang sudah pun tutup. Kami singgah satu Kedai Coklat. Beli sedikit coklat dari sini. 



Kemudian sambil berjalan seperti pasangan bercinta gitu..kikikiihh...bila lagi peluang nak berjalan berdua kan. Kami ada singgah satu kedai ni untuk makan lagi. Nampak hanya aunty ini saja kedai makannya yang masih buka. Jadi kami makan sekali lagi. Nasi & ketam saja, pun masih sedap dengan adanya cili dan kicap seperti sushi tu. terkenyang pulak kami berdua malam ini. 




Selepas terkenyang ini, kami jalan jalan sampai ke Otaru Canal. Bergambar sikit kenangan romantis di sini. Hehehe...Silapnya pakai hp Samsung S7, gambar tak berapa cantik.  Lampu lampu jadi pecah pula. Kalau pakai iphone, lawa ni pemandangan malam kat sini, tapi sayangnya hp Cik Eja dah pun kehabisan bateri.














Sebenarnya, ada dua lokasi shopping yang menarik di sini iaitu, Otaru Sakaimachi Shopping Street dan juga Otaru Miyakodori Shopping District. Jualan di sini kebanyakkanya adalah produk keluaran Jepun sendiri. Ada juga Cik Eja nampak pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis koleksi Cenderahati. Restoran terkenal juga kedai yang menjual Cheese Tart Hokkaido. Memandangkan kami berjalan dah malam, kedai kedai banyak dah ditutup.





Di Otaru ini juga banyak Museum tau. Salah satunya seperti Museum Music Box ( Musicbox Kaimero Ironai),  Museum of Venetian Art ( Deco Glass Gallery) dan Bank of Japan Otaru Museum. Di Otaru Canal Terminal banyak magnet fridge terjual di sini.


Selain itu, kalau waktu siang, korang bolehla menggunakan perkhidmatan Chuo Bus iaitu Otaru sightseeing Bus. Bolehla mengelilingi Otaru ini tanpa berjalan kaki. Tak penat dan lebih nampak keseluruhan Otaru. 




Selepas banyak persinggahan yang kami bergambar sebagai kenangan, kami pun mula melangkah untuk balik. Suasana kat sini waktu malam best jerr... Rasa selamat dan tak berserabut dengan orang yang ramai seperti siang tadi. Betul juga ada yang kata suasana sini romantik untuk kita berjalan berdua duaan, dahlah cuaca sejuk yang pastinya tak akan berpeluh.


Next Episode ya..nanti Cik Eja sambung kami ke Last Destinasi iaitu Sapporo!

Friday, February 23, 2018

Rumah Sewa kami di Otaru, Hokkaido

Pukul 12.40 pagi 8 Disember 2017 kami bertolak dari Sapporo ke Otaru. Bas kami melalui Shinko - Shiomidai - Okusawaguchi - Sumiyoshi-jinja Shrine - Shiyakushoidori dan seterusnya ke Otaru Station. Kami hanya berhenti di tepi jalan sahaja tanpa ke Station memandangkan rumah kami hanya berdekatan saja.


Tepat pukul 2.40 kami sampai betul betul di rumah. Kami menyewa sebiji rumah di sini. Lebih besar dan sangat selesa untuk kami berenam. Berbiji biji butiran salji jatuh dari langit kali ini. hahahah siap anak anak tadah mulut nak makan ais katanya...haissshhh korang ni memanglaa. Masing masing kesejukan sementara papa membuka pintu. Ada aunty sebelah sedang membersihkan jalan rumahnya dari diliputi salji yang makin menebal.





Bila kami masuk saja dalam rumah...arrghhhh semua berlumba lumba untuk memanaskan badan di heater yang baru saja kami on kan. errrm.... kesejukan dan menggigil masing - masing. Malam ini kami hanya merehatkan badan dalam rumah sahaja.





Bila saja makanan siap, semua makan dan berehat diruang tamu. Tv nampaknya terpasang, tapi masing masing duk mengadap hp saja!! eeiiisshhh...mengeleng mama tengok diorang ni tau, taksub sangat kalau ada WIFI2 free ni. Sanggup tu tak nak naik tidur lagi memandangkan nak tengok kartun youtube.

Untuk pengetahuan, kami menyewa rumah 2 tingkat. di bawah ada ruang tamu, kitchen dan bilik air. Manakala di atas ada 3 bilik. Master bedroom ada 2 katil queen dan dua bilik lagi masing masing 1 katil queen. Kalau korang teringin datang ramai ramai, sini sangat selesa.










Hahahah menyibuk je makcik ni...sebagai kenangan jerr...





Cuma, kat sini owner siap bagitahu supaya jangan bising bising. Katanya, jiran akan buat report kalau rumah bising dan mengganggu ketenteraman mereka. Inilah salah satu sebab kenapa kami sediakan satu sorang hp pada anak anak. Kami risau diorang ni akan main main, lari lari dan menjerit ke, sepanjang dalam rumah.


Kalau ada hp, sekurang kurangnya masing masing duk diam dan mulut pun diam. Lepas je balik dari Hokkaido ni, segala kemudahan ini akan ditarik balik, tak ada internet internet lagi. Lagipun kat rumah kami memang tak ada wifi2 pun. Tak naklah diorang terdedah setiap hari dengan internet ni...takut ketagih dan tak nak belajar pulak nanti.


Keesokan harinya, 9 Disember 2017, selepas sarapan saja kami terus bersiap untuk keluar. Buka saja pintu...arrrghhh pintu stuck...tak boleh dibuka memandangkan salji tebal diluar. Nasib baik Cek Ejam tolak sekuat kuatnya dan menolak salji yang banyak ini dengan kasut. Perrghhh...berjalan keluar pun tenggelam kasut kami dengan salji. Jangan masuk sampai stokin basah sudahlah kan. Kalau termasuk memang tak selesalah jalan sebab kaki kita akan basah. Itu pentingnya pakai kasut boots atau apa apa saja kasut yang kalis air dan lebih tinggi dari buku lali.








 Sementara papa pakai kasut, sempat lagi dak dak kenit ni main salji kat luar. Rumah ini atas bukit tau. Kami turun saja dari rumah, terus jumpa Otaru Clock. Maksudnya, kami tak perlu menaiki kenderaan apa apa memandangkan rumah kami sewa ini betul betul berada di kawasan tumpuan pelancong.


Kami masuk sekejap ke dalam Otaru Orgel Museum dan Cik Eja dapati banyak sangat cenderahati menarik kat sini. Kebanyaakanya diperbuat dari kaca. Paling banyak juga music boxes, cute cute saja semuanya. Memang lawa giler tau. Harganya pun sangat LAWA juga yek. hehehehe...











Selepas puas dalam ni, kami pun keluar. melintas saja jalan, bermacam macam jualan seafood, aiskrim, coklat di sini. Kami singgah beli jagung di sini dan bergambar sana sini. Ada pula Olaf besar...errmmm layan je la lepas sorang sorang nak posing kat sini. lama jugakla berposing diorang ni kat sini.




























Otaru Canal

Kat sini memang ramai betul pelancong. Nak bergambar pun susah, asyik ada je yang melintas. oklah...ini saja gambar terbaik setakat kami kat sini pagi ini.



 OTARU CANAL.














Selepas bergambar kat Otaru Canal ini, kami pusing pusing lagi. Jalan jalan sambil cari makan malam kami di sini.

Bersambung ya kisah Otaru ni...apakah yang menarik di Otaru.

Wednesday, February 14, 2018

2 Kenderaan Utama Dari Furano ke Sapporo

Dari Furano kami ke Sapporo dahulu, barulah kami ke Otaru. Perjalanan kami kali ini masih menggunakan perkhidmatan bas. Ada juga train untuk ke Sapporo ini. 

Link bus Di sini nanti  Cik Eja Share ya...

Sayangnya, sedihnya nak meninggalkan Furano ini. Huhuhuhu....Kami menunggu bas di hentian biasa dekat sini. Menaiki bas ini untuk ke Furano Station dahulu, kemudian barulah kami membeli tiket bas untuk ke Sapporo dari Furano Station.




Ambil gambar kenangan dengan mereka...baik hati sangat orang dekat sini, ambilkan gambar kami...lepas tu bila Cik Eja main main snow dengan anak2, dia nampak snow banyak pada seluar dan baju Cik Eja...dia datang tepuk tepukkan untuk membuang snow yang melekat2 tu. Hihihikkk memang macam mak mak je kan?...kikiki...Sempatla juga snap gambar dia masa tengah buat kerja tu...



Selamat Tinggal...adakah kami akan datang ke sini lagi?...



Menunggu di sini masa mula sampai...berteduh dari kesejukan sekejap.














Kenangan abadi...Indahnya bumi Ciptaan-Nya ini kan? Bagaimanalah keindahan Syurga nanti....






Kami beli tiket bas untuk ke Sapporo di sini. Sekejap saja beli tiket, bas pun sampai. Tak ramai pun naik. Anak anak siap boleh tidur 2 kerusi lagi dalam bas. Masa menunggu untuk setiap destinasi yang nak pergi tu tak lama sebab transport kat sini memang Terbaik ..on time jer. Tak kisah kalau kita tak nak drive, bagi kami la naik public transport sini best dan tak penat. Kalau driving, pemandu & core pilot sekali akan letih nanti.





























Bas kami melalui... Akabira City. Yg kebanyakan banyak seperti kilang2 Di kiri kanan jalan. Kemudian melalui takikawa city, kebanyakan perjalanan ini nenempuhi kawasan Pekan Pekan kecik saja. Sekejap2 ada perumahan kiri dan kanan..lepas tu kawasan lapang yg hanya dipenuhi salji memutih dan  banyak pokok2 yg tidak berdaun.












Sedikit pemandangan yang Cik Eja snap. Sangat sukakan pemandangan ni.



Bas kami masuk selekoh ke kanan dan melalui satu tol Untuk ke next destinasi iaiTu Higashi Takikawa. Kami melalui sungai Sorachigawa....perjalanan kali ini adalah melalui highway....kemudian ada satu hentian Sunagawa. Seterusnya..selepas Sunagawa kami melalui Bibai - Makasa dan Sapporo.

Sebelum sampai ke Sapporo..cuaca sekitar sini hanya -2c sahaja. Tapi salji turun banyak juga seperti hujan...debu2 halus menutupi cermin bas..jalan juga nampaknya memang licin. Bas kami berjalan pun secara perlahan sangat...

Sampai saja Di JR Sapporo station kami ke toilet n makan cheese tart sekejap. Orang kata kalau dah datang Hokkaido jangan lupa makan Cheese Tart dia kan? mmm..memang Terbaik Rasa dia. Yummmyyy... Best sungguh, gebu gebas dan cukup menyelerakan. 














Lepas dah isi perut, kami terus beli tiket ke Otaru... tanpa menunggu pun.. bas Mmg sudah sedia ada..ini Sapporo station yang mana tempat kami beli tiket untuk ke Furano sebelum ini ya, ini Cik Eja Share link  Bus yang kami dah guna, jadi bolehlah Korang survey harga nanti.