My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, January 25, 2017

Bercuti Lagi


CUTI CUTI LAGI!!!!!

Ke mana agaknya semua bercuti sempena CNY ni ya? Ermm..biasala, bila cuti sekolah yang panjang ni..Kita kaum ibulaa yang paling sibuk mengemas kan? Lagi lagi nak siap kan baju setiap orang. Ber bag 💼 la nampaknya nak kena penuh kan.





Macam mana cara anda packing baju baju? Macam macam teknik sebenarnya..Ada cara gulung la, untuk muatan lebih banyak kan?


Tapi sekarang ni alhamdulillah dah tak Ada baby 👶 lagi. Kalau Ada baby, mana nak siapkan botol botol, penuh kan susu dan bawa extra lagi. Mana botol air Panas nak dibawa juga. Bekalan pampers lagi... Mak Oiii pening juga nak  siap kan semua sorang sorang kan?. Mau tak berpeluh peluh...sampai kekadang baju sendiri packing tak cukup ye tak? Sapelah agaknya tu hahahah... Terkena Kat batang hidung sendiri juga ni..Aaaaa mesti Ada jugak Kat luar sana macam Ai kan? Mengaku cepat!!!!

Kami ni lagila..cuti panjang macam ni nak kena siap kan baju 6 Orang sekaligus. Perghhh nasib baik rumah ni dah ada salji.. Kalau dulu2 masa belum turun salji ni..memanglaa Ai ni berfeluh feluh selalu. Kalau time ter last minit packing memang terkejar kejar tertinggal itula ini laa...Memang patut buat list setiap kali nak bercuti ni. Sepatutnya, sebelum pack tu...bila masa relax relax,..ingat apa yang akan dan nak  dibawa terus catatkan..barulah tak akan ada tertinggal lagi.

Sekarang anak dah besar ni..senang juga la..Cuma...baju2 dah standby awal untuk dibawa. Tinggal nak dimasukkan dalam bag Saja lagi. Ermmm mana nak bercuti ni? Sampai ber bag bag lagi ?....Kita ni, semua  dah besar..mana boleh satu dua bag saja. Tempat yang nak dituju ni jauh, 3 helai 4 Helai memang tak akan cukup. Perjalanan Saja dah ambil masa panjang juga laa..kalau delay 6-7jam..kalau tak delay langsung masa singkat la dalam 4 jam gitu.

Tahun lepas CNY Kami bercuti ke Indonesia iaitu ke Dumai, Bukit Tinggi, Maninjau, dan Padang. Semua tu On The Road je..bukan naik BELON!!! Hihihikkk satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang perjalanan kami masa tu..Adventure betul..dengan keadaan jalan kat sana yang mencabar!!! Bila lagi agaknya nak rasa adventure2 macam tu lagi yek???errmmm kena bincang betul2 ni...

Friday, January 20, 2017

Melancong ke New Zealand Part 4

 Sambungan kisah perjalanan kami di New Zealand. Selepas di Oamaru kami bermalam pula di Campsite Reverside Heaven. Sementara anak anak bermain dengan cucu owner campsite ni, Ai memasak la apa lagi kan. Sediakan makan malam dulu sementara abg charge campervan kami dan membuang segala kumbahan dari tangki tandas kami ni. Bukan main mama ni terliur saja nak main sama kat luar. Cuaca cantik kawasan cantik memang happy sangat kanak kanak girang tu bermain. Siap ada melompat lompat dan berkejaran dengan basikal pun.



 Pagar masuk ke campsite kali ini...kawasan dia luas...kat luar pagar ini pun masih tanah diorang...



Kami park kat sini....



Ini lah anak mat salleh tu....hahaha jakun dia tanya apa ni...Monopod!!..ambiklaa gambar dia nii..waahhhh..katadiaa... 



 Excited dia bila kami nak pasang cable charge...errrm....


 Okeh...siap saja masak ni..cepat cepat Ai pun turun sama bermain. Heheheeh kami dah jadi macam kanak kanak girang pun ya...Hahahaaha..seronok sangat masa ni. Cucu Owner Campsite ni bawa kami melihat ternakan dia seperti biri biri...Yark (Yark rasalaa...sebab macam lembu tapi lain sikit).Lepas hajat abg nak tengok LLama dengan lebih dekat pun tercapai. Kali ni banyak juga LLama diorang bela kat sini.Jinak pulak dengan budak kenit omputeh ni. Dia perkenalkan satu satu nama binatang belaannya ni, Habis ronda semua, kami pun keluar dari pagar.



Pandangan dari campervan kami...sebelah pokok kedua ni adalah sungai .


Sementara diorang main kat luar...mama pulak Main masak masak jap....

Sambung balik main rupanya diorang ni. Ai terpikir...nak mandi ke tak mandi...nak ke tak...almaklumlaaa sejuukkk oooo...ketaq betuilaa... Tapi bila abg kata...kan ada Hot water? Ok la...mandilaa...Sementara Ai mandi abg mencuci baju baju kami di laundry yang disediakan. Banyak kali juga kami kena membasuh baju baju ni. Maklumla cuti setengah bulan. Baju yang di bawa masing masing bukannya banyak kan. Memang la kalau ikutkan tak busuk pun. Tapi baju Dak Dak Kenit kami ni kotor jugakla. Kena makanan la...seluar lagi la kotor. Best la campsite kami kali ini. Seronok bukan saja untuk kanak kanak. Kawasan besar dan ramai lagi pengunjung lain termasuk satu group chinese dari Malaysia juga.


Menu simple saja...Salmon asam pedas..sayur, ikan dan telur goreng...Sedap tau...Salmon buat asam podas ni...

Selepas hari makin gelap, semua anak anak pun mandi...kami makan malam dalam campervan saja. Ingatkan nak juga macam picnic kat luar kan...beralaskan kain yang dibawa ni...tapi..huhuhukk sejuklaaa..tak boleh duk luar lama lama. Makin malam makinla sejuk tau.Selesai saja makan malam, kami pun tukarkan meja menjadi katil...dah kepuasan main main tadi...penat dan kekenyangan, dak dak kenit kami ni pun dah terlelap.


Kemaskan selepas makan...tidur dengan lena ya wahai anak anak....

Nasib baik ada Wifi..jadi kami berdua pun melayan la wasup, Fb dan Insta. Mata mula mengantuk..barulaa kami beradu...uuiiihhh seronok betulla suasana kat sini..tenang saja tau...ok...

GoodNight!!!!


_____________________________________________________________________________________________________________


Keesokan paginya...biasala tugas mama ni mesti sediakan sarapan dulu kan. Sementara anak anak mandi ni, papa naikan katil semua menjadi meja. Tiba tiba.....haaa datang pulak anak mat salleh ni. Siap bawa kawan lagi tau. Seronok bukan main lagi dia ajak Dak Dak Kenit kami bermain. Dia naik sampai bilik kami kat atas ni. Hahahaha..macam jakun jugak ya diorang. Mungkin tak biasa kot naik campervan macam ni. Sepanjang kami kat sini pun banyak juga kereta yang bermalam kat sini. Diorang kalau masak menggunakan kitchen yang tersedia.




Sebenarnya banyak ambil video saja kat campsite ni....ini pun dari video...suka dia berkawan dengan anak kami ni...

Jadi, kami yang ada dapur sendiri ni untung la sikit kan? Sebab tak perlu berkongsi dapur dengan orang lain. Cuma...kos mereka yang naik kereta bercuti kat sini lebih murahla berbanding kami yang sewa campervan yang besar ni. Berbalik pada anak mat salleh tadi ni...bergurau dengan abg lagi..buat macam bapak diorang je. Hahahah serasi betul dengan kami dia ni. Kami sarapan ajak juga dia makan..hehehe..katanya I like rice...selalu katanya makan nasi juga. Selesai saja sarapan dan bersihkan campervan, kami pun dah mula nak checkout. Sedih saja tengok dia ni. Muka terus hilang ceria bila kami semua dah naik campervan dan keluar. Kesiaaan dia...macam tak ada kawan kawan je kat situ.

Perjalanan kami pun bermula untuk ke destinasi seterusnya iaitu Dunedin. Tak adala lama sangat untuk sampai ke Dunedin ni. Kami singgah di Park n Save sekali lagi untuk beli bekalan seperti Air mineral. Ini paling penting sebab kami tak minum atau memasak direct dari air tangki. Air tangki digunakan untuk membasuh pinggan dan buang air serta solat saja. Lagipun kami memang dipesan awal awal dari staff office campervan ni supaya jangan menggunakan air tangki untuk minum atau buat makan. Sebab tak bersih katanya.


Cari air..jus jus..ada jus kesukaan kami kat sini tau...sangat sedap..tu botol yang dipegang tu ya la...





 Di Dunedin....

Selesai shopping sikit sikit, Kami ke destinasi seterusnya iaitu melawat Otago Museum. Kemasukan di Museum ni free saja tau. Bawa la anak anak tengok apa yang menarik sini. Naik bahagian atas, banyak juga la yang menarik kat sini. Tinggalan sejarahnya...ada juga sejarah Asia kat sini. Indonesia saja ada kerisnya..Malaysia punya tak ada..errmmm..kenapa ek.. Bila sudah puas kat dalam ni kami pun keluar dan ambil gambar sikit sikit menandakan dah sampai sini kan.









Naik ke tingkat atas...museum ni takdelah sebesar museum di London tau...kat sana laaagi besar tak larat nak jalan semua...







Bila kami keluar....sebelum sampai ke parking, kami ternampak University Of Otago, ambil lah gambar sikit sini yek. Nampak macam perempuan bertudung, student kat sini kot. Tak taulah Arab atau Malaysia kita.





Seterusnya, Kami cari Cadbury Factory pula. Kat sini Dunedin ni memang terkenal dengan Cadbury Factory tau. Manala tau dapat beli banyak coklat murah murah kan. Ai bukanla Hantu coklat pun. Tapi papa n anak anak memang suka coklat. Kami Park betul betul dalam Countdown. Parking kat pasaraya ni luas dan senang sikit ada park khas untuk campervan ni. Lagipun, bertentangan dengan Countdown memang Factory Cadbury ni. Senang...melintas saja jalan dah pun sampai..



Kami park  dalam countdown ni... 







Haaa...dah dapat coklat free masing masing kan? Jangan mintak banyak banyak lagi yek! Masuk sini dapat coklat ni sorang satu.



 







Bayaran masuk sini kat kaunter saja. Bila dah masuk..tengok sejarah pembuatan coklat ni...tengok video pemprosesan coklat, kami pun ke shop pula. Waahhhh semuanya nak budak budak ni tau...Itu nak ini nak..kalau ikutkan murahla kat factory ni coklat berbanding kat pasaraya tau. Coklat kat sini macam gunung daaa...Ermmm..pilihla korang. Mama tengok je..kalau rasa nak makan ambil je sikit. Bukan jenis makan banyak pun coklat ni. Muak la...errkk...dua tiga keping kecil pun dah cukup tau.


 


Siap saja bayar, dan ambil gambar sikit dalam ni, kami pun keluar dan ambil gambar kenangan kat luar pula. Untungggg korang ni tau, kecil kecil dah sampai factory coklat...Macam Heaven je untuk kanak kanak kat sini. Bukan main rambang mata diorang ni nampak coklat sana sini. Bila semua dah puas bergambar kenangan abadi...kami pun berjalan kaki ke satu tempat ni pula. Dekat saja dengan factory ni...iaitu...Dunedin Railways. Kat sini siapa nak naik ada tiketnya untuk tengok beautiful scenery tau. 90 minit gitu termasuk pergi dan balik.Destinasi train ni bawa memang cantik tempatnya. Tapi kami tak naik pun.





Kami berjalan kaki saja dari Cadbury tu...













Di Dunedin ni tak banyak tempat sangat..ini saja lah yang kami pergi. Jadi kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Sepanjang perjalanan kami lalui jalan yang betul betul tepi laut. Tepi jalan saja tanpa tembok besar terus air laut. Air tinggi pula tu. Macam gerun pulak masa ni.



Tetiba kan?.....

...............


.............


............


Kami nampak sesuatu bergerak gerak di tepi jalan sebelah pesisir air ni tau. Aik????apa tu? Waaaaa...Singa laut laaa...Rasanya singa laut laaa... di sekor sekor je...duduk tepi tu sambil nengok kereta lalu lalang. Kereta pula banyak nak berhenti. Masa ni kami dah memang berhenti pun. Anak anak dengan Ai memang dah laju menuju ke binatang ni. Tengok real dan bukan belaan kan..seronok bukan main lagi ni. Nak record lebih dekat.






Jalan dah nak dekat sangat tetiba dia berbunyi...haaaahhhh hahahahah takut budak budak ni jadinya. sempat juga la snap gambar dekat dengan singa Laut ni. Sesudah tu kami pun naik semula dalam campervan. Hahahaah ceria semua nampaknya. Kali ni dapat jumpa lagi binatang yang tak ada kat tempat kita kan? Real lagi yang bukan di zoo atau yang dibela.

Kami meneruskan perjalanan...kami lalui portobello village..Harington Point...Wellers Rock dan banyak la perumahan disepanjang jalan ni. Agak agak nya diorang ni tak kena banjir ke kan?..Diorang duduk betul betul tepi laut pun tak apa,...sebab tak akan hitamnya...bukan macam pantai negara kita..kalau orang pulau lagi la senang betul kulit jadi Ireng!!!....Lamaa sikit bejalan... Bila ke penghujung jalan, baru la kami sampai di tempat yang dituju iaitu.. Penguin Place...Conservation reserve, Dunedin New Zealand.


 

Kat sinilah mereka menjaga penguin penguin yang sudah pupus. Ada tiga ekor penguin yang sudah hampir pupus. Ketiga tiga ini hanya seekor sahaja betina. Ini adalah penguin special namanya iaitu Yellow eyed Penguin. Ada juga penguin lain yang dijaga iaitu Blue penguin.








Tapi, Blue penguin ini masih banyak. Mereka akan balik ke pantai apabila hari dah petang. Siap ada sangkar khas untuk penguin ini berteduh. Pantai ini memang khas dan dijaga rapi. Sepanjang laut di Selatan New Zealand ini, hanya ada dalam 500 ekor penguin sahaja. Kebanyakan penguin banyak di satu pulau yang orang tidak ada di sana. Penguin akan rasa selamat bila tidak ada manusia di habitat mereka. Di pantai ini pula, Orang luar memang tidak dibenarkan berada dipesisir pantai dibawah seliaan Penguin Place ni.





Haaa lagi nak main telur...plastik je tuuu..



Haaaa tilik tilik nak pow papa la tu....

Banyaklaa yang diceritakan kepada kami sepanjang kami kat sini. Datang ke Penguin Place ni pun supaya Zharfan ni puas hati gitu. Kan dah janji nak bawa tengok pingu!!!...Walaupun dah jumpa real siap masuk bawah campervan kita...masih lagi tak puas puas kan...Haiiiii anak anak....anak anak...
Seterusnya kami di bawa menaiki mini bas untuk tour di kawasan jagaan mereka ini. Kami saja pun dalam bas ni. Maklumla, hari dah lewat petang pun. Banyak pelancong dah pun balik. Jadi kami memang last la kat sini. Hehehehe..pemandu pelancong ni pun seronok dengan kerja dia. Berasal dari Aukland katanya. Kami di bawa ke tempat penguin hampir pupus. Ada tiga ekor semuanya. Katanya ..bila bertelur saja..anak anak mereka tak hidup. Kesian pula kan. Dari atas bukit ni nampak banyaaak lagi singa laut yang terdampar di batu batu tepi pantai.



Gambar penguin real banyak dalam Samsung S7...belum di transfer lagi....

Sepanjang kami naik bas ini juga...banyaaaaak rabbit berkeliaran sana sini. Berlari lari...lompat lompat. Katanya..rabbit adalah binatang liar bagi mereka. Orang selatan New Zealand ni tak makan arnab dan menganggapnya sebagai binatang liar dan perosak. Itu sebab semua tanaman kat sini ditutup keliling..dijaga supaya tidak dimakan oleh arnab. Pokok pokok pun dijaga sungguh rapi kat sini. Meeemangla mereka ni menjaga alam sekitar...errmmm bila pikir balik....bezanya dengan  kat negara kita kan???

Kata pemandu pelancong kami ni...errmmm apa namanya ek?? hahahaha lupalaaa...Orang orang Aukland makan Arnab tau. Mereka akan tembak dan memang makan dagingnya sebab sedap. Tapi berlainan NZ belah selatan ini. Dia pun tak tahu kenapa diorang tak suka makan rabbit. Sehinggakan rabbit kat sini mencecah million ekor tau. Uiiiihhh abg kata kalau kami buru ambik tangkap boleh? HAahahaha boleh boleh katanya...bukan senang tauu...binatang ni ligat gitu...laju dan tak semudah disangka la ...katanyaaa...kerajaan sini memang tak marah pun kalau sesiapa nak memburu arnab kat sini. hahaha kami borak borak...errmmm buat satey arnab tu sodap nih....ok...hari dah hampir malam.


Dah makin gelap. Kami pun dah nak balik. Seronok juga dengar macam macam cerita dari pemandu pelancong yang sangat peramah ini. Kami melalui jalan yang sama..aikk?? Air laut dah surut?ooohhh...tak adalah dalam sangat air laut yang betul betul tepi jalan ni tau. Rupanya ada pasir. Kami bincang punya bincang...ermmm kita nak tidur mana ni? Campsite tak jumpa laa...Alaaa apa kisah..kita kan tidur dalam rumah bergerak?..errmmm iyalakan...rumah bergerak sudah senang..tapi yang susahnya nak park mana untuk bermalam ni????...aaaaa itulah yang jadi 'Menyusahkan' sikit kalau naik campervan ni. Tak boleh park tepi jalan macam tu saja. Haru kena saman nanti. Kali ni kami berhenti saja tepi pantai ni di satu jalan yang ada kawasan park tepi. Masak masak dan makan malam kat sini saja. Selesai semua kemas dan buka katil, kami mula jalan lagi.


Kali ni kami nak mencari kawasan sesuai untuk parking dan semestinya tak ada orang kan. Sepanjang jalan ini, kami ada nampak kereta park betul betul atas bukit. Wooww..nak park tepi dia tak? Ada kawan!..Isshhh tak yahla abg..macam menakutkan saja kawasan kereta tu park. Hehehe malam kan gelap...angin pula kuat..apa yang Ai terbayang nak tau? Ermmmm...takut campervan terbalik tau...Hehehehe..binatang liar tak takut sebab NZ ni tak ada semua semua tu...memang selamatlaa.

Anak anak dah pun tidur semuanya. Kami tiba tiba terjumpa satu kawasan. Masih juga atas bukit, tapi macam tenang saja kat sini. Gelap sebenarnya..tak nampak apa pun. Keputusan muktamad..Jadi kami park kat sini saja. Tak ada campsite ya malam ni!...semua campsite pukul 6 petang diorang dah tutup daaa. Kami keluar dari Penguin Place tadi pun dah lewat pukul 6. Tawakal sajala yek...hehehehe...Ok...Goodnite lagi sekali malam kedua tanpa Campsite.

KLIK
Melancong Ke New Zealand Part 3