My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, March 2, 2017

Saya Tak Nak Handbag pun...Saya Nak Iphone saja.

Handbang Ai dicuri orang....bantu saya…Perempuan ini pencuri Handbag Tegar di surau. Maaf kalau saya salah sebab viralkan si perempuan pencuri ini. Sebelum saya sempat nak tulis dalam blog ni...aaabiisss dah kes Ai ni jadi viral....tak sangka langsung..........Tapi rasanya dia lagi salah!. 


Kejadian ni berlaku di Sunway Putra Mall yang dikenali sebagai The Mall Pada 25/2/2017. Ai sedang solat maghrib di surau tingkat 3 bersama adik dan 3 orang anak. Habis saja solat Ai terus bergegas keluar untuk mengambil handbag dengan adik atau anak yang bawa keluar. Ai ingatkan diorang yang bawa keluar..tapi jatuh jantung Ai tiba tiba bila diorang kata eh..tak ada pun…Halaamaaaakkk..terus Ai masuk balik ke dalam kot kot terselit di tempat lain…ternyata masa tu memang hilang….rasa macam…Ya Allah…berderau satu badan ni tauuuu…Sape yang pernah alami situasi ini akan rasa lah macammana perasaan Ai masa ni.

Terus lah kami keluar dan cari cari pengawal keselamatan dan Polis Bantuan. Bila jumpa saja terus Ai minta supaya Encik Polis bantuan cepat cepat sikit bertindak ...Jom kita kena kejar dia Encik...…mesti dia masih berada dalam ni…pleaseee…pleaseeeee….tapi biasalaa…kena isi borang borang dulu….huhuhukkk …lepas saja isi borang terruuus kami ke bilik untuk tengok cctv. Sebelum itu adik ada call no hp saya tu…Si perempuan tu nak angkat tak angkat…last2 dia angkat jugak. Katanya nak iphone saja..handbag ni u ambiklaa..bagi no pin katanya…. Eh…kena la jumpa dulu macamana kami nak confirm u akan bagi handbag tu kalau dah bagi pin. Polis pengawal pun ada bercakap2 juga…tapi lastnya dia letak.



Sedap sedap je dia bawak keluar barang orang kan??Bilaaa dapat gambar ni..makkk aiii keseronokan terjerit Ai kat bilik cctv tu..tak tau malu daaah masa ni...sebab geram sangatttt laa...


Kami bergegas ke cctv untuk kenalpasti macam mana rupa Si Perempuan Pencuri ini (SPP) ….Ai singkatkan SPP je ya….Bila Ai ingat semula time kitaorang masuk dan keluar…Haaaahhh jumpa jugak orangnya SPP ini. Tudung bewarna Pink macam tudung bawal..batu Tshirt bewarna putih. EEE….geramnyaaa kami tak boleh ambik terus gambar ini..Hanya io …polis saja yang boleh mengambil gambar cctv ini. Alasannya..tak nak reputasi Sunway terjejas kalau gambar dan kejadian kat sini tersebar. Ai sangat sangat kecewa masa tu….sebab kalau macam ni lambat2 ..lagi terlepas sekali lagi SPP ini….huhuhukkk…memang tak tau nak cakap apa dah masa ni…dengan Iphone...macam macam ada dalam tu……Jam tangan Titus…tali bewarna pink..dapat hadiah besday…dengan cermin mata baaaaaru je buat…dengan kredit kad….dan kad kad lain…Nasib baik seorang staff tu tolong call cimb dan maybank untuk block terus kad kad Ai tu…. Ai dah panik dah masa ni….sungguhh…sungguh mengeletar terkejut dan geram dengan perempuan SPP ini.

LEpas kenal pasti….kami ke atas semula untuk jumpa adik yang duk mengawal anak anak Ai yang memang lasak …happening dan memang x duduk diam ni. Dia kata SPP ni duk call lagi mintak no pin Iphone…Polis pengawal duk bercakap dengan dia…kami dapati dia berada di kawasan lrt…terussss kami lari lari untuk kejar dia dan masih lagi bercakap2….tapi biasalaa..dia masih kata nak no pin dulu…sy nak iphone..handbag ni saya kasi laaa….Kesiaaaannnyaaa…dia tak boleh nak beli sendiri ke Iphone? Alahaiiiiii sedihnyaaaaa sampai nak kena mencuri curi macam ni….Ai bercakap dengan dia…ok…Ai bagi no pin tapi kita jumpa…macam mana U nak pastikan yang handbag tu Ai boleh dapat lepas AI bagi no pin???? Ai tak percaya..kita jumpa dulu…..Nak tau??? Si Perempuan Pencuri SPP ni tak nak jumpaaaa…siot jeer laaah… Geraaaam2 macam ni pun Ai boleh kawal percakapan lembut sikit supaya dia tak letak hp.

Disebabkan Ai memang tak nak bagi juga no pin …dia kata…tak apalaaa…tak apaaa..masa ni kami dah berada kat LRT stesen tau…tapi memang dia dah tak ada pun kat situ. Jadi Frust laaa… sangat sangat sangat frust masa ni…kecewanyaaaa….Sebab kita dah kenal dia macamana rupa kan….Cuma kita tak tau nama dan dia tinggal mana. Nasib baiklaaaa Husband Ai ada kawan kawan yang boleh check dia berada di mana. Kami dapati dia naik LrT ke stesen Bandaraya @ Masjid Jamek…sebab kami Nampak perjalanan dia di Dayabumi…selepas itu..stesen last sekali dia berada di Rawang… Serendah…. SPP ini memang tinggal di kawasan ini.

Malam ini juga kami terus ke Balai Polis untuk buat report. Rupanya2nya satu malam ini sajaa…berlambak lambak kes yang sama di tempat yang sama…Why aaaa??? Nak kena sorok2 sorok kan kes2 macam ni dari pengetahuan umum? Semua orang kena taauuuu…supaya lebih berhati hati…kalau tak pun…tak yah ke sana terus laaaa. Selaaagiii orang orang macam ni terlepas…memang selagi itulaa mereka akan buat lagi dan buat lagi. Makin berleluasa laa kejadian macam ni kalau kita lindungi. Kita Viral kan saja rupa dia…supaya orang kenal dan lebih berhati2 bila terjumpa muka orang seperti Si Perempuan Pencuri ini.

Balik saja rumah….memang malam ini tak makan langsung…terus out selera makan…langsung tak terasa lapar….Iphone tu laaa first time pakai HP mahal tau…Beli 4k cash tuuuu….Dah la Ai ni jenis tak pernah pakai hp mahal2….Semuaaaa biasanya dapat free je….Ini laaah first time beli sendiri..hasil duit sendiri….. Dari UUM dulu…pakai HP pun beli hasil kerja part time ketika cuti semester. Itu pun tak pakai duit2 study…. Ai tak akan membazir guna duit belajar untuk beli benda2 macam ni. Disebabkan time tu…hp dah menjadi satu keperluan…jadi…kita pun pergilah kerja bila ada masa terluang untuk dapatkanya kan? Beli 3210 Nokia. Itu pun sorang kawan Zaimah namanya…ajak …jom kita pi kerja kilang nak kak? Kitaaa apa lagi…jommm…Sekarang Zaimah dah pun bergelar seorang Doktor….


      Handphone pertama..ketika uum


Hp kedua Ai tukar kecil sikit iaitu Nokia juga…3310…lepas tu siemen sekejap…itupun semua murah murah saja. Bila dah kawin juga dapat hp Free…suami bagi sempena anniversary…tu pun murah je….Hp tu hilang jugaaa…lost macam tuuu sajaa…masa ni hp masih yang tekan2 tauuu….bukan touch screen pun. Lepas tu pakailaaa satu hp …namanya 'Anycall' macam samsung juga...….tu pun Suami beli saja saja kat Taiwan sebab murah….dari dia tak pakai simpaaaan saja…Ai pun pakai laaaa…Hp ni masih juga tekan2 ya…..dan murah saja…..

Lepas ada problem sikit dengan hp ni….sebab dah berapa tahun pakai…sy bertukar pada Tab Samsung….alaaaahhh yg awal2 Samsung keluarkan Tab dulu2 tu…..ni Pun free gakkk… Husband kan Celcom…dapat lerrr Tab ni…yang screennya sgt blurr je…tak clear….Lepas dari ni….Ai dapat Cabutan Bertuah dari Jakel….Dapatlaaahhh upgrade sikit…. Samsung SIII. Ambil hp ni di satu Hotel dekat kl. Seronok bukan main lagi tau…Harapkan Ai nak beli sendiri dan suka suka tukar Hp memang taaaklaaaa….buat apa membazir…selagi boleh pakai….berfungsi dengan baik…kita pakaaaai sajalah kan?...






Tiga tahun juga pakai Samsung Slll ni…Mula laaa dia buat ragam…bateri tak sampai tengahari dah kiok….asyik bawa powerbank je bersama…rasaaaa sangat leceh sebab kita ni buat jualan online kan…. Tetiba adik2 semua pakai apple….asalnya nak beli oppo jeeee…ada yang cakap….buat apa beli oppo….( terpengaruh dengan iklan nora Danish masa tu)….belilah  terus yang terbaik….Huhuhuhukkk Tanya sana sini…semuuuaaaa 4k harga Iphone tu….huhuhukkk nak tak nak…kena juga tukar hp ni….dah nazak sangat Samsung Slll ni tau….Akhirnya pi laaa beli Iphone 6s+ rm4100 cash….perrghhh walaupun rasa masa ni....."issshhh banyaknyaa duit keluaaarrrrr" tapi satu kepuasan gitu..….


Ai ni,  kalau ada duit…Ai akan berani beli…kalau tak ada duit….Ai tak sanggup berhutang2 semata2 nak bergaya dengan gadget macam ni. Sebenarnya Iphone beli ni untuk keperluan jualan online saja….sangat perlukan hp yang tahan…bateri tahan….Pikir punya pikir..tak aaapaaa… ini kan pelaburan….Bila dapat tuuu…wahhh satu kepuasan jugaklaa masa ni…

Tapiiii…baru pakai setahun tau….dah lesap camni….sedihhh laaaa… Ai ni jenis…pakai je sepakai pakainya…tak explore lebih2 pun…jadi, tak  faham sangat pun pasal Find My Iphone dan icloud. takdelaaa duk upload app tu tau….aduuuhhhh sekarang pengajaraannn la niii….Sekarang kita dah belajar sesuatu yang baru dan sangat penting…huhuhukkkk Whateverrrrr punnnnnn Ai akan dapatkan jugak Si Perempuan Pencuri itu….dengan Jam Tangan Hadiah baaaru lagi dapat…Duit dia nak ambik…ambiklaaaa.. tapi barangan yang ada sentimental Value semua tu… Ai memang nak balik… especialy Handbag DKNY original yang di beli kat UK… kenangan dr sana….Huhuhukkk ok Jom…Ai akan cari sampai Jumpa Jugak SPP ini!!!!!!!!

Kalau kita tak cari dan dia rasa selamat…alaaaa..orang tak cari aku…selalu sangat terlepas kan???? Mana dia rasa takut pun….nanti buat lagi…buat lagi…buat lagi…siapa pulak mangsa seterusnya ni ….Kita tak nak laaa orang lain hadapi benda yang sama macam Ai ni…Sakittt tauuu…kecewa sedih….apa2 pun Ai taaauuu disebalik kejadiaaaann yang di tentukan oleh Allah…ada hikmah disebaliknyyaaaaa. 


Yess…Ai pernah alami berbagai bagai dugaan…semua itu sudah kecapi nikmatnyaaa… Cuma kali ini…tak tahulaaa apa nikmat yang akan dapaatttt…moga semuanya berjalan dengan lancar…..dan sesiapa yang hadapi situasi ini…Tolong berdoalaa banyak banyak….dan amalkan ayat ke 9 Surrah Yassin….Ai pun masih tengah usaha ni….jumpa lagi….Sesiapa terbaca…mohon….tolong doakan sekali yaaa… Thankssssss