My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, April 30, 2017

Apa Ada di Jakarta

Ini merupakan kali kedua Cik Eja sampai di Indonesia. Sebelum ini kami menjelajah dari Dumai ke Padang berkereta. Kali ini Cik Eja dan Cek Ejam datang ke Jakarta atas urusan bisnes.
Biasalah kan,  kami memang suka buat dua dalam satu. Sambil ada urusan, kita boleh kenali tempat orang juga kan. 

Kali ini kami pergi berdua sahaja. Anak anak balik kampung nenek mereka. Lagipun kaklong pernah sebut, mama..kalau lepas ni mama nak jalan tinggal je lah kami kat kampung. Aik? kenapa? Tak best la jalan, best balik kampung. Lama sangat ni jalan.


Hihihihik masa tu kami masih berada di New Zealand selama 15 hari. Terkejut mama...pelik ni, tak suka jalan pulak. Katanya sebab tak ada TV dan internet. Looorrr itu je ker jawapan?
Huntungla mama dan papa kalau macam ni...hihihik boleh la kami selalu honeymoon jeerr..kikikihhh. Pemandangan Indah New Zealand dulu tak cukup mengembirakan mereka rupanya. Tak apalah, lepas ni Horrray lah mama dan papa tau!.. Tak apa..tak kisah katanya...

Itulah, kali ni kami datang berdua saja. Seronok tau bila berjalan berdua ni. Tak ada lagi pergaduhan depan mata, menjerit macam macam lagi karenah kalau bawa dak dak kenit kami ni.
Kami sampai di Jakarta, terus check in di Millennium Hotel Sirih Jakarta. Hotel ini sangat selesa di samping ia berada betul betul tengah bandar.




Ini berupakan kali pertama kami sampai di Jakarta. Ramai orang kita suka ke sini kan? Tak tahu kenapa mereka sukakan Jakarta. Jadi kali ini, kita terjah sikit apa yang istimewanya bandar besar ini.
Hari pertama ini selesai saja Check in dan solat di bilik, kami mengambil teksi untuk ke bandar. Dekat saja bandar dengan hotel kami ini. 

Kami makan tengahari di sini dan singgah di Pasar Tanah Abang. Mak ooii...ramainya manusia kat sini. Sesak gitu. Kami saja jalan jalan nak tahu apa yang istimewanya tempat ni.


TANAH ABANG



Ini Tanah Abang...kat sini memang dibanjiri manusia...dashyat...happening sangat.


Tanah abang ini banyak blok. Setiap blok ada pelbagai jualan yang berbeza beza. Besar bangunan kat sini dah rasa seperti kat Guangzhao pula. Barangan dijual juga sangat menarik. Cik Eja ada bertanya pada salah seorang pemilik kedai, katanya fesyen di sini berubah setiap minggu. Fesyen baru dan design baru akan sampai setiap minggu ke sini. Kalau yang minggu lepas punya design belum tentu masih ada di sini.

Maksudnya, setiap seminggu design itu sampai, dalam masa seminggu itu sahaja stoknya akan habis. Seorang pemilik kedai menjual baju kanak kanak dan jeans, katanya kalau stok kami tak habis, kami akan bawanya ke Malaysia. Ada orang yang akan ambil.

Kesian kan? Stok lama  di sini, baru akan sampai ke Malaysia. Maksudnya, orang di sini lebih up to date lagi tentang fesyen (terutamanya muslimah fesyen). Patutlah dulu dulu selalu Cik Eja dengar ramai orang Malaysia suka sangat shopping ke Jakarta. 





Ini Thamrin City..Banyak terjual semua berasaskan batik tempatan.


Ada lagi tempat menarik lain yang menjual baju branded di Jakarta ini. Kami tak berjalan banyak sebab penat pula kaki ini dengan banyak barang yang di bawa. Malam ini kami makan sebelum balik hotel. Jadi waktu malam boleh berehat sepenuhnya memandangkan esok ada agenda lain lagi.


_____________________________________________________________________________________


Waktu Pagi di Bandaraya Jakarta....









Pagi ini...selepas saja sarapan di hotel, kami buat keputusan nak jalan ke mana. Semalam sudah ke Thamrin City. Tapi kat sini tak menarik sangat memandangkan semua yang dijual kebanyakannya adalah berasaskan batik. Pakaian, skirt, seluar semua berasaskan batik Indonesia. Jadi kami dah tak nak pergi ke Thamrin City. Kami hari ini mencari pakaian raya untuk anak anak saja.

Banyak jeans yang cantik di Jakarta ini. Selain beli untuk sendiri, kami juga beli telekung sulam untuk Mak dan cenderahati yang lain. Jeans memang cantik cantik dan fancy sangat untuk kanak kanak. Rambang mata dibuatnya tau. Banyak juga kami borong shopping hari ini. Cek Ejam kata, pilih jer...ayang nak apa? Hahahaha...bila dengar je itu...apa lagi....sapu je lah apa yang berkenan dihati kan?












Kami balik ke hotel sudah lewat petang. Jadi selepas mandi dan solat, malam baru kami keluar semula. Kami mencari cari apa makanan yang special di sini. Kata mereka satey. Jadi kami pun menunggu teksi untuk ke tempat menjadi tumpuan menjamu selera. Sampai saja kami di satu kawasan ini, kami pun pekena satu menu iaitu Satey Kicap!...Ermmm best juga..sedap!
Berlainan dari rasa satey di tempat kita. Memang kami pernah makan satey ini ketika kami ada bibik dulu. Masa itu ibu saudara bibik kami yang buatkan di rumah sewa mereka. Sedap ! sebab pedas pedas gitu rasanya.






Kena pandai cari tau, yang mana satu best. kami datang ke sini, kebetulan terus terkena gerai yang menjual satey lembut dan sedap!. Kami makan sup bersama air durian belanda.
Memang Terbaik airnya dipenuhi dengan durian belanda asli. Selepas kekenyangan, kami jalan jalan Lotus. Lengang je pasaraya ini. Tak ramai manusia pun nampak.

____________________________________________________________________________

Keesokan paginya....

Memang tak boleh nak diet kalau sudah sampai sini kan? Bayangkan, menu sarapan yang pelbagai jenis dan semua sedap sedap pulak tu di Millennium Hotel Sirih Jakarta ini. Mana mungkin ditolak semuanya? hihihihik... Memang Cik Eja pun belasah je la, apa yang nak dimakan. Nanti sampai Malaysia kita on la balik diet ni kan?. Errmmm ke laut lagi diet aku ni!

MONUMEN 

Hari ini kami jalan jalan di Monumen yang menjadi kemegahan Jakarta ini. Kami jalan waktu pagi keadaan tidak terlalu panas. Ramai juga kalangan pelajar yang berada di sini, mungkin lawatan sekolah mereka.




Anda boleh menaiki train comel untuk menjelajah keseluruhan kawasan ini. Kami tak naik pun. Kami hanya jalan melihat pemandangan sekitar saja sambil posing sikit situ sana sini.









Setelah puas di sini, berjalan ronda ronda pun dah rasa penat, kami buat keputusan untuk ke Taman Mini pula. Kami menaiki teksi Blue Bird dari luar kawasan menumen tadi.

TAMAN MINI INDONESIA

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit untuk ke sini dari Bandar Jakarta tadi. Kalau tak "Macet" (jem) kata driver teksi ini, dekat saja. Kalau Macet, adalah satu jam lebih untuk sampai ke sini. Begitulah kata abang driver teksi yang sangat peramah ini. Banyak lagi yang kami borakkan. Macam macam yang kami tahu hasil dari perkongsian cerita abang teksi.
Macam mana nak kenali orang Islam atau tidak. Nak kenali restoran itu Islam ke tidak. 

Sesampai saja kami di Taman Mini ini, kami sangat excited. Banyak betul  yang menarik di sini. Rumah rumah tradisi kaum di Indonesia, ada kereta gantung iaitu kereta kabel. Dengan menaiki kereta kabel ini, anda boleh menikmati suasana Wisata Taman Mini dari udara.




Taman Mini ini berada di Jakarta Timur. Ada rumah Riau, Padang, Rumah Aceh, Sumatera Barat, Kalimantan Barat, Kalimantan Timur, Kalimantan Tengah, Rumah Adat Banjar, Taman Budaya Tionghoa, Museum Prangko, Museum Fauna Indonesia "Komodo" dan Taman Reptilia, dan macam macam lagi. Memang banyak dan tak sempat nak habis semuanya kalau nak berjalan.











Jadi kami memang menaiki bas yang disediakan untuk ronda keseluruhan kawasan Taman Mini ini. Bas akan berhenti berhenti. Jadi senang untuk kita berhenti dan menaiki semula bas lain  di setiap bus stop yang disediakan. Banyak juga rumah tradisi yang kami masuk. Macam macam hiasan bersejarah ada di dalam rumah tradisi di sini. Cantik semua dekorasi didalamnya. Puteri Diana pun pernah datang ke sini.









Cantik kan? Macam disneyland jerr...

Betapa lamanya Taman Mini ini kan. Setelah penat kami jalan. Singgah sekejap di KFC di sini. Kami pekena mee goreng sahaja. Aik? dalam KFC di sini boleh order Mee goreng kan? Hihihihi... kami tak nak order ayam..sebab tak sama dengan tempat kita. Sosnya pun rasa pelik. Makan sekejap untuk menambah tenaga semula. Setelah kekenyangan, kami mencari pula surau untuk solat.

 Selesai solat, kami berjalan lagi. Kata Cek Ejam, dia nak tengok satu binatang ini. Hanya ada di Indonesia sahaja katanya. Kalau di New Zealand bulan 12 hari tu, dia nak sangat jumpa binatang yang macam unta iaitu Llama namanya, hanya ada di New Zealand saja.
Kali ini binatang ini bernama KOMODO! Jadi kami masuki Museum Fauna yang dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 20 April 1978. Museum ini didirikan berbentuk seekor Komodo di atas lahan 10.120 m2 dengan luas bangunan 1.500 m2, dibangunkan sejak 1 Oktober 1975 sehingga 1 Julai 1976 lagi.  Lama dah ni. 




Memang ada KOMODO real dalam ini. Lama sudah usia komodo di sini. Memang banyak info menarik tentang Komodo. Kebanyakan yang ada di sini tidak ada di tempat atau negara lain. Setelah penat pusing satu Museum, kami buat keputusan oklah, kita balik. Kami singgah di satu gerai dulu, sambil minum dan makan rojak untuk minum petang kami.

Kami menaiki bas semula di hentian yang disediakan dan berhenti untuk membeli cenderahati sebagai kenangan  di sini.









Untuk balik, kami menaiki Blue Bird lagi yang memang banyak tersedia di sini. Memandangkan petang ini Jem sikit, jadi kami sampai lambat.

Kami tidak terus balik ke hotel, tapi minta untuk dihantar ke Pantai Ria sahaja. Boleh bersiar siar sedikit dan menghirup udara pantai di Jakarta ini. Di sini ramai pengunjung yang mandi manda dan ada juga yang berkelah bersama keluarga. Kami jalan berdua duaan..ceeewaahh dah rasa macam bercinta pulak ni. Sekali sekala memang kita kena berjalan berdua saja untuk kembalikan zaman bercinta dulu kan.











Selalu sibuk bekerja dan uruskan anak anak, bila lagi nak berjalan tanpa gangguan kan. Inilah masa paling sesuai. Kami sampai di Taman Impian Jaya Ancol. Di sini pemandangan cantik. Bot banyak tersadai di tepian pantai, iya tersedia untuk pelancong yang mahu bersiar menaiki bot.

Cantik juga pemandangan di waktu senja. Sunset kelihatan disepanjang jambatan di tepi pantai ini. Sebenarnya bukan jambatan, tapi laluan kayu yang dibuat untuk pejalan kaki menikmati suasana di pantai ini.

Kami lepak di tepi pantai sambil melihat suasana ramai penduduk dan tak kurang juga pelancong  disini. Ada juga pasangan pengantin mengabadikan gambar mereka di sini. Erm...oklah...menarik. Selepas penat berjalan dan sudah puas melihat sana sini, kami buat keputusan untuk merasa makanan laut di sini.

PASAR IKAN BANDAR DJAKARTA

Seafood di sini mestilah fresh kan. Maklumlah tepi pantai. Kami Singgah di satu satunya Restoran terkenal di Pantai Ancol ini. Di sini ada disediakan seafood fresh iaitu Pasar Ikan Bandar Djakarta.
Sebelum kita makan di sini, kita kena memilih dahulu untuk makan apa, lobster ke, ikan merah ke, udang ke..atau apa apa saja semua ada di sini. Setelah pilih, barulah kita bagitahu untuk dimasak apa seafood yang dipilih tadi. Semua fresh ok! Lobster pun masih hidup lagi tu. Rambang mata nak pilih tu.






Sekejap sahaja menu kami pun sampai. Alhamdulillah...nak bagitau ni...memang TERBAIK masakan kat sini tau!. Kami makan nasi, tomyam Sotong masak merah lobster Mutiara masak butter bersama air Avacado Keruk (rasanya lupa pulak nama air ini). Air ini sangat BEST!!!...Terasa kelemak lemakan Avacado ini... Memang Tip Top! Habis diet daku malam inih...waduh waduh...sambalnya bukan saja satu...4 sambal diberi. perghhh memang sedap sedap dan pedas gitu tau. Sangat Recommended bagi siapa yang nak jalan jalan cari makan di Jakarta ini.









Oklah, done!..habis sudah cerita cerita makan kami kali ini, maka dengan happy dan penuh kegembiraan gitu, kami dapatkan teksi untuk balik ke hotel. Jangan risau..banyak teksi teksi di sini ok. Sesampai saja di hotel, mandi solat terus terlelap kami. Syukur Alhamdulillah...Nikmatnya hidup ini kan?..


_________________________________________________________________________________


Selamat Pagi semua...selepas sahaja sarapan pagi di Jakarta ini, kami pun buat perancangan. Nak ke mana kita hari ini? Itulah, kami tak pernah planning awal awal nak ke mana mana tau.
Semalam kami sebenarnya bincang nak ke Bandung menaiki train saja. Tapi, bila fikir punya fikir..alaa...kalau Bandung tu best? Sehari mana cukup?

Hari ini kami dah tak boleh pergi jauh sebab esoknya ada program.  Jadi kami buat keputusan untuk berjalan di sekitar Jakarta saja sambil perabihkan duit yang ada. Kikikiki... shopping lagi ler tuu...Yippieee...girang gumbira la Cik Eja ni.

Kami jalan jalan sambil duk fikir, apa lagi nak dibeli ni. Suasana Jakarta ini sangat sibuk tau. Memang dipenuhi dengan orang, kenderaan pelbagai jenis, grab motor lagi sana sini.
Memang Happening betul. Kali ini selepas sedikit shopping, kami cari cari kat mana nak makan tengahari ini. Cik Eja kata...jomlah kita cuba masakan tradisi kat sini. Kami pun singgah di satu restoran tepi jalan saja. Kat sini nampaknya ramai yang datang untuk menikmati makanan tengahari. Wah..bila nampak je masakan pelik pelik ni terus kami masuk.

Apalagi, Cik Eja memang sangat suka masakan yang tidak ada kat tempat kita. Ada masakan jering, ada satu masakan tu kata Mak..namanya, 'Ungkep'...Haaaa..ikan atau ayam, dimasak dalam daun tau. Bila Cik Eja makan, wahhh sodaaapnyaa!. memang terkena dengan selera Cik Eja yang sukakan masakan ada pedas pedas dan masam masam sikit. Sedapnyaa kuah dia. Masakan lain pun memang sedap. Kena makan dulu baru bayar.

Bila sudah kekenyangan kami pun keluar untuk balik ke hotel semula. Penuh barangan shopping hari ini. Biasalah. Bila sudah kepenatan seharian ber'shopping', jadi kami berehat sebentar di bilik. Sambil kemas apa yang patut. Tadi dah beli extra bag. Asalnya dua bag saja datang, kali ini sudah berbag bag pula tu. Selesai mandi dan solat, dah malam begini baru kami nak keluar untuk makan malam pula.

Apalagi, kami dah suka sangat satey kicap sedap tu, jadi kami pun singgah di gerai yang sama. Kali ini kami nampak dua orang putih yang makan di meja sebelah. Hihihik diorang pun makan kat sini je? Kenapa tak pergi makan di Restoran Bandar Djakarta Ancol? Cek Ejam kata, "Oklah...makanan kat sini pun sedap sedap..apa salahnya kan..mungkin dia kata macam tu?"




Bukan apa...orang putih ni kan, mereka kan suka makan berprotokol...mesti makan penuh dengan tertib dan tersusun. Mana mungkin mereka suka tempat makan begini kan?.. Hihihik...baguslah kalau mereka pun macam kita. Main belasah saja asal sodap ye tak?

Kami pekena satey kicap lagi kat sini. Tak puas lagi katanya kalau sekali makan. Sesudah terkenyang malam ini...(abis lagi diet daku), kami pun pulang ke bilik dengan hanya menaiki tut tut saja.
Malam ini kena bersiap..esok ada program.

_________________________________________________________________________________

Hari ini selepas sahaja sarapan, kami mendapatkan Teksi untuk ke Exhibition. Kami sampai agak awal. International Exhibition di sini tidak begitu ramai berbanding di Milan dulu.








Suasana juga tidak begitu meriah sangat. Produk juga tidak banyak. Jadi kami sekejap saja di sini. Cek Ejam macam tak berpuas hati sangat sebab apa yang dicari tidak dijumpai.

 Setelah habis pusing, kami pun keluar awal dan balik ke hotel.  Sepanjang hari ini banyak packing barang untuk dibawa balik esoknya. Setelah makan tengahari di luar, kami banyak masa di bilik sahaja hari ini. Malam ini kami merancang untuk makan makan lagi di Ancol. Natalie dari France akan tiba petang ini, jadi perancangan untuk membawa dia makan di sana.

Dia memang sudah selalu datang di Indonesia katanya. Tapi kali ini memandangkan dia datang ke tempat kita..iaitu Asean...jadi belanja sajalah dia makan seafood pulak. Sebelum ni dia datang KL..ada ke Cek Ejam belanja dia makan Sup Daging jerr??? hahahahah Gelak Cik Eja tau...Apalaaa abang ni duk pi belanja dia makan kat kedai tepi masjid bulatan Pandan yang terkenal dengan Sup Special kat sana. Kesian dia...kita datang tempat dia bukan main belanja tempat best best dan special sangat.

Cek Ejam kata...dia oklah..siap kata suka lagi kat abang..sebab tak bawa tempat 'minum minum' seperti sesetengah client chinese dia. Dia suka sebab tak perlu berprotokol. Siap hirup sup dengan mangkuk lagi tu..Hahahaha..Oklaah kalau dia macam tu. Best!...Tak perlu kita susah susah bawa tempat high class kononya pun kan? Kita bawak dia tempat kita biasa biasa makan, tunjukkan kemelayuan..suasana dan  makanan tradisi kita...seronok deal dengan orang putih yang macam ni, tak cerewet pun.

Malam ini kami sampai dulu di Ancol. Sekejap saja kami tunggu dia pun sampai. Katanya penat dan sangat lapar. Kami pun pilih pilih seafood apa yang nak di makan. Dia juga pilih apa
yang disukainya. Katanya...wahh..seronok sini banyak seafood..kalau kat France...seafood sangat mahal. Jarang kami makan sebab mahal katanya.

Untung kamu...kata Natalie. Iye betul tu...kita Asean ni sangat untung, makanan kat tempat kita murah murah dan boleh makan apa saja kita mahu. Memang di Ancol ini seafood di sini sangat murah harganya. Jangan lupa singgah sini bagi anda yang mahu mencuba seafood di Jakarta.

Kami makan nasi malam ini. Natalie pun sama. Dia memang biasa makan nasi sebab husband dan anaknya memang suka makan nasi kalau di rumah. Sedikit gambar kami kenangan bersama di Ancol Jakarta.








 Setelah puas berbual, macam macam topic..bila tengok muka dia lesu saja,. erm... kesian, dia pun nampaknya penat, jadi kami pun beransur dari sini. Esok kami akan balik ke Malaysia.



Bye Ancol...nanti boleh ketemu lagi...


____________________________________________________________________


Selepas sarapan pagi kami pun turun untuk mendapatkan teksi ke Airport. Alhamdulillah..segalanya diuruskan oleh hotel dan baliklah kami dengan bag bag yang sangat berat ini. Kami memang ambil extra luggage setiap seorang sebab dah tahu memang akan bawa lebih muatan apabila balik. Waktu pergi hanya satu bag seorang, bila balik ni..haaaah tengoklah...




Ok...memandangkan flight delay, lama juga kami menunggu ...ermmm keboringan tak sabar pula nak jumpa anak anak. Alkisah kami sepanjang berada di Jakarta. Rasanya belum habis jelajah Jakarta lagi ni. In Sha Allah..ada masa nanti boleh datang lagi ke sini. Memang tidak mengecewakan.



Lama betul kami menunggu ni....


Sebelum ini Cek Ejam memang selalu ajak, jom pi Indon...Jom...tapi Cik Eja selalu je cakap, alaaa..Indon dekat jer...lain kali tak apa..kita pergi Europe..jauh jauh la duu..yang ini bila bila masa kita boleh pergi. Ini kali pun atas sebab nak datang Exhibition jer, kalau tak...rasanya tak sampai lagi kami ke Jakarta.....

Tuesday, April 25, 2017

Melancong ke New Zealand Part 6

Setelah selesai menjelajah dengan Cruise di Doubtful Sound ini, petang itu juga kami meneruskan perjalanan ke Gore. Sebenarnya destinasi kami seterusnya adalah Queenstown. Perjalanan ke sana tak sampai 200km saja lagi.

Sepanjang perjalanan kali ini, pemandangan sangat indah. Sebelum ini perjalanan ke selatan hanya banyak hutan dan ladang biri biri serta lembu saja. Tapi kali ini sepanjang perjalanan banyak kiri kanan pergunungan yang puncaknya masih diliputi salji. Kiri kanan pula banyak juga pokok renek renek yang bewarna kuning. Sangat sangatlah cantik pemandangan kali ini. Pokok ini dah macam bunga bunga bewarna kuning pulak tau.





Kami akan lalui Knobs Flat – 36km, Lower Hollyford 59km dan Milford Sound / PIOPIOTAHI 91km saja lagi. Pergunungan yang puncaknya masih diliputi salji sangat cantik.aaarghhh jatuh cinta betul dengan keindahan alam di NZ ini. Syukur syukur Alhamdulillah diizinkan oleh-Nya untuk Ai menjejakan kaki di bumi Indah NZ ini. Satu satunya Negara IMPIAN sejak dibangku sekolah lagi. Selalu Ai sebut sebut New Zealand dan Switzerland adalah Negara bersih dan cantik. Betul la apa yang difikirkan dulu (banyak baca kisah dua Negara Impian ini) Alhamdulillah…sekarang bukanya angan angan kosong…tapi kenyataan dah sampai ke sini.





Nak tau?...sepanjang perjalanan kami ini tak ada perumahan atau pekan ya!. Kekadang satu kilometer baaaru ada satu rumah. Ada tu sampai 2km atau 3km baaru ada jumpa rumah. Banyak hanyalah tumbuh tumbuhan dan pergunungan. Sepanjang jalan satu satu kereta saja kami jumpa. Ibarat jalan ni kami yang punya pulak. Tak boleh imagine, macam manalah penduduk kat sini nak keluar ke bandar. Jauhnya. Bukan saja jauh dari bandar, malah...kedai kedai pun susah nak jumpa. Macam mana lah kalau tiba tiba nak masak garam tak ada ke kan?...Ermmm...

 Waktu sekarang jam dah pun menunjukkan pukul 6 petang, maka kami terpaksa mencari cari campsite untuk bermalam. Memandangkan suasana dah nak gelap, jadi kami nampak satu signboard menulis campsite. Jadi kami tanpa teragak agak terus saja masuk situ. Ada satu kereta pula tu. Rasanya ok juga ada la teman kan? Tapi tiba tiba kereta tu keluar saja dari campsite ni. Alamak…kita nak stay sini jugak ke ni abang? Hehehehe bukan apa… sebenarnya macam suasana sunyiiii je….kalau malam malam berhenti sini mesti menakutkan kan? En.suami pulak kata…alaaahh tak apalaaa…kan tepi jalan saja ni.




Ini saja yang sempat ambil gambar. Kami park bawah pokok dan sedikit saja tanah lapang kat sini. Muat dalam 6 kereta saja.



Keluar saja sikit dari tempat ni, dah jalan besar. Tepi kawasan lapang campsite ini ada seperti paya dibawah pergunungan…sangat cantik sebab dibawahnya banyaaaak sangat lupine yang tumbuh meliar kat situ. Jadi kami pun buat keputusan, duduk je la sini…kita pun tak kacau sesiapa. Lagipun takyah la nak bayar malam ni kan.

Biasalah, Ai sediakan masakan untuk makan malam, manakala abang cek toilet yang berada kat campsite ini. Abang kataaa… alaaahhh…toilet je seketul… air pun tak ada. Nampaknya malam ini kami kena berjimat sikit la air. Mandi malam memang dah tak ler jawabnya…heheheheeh sejuk maaaaaa….mana mau mandi semua ni.

Abang kata…ada seseorang datang tu. Mungkin dia pun nak tidur sini kot?... Eh tetiba abang kata…tak laaa..dia duk cek tong sampah kat depan tu…..hihihihiiiiikkkk….kita yang tengah masak ni iyer kan aje. Tiba tiba lelaki tu datang dekat kami. Katanya…kami mahu bermalam sini ke? Kami kata iya la kan. Dia kata you kena bayar campsite ini ya!...abang kata oohh..kami ingat Free?..errmmm lelaki itu jawab...Tiada yang Free di NZ ini....Haaaahhh???? Ai yang dengar dari dalam ni pun terkejut jugak. Ada kawan kawan kata sebelum sampai NZ ni, kalau campsite tersorok…jauh jauh atau terpelosok tu free saja. Tapi memang kena bayar tau. Dia kira per person ya!....

Lepas saja orang tu berlalu…abang pun naik…Kami gelak gelak..Hah hah hah hah hah……geli hati… ada ke abang kata tu pengutip sampah??? Kikikikikikiiii….gelok besor kami berdua tau!!!!....Nasib baik dia datang time masih terang sikit lagi ni. Kalau dia main datang dah malam malam? Tak ke takut namanya kita nanti? Kot penjahat la kan, apa lagi. Ok… Ai nak bagi peringatan…bagi sesiapa yang nak datang campsite macam ni…anda pastikan ada box di depan signboard kecil sebelum masuk ke campsite macam ni. Ambil sampul kat situ, isikan apa yang patut, no plat kereta juga dan masukan duit kat situ ok!,….Sampul itu dimasukan pula dalam box tadi….Ok!!!... Uncle tadi cakap…” Tarak FREE di New Zealand yek!!! Ingat tu tau!!!! Jangan jadi cam kami ni…. Hahahahah Uncle tadi tak marah pun…dia tau..pelancong ni tak tau apa niiii….

Walaupun you dah sewa campervan ni dah 10k harganya….campsite tercorok pun kena bayar jugak tau!!!! Ada Faham? TAKE NOTE ya!!! Hahahah TAK ADA FREE DI NEW ZEALAND ni!! Siapalah ada yang cakap kat saya sebelum ni kata FREE? Mungkin dia mai dulu free kot? Sekarang kan undang undang baru start October 2016.

Haaaaahhh… saja jerr.. nak ceritakan pengalaman sangat sweet kami ni. Kikikiiii…rasakan kan….tak membaca dan research mendalam sangat pasal NZ ni. Yang duk cari cari hanya tempat menarik saja. Yang lain tak kisah pun, excited punya pasai la ni. Kami anak beranak saja duk bermalam tempat seperti terpencil dan sunyi sepi ini tau!!! Cuba bayangkan??? Ada Berani??? Hehehehehe… Kalau binatang buas…ular ke…tak apalaaa.. takpayah pikir atau takut, sebab tak ada…dijamin selamat…Yang takutnya tu, Hantuuuuu!!!! Uwaaaaaa…… tak pun penjahat kan? Itu saja yang orang tempatan kat sini bagitau. Kalau binatang buas katanya tak perlu risau…Cuma perlu risaukan kalau ada penjahat je la kan… Tapi kat sini In Sha Allah….ok jeee… tak de semua tu. Jom Datang NZ!!!



Malam ini kami dinner sama sama dan bila dah kenyang, anak anak pun masuk tidur. Lepas saja solat, kami pulak tidur di bahagian atas…Perrghhhh sangat sangat tenanggggg tau…. Rasanya… Ya Allah…nikmatnya dapat camping suasana macam ni. Sekali lagi…adakah aku bermimpi??? YES!!!! Kenyataaan ler makcik ooiiii…Syukur Alhamdulillah…. Satu pengalaman yang sangat indah bila dikenang semula.

Bila nak duduk campsite macam ni kami memang dah standby awal awal air mineral banyak banyak. Sebab air tangki kami hanya guna untuk air solat dan ‘Urusan DiRaja” saja. Kami tak masak @ minum pakai air tangki tu. Tak bersih kata Staff campervan ni. Lagi pun air mineral boleh beli banyak banyak dari Park N Save , murah saja ya.

___________________________________________________________________________________________


Keesokan paginya,


Kami bangun pagi disambut dengan kicauan burung burung..Unggas di rimba gitu…ceeeewaaahhh dah nak jadi sasterawan ke Cik Kak ni? Hehehehehe. Suasana tenang sangat tau. Udara pun bersih, sejuk pulak tu. Ai sediakan sarapan, kami sarapan dan bersiap apa yang patut. Selepas siap mengemas dan bersihkan campervan, kami pun beransur keluar dari situ.

Keluar saja dari campsite ini, adalah Nampak kereta lalu lalang. Tapi tak banyak sangat. Suasana perjalanan ini masih lagi banyak pohon pohon bewarna kuning macam semalam. Kali ini sangat banyak di kiri kanan, alahaaaaiii Indahnyaaa Ciptaan Allah kan??? Di satu kawasan simpang antara Lumsden Gore dan Lake Front Manapouri, barulah kami Nampak adanya penduduk di sini. Kawasan yang ramai penduduk.



Perjalanan pagi ini.....


Kami ada berhenti sekejap di signboard ada tertulis Welcome to Milford Road. Kami hanya nak tengok tengok board kat situ dan bukan nak pergi ke Milford Sound pun. Lebih kurang sama saja dengan Doubtful Sound. Cuma, waterfall di Milford Sound ni lebih besar berbanding di Doubtful Sound. Di Doubtful Sound hanya waterfall kecil kecil saja. Tapi perjalanan dia panjang berbanding kalau naik ke Milford Sound ini.









Sepanjang perjalanan kali ini, hujan renyai renyai saja. Cuaca agak mendung sedikit. Anak anak boring je Nampak kat belakang ni. Kekadang masing masing diam sekejap…nak harapkan diorang ni tidur??? Memang tak laa…walaupun cuaca best macam ni, sangat sesuai untuk tidur!


Mama Nampak Ziqri Ashim kat belakang duduk diam dan sangat cumel gitu. Bestnyaaa  korang, kecil kecil dah menjelajah jauh macam ni kan?





Tiba lah kami di persimpangan Lumsden dan Queenstown. Kearah Queenstown hanya 95KM saja lagi… yeaaayyy!!!!! Kat sini dah start ada balik ladang biri biri di kiri kanan jalan. Kereta pula tak la banyak sangat. Suasana perjalanan sangat tenang sekali. Memang NZ ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan dan cintakan keindahan Alam Semulajadi.





Kami borak borak berdua, rasanya la....di atas jalan raya sini..kebanyakan adalah pelancong saja kan? Penduduk kat sini bukannya ramai pun. Dahla rumah masing masing jauh jauh saja. Satu kilometer perjalanan kami ada terjumpa satu rumah…kadang dua…tapi memang jauh jauh la. Yang banyak adalah ladang. Kalau jumpa pun ada pekan pekan kecil. Memang tak ada la pasaraya tinggi tinggi dan besar kat sini.

Dalam perjalanan ini, kami ada singgah di satu tempat. Asalnya kami nak ke toilet saja. Jimat air la katakan. Malam tadi kan tinggal di campsite yang tak boleh refill air tangki. Selain tu, tangki najis tak la penuh sangat , kalau kita pakai toilet luar ni. Yang selalu “Uk UK” dalam campervan ni ada Acim!!! Hahahah papa duk buang Ketui ketui Acim la selalunya… eeee ucuk laaa…huuhh….





Sebelah toilet awam ini ada pula LOCAL HONEY, FREE TASTING!!!...Jadi kami pun masuk saja dalam ni. Anak anak pulak sibuuuk je nak main sebab Nampak ada taman kat situ. Tak apala, main sajalah korang ya… lepas bebas yek bila dapat keluar Dak Dak Kenit kami ni. Bila kami dah masuk shop ini, kami test la rasa pelbagai madu asli kat sini tau. Sedap semua rasa Madu Manuka kat sini. Asli dan production memang kat situ saja. Siap ada set pencuci muka berasaskan Madu lagi. Set kecantikan dan lotion juga ada. Sambil kami borak borak dan test ni, tiba tiba datang satu rombongan Chinese masuk.



Tiba tiba penuh rombongan ni datang..tadi masa kami masuk, tak ada sesiapa pun.









Ada salah seorang Chinese tu kata, Halal tak? Produk ini Halal ka??? Haaahh?? Kami yang terdengar ni jadi tertoleh  la kan? Hihihihikkk gelak la kami..chinese pulak pandai Tanya halal ke tak halal… yang promoter Honey ni terpinga pinga… mungkin tak pernah dengar kot Halal ni. Terus Chinese yang peramah ini borak borak ngan kami. Ooooo rupa rupanya mereka semua dari Sabah. Kami berborak lama juga kat sini. Mereka semua pun first time datang ke NZ ini. Siap puji lagi NZ ini cantik, bersih, nak jumpa sampah satu pun susah katanya. Memang pun…bersih tahap tip top gitu. Semua sampah pun kena asingkan kategori. Mereka kat sini dah amalkan kebersihan dan penjagaan alam sekitar dah lama dah. Kita je bila nak start.

Chinese ni bercerita banyak betul. Susah la kat sini nak jumpa nasi…HiHIhIkkk memangla, kalau dah namanya rakyat Malaysia, Melayu ke Chinese ke…sama je…mesti suka kan nasi!. Kami Cuma kata, kami memang hari hari makan nasi tau!. Siap masak sendiri lagi mana mana stop yang kami nak. Diorang tak boleh masak sebab tinggal kat hotel katanya. Bila diorang tau kami naik campervan, siap mintak izin nak tengok bahagian dalamnya. Bukan main excited diorang nak melawat. Hiihihikkkk….

Bila diorang tengok dalam…wahhhh seronoknyaaa U all…siap boleh bawak anak anak dalam ni. Bestnya Kamu!!! Kata diorang. Besarnya dalam ni!!!  Memangla besar sebab kami ambil yang saiz besar, ada juga saiz kecik macam juzzy tu….Kami rasa sempit la kalau kecil sangat. Yang macam ni selesa boleh nak solat kat dalam pun, ruang luas. Wahh seronoknya kamu tidur dalam ini, siap ambik gambar dalam campervan kami tu. Comot sikit sebab tadi sofa2 banyak jatuh bila bergerak.

Chinese ini juga bercerita, satu saja aku tidak suka NZ ini….Apa??? kami Tanya… TOILET nya…. Tak ada air laaaaa…eeeee…kami tak suka cuci pakai tisu!...Haaaah??? terkejut kami tau. Bukan ke Chinese memsng pakai tisu? Eh… tidak laa,..kami dah biasa pakai air laa.. tidak cuci pakai tisu…eeee…katanya…


Laaaaa,….macam tu ke??? Memangla oversea ni toilet mereka manaaaa ada paip paip macam kita kat Malaysia. Singapore pun tak ada langsung paipnya. Kami memang selalu sediakan botol kalau nak masuk toilet ni… kalau Nak “uk uk”..bawak sekali dua botol besar…isi air siap siap sebelum masuk. Kan senang tuuu…

Tak sangka kami, dapat jumpa mereka semua ni peramah giler lak tu. Jadi kami ambil gambar ramai ramai sebagai kenangan kat sini. Sambil masing masing beli dan minum Coffee panas kat luar shop Honey ini.







Lawak lawak dan peramah semuanya. Cakap Melayu lagi!! Cayalah...silap tak bertukar tukar contact dengan mereka ni.







Sebelum nak balik, beli  Madu Manuka. Sangat mujarab untuk selsema dan batuk. Sekali atau dua kali telan pakai sudu plastik ya, terus boleh baik.








Kawasan ini namanya adalah Garston tau. 


Selepas Garston ini, kami akan melalui kawasan Kingston pula dan kemudian barulah Queenstown. Sepanjang perjalanan ke Queenstown ini, pemandangan laaagi cantik. Banyak tasik yang menghijau. Kami ada berhenti di satu kawasan. Parking hanya kat tepi jalan saja. WOwwwww pemandangan cantik macam ni rugila kalau tak nak ambik gambar kenangan abadi kan. Kak long dan Damia tak nak pula keluar, katanya sejuk. Jadi, apa lagi…mak pak dia la posing sakan kat sini. Nasib baik yang hero dua orang ni nak turun, adalah aksi aksi mereka walaupun kesejukan macam ni.

















Senget benget tudung....



Wahhhh enjoy je ...




Cuaca sejuk ditambah pulak dengan angin yang kuat. Bukan main kami bergambar macam dah terlupa sekejap perasaan kesejukan itu.



Kami meneruskan perjalanan lagi. Setelah tengok map kat sini…kami meneruskan perjalanan ke Queenstown Tiba tiba ada satu lagi destinasi cantik yang siap ada bangku bangku lagi kat sini. Abang kata…Jommmmm sini pun Cantik laaa…Hehehehe kami turun bergambar sakan sini juga.


Tiba...tiba...perut dah mula rasa lapar. Oklah..lama sikit kita kat sini ek? Masak dan makan picnic sini la kita nampaknya. Bila dah siap masak masak ni. Semua kena bekerja turunkan kelengkapan picnic kita kali ini. Fuuuhhhh mak oooiii, angin meeeemang kuat bebenor laa. Dengan kami pun rasa nak terbang. Nasib baik ada sinaran matahari, tapi tetap sejuk juga tau!. Kain alas meja terpaksa ditutup dengan periuk juga memandangkan kalau tak buat macam ni semua makanan kami akan terbang sekali. Hehehehe seronoknyaaa dapat picnic macam ni!!!....




Picnic kita hari ini....



Uiiihhh nak terbang....tutup cepat...




Tuuu...ada rombongan melayu yang singgah sini. Ada tu jenguk kami nak makan ni....aaaiihhh lapaq ni......jemput makan.....Sejuk sejuk sedap pulak makan nasi dengan kari kat sini..perghh bertambah juga nasi masa ni.


 Bila kami nak mula makan ni, ramai juga rombongan melayu singgah sini. Mereka semua singgah untuk bergambar saja. Ada yang kata, wahhh sedapnya dapat makan kat tempat macam ni??? Heheheheh…kami suka laa…ada sorang Abang tu, agaknya pemandu pelancong la tu. Mereka datang ramai ramai… tak boleh la lama lama dan suka hati macam kami ni. Kalau datang dengan agen macam tu la, tak boleh ada kebebasan. Itu sebab kami memang suka pergi sendiri sendiri saja. Masa, kami yang punya. Bebas nak duduk berapa lama yang kita suka kan?...ok....Kami nak makan sambil menikmati keindahan yang memukau ini.

Ada lauk kari, telur dadar, ada sayur..errmmm sedapnyaa makan masa sejuk sejuk macam ni tau. Dengan tangan, jari jemari sekali kesejukan…hihihikk…syoooknyaa, Alhamdulillah…
Ada seorang Korean…duk posing sakan kat sini. Siap panggil Acim mintak nak bergambar dengan si cumel mama sorang ni…aiiiihhhh…suka la tu acim!!


Selesai saja makan tengahari ni, kami kemas kemas dan ambil gambar kat sini pula. Damia kak long, Zharfan dan acim bukan main ssuuuka sangat diorang ni tau. Maaain saja. Lari sana ..lari sini…kejar kejar lagi. Ye la, Nampak ada matahari tau, tapi sejuk dan nyaman sangat cuaca kat sini. Memang bestlah!!

Wahhhh...Seronoknya korang ya? Dapat lepas bebas kat rumput macam ni. Damia siap buat aksi aksi Elsa seperti dipergunungan bersalji gitu…hihihihikk…anak anak…anak anak….




Tengok tuu...Elsa Sofia....tak kira dah orang ada atau tak....








Selepas puas kat sini, kami pun meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian kami pun sampai di Queenstown. Wah….baaru Nampak kehidupan kat sini tau. Bandar tak adalah besar sangat. Tapi kat sini happening betul. Ramai manusia dan perumahan kat sini. Kedai pun banyak juga. Kiranya Queenstown memang menjadi tumpuan pelancong. Disebabkan dah waktu petang, nak pukul 6 petang dah ni, jadi kami pun mencari cari campsite dulu untuk bermalam. 



Dah sampai kami di Queenstown...

Kali ni kena mencari campsite yang boleh refill air tangki. Jalan punya jalan, dan hasil google, kami jumpa satu campsite yang sangat menarik. Campsite ini kawasan dia kira adventure sikit. Dari Bandar tadi…kami memasuki kawasan  ladang biri biri dan bukit bukau. Campsite ini di kawasan yang dikelilingi pergunungan dan jalannya hanya batu batu. Satu jalan hanya muat untuk satu kereta saja. Nasibla…kalau jumpa kereta terpaksa cari kawasan lapang sikit untuk bagi laluan. Bila jalan makin ke dalam, kami jumpa satu tasik yang sangat tenang. Sangat  menarik kat sini. Walaupun cuaca ada matahari, tapi memang sejuuuuuk gitu bila keluar. Campsite ini nampaknya, sangat sesuai untuk camping area yang berkumpulan. Kawasan sangat luas. Tapi tak ada wifi, tak ada juga plug untuk charge. Tapi tak apa, hp kami masing masing masih banyak bateri lagi.



Kami mula memasuki campsite ini.












Sesampai saja kami kat board ‘ MOKE LAKE “ Picnic & Camping Area ”Kami pun dah tau, haaaa…yang box tu bukan tong sampah yek!!!...hihihihihi…kena isikan duit dan plate no kita ni tau. Berapa orang juga jangan dilupa ok!.












Haaa..yg warna kuning tu adalah Moke Lake tempat kami menginap ni...masuk ke dalam jauh jugak kan?


Selepas isi kertas tu, dan bersama campsite fees, kami pun mencari cari kawasan untuk kami landing pulak. Waaaahhhh memang sangat syiooook kat sini tau… Weeeeee…lepas berhenti je macam melepaskan anak anak ayam dari reban je diorang ni tau. Melenting lenting, lari sana sini…uiiihhh bukan main seronok korang aaaaa???...Ermmm maka, Enjoy la dak dak kenit itu…….




Kami petang ini hanya beriadah di kawasan camping ini saja. Di antara gunung gunung ada di tengahnya Tasik yang sangat cantik dan tenang gitu. Kami jalan jalan sekitar lake ini. Borak dengan pasangan suami isteri dari USA.…mereka  bercuti selama sebulan dengan dua anak kecil yang saaaangat comel. Heheheeh seronok budak budak ni main main.




Kami menyeberang satu titian untuk melihat sebelah sana pula. Apa lagi…kita dah nampak suasana yang sangat Indah ini…shoot la gambar situ sana sini. Posing macam macam aksi gitu. Monopod bawa…kakinya saja tak elok dan tak kuat, jadi gambar kami ada gegaran sebab batang monopod ini tak stabil. Angin kuat kat sini dan cuaca sangat seejukkkk tau. Seronok nyaaaa…Cik Kak rasa macam nak selalu je mai sini lah….ermmmmm berangan je tak sudah. Ini kali sampai pun Syukurrrrrr sangat sangat tau. Impian jadi kenyataan gitu.













Anak anak duk main kejar la…lari  sana sini dan pergi melihat kumpulan sekolah buat camping kat sini. Macam macam aktiviti sekolah kat sini boleh buat. Selesai ambil gambar gambar tadi….anak anak ni tau sajalah…Nampak saja mamat omputeh duk memancing..ada ke diorang pi tegur??? Dibaginya pulak joran kat Zharfan Aqil ni yang peminat tegar Ikan nih!. Hehehe sporting betul omputeh ni kan?....Tak apalah, ada pengalaman pegang Joran jugak Si Zharfan Aqil ni kat sini.



Melayan pulak dia ngan dak dak kenit ni...huhuhukk...






Ai apa lagi...bersiap sedia untuk bersilat kat dapur best ni. Masak ikan salmon yang balance di beli hari itu. Siap semua masak, kami makan malam dan minta anak anak tidur awal sikit. Nak main kat luar tak boleh tau, walaupun kawasan lapang dan best tapi….. sangat sejuk nak keluar. Jadi…sejuk sejuk camni memang best la kalau nak buat taik mata ni. HEHEEHEH…

Goodnite semuaaaa….

______________________________________________________________________________________________


Keesokan paginya, Selepas saja sarapan dan mengemas itu ini kami pun keluar dari campsite ini.. Ohhhh sayangnyaaa nak tinggalkan tempat ni. Lagi pun campsite ini ada toilet tau. Besar dan selesa la sikit. Oh ya…ada juga disediakan satu tempat untuk memasak. Kira dapur la tu…ruang saja ya, bukan kelengkapan untuk memasak.

Kami singgah sekejap nak tengok biri biri. Tapi biri biri kat sini tak sejinak kat estate hari tu la. Kami meneruskan perjalanan keluar untuk tengok apa yang ada kat Queenstown ni. Sampai saja tengah bandar ni sangat susah untuk parking. Jadi kami park di tepi jalan yang jauh sikit. Kawasan tepi jalan ni luas memang sesuai untuk park campervan kami yang besar ni.



Kami jalan jalan kat sini banyak muda mudi duk lepak di satu kawasan rumput. Dah rasa seperti kat Amsterdam pulak suasana macam ni. Bezanya kat Amsterdam terlalu ramai manusia. Kat sini ramai juga, tapi lebih tenang gitu sebab ada Lake yang sangat cantik dan menghijau. Di tepi tasik adanya kapal kapal mewah dan juga jet Shotover. Alamaaaakkk naknya naik tuuu…taaapiii…anak anak kecil ni tak boleh la kan. Huhuhukkk mungkin next time??? Bila di izinkan oleh_Nya untuk datang lagi mana tau kan? Kalau dapat naik Jet shotover tu bestnyaaa… tak kisah la tak jadi Diamond Amway pun, kita dapat juga mai sendiri kat sini. Kalau melalui bisnes tu, belum tentu selama 15 hari di bawa melancong kat sini. Mesti sesetengah tempat saja yang dibawa oleh company.


Ok…kita teruskan kisah pengembaraan ini ok, kami beli aiskrim sambil jalan jalan. Tak tahu nak main apa yang boleh bawa kanak kanak, jadi kami masuk satu tempat iaitu XD Theatre. Alahainya, mak paknya pulak main tembak tembak macam kanak kanak girang je ni. Nak buat camno? Bawak kanak kanak…kenala main permainan kanak kanak macam ni.









Steady je Princess Elsa nampak??? hahaha tak tembak pun!!




Kenapala gambar ni nampak blur sangat.... :-(


Sesudah dak dak kenit kami puas, kami pun singgah souvenir shop pulak. Beli sikit sikit kenangan kat sini seperti plate, apron, keychain dan magnet fridge (benda wajib ni). Kami ada duduk dan tengok gelagat orang orang kat sini. Ada juga Melayu kat sini. Adalah …ramai jugak. Tapi sebab Nampak jauh jauh je…dan ada tu bila selisih kat shop tu diorang buat tak Nampak je…Ai pun tak tegur la kan. Kita ni dah la bukan peramah sangat. Bila orang buat tak tau dan tak Nampak….kita pun…alaaah takperlaa….













Selesai shopping sikit ni..kami pun lepak lepak juga tepi lake ni. Sambil melihat gelagat manusia, Nampak burung burung yang beterbangan sana sini, Nampak juga kapal besar melalui tasik ini. Macam macam ragam la….ada ramai pelancong  kat sini. Chinese…ada Jepun ada,…ada sorang aunty tu ambilkan gambar Ai mengadap lake ni…hihihikk bestnyaaaa….kita lak tak  ada idea nak posing…….Kami ambil gambar satu family pelbagai aksi. Semua idea mama dia la ni. Mestilah nak abadikan kenangan kat sini banyak banyak kan…..Ntah bila la akan datang lagi sini. Dah la Bigboss kata….sekali ni je ya NZ???...Haaah???yeee…yelaaaa….hihihikk…kalau dia tak nak pi….kita cari geng geng traveler pempuan pulak ye tak???Tetiba rasa rindukan NZ…ke…kita mai la ngan kawan kawan pulak nanti..(huhuhukkk kalau diizinkan laaaaa..biasanya tak bagi pun…uwwwaaaa) Itu pun nak join group NGO pun dia tak kasi…



























Sudah kami puas kat Queenstown ni…kami pun balik bilik…Ehh…balik umah laaa. Campervan untuk makan tengahari pulak. Lewat jugakla makan kali ni. Kami tak beredar lagi dari Queenstown ni, kami cari campsite yang boleh charge pulak kat Queenstown. Apa lagi….paling dekat adalah Holiday Park Campsite. Best jugak Campsite ni. Bilik airnya sangaaaaat selesa, ada sauna lagi….ada laundry, dan juga ada kitchen siapa nak guna. Siap ada ruang untuk BBQ.


Sampai saja kat sini, solat dulu dan minta anak anak supaya mandi. Sementara abg pi beli barang kelengkapan dapur yang dah makin berkurangan. Beli roti….nutella…buah buahan dan juga mineral water. Ai pulak buat persiapan untuk makan malam. Budak budak ni kecoooh je kat luar…ingatkan apa la jadi…rupa rupanya…ada pulak segerombolan anak anak itik yang kecil comel gitu. First time la ni budak budak ni nengok anak anak itik seranti yang berderet jalan…hihihikk…kita pun dah lama tak tengok anak anak itik yang comel camni. Maklumlaaa… zaman sekarang mana ada lagi yang bela itik kan? Lagi lagi kat Bandor KL nun. Zaman dulu nenek atok kita ada la bela semua ni. Siap boleh picit picit geram lagi…






Campsite ni memang bestlah. Bersih…dan sangat selesa tau. Nasib baik kami datang walaupun dah nak pukul 6 petang tapi masih ada kosong. Parking kami betul betul berdekatan toilet. Suasana sangat meriah dan staff campsite ni pun cakap…uiihh 2 hari saja sini? Mana cukup tuuu….Tapi tak apalaa…esok kami kena meneruskan perjalanan ke utara pula. Lama lama kat sini…nak naik bot laju tu pun tak boleh. Kalau nak naik berdua, siapa nak jaga dak dak kenit kami ni?



Suasana sekitar campsite di Queenstown ini....


Malam ni selepas dinner, semua keletihan nampaknya…okeh…tidur ye anak anak…esok bangun awal kita ke destinasi lain pula.

Good night……

_________________________________________________________________________________________________

Keesokan paginya, setelah semua mandi dan bersarapan, kami pun beredar dari Holiday Park ini. Ermm…perjalanan kami melalui Wanaka dan Cromwell. Sepanjang jalan sangat cantik. Kiri kanan banyak tanah tinggi, gunung gunung yang licin dan togel saja. Tak ada pokok tinggi tinggi pun. Tapi cantik. Kami ada singgah satu kawasan yang tinggi dan bergambar kat sini. Perrghhh sangat cantik tapi gerun kalau dilihat dari atas ni. Indahnyaaa ciptaan Allah ni kan?









Lepas puas melihat keindahan dari puncak ni dan bergambar sakan, kami pun meneruskan perjalanan. Angin sangat kuat yek…kami pulak menaiki jalan jalan yang tinggi. Kira campervan ni sedang melalui jalan yang tinggi. Kekadang datang perasaan takut tau….hihihihikk… Ai memang penakut niii… kereta laju takut…kereta bunyi bunyi bila jalan pun takut…(rasa takut tayar macam nak tercabut gitu tau)…mengarut je kan? Perasaaan tu bukan bukaan je ni. Pikir yang bukan bukan sangat.

Ada menaiki bukit…dan turun bukit. Campervan ada juga melalui celah celah pergunungan. Perrghhh memang cantik sekeliling kami ketika ini. Habis jelajah kawasan pergunungan ni, kami pun jumpa satu kawasan cantik. Di bahagian kiri  adanya Cardrona Hotel. Wowwww… Jom kita singgah. Kami singgah ambik gambar sana sini sebab Hotel ni ala ala rumah KOboi tau. Sangat cumel. Kami bergambar sampai lebam jugak sini.


























Dah puas jadi Koboi…barulah kami beransur pergi. Singah jugak satu toilet awam dekat dekat sini. Semua enjoy nampak? Are U ready????....Yuuuuppp..kata dak dak kenit ni.

Lepas itu kami ada singgah di satu point iaitu adanya bra bra untuk di wakafkan. Kawasan ini diwujudkan sempena untuk kempen Kesedaran Breast Cancer. Banyak betul bra bra yang diwakafkan kat sini. Silap pulak tak bawa yang lelama kan? Hihihihiiiiikkkkk….Lepas kami bergambar sakan kat sini…Opsss..kecuali Papa nya tak nak…Issshhh katanya…buat apa lelaki ambik gambar kat bra pulak?..ok..ok..tak pelah…jadi cameraman cukup yek??.....okeh..Jom anak anak…kita posing!!!...Ayooo..diorang ni nakal betul laaa…posing macam nak isap nenen pun ada tau…huhuhuhuukkkkk abislaaa korang ni….









hihihikkkk...Acim!!!! buat apa tuuu??? eeeee...tak malu laa..


Lepas settle sini…kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami singgah pula di Puzzle World. Kat sini kawasan luas. Boleh park mana kita suka. Sampai saja dalam tu..wahahhhahaha…banyaknyaa mainannnn… Syurga la ni pada kanak kanak. Sebelum masuk kami ambil gambar dulu aksi aksi kat luar Puzzle World ni.


Arrhhhh help me!!!...nak terhempap nih....







Inilah permaian paling letih sekali. Asyik salah laluan jerr.. sampai sudah tak jumpa point last sekali. Nampak tak mamat belakang...diorang dak dak kenit duk gelakkan mamat ni yang dah pening...hihihikk sian..dah la sorang sorang. Gambar kami banyak dalam hp Samsung Papa. Nanti upload semula banyak gambar menarik kat sini.


 Cantik sangat kawasan dia. Bila habis bergambar, kami pun masuk ke dunia puzzle….lepas tu main main pula, dah macam waze runner pulak kami kali ni. Wahahaha…masing masing tak jumpa jalan tau. Rumah hijau dapat touch..dapat kami sampai puncaknya, rumah kuning, merah, Cuma ada sat utu kami tak dapat jumpa laluan dia. Hihihihikkkk ffuhhhh peeenaat ooiii…jalan jalan salah..patah balik…memang diorang cipta laluan ni mengelirukan. Hahahaha siap budak budak ni gelakkan ada mamat omputeh tu tak jumpa jalan…uuiihh korang ni…janganlaa gelak macamtu…nanti marah dia….hehehehehe..merah muka sebab panas sikit kat sini. Laluan pula berdebu je. Kasut habis berlumuih je dengan debu tau.


Last sekali…Hahahahah Bigboss dah penat. Give up…memang kami tak jumpa la jalan akhir tu…satu rumah saja lagi sampai sudah kami tak jumpa jalan….keluar masuk keluar masuk jalan yang sama saja tau. Ada sesiapa yang nak ke sana?… Ai nak tau….siapa yang berjaya abiskan jalan waze yang mengelirukan tu memanglah HEBAT!!! Hehehehehe… ramai yang tak jumpa jalan terakhir tu sebenarnya…Chinese pun sama bila kami, tak jumpa jalan.


Aaaahhh..dah la…buat penat je kan? Jom kita masuk dalam pekena air sikit..perut dah pun lapar ni. Kami main sekejap kat dalam…selesaikan macam macam game teka teki. Uihhh semua susah laaa…siapa yang boleh selesaikan ni…confirm terror GILER tau.






Aktiviti dalam Puzzle World.

Banyak lagi gambar, nanti cari balik dalam hp Samsung S7 papa nya. Bila dah penat semua ni, jom kita balik ke campervan la…makan lak.. Kami makan tengahari betul betul depan Puzzle World ni tau. Tadi macam ramai je palancong. Sekarang dah makin kurang. Itu untungnya bila kita naik campervan ni tau, nak solat senang…nak makan makan pun sonang….mana mana je kami boleh lepak dan makan.

Bila kami semua kekenyangan…. Kami pun beredar dari puzzle World ni. Apa lagi..kami kena cari campsite untuk bermalam. Jalan punya jalan…wah lawanyaaa ada satu lake ni tau. Kami melalui Albert Town dan Lake Hawea.




Lake ini sangat cantik. Jom kita bergambar. Jadi kami berdua posing la ..dengan sorang je nak turun iaitu Zharfan Aqil ni. Ok la kan…boleh jadi assistant ambik gambar mama ni.





 Bila dah penat posing, kami ada jumpa satu campsite yang betul betul mengadap Lake Hawea ini. Aiiihhh apa lagi…jom kita bermalam sini je la…Okeeehh JOM!!!!





Senang sini kami nak kena charge hp lagi dan buang segala “khazanah diraja” dalam tangki ni. Isi air juga. Kita tak tau..lepas lepas ni jumpa campsite yang tak ada kemudahan ni ke kan?
Maka, bila sampai saja sini…wah ada sunset la… lake ni cantiknyaa. Kami park betul betul mengadap tasik ni.











Jadi kanak kanak semua pergi main taman permainan kat sini, kami berdua duk posing , bergambar tepi tasik sambil menikmati pemandangan yang indah ini. Sejuk…nyaman saja suasana sini. Tenang dan ermmm indahnyaaa….ramai juga 4-5 orang datang ambil gambar kat tempat kami duduk ni.















Dah abis penat bergambar, mama ni nak kena sedar diri sikit…ada tugasan belum selesai, dah nak kena sediakan makan malam pulak ni. Budak budak  semua balik dengan kepenatan sebab pergi main taman permainan yang disediakan kat Campsite ini. ERmmm..sangat recommended juga ya campsite yang kami singgah ni.

Sebenarnya kami buka awning tau…keluarkan meja kerusi dari bonet. Konon kononya nak makan, picnic kat luar la kan….hiihihikkk tak jadi  lerrr…sejuuuuk giler pula malam ni. Angin memang kuat. Sudahnya, semua yang dah buka tu masukkan balik dalam bonet. Kalau petang tadi sampai terus makan malam ok la jugak kan. Erm… tak apa lah, makan kat dalam saja kami malam ini.

Selesai saja makan malam, semua masuk tidur. Nampaknya semua kepenatan sebab tadi kat Puzzle World sesat banyak kali kan. HUuuuhh.. adventure betul kita tadi. Oklah, kami semua nak masuk tidur ni. Kita sambung pagi esok yek.

Good night…selamat malam…Assalamualaikum…

______________________________________________________________________________________________________


Hi…Salam…Good morning!!!!

Pagi pagi kat Lake Hawea…Weeeeeaaaaaa…memang indah betul pagi ni. Argghhh bangun bangun je Nampak lake yang indah ni kat depan…Alhamdulillah…syukur…syukur…..
Sarapan disediakan oleh mama. Kita isi perut dulu ya. Selepas mandi di bilik air yang disediakan, kami kemas kemas katil dan segala benda yang ada atas kitchen cabinet ni. Semua dah beres je…kami pun check out…huhuhukkk mama n papanya duk posing sikit depan campervan ni…. Kenangan kat sini pula. Sayang je nak tinggalkan Lake Hawea ini.







Kami teruskan perjalanan ini. Sekejap je perjalanan kami dah sampai ke satu destinasi iaitu Blue Pools.  Blue pools ini sebenarnya hasil dari pertemuan antara Makarora dan Blue Rivers. Ia menghasilkan Blue Pools yang sangat jernih airnya. Bewarna biru turquoise dan kita  boleh nampak dasarnya disebabkan kejernihan air ini. Sangat cantik tau. Sungguh kagum kami dengan keindahan Pool ini. Kami menapak sikit dari tempat parking yang seberang jalan tadi. Masuk ke dalam hutan sikit dan baaarulah jumpa Blue Pools ini. Jalan jalan ni best jugak, rasa macam adventure je masuk hutan hutan kat sini. Lagipun sejuk je, tak terasa penat sangat, dalam 2 minit saja dah pun sampai.



















Sampai saja kami ambil gambar situ sana sini. Ada atas jambatan, ada di atas batu…kanak kanak girang ni duk main susun susun batu pulak. Banyak juga susunan batu dari pengunjung yang lepas. Semua tersusun comel je semua. Tetiba kami dikejutkan oleh bunyi yang kuat!!! HHHHaaaahhh apa tuuu????

Hihihihihikkk rasanya apa ek? Cer teka…cer teka…..

Tekaaa laaaa….

--
--
--
--
=

Ok lah…tak tahu kan?
Jawapan dia, ada sorang mamat omputih ni duk pi terjun dari jambatan yang tinggi ke pool ini….perrrghhh kita nak pegang air ni pun sejuk mak oiiii… dia boleh buka baju dan pakai seluar pendek, terjun pulak tu…haahahahaha..abg kata…menghayati betul dia dengan keindahan alam ni kan? Kalau abg bawa spare baju ni nak jugak mandi kejap??? Seriussss??? Hahahahah kang menggigil pulak nanti….Sejuk sampai ketulang air ni kot…ishhh tak sanggup laa..

Abis posing situ sana sini, kami pun beransur dari blue pools ni. Kami menapak dalam 2 minit je dah pun sampai dekat parking. Kami meneruskan perjalanan. Banyak di keliling kami adalah hutan. Kadang kadang kami terpaksa lalui jambatan kecil. Kebanyakan memang jambatan kecil saja yang hanya boleh dilalui satu kereta. Kami melalui Bruce bay dan masa ini keadaan hujan renyai renyai. Kami berhenti di Haast Visitor Centre untuk dapatkan pamplet. Di centre ini menarik juga sebab adanya carta Musim musim di New Zealand, kisah sejarah Haast dan juga Sejarah KIWI.

Selesai kami ronda dalam Haast Visitor Centre ini, kami teruskan perjalanan. Keadaan masih lagi hujan renyai renyai. Cuaca mendung saja dan kami hanya banyak jumpai hutan di kiri kanan. Hutan kali ini tebal dan pokok pokoknya tinggi serta berselerak. Kawasan utara ini tak sama langsung dengan selatan. Kekadang anak anak kata…eehhh kita ni macam nak balik kampong je? Macam nak balik rumah nekma je?. Hahahahaha memang hutan macam ni sangat banyak kat Malaysia kita. Sebelum ini keadaan sekeliling kami cantik saja, tapi kali ini seperti menakutkan….hih hih hih hih……Seperti tidak ada penduduk tau.

Kami menjumpai kawasan pantai yang airnya bewarna hitam. Banyaaak sangat tumbuh tumbuhan yang mati dan terbiar berselerak. Pantai ini sangat sunyi sepi. Bayangkan??? Kekadang saja ada sebuah sebuah kereta lalu. Macam terpencil gitu. Lopak di tepi jalan pun airnya bewarna hitam. Kami agak….mereka membiarkan keadaan begini dan tidak dibersihkan untuk mengekalkan keadaan pemandangan yang semulajadi kot? Andaiaan kami semata mata…..







Kami meneruskan perjalanan. Banyak kami jumpai jambatan jambatan kecil yang disekelilingnya hanyalah hutan belantara. Kalau ada sungai pun kekadang airnya cetek saja.







Lama perjalanan barulah kami menjumpai kawasan berpenduduk iaitu di Fox Glacier. Bila sampai saja sini, hujan sudah berhenti Cuma cuaca sangat mendung dan berkabus. Jika cuaca elok dan mengizinkan, boleh sewa helicopter untuk melihat pemandangan Fox Glacier dari atas. Kami singgah di satu shop untuk dapatkan stok roti dan mineral water.











Kami ronda ronda sekitar Fox Glacier ini dan masuk ke kawasan dalam sedikit  untuk ke Lake Matheson. Kat sini merupakan satu satunya tasik yang mempunyai pantulan seperti cermin. Kami berjalan mengikut track pejalan kaki. Masuk ke dalam hutan juga kali ini. Disebabkan cuaca hari ini tak memuaskan, berkabus dan mendung, jadi kami tak nampak sangat pantulan sepenuhnya. Kalau tak berkabus mesti nampak gunung yang diselaputi salji.
















Kami bergambar juga situ sana sini. Gaya macam macam la dengan dak dak kenit ni. Tak apalah, kita tak jumpa pantulan yang lengkap pun ini pun dah cukup cantik kan?. Hari dah makin lewat petang. Selepas keluar saja dari Lake Matheson ini, kami terus ke Franz Josef. Asalnya kami ke sini memang nak tengok Kiwi iaitu Wildlife Centre. Tapi memandangkan dah nak hamper tutup, kami tak jadi masuk. Taka pa…kita ambil gambar kat luar saja ya anak anak.

Kami park betul betul tepi centre ini tau. Tetiba ada yang menegur kami. OOhhh Melayu rupanya. Kakak tu Tanya kami dari mana. Borak borak lama juga berkenal kenalan…mulanya…wahhh besar ni mesti ramai kat dalam kan? Hihihihikkkk bila turun dak dak kenit sorang sorang…kakak tu sambil tengok sambil kira…hahahahahah…lawak betul la. Ooohhh 4 orang semuanya. Jom kita bergambar sini. Jadi kami pun bergambar la kenangan dengan kakak yang baik hati ini.




Lepas tu, kami pun mula mencari cari campsite untuk bermalam. Bila ronda ronda ni…akhirnya jumpa juga campsite untuk kami park. Alhamdulillah…selesa campsitenya. OOhh lupa nak bercerita, ada seorang India suami isteri dari Singapore berkenalan dengan kami ketika di campsite Queenstown tau. Diorang memang peramah. Tiba di campsite ini, kami jumpa lagi dengan diorang. Hehehehe borak panjang jugala dia dengan abg. Ai ni biasalah sibuk sediakan makan malam pulak. Kesian husband dia…sebab wife dia minta park di campsite yang ada laundry saja. Kami guna juga laundry ni tapi bukanlah tiap tiap hari pun. Tapi dia, Tiap tiap hari mahu basuh baju katanya. Ayooo kopak tu….hihihiiikkk…apa kisah..duit Singapore besar apa. Dia kata tiket free datang sini. Cuma anak sajalah yang kena beli tiket. Untungla kan?? Dapat tiket free ke NZ!!!!

Malam ni kami makan malam dan semua tidur dengan nyenyaknya. Ok….Good night!!!!!


____________________________________________________________________________________________________


Keesokan paginya,….fuuuhhh sejuknya nak mandi…bilik air kat sini canggih sikit. Ada lock pakai code tau….ermmmm ada excess khas gitu. Tip top kebersihan tau!! I like!!!
Habis saja sarapan kami pun bersiap siap untuk check out. Sekeliling kami memang banyak hutan saja kiri kanan. Akhirnya kami menjumpai satu destinasi iaitu The Bushmans Centre. Dalam ni banyak jualan antik saja. Kelengkapan nampaknya diperbuat dari kayu kayu lama. Sangat antik , dari kerusi, meja meja, cabinet, pintu bilik air pun sangatlah antik !!!!. Entah berapa puluh ribu tahun agaknya ni semua. Sempat juga bergambar situ sana sini.























 Anak anak kami dibawa melihat binatang belaan mereka. Sementara kami dibiarkan untuk shopping kat dalam. Pandai diorang ek??? Tak adalah beli apa sangat, hanya postcard lama yang pemandangan NZ saja yang kami beli.

Bila kami dah nak balik, sempat juga singgah kat bahagian depan adanya binatang yang dibela. Sangat jinak tau diorang ni…hihihik…bulu pun bersih saja. Kekadang terpikir, diorang ni tak boring ke duduk kat sini? Huuutan je…jauh sangat pulak tu dari Bandar. Tak shopping ke diorang ni? Dah la dalam shop ni berdua je…macam ala ala Koboi jugakla shop mereka ni. Lebih kurang muzium kecil pun ya jugak.

Bila berposing kat luar ni, kami pun beredar dari sini. Perjalanan kali ini cuaca elok. Matahari pun terang tak macam semalam. Kami ada singgah di satu destinasi seterusnya iaitu Ros Goldfields. Kami singgah dan pusing pusing jalan kaki melalui satu lombong emas ketika dulu. Banyak juga sejarah tempat ini yang dulu sangat dikenali disebabkan penemuan emas kat sini. Kami bergambar kenangan juga kat Ros Goldfields ini.




















Perjalanan diteruskan iaitu ke Hokitika pula. Bila kami sampai saja di Hokitika, kami park betul betul dekat Visitor Centre. Tempat ni macam sunyyyyiiiii je? Macam taka da manusia je duduk kat sini. Kami jalan jalan pusing Bandar ni dan mengambil gambar di Tugu lambang Hokitika. Banyak kedai tutup mungkin sebab hari minggu. Pelik kan? Kita hari minggu lah ramai manusia keluar ke Bandar. Ini??? Sunyiiii je? Heheheeh…tenang la…tapi kalau duduk lama lama kat sini mesti boring ye tak?









Hahaha Zharfan tunjukan...My Trip..My Adventure!!! Betul tuuu....



Nak pi shopping keperluan stok makanan


Banyak rumah rumah untuk dijual kat sini tau. Siapa yang teringin duduk di NZ ni bolehla beli rumah kat sini. Nampak harganya pun ok jugakla, sama macam kat KL. Kami jalan pusing pusing untuk mencari pasaraya. Akhirnya kami jumpa dan beli barangan keperluan terutamanya makanan. Habis….masuk je pasaraya bawak dak dak kenit yang dua ni…confirm kena POWWW nya….korang ingat ini KL kee?? Beli satu satu sorang…dah cukup…kita keluar je. Itu sebab kalau pi market sebelum ini papa hanya bawa abang Zharfan sorang saja, kalau bawak semua macam nil ah…kuat Shopping dua kenit  ni tau…siap boleh Tarik bakul hambik…hambik je apa yang diorang nak!! Ayoooooo….memang dashyat!

Selesai saja shopping, kami balik ke rumah.....opsss campervan…kitaorang keluar pun kekadang slamberr je..pakai seluar trek….anak anak kekadang pakai selipar….ye lahh…. Rumahbergerak..tak macam orang keluar dari hotel…mesti nak kena bersiap cantik cantik dan keluar kan? Tak apa…kita jalan jalan NZ ni lebih kepada santai santai je. Kami makan tengahari kat sini saja. Masak kejap dan terus boleh makan…senang nak makan mana mana pun boleh. Kalau tinggal di hotel…macam mana nak masak? Ada yang pernah cakap diorang bawa rice cooker. Nak masak nasi lagi…lauk lauk lagi…sudahnya? Kena makan kat luar je lah kan? Selalu makan luar pun kat NZ ni bukan senang nak cari makanan halal tau!!...nak jumpa restoran makan pun…errrm…kalau pekan pekan kecil macam ni ok la…kalau jaaauh dari perkampungan? Haaaa susah jugak tu kan? Kena sentiasa masak awal awal pagi untuk bawa bekal dalam perjalanan. Kalau berdua saja ok lah jugak, ni bawak kecik kecik ni….Nasib baik diorang ni semua tekak omputih. Suka sangat makan roti dan nutella.


Bila kami kekenyangan, kami pun meneruskan perjalanan. Kali ni kami singgah pula di Viewing Platform, Swing Bridge dan River Edge. Kat sini kawasan diaaa..perrghhh sangatlah cantik tau. Lebih kurang Blue Pools jugak, airnya Turqoise dan sangat sangat cantik. Kami menapak juga untuk sampai kat sini iaitu hanya 4 minit saja untuk sampai. Tak jauh sangat dan kami turun di bawah..menuruni batu batu. Semua nak turun pulak tu.















Cantiiikkk sangat kan? macam lukisan jer. Jatuh cinta kiter..






Sekejap saja kami posing situ sana sini, kami pun keluar dari sini. Masa kami sampai tak ramai sangat pelancong. Macam kawasan misteri pulak dah bila sampai sini. Persekitaran seperti dalam movie kisah kisah eliens…kisah binatang pelik gitu…hahahaha…mengarut dah ni…imagine yang bukan bukan saja. Sebabnya, hutan kat sini..pokoknya pun dah nampak macam dari alam fantasi gitu…hehehehe



Bila dah penat singgah menyinggah ini, kami pun buat keputusan untuk mencari campsite untuk bermalam. Asalnya kami ke Shanty Town tau. Iaitu Bandar macam koboi. Banyak kedai kedai yang sangat menarik bentuknya. Tapi memandangkan dah lewat petang…setengah jam saja lagi Shanty Town akan tutup, jadi kami cari cari campsite  berdekatan saja.
Bila dah siap makan malam, kami pun tidur supaya esok semua boleh bangun cepat. Kita nak pergi tempat cantik dan menarik ni.. anak anak tak boleh liat liat bangun tau!.

Goodnite!!!!

________________________________________________________________________________________________


 Keesokan paginya,semua dah bersedia untuk ke Shanty Town. Kami adalah antara yang terawal sampai kat sini. Beli saja tiket, kami terus masuk. Waahhh..cantik sangat bangunan di sini. Ada hospital, Bank, shop barangan antik , rumah rumah lama. Hospital tu hanya dipenuhi dengan sejarah perubatan bermula. X- tray cara lama, ubat ubat dan macam macamlah. Bomba pun ada. Banyak sangat kalau nak cerita, jadi kita tunjuk gambar gambar lagi best kan?..















kami naik train ni..masuk dalam hutan sikit ada ditunjukkan tinggalan sejarah mendulang emas















Dah puas jalan dalam ni…dah posing sana sini, makan kami pun keluar. Kami keluar dah pun waktu tengahari tau. Kami pun apa lagi, sebab lapar ni…masak kejap terus makan betul betul depan mengadap Shanty Town ini. Kami nampak ada satu family omputih pun duk picnic bawah pokok. Kat sini tak terlalu sejuk. Panas pun tak sangat, Cuma angin sepoi sepoi bahasa gitu. Tak perlu pakai baju tebal pun ok je.




Selesai saja makan tengahri dan solat  sini, kami teruskan perjalanan. Kami singgah di pekan sekejap. Ingatkan nak turun ambil gambar suasana kat sini, tetiba malas pulak melanda. Tadi dah ronda satu Shanty Town, rasa penat pulak kan. Jadi ambil gambar dari dalam saja. Kami terus berlalu dan tinggalkan tenpat ini untuk ke next destinasi.

Dalam beberapa kilometer, kami pun sampai di destinasi seterusnya iaitu di Pancake Rocks (Blowholes). Kami park di tepi jalan saja dan menapak untuk melihat apa yang special kat sini. Banyak batu batu besar yang air laut menembusi bawah batu ni. Woooowww. Bunyi deruan ombak yang sangat kuat….Ai rasa sangat menakutkan!!!!....eeee…takutla nak tengok dari atas hamparan ombak pada batu sangat kuat. Bunyi saja sudah cukup menakutkan. Dalam perasaan gerun bunyi kuat kat sini, sempat jugak la kami ambik gambar situ sana sini. Takut macam mana pun…gambar tetap tak boleh dilupakan!... wajib ambil tu, sebagai kenangan..


Layanzzzz sajalah GAMBAR kami kat sini yek…cerita banyak tak best…tengok gambar saja dah cukup!





























Joomm balik...


Kat sini memang ramai pelancong. kami ke toilet dulu, membuang saja diorang ini. Jimat air tangki sikit kan. Lepas saja kat sini, kami bincang…nak balik terus ke Christchurch ke? Ooihhh… Cik abe kita tak puashati ooo…issshhh Nelson kita tak sampai lagi..mana boleh jadi?...Alang alang dah sampai sini….Nz…biarlah semua daerah kita pergi. Uiiihhhh Nelson jauh tau abg…Larat ke nak bawak ni? Memang Cik abe kita ni jenis konsisten makan Double X , maka memang tenaga dia luarbiasa sikit. hehehehe....nak jugak tu pi jauh jauh ni. Kita ada terbaca juga sharing pengalaman orang, tak ramai la pergi ke Nelson tu. Abg kata, tak kira…jom kita ke sana jugak. OooooKKKK…ooorait…confirm core pilot tak kan tertidur ni.. Sebabnya????


Nak tahu sebab? Ok, dari apa yang kami lihat dari map ini, jalan ke Nelson dari arah sini sangat mengerikan…heheheeh…maksudnya…banyaaak hanya huuuutan saja tau. Memandangkan tenaga En. Suami kita memang luar biasa, jadi kami teruskan ke Nelson jugak petang ini. Petang ni tau, confirm kita sampai malam kat sana. Abg kata, tak apalaa…asal core pilot tak tidur!...Heheheeh ok!! Set GO!!!

Bismillah….kami meneruskan perjalanan. Kami lalui banyak hutan tebal tau. Dari map dan gps kami ni, hanya satu jalan saja dari arah sini untuk ke Nelson. Gunung dan tanah tinggi kami lalui. Lagi ngeri sebab kawasan curam di bahagian kanan. Lagi bertambah gerun sebab kami banyak menjumpai truck truck besar seperti Transformers melalui jalan ini. Kereta tak banyakla. Macam kami je lalui jalan ni??? Ada jugak kereta tapi sangat sedikit. Hari dah makin nak gelap ni. Kami melalui lereng lereng bukit dan kekadang ada sungai yang laju. Dalam hati ni….bismilah….bismilah saja… abg ok?...Ok jeee… Ai bukan apa tau? Selalu terbayang kot kot campervan ni ada problem ke….hehehehe…memang penakut aku ni tau!!...Selalu je imagine bukan bukan. Ye lah, mana tak takut? Sekeliling hutan niiiiii…tak ada perumahan langsung tau!!! Langsung tak ada rumah2!!!!!....Truck terlampau banyak la. Memang kami tau laluan sini banyak truck yang guna. Kebanyakan ada yang bawa kontena. Entah siapa agaknya bagi tahu kami hal ini. Gambar nak sharing pun masih dalam hp Cik abe kiter.


Hari dah makin gelap. Laluan yang mengerikan Ai tu kami dah lepas. Alhamdulillah…Ai bukan apa tau…kalau kereta Ai tak takut pun..sebab kecik…ini campervan besar gedabak ni…dah rasa macam naik lori lalu lereng lereng bukit curam je tadi….heheheheh tak habis habis perasan gerun tadi. Ok…selepas satu simpang, kami pun dah mengarah ke kanan dan lalui jalan besar yang landai. Kali ni aaaahhh leganyaaaa…..Alhamdulillah….banyak kereta juga yang kami jumpa. Walaupun gelap jalan ni, hati dah tenang sikit…tak cakap tau kat abg kita ni berdebar debar ni…hehehehe. Dia cool jeee…Ai yang dup dap dup dap…


Sekejap je kami jalan…akhirnyaaaaaa… Welcome to Nelson!!!!!,,….Alhamdulillahhhhh…yeeaaaayyyyy…anak anak dah tidur kat belakang ni. Kami berdua je. Sampai di Bandar Nelson ni, kami pun cari cari campsite apa yang ada kat sini. Dari GPS kami ni, ada satu Holiday Park. Jadi kami masuk saja dalamnya memandangkan pagar terbuka. Staff dah pun balik ya. Abg bercakap melalui intercorm. Kami park saja satu tenpat yang masih kosong. Betul betul bersebelahan permainan dan didepan kami ada toilet.


Alhamdulillah sekali lagi tak habis habis bersyukur sebab perjalanan kami sangat lancar dan sampai dengan selamatnya. Kepuasan terpancar di wajah Sang Suamiku…hihihiiiikkk…suka betul dia akhirnya dia Berjaya sampai di Nelson ni. Nak tahu kenapa? Sebab asalnya, tiket flight yang nak dibeli akan ke Nelson Airport tau. Abg kata, kita dari Nelson baru turun ke bawah. Tapi bila kami pikir, eehhh tak kan la nanti kita nak return campervan kena patah balik ke Nelson? Tempat ni macam jauh sangat dari kawasan selatan yang menjadi kunjungan pelancong. Jadi kami beli tiket turun ke airport Christchurch sajaaaa….itulah asalnya plan kami. Dah nak juga dia ke Nelson ni…aaahhh jom ..esok kita explore apa yang ada kat Nelson yek!...hehehehe

Jadi kami tak dapat ke Kaikuora sajalah. Kat sana kan baru terjadi gempa bumi seminggu sebelum kami ke sini. Satu daerah itu saja kami tak sampai. Abg duk sebut sebut lagi tu, kat sana menarik tau… ada persembahan Dolphin kat laut sana. Tak payah pikirlaaaa…tempat Kaikora memang sesiapa pun tak boleh pi sana. Bahaya laa..

Malam ni kami makan sikit dan terus terlelap. Esoknya bila nampak pemandangan waktu siang….wahhh cantik dan selesa juga campsite ni. Laundry pun ada. Jadi abg pi basuh baju baju kami yang kotor ni. Lepas saja mandi, Ai siapkan sarapan. Tiba tiba….anak cakap…

: mama..mama…papa suruh Tanya ni….
= apa dia???
: mama papa kata macam pernah tengok panties tergantung kat laundry tu, ada renda renda lagi….cuba mama pergi tengok…
= Haaaahhh???? Hahahahahah…dari bilik air rupanya tercicir..addoiiii sib baik jumpa balik….diorang pi gantung kat laundy..haiisssssshhhh…
: haaaaaa… tulaaa apaaa ni??? Asyik tertinggal je…sib baik ------ tu melekat, kalau tak, mesti tercicir sana sini…
= huhuhkkk selalu tau cakap camtu!!!!...bukan nak tolong ambik?
; mana tau tu orang lain punya???
= hahahahah..dah laaa…jom sarapan..nanti nak explore Nelson ni…

Kami sarapan dan kemas semua ni,sementara anak anak duk pi main permainan kat sini….uiihhh tak habis habis nak main je yek?...Bukan nak tolong mama ngemas…ayyyaaaaa…..

Bersambung………………………



PART 5
Klik Melancong ke New Zealand Part 5



















.