My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, February 20, 2017

Melancong ke New Zealand Part 5

Assalamualaikum...


Bersua kembali Kita kali ni. Nampaknya kena siapkan Destinasi NZ ini secepatnya memandangkan ada destinasi baru next month. Erm.. macam tulaa..When You are Travel..You will Never stop!! Tak gitu? Rasanya sesiapa suka travel macam tu la perasaan. Macam dah jadi satu penyakit berjangkit. Ubat dia adalah kena Pi Travel gak. Katanya dah nak stop...hahahaha..takde maknanya kan? Tu la kata...jadi resah gelisah je kalau tak Jalan ni...

Okay..berbalik dengan Topic Kita iaitu New Zealand lagi. Kami bermalam tanpa campsite untuk kali keduanya di atas bukit. Bila Kami bangun Saja...hari dah Subuh. Kedengaran Ada bunyi hon hon beberapa kereta yang lalu lalang. Agaknya dia kejutkan Kita kot kan? Haaa.. sebelum Polis diorang datang saman atau Ronda Ronda...mereka kejutkan Kami..baguslaaa...








Kami berdua Saja bangun wak tu subuh ni...Dan setelah fresh sikit Kami keluar Dari Kawasan ini. pemandangan cuuukup cantik...Dari atas Kami nampak perumahan diantara pergunungan. memang sangat Indah.



Dah Terang sikit baru nak gerak dari sini...







Cantik sangat pemandangan dari atas...


Kami meneruskan perjalanan  Dari Dunedin ini ke Balclutha. Perjalanan takdelah mengambil masa yang lama sangat. Perjalanan kali ni banyak melalui kawasan pekan pekan dan taman.









Dah sampai pun kami kat Balclutha ni...





Sesampai Saja sini, kami mencari Pamplet di Balclutha Service Office ini, Park kat sini baru kami mula sarapan. Perjalanan tak begitu lama pun Dari Dunedin tadi. Anak anak pun sudah bangun.



Salad Spinach ni best rupanya ya...bila makan dengan roti sandwich ni...




Semua nak nangissss je nampak?ish ish ish....anak anak ...anak anak...Melancong bawa kanak kanak girang ni macam tu la...Banyak kan Sabar ok....



Tengah sarapan ni laaa sorang princess ni mengaruk...apa lagi? nak senyap besar besar pun dokonglaaaa...errmmm sabarlah wahai mama!!! Muka tak siap...Tak mandi lai...




 Selesai sarapan...kami pun bersiap apa yang patut, ngemas ngemas... barulaa kami ke destinasi seterusnya iaitu Kaka Point. Masa di Balclutha ni kami ada isi minyak dan beli sedikit minuman panas kat situ. Seorang uncle pekerja kat situ memberitahu tempat menarik kat South ni. Jadi setiap apa yg dicadangkan semua kami berhenti.



Sejuk sejuk ni...yang kecik tak nak turun...kami je la singgah kejap sambil ambil gambar....










 Selepas Kaka Point ni Kami meneruskan ke Nugget Point. Memandangkan Cuaca pagi ni sangat berangin dan kuat gitu..anak2 pun tak berapa nak keluar. Kami sajalah yang syok nak bergambar tanda dah sampai kan.



Hujan renyai renyai macam ni bertambah kesejukan masa ni tau...










Kami singgah singgah Saja semua tempat dan seterusnya  ke Surat Bay...Dan seterusnya light House. Semua tu hanya pi tengok2 je..oooo macam ni..ooo macam tu...sekurang kurangnya bila orang sebut sebut kita dah tau macamana keadaan kan. Takdela blur blur je.






Surat Bay...cantik tau air kat sini....nak lama lama banyak lagi destinasi lain yang nak kena singgah ni...



Kat Surat Bay ni...tengok...nampak tak ada kasut kasut tergantung? ...





Seterusnya kami singgah ke Manuka Point Kat dalam ni banyak pokok Manuka yang tumbuh dengan sendirinya. Siapa pernah makan Madu Manuka? Kami memang selalu sangat Beli Madu madu Manuka ini di Farmasi. Biasanya satu Farmasi ada satu atau dua botol saja Madu ini. Ia adalah satu satunya Madu Asli tanpa campuran. Lebah kat sini pun menghisap madu dari Bunga pokok Manuka ini. Madu Manuka ni kalau anak anak selsema atau start bersin saja....terus saja bagi satu sudu Madu Manuka...selalunya sekali atau dua kali bagi saja, batuk...selsema atau demam ceeeepat sangat baik. Ingat ya....kalau nak makan madu Asli Manuka ni...pakai SUDU PLASTIK ok!!!! untuk menjaga keaslian khasiat nya tau. Berbotol botol Madu Manuka yang dah kami beli. Tapi tak semua Farmasi ada stok madu ini tau. Sebabnya?? Mahal dan tak ramai orang cari....mungkin orang tak tahu khasiatnya? Ntahla kan....



Kami masuk ikut lain...keluar ikut lain....perjalanan kat dalam ni hanya hutaaan saja....ada anak panah untuk kita ikut. Boleh melihat keaslian  Hutan Manuka semulajadi dengan lebih dekat kat sini.


Seterusnya Kami tanpa membuang masa keluar Dari Balclutha ni ke arah Gore. Dalam perjalanan kami masih lagi singgah menyinggah....iaitu ke salah satu destinasi air terjun. Kat sini kena juga berjalan kaki sedikit dalam hutan, sebelum sampai di  air terjun.



Selepas destinasi air terjun ini...kami meneruskan perjalanan dan singgah pula kat pantai, iaitu Curio Bay. Kat sini kami ada jumpa penguin lagi tau!!! ahaaakkkss...seronok walaupun hanya seekor saja. Ramai pelancong lain menunggu untuk mengambil gambar dan video. Ada yang turun sampai ke pantai bawah walaupun ombak sedikit kuat. Berani ek?...Kami tengok dari atas saja...anak anak la ada turun sekejap...eeeiii...budak budak inih....









Kena berjalan sedikit ke dalam untuk ke Pantai ini.




Kita nak selfie tetiba...ada mamat ni...cheeese kata dia...ayaaaa....hehehehe


Selepas destinasi ini, kami teruskan perjalanan dan melalui  Mandeville melalui juga highway Winton Dipton untuk menuju ke last destinasi iaitu  ke Te Anau. Kami lalui Lumsden dan Mossburn. Hari sudah makin gelap sebenarnya tau. Kalau ikutkan kami nak bermalam di campsite malam ini. Tapi bila dah gelap macam ni, maknanya banyak dah tutup. Jadi kami teruskan perjalanan juga sambil kami intai intai kalau ada campsite yang masih open.


Bila waktu malam dan  gelap pula macam ni, Ai rasakan macam kami lalui kawasan hutaaaaaaan saja tau!!!!  Hehehehe...core Pilot mesti kena teman tak boleh tertidur. Sambil bigboss drive ni, Ai google dengan gps memang ada campsite kat kawasan ini..jadi kami pun melalui satu Jalan yang sangat sunyi. Sudahla gelap gelita...mengerikan je tau!!!! Ke Ai je berperasaan macam tu? Hahahaha...memangla Ai penakut orangnya..dah imagine macam macam cerita cerita misteri omputeh tau...hihihikk. Anak anak sudah pun tidur semua selepas makan malam. Jadi Kami berdua sajalah yang masih berjaga.

Tiba....tibaaa......Jalan mati...Halamakkk??? Betul ke tempat kita datang ni? Sunyi sepi je?? Satu campervan pun xnampak kat campsite ni?

Pagar memang terbuka..jadi kami pun masuk saja lah kan. Memang kena bermalam kat sini jugak memandangkan hp kami dah kehabisan bateri. Memang nak kena charge. Tangki pula nak kena buang kan isinya ni. Nak tau..jeng ....jeng....jeng....bila kami sampai saja automatik lampu satu tempat tu terbuka. Kami Cuba keluar dan nak cari kalau kalau ada orang kan? Taaaaapiii..sunyi sepi😱😱...



Kami sampai je dalam...lampu lampu ni automatik terbuka tau...kikikihh...seeerammm tak?hahaha..Tempat yang sunyi sepi...deruan angin yang kuat....ffuuuuhhhh....imagineee...imagine....cuba u imagine!!..Terasa seperti dalam satu siri movie menyeramkan saja..dan penuh misteri gitu...kikikih...Tak sudah sudah berangan....eeehhh ini bukan cik Kak berangan tau...Ini reality...ermmm....


Kami Cuba masuk ke dalam...kawasan campsite ni nampak macam baru je? Bilik air yang sangat bersih...kitchen yang kemas...ruang makan yang banyak kerusi meja...siap ada heater yg terpasang.

Sambil kami pandang antara satu sama lain..Biar betul..tempat ni kalau dia tak kasi orang masuk mestilah berkunci kan? Tapi semua tak lock. Apa nak buat? Risau pun ya jugak. Kalau kami nampak satu dua campervan park diluar, kira ok juga la kan? Tapi langsung tak Ada. Kawasan luar besar Dan luas macam padang gitu. Kami buat keputusan..tidur sajalah kat sini. Esok mungkin Ada orang kan?

Hihihik..Kami tetiba lapar..sejuk sejuk ni sangat la lapar tau. Jadi masak mamee la kejap...mamee apa lagi kesukaan cik abe kita ni..Tak lain tak bukan Lontong Mamee chef lerr pujaan hati dia..Ai makan Rameen ffuuuhhh sejuk2 ni biaq panas panas sikit kan. Rameen kan berapi api...memang kembang laa kepala kita ni kalau start makan Rameen ni.

Selesai Kami makan dan solat, Kami pun tidur..angin kat Luar sangatlah kuat tau! Kawasan ni macam Padang gitu..tak takut sangat pun.


Ai: ermmmm..ok ke ni Abg?..rasa macam ok dah....Cuma....... takut Hantu je..hihihikkk

xdelaaa takut sangat pun...Cuma rasa macam kawasan ni pelik....sebab Kami dah macam Ibarat berada dalam movie enggeris iaitu kawasan kawasan misteri gitu kan...fuuuhh khayalan semata2...kikikihhh..

Abg Kata...: ish...ish..ish...Jom tido..jangan pikir bukan bukan..

Ok Goodnight 💤😘🌙 ya..See you esok pula...

_________________________________________________________________________________


Keesokan paginyaa..

jeng jeng......

jeng.........

Hahahah barulaa nampak terang. Takdelah menakutkan bila waktu siang kat sini. Semua tersusun dan kemas saja. Kami kejutkan anak anak untuk mandi di dalam. Kawasan luas besar...tapi menyedihkan..hanya dua bilik air saja tau. Memang sangat selesa cumaaa..bilik air dua ni yang kena menunggu. Rupa rupanya ada campervan lain kat sebelah lain. Macam tersorok sikit, patutla gelap gelap malam tadi kami tak nampak pun.



Gini lah keadaan waktu siang....hehehehe..memalam imagine bukan bukan saja ye tak? Haaaa terpengaruh sangatlah dengan movie2 ni kita tau!!


Ada satu couple kat dalam campsite ni, husband dia merungut..bayor campsite mahal..kemudahan bilik air ini saja? Sebab kebanyakan campsite yang kami pernah tidur  sebelum ini, bilik airnya banyak tau....

Dah la kat sini owner perempuan..Aunty tua jugaklaa bengis je..ish ish ish..sangat tak recommend la campsite ni..hihihikk kebersihan memangla tip top..cuma tu laa..bila kami berdua borak2 husbandnya nampak ok dan cool je.....mungkin diorang ni uruskan sendiri kot? Tak Ada pekerja..semua buat sendiri, tu yang semacam je. Ai ada terbaca tau..satu keratan paper kat board diorang tampal...ramai pemilik campsite campsite  merungut bisnes mereka slow memandangkan kenaikan semua harga untuk kemasukan di campsite. Bermula October semua harga per entry sudah naik...ber maksud tak banyak campervan yang menyewa campsite. Para Pelancong (ceeeyyy para pelancong lak) lebih suka menggunakan @ menyewa kereta berbanding campervan. Lupa pula nak ambil gambar keratan akhbar tu. Siap diorang highlight lagi harga asal dan harga kenaikan setiap campsite.

Agaknya itula masalah diorang kan? Mana nak kena bayar tax lagi pada kerajaan diorang. Dah la masa kami kat NZ ini juga ada berita perletakkan jawatan Presiden NZ. Atas sebab ekonomi mereka yang makin merosot. Ermmmm..bukan Malaysia saja punya masalah dalam negara kan? Bukan Malaysia saja rakyat rakyat merungut kan? Rupa rupanya NZ pun punya masalah yang tersendiri. Tapi sekurang2nya Presiden dia gentleman..letak sendiri jawatan bila rasa tak dapat nak handle negara kan?Kita??? Hihihikkk...no komen!

Okeh..Kita teruskan kisah kami. Selesai mandi dan siap semuanya..Kami hanya sarapan roti saja pagi ini. Kami meneruskan ke destinasi iaitu ke Te Anau. Kami sebenarnya nak ke Manapouri. Kami nak naik cruise untuk ke Doubtful Sound. Kata Uncle kat Balclutha hari tu..rugi kalau tak ke sini..cantik sangat katanya. Jadi Kami pun sampai di Jeti dan beli tiket kat sini. Sambil menunggu kami makan roti roti lagi. Makin ramai pelancong yang datang. Ada India...Ada Korea dan macam Jepun pun ya..Chinese pun ada..ramailaah yang nak naik sekali ni.







Diorang ni duk main Swan ada kat bawah tuu...risaulah tau....lubang tu boleh telus dak dak kenit kami yang happening ni!



Selfie kenangan sikit....sebelum orang makin ramai...




Bila semua dah ramai....cruise pun boleh naik...jooomm...kita belayar!!!




Dalam cruise ni besar....

Tibalah masa cruise pun open..Kami semua masuk. Luas juga dalamnya. Ada tingkat atas Dan bawah. Kami Cuba keluar..tapi..fuuhhh sejuknyaa mak aii..Tak apaalaa..Kita ambik gambar sikit sikit..Dan masuk balik Kat dalam. Doubtful Sound ni banyak nak kena naik tau..lepas cruise ni..Kami kena naik bas pulak...lepas tu kena Naik cruise satu lagi...Bila balik pun macam tu juga....Jauh jugalaa perjalanan. Sebab tempat ni merupakan kawasan Fiordland National Park.





Sepanjang perjalanan cruise ni..Ada video map yang dilalui. Penerangan satu persatu. Tapi Ai tak berapa dengar pun...lebih tertarik melihat pemandangan luar. Ada pergunungan yang masih bersalji di aatas puncaknya. Sangat cantik. Kata mereka cuaca kurang baik..kalau tak pemandangan laaagi cantik. Banyak pergunungan yang Ada air terjun mengalir. Okeylaa satu pengalaman yang sangat menarik. Kalau tak berapa berkabus ni mesti cantik lagi!



Cruise pertama kami naik...eehhh mana sorang lagi???ayaaa...nampak kepala je...




Aaaa....baaaru nampak semuaaa...
 Diorang ni memang tak duk diaaamm tau!! eeee..nak control semua faham faham ajelaa...


Selepas satu cruise ni berhenti. Kami diarahkan menaiki bas pulak. Untuk satu cruise ni disediakan 2 bas. Kami melalui kawasan Jalan Jalan kecil gitu tau. Kiri kanan hanya hutaaan Saja tau. Kekadang saja Ada air air sungai. Jalan memang kecil Saja. Dalam berapa lama ek..lupa dah..barulaa Kami sampai ke destinasi seterusnya. Kat sini Kami kena turun dan naik pula cruise kedua. Untuk ke Doubtful Sound ni memang jauh jugak la. Berbanding kalau nak ke Milford Sound..perjalanan dia untuk keluar dekat saja.



Dari bas kami naik...turun saja dah ada cruise satu lagi menunggu...




Menaiki cruise kedua...










Sedikit gambar pemandangan....banyak ambil video kat sini...






Kami pilih Doubtful Sound Saja..ke Milford Kami tak pergi pun. Seharian hari ini hanya perjalanan melihat pemandangan Doubtful Sound Saja. Cruise Kami lalui kawasan perairan yang sempit Saja. Kekadang berhenti di satu satu tempat yang menarik untuk pelancong yang nak bergambar.

Keluar jugaklaa Kita ambil gambar pemandangan dr cruise ni. Okeylaa bila puas bergambar Kami masuk dalam semula Dan buat air minum minum ber sama makanan yang dibawa. Ada buah buahan..roti sandwich..roti coklat..air dalam cruise ni adalah free Saja. Buatlah nak buat berapa kali pun air. Ada coffee ☕️..ada tea...

Bila dah kekenyangan..tetiba staff cruise ni bagi satu sorang gift. Untuk anak anak Saja. Kelengkapan untuk melukis dan menulis. Ada silangkata dan gambar untuk di color.





Apaaalagi..bukan main seronok laa dak dak kenit yang keboringan ini. Manalah diorang ni pandai nak menghayati keindahan alam lagi kan?..duduk laa u all diam2 melukis dan color tu ye...mama nak tengok pemandangan kat luar..
















Setelah sampai satu destinasi ni, Tour guide ada bagitau..point yang kami singgah itu biasanya ada Dolphin 🐬 yang akan melompat ke atas. Memandangkan cuaca berkabus...tak berapa elok..tak ada rezeki lah kami nak tengok Dolphin naik ke atas lompat2 tu. Tak apalah kan..dah sampai sini pun sangat sangat bersyukur yang teramat tau!


Selesai penerangan semua..cruise ni pun bergerak untuk balik. Sesampai saja tempat tadi...Kami naiki bas pula...dan sterusnya Kami naik cruise asal tadi.


Bersambung......


KLIK
Melancong Ke New Zealand Part 4