My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 30, 2019

How To Train Your Dragon 3


Filem animasi DreamWorks ini merupakan  kisah sambungan, How To Train Your Dragon 2. The Hidden World. 





Kisah kali ini naga yang berada di alam manusia ini  berhadapan dengan mereka yang suka menangkap naga dan membunuh untuk keseronokan.

Hiccup pula, sentiasa bersama pasukannya meneruskan kerja untuk menyelamatkan naga naga yang telah ditangkap itu. Hiccup mendapat kejutan kerana mereka terpaksa berhadapan dengan penjahat yang tidak pernah mereka sangkakan.

Akibat dari itu maka, Hiccup telah mengadakan perbincangan dengan seluruh penduduk Berk dan mencadangkan untuk memindahkan semua naga yang ada termasuk naga peliharaannya iaitu Night Fury ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Dunia Rahsia ( Hidden World).

Sebenarnya Dunia Rahsia ini masih diragui akan kewujudannya dan dia hanya percaya dari cerita yang dianggap "dongeng" dari mendiang bapanya.

Mereka meninggalkan kediaman asal dan memulakan pengembaraan untuk memcari Dunia Rahsia tersebut. 

Dalam waktu pencarian mereka untuk mencari dunia tersebut, penjahat yang suka memburu Naga masih terus menjejaki mereka dan telah berjaya menangkap naga – naga yang berada di Berk.

Namun, mampukah mereka mendapatkan kembali naga yang telah ditangkap tersebut dan berjayakah mereka menemui Dunia Rahsia tersebut?

Istimewa kemunculan Light Fury sangat menghiburkan kerana Night Fury jatuh cinta dengannya. Aksi-aksi lucu mereka sangat menghiburkan.



Sangat sesuai menonton seisi keluarga. Anak anak Cik Eja sangat terhibur. Tidak langsung membosankan malah memang Menarik sekali Filem Animasi Kali ini!!!

Monday, January 28, 2019

Kisah Viral Gambar Emma Maembong

Patutlah Emma tinggalkan Kamal Adli. Cik Eja sukakan lakonan Kamal Adli ni. Nampak sangat kesungguhan dan keikhlasan dia menyintai Emma.

Tapi macam macam Emma kata Kamal Adli keluar dengan Zahira senyap senyap la. Kata belum bersedia untuk kawin la. Rupa rupanya, dia menaruh harapan untuk yang lain.


Haissshh Terkejut juga Bila nampak gambar ini semalam....sedih pun ya....








Mencari yang lebih segak atau berduit sebenarnya? Kita sendiri tak tahu...wallahualam...apa apa pun, Cik Eja kesian Kan Kamal, dia bersungguh sungguh menunjukkan sayangnya dengan kejutan birthday di atas bukit. Susah payah dia mahu menunjukkan keikhlasan Cinta dia. Tapi sayang...begini kesudahan.

Tapi bagi Cik Eja, lagi kesian Kat Emma, kesian kenapa? Dia dah bertutup cantik2, hanya kerana seorang lelaki, dibukanya segala aurat yang hanya boleh dipertontonkan pada seorang lelaki bernama suami. Sayangnya....sayang disebabkan orangnya cantik tapi....dengan kesilapan ini saja, habis tercalar nama bukan saja nama sendiri, malah memalukan keluarga.

Yang Celah kangkang tu bukan dia? Maksudnya Syed Abdullah ini pernah berdua dengan perempuan lain begitu? Kalau ikutkan rambut dah sama, tapi mereka menafikan itu bukan Emma... wallahualam...hanya mereka Dan Allah saja yang Tau.



Apa apa pun, semoga Kamal Adli mendapat jodoh yang lebih TERBAIK, menjadi isteri dan ibu Terbaik untuk zuriat Kamal nanti....
 
Tetiba tertulis pula gosip Kali ini. Sebab memang Cik Eja follow kisah mereka berdua sebelum ini. 

Sunday, January 13, 2019

Meet & Greet Kan ku Kejar Cinta Kamu

13 January 2019 pukul 3-6 petang di NU Sentral diadakan Meet & Greet Kan Ku Kejar Cinta Kamu. Kali ini tak tahu kenapa mama sorang ni beria ria sangat nak join. Siap belikan novel untuk Kaklong kononnya nak bagi peluang berjumpa dengan pelakon kesukaannya.



Sebenarnya kesukaan Kak long atau mamanya? Hahahahahah....Cik Eja serious!!!! Memang tak pernah mengikuti apa-apa drama bersiri sebelum ini. Tahun lepas tertengok Alamatnya Cinta itupun sebab Kaklong yang menonton siap record lagi.

Tertengok satu episode saja, terus nak kena follow saja drama ini sebab adanya perasaan nak tahu kesudahan drama ini. Ini pertama kali menonton lakonan Hanna Delisha.

Kali ini juga tertengok satu episode yang Aamyrarosli kena tolak tu. Dengan lakonan Nek Bonda yang Garang dan bengis, menjadikan terdetik perasaan ingin tahu kisah apa ni?






Disebabkan Aamyrarosli yang berlakon, maka Cik Eja mula mengikuti drama ini, dia memang selalu melakonkan wataknya dengan begitu baik. Ini juga pertama kali Cik Eja menonton lakonan Fendybakri. Asalnya tak kenal, siapa pulak hero gandingan dengan heroin kesukaan kita ni kan?..Tak apalah..kita teruskan mesti best ni jadi bermulalah Cik Eja menonton episode pertama dan seterusnya.

Rupa-rupanya si anak, Kaklong sudah pun menonton drama ini dan siap record lagi. Oklah...kita tak terkejar-kejar menanti pukul 10 malam disebabkan memang record full episode. Bila2 masa free barulah menonton di Astro ni.

Siapa yang menonton drama ini pasti tersangat geram dengan lakonan Si Raiyan dan Nek Bonda Kan? Nek bonda yang mempunyai personality Powerful Choleric. Manakala Raiyan pula macam lalang, popular sanguine, ibu Raiyan pula peaceful phlegmatic. Bapa Alma membawa personality Melancholy... masing2 membawa watak yang mempunyai personality  berbeza-beza. Jadi jom Kita    tunggu malam ini pula apa akan jadi dengan mereka.

Yang penting, dah agak dah apa akan jadi dengan Kalsom tu...errmmm betul tekaan Cik Eja bila terbaca sedikit ending Novel ini semalam. Kalsom juga popular sanguine. Dia mudah mesra dengan sesiapa saja dijumpai. Bila kami jumpa, memang dia cantik, tinggi dan kurus saja. Qistina pula kata Kaklong, mama...dia baiklaa...sentiasa senyum dan tak sombong pun..lakonan je buat dia nampak gedik. 







Adik Ray pula Raid Dan Marlisa lebih cantik bila jumpa diluar. Mama glamour pula? Mestila...dia salah seorang pelakon dah lama, berbakat dan sangat mesra dengan sesiapa saja.

Monday, January 7, 2019

Kan Ku Kejar Cinta Kamu

Nak Tau ringkasan Kisahnya Dan Ending Bagaimana?. Kalau teringin nak tau boleh baca sampai habis. Kalau tak mahu tau takut nanti tak surprise bila tengok drama bersiri ini, rasanya tak perlu baca sampai habis ya. Hehehehe...

Yang penting, endingnya memang sangat best dan tidak mengecewakan ok!.
Ok, sedikit perkongsian ringkasan dari kisah ini.






Di pertengahan episode, Alma meminta untuk Raiyan melepaskannya tetapi Raiyan telah membuat perjanjian agar pernikahannya didaftarkan tetapi ada syarat-syarat yang tidak masuk akal terpaksa Alma lalui. 

Salah satu syarat ialah 2 tahun terpaksa patuh dengan perjanjian gila Raiyan iaitu tinggal serumah dengannya atau share 20 peratus terpaksa jatuh ditangan Raqib.

Bulan pertama semuanya indah belaka tetapi kehadiran Zack dan Qistina membuatkan rumah tangganya semakin huru hara. Qistina gadis yang mendambakan cinta Raiyan sengaja membuatkan hati Alma sakit.

Zack pula cuba menodai Alma Dan memaksa Alma menyerahkan share 20 peratus jatuh ke tangan Raiyan. Misi Raiyan semakin berjaya kerana tinggal 20 peratus sahaja kerana 10 peratus milik Fariz dan 10 peratus adalah atas nama isteri Dato Sri Helmi, Dhiya . 

Muzzammil semakin cemburu melihat kehidupan Dato Sri Helmi yang semakin bahagia bersama isteri. Disangkakan dengan mengambil syarikat Jentayu dan projek Dato Sri Helmi, Dato Sri Helmi akan semakin sensara tetapi sangkaan meleset.

Muzzammil juga ingin merasai bahagia bersama supermodel yang cantik seperti Dato Sri Helmi yang memperisterikan model dan mempunyai anak yang comel.

Perkahwinan Dilaila dan Raiyan semakin hampir. Pada Dilaila dia menerima saja apa jua keputusan Raiyan. Dalam diam Dilaila tahu Raiyan mencintai Alma. Dia hanyalah tak ubah hanya seperti seorang sahabat. Raiyan pula selalu keliru. Dilaila memutuskan untuk batalkan perkahwinan dengan Raiyan. 

Cerita terbongkar sedikit demi sedikit bila Muzzamil dituduh membunuh supermodel. Mas Ellysya sebenarnya bekas kekasih Dato Sri Helmi. Mas Ellysya masih menyimpan kenangan bersama walaupun kini Dato Sri Helmi sudah berkahwin dengan sahabatnya, Dhiya.

Mas Ellysya juga cemburu dengan sahabatnya kerana bukan kemewahan yang dia inginkan tetapi kasih sayang yang dicurahkan. Bersama Muzzamil hanya wang ringgit dan kemewahan jadi taruhan.

Nek Bonda masih tidak dapat terima kenyataan, seorang demi seorang, keluargannya meninggalkan dirinya. Dendam terus membara. Bila satu persatu kebenaran terungkai membongkarkan kejahatan Arwah suaminya tetapi Nek Bonda tetap tidak percaya.

Nek Bonda tetap mengatakan itu semua berpunca dari keluarga Dato Seri Helmi . Sebenarnya Dato Raqib merogol adik perempuan Dato Sri Helmi hingga melahirkan Faris. Yusnita gadis cantik yang pandai mengoda kekasih pada Muzil ( pak su Raiyan ). Tetapi nafsu bertopengkan Syaitan sanggup merogol kekasih anak sendiri.

Muzil tidak dapat menerima kenyataan bila kekasihnya melarikan diri. Bukan kekasih melarikan diri tetapi Yusnita sudah menjadi gila kerana jijik dengan dirinya. Terlalu lama Dato Sri Helmi menyimpan rahsia ini. Faris dianggap seperti anaknya tiada sedikit pun kurang kasih sayang. Kini Yusnita ditempatkan di pusat penjagaan untuk memantau keadaannya. sedih melihat keadaannya menjadi mangsa kerakusan nafsu Dato Raqib. 

Bila semua orang berpaling dan tidak mahu mengikut arahan Nek Bonda , Nek Bonda terus  merancang ingin membunuh Alma dengan mengupah orang gaji meletak racun dalam minuman Alma. Allah maha adil bukan Alma yang minum tetapi Raid. Raiyan menjadi marah bila Nek Bonda tak pernah serik dengan dendamnya yang memakan diri sendiri. 

Nek Bonda sedar yang dia terlalu mengikut perasaan. Raiyan berjaya menyatukan keluarga yang telah lama bermusuhan. Akhirnya Raiyan pulih sedia kala. Raiyan bersyukur kerana Alma sanggup memperjuangkan cinta disaat Raiyan tidak mengingati Alma sebagai isterinya. Perjuangan Alma tidak sia - sia mengejar cintanya dan menyatukan dua keluarga dari dendam. 

Friday, January 4, 2019

Resepi Ayam Masak Kurma

Selalu bila Cik Eja makan di kedai Mesti perhatikan masakan yang sedap-sedap. Apa bahan yang ada, rasa dia macam mana.

Bila saja di rumah kena masak, akan cuba masakan seperti di kedai tu. Contohnya Ayam Masak Kurma ni. Cek Ejam dan anak sangat sukakan masakan kedai tu. Jadi kita kenalah usahakan masakan Kurma Kita sama kan?




Okeh...ini resepinya

Bahan-Bahan
1) Ayam
2) Bawang merah (diblend)
3) Bawang putih (diblend)
4) Bawang Holland (dipotong besar)
5) Halia (diketuk)
6) Rempah Kurma
7) Sedikit santan @ Susu Cair
8) Ubi Kentang (digoreng sedikit selepas ayam tadi)
9) 2 batang Cili Hijau besar (dibelah Dua)
10) Garam & gula

Cara-cara
- Ayam Cik Eja akan goreng terlebih dahulu, tapi Tak garing pun. Biar sedikit masak. Ketepikan
- Goreng bawang Holland, kemudian campurkan bawang yang diblend.
- Masukkan Halia juga.
- bila sudah wangi, masukkan Rempah Kurma.
- masukkan kentang, Ayam.
- kemudian, bila sudah Naik Minyak, masukkan sedikit santan @ susu car
(Cik Eja pakai susu cair)
- Garam & gula secukupnya.
- Masukkan Cili Hijau (hiasan)

Sebenarnya bila masak Kurma Ni, satu rumah bau wangi je. Cek Ejam kata, bau wanginya, (bila balik) masak nasi beriani lagi ke?.

Eh Tak laa...Ayam masak Kurma jerr...

** Nak Tau Cik Eja pakai rempah Kurma apa? Rempah Kurma Faiza!!! Best sangat lah rempah dia ni. Tak terlalu Keras rasa dia. 

Mungkin orang lain ada tumis rempah empat serangkai tu kan? Tapi Cik Eja tak letak.

Hehehehe...Jadi...cubalah resepi ini ya!

Thursday, January 3, 2019

CARA JIMAT DUIT MEMBELI TIKET FLIGHT AIRASIA


Biasanya Kita bayar tiket flight AirAsia gunaD Debit/ Credit Card Seperti MasterCard, Visa, Amex. 

Sakit hati kan? Bila tiap Kali kena charge RM16 processing fee...
1 guest RM16
5 guest RM80
9 guest sudah RM144 !!!

Nampak !! Dah semacam harga ticket!!!
Kalau internet banking pula charge RM4...
Rugi !!!! Kenapa tak guna Bigpay card. Zero processing fee! 

JIMAT !! Boleh Kita guna duit Tu beli meal lagi senang hati!! Daripada bagi sia sia tiada apa..

Ini dia benefits BigPay :
1.Waive credit card/debit card processing fee time purchase airasia ticket
2.Rebate rm2 for each luggage/way
3.Rebate rm2 for each in-flight meal purchase/way
4.No cross-border fee when use in oversea transaction
5.Best currency exchange rate
6.Foreign country atm withdrawal fee only rm10 with no extra charges
7.Earn 1 point for every rm50 reloaded and every rm20 spent.

Lagi best... boleh guna kad ini isi minyak ke, bayar bill ke, online shopping Lazada shoppe, beli barang kat giant Tesco.mana mana sahaja yang boleh guna kad debit/kredit. Dapat kumpul Bigpoints. Top up dapat Bigpoints, belanja dapat Bigpoints.

Best kan? Lagi best nya,jika Daftar sekarang, AirAsia akan bagi RM10 free untuk Anda...

Macam mana nak dapat ?? Senang ja. Ikut langkah di bawah.
1) install app Bigpay di play store/apple store hp anda
2) Isi maklumat dan masukkan kod ni XG08VX2VER untuk claim RM10 PERCUMA dari Air Asia.
3) Dah selesai semua, top up RM20 untuk aktifkan kad. Settle.
4) Kad tu dia akan pos ke alamat kita, dlm 2-3 hari dah sampai, tak payah bayar apa-apa utk pos. Tunggu je kad sampai kat rumah.




Mmg sangat2 jimat dan mudah.. Rugi sgt pada sape yg selalu beli tiket flight AirAsia tp bila bayar kena processing fee.





Ada 3 step yang perlu dilengkapkan. Senang dan mudah saja. 

Sy guna masa di europe aritu pun bagus sgt2..charge in RM...lebih murah dan mudah bila membeli..
Sumber : Sue Kassim