My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, January 23, 2018

Resepi Roti

Lama Cik Eja tak meroti. Ini gara gara permintaan Sang Puteri Sofia la ni. Bertahun dah ni tak sentuh breadmaker nan satu ni. Dulu masa awal awal beli memangla excited kan. Tapi bila dah lama, jadi tukun kayu jelah. Ok..kali ni terbuat roti semula memandangkan anak sorang ni kata selalu makan roti sosej kat sekolah.


Ada juga kawannya selalu bawa roti sosej. Makan roti kawan hari ni mama. Haisssshh mana boleh makan kawan punya. Biasalah, kalau baru tahun 1 ni, macam macam karenah mereka yang kita kena selalu ambil tau. Memandangkan permintaan Sofia, mama buatlah roti sosej juga.



Mama...laparlaaa...Acim bau sedaaap jerrr...nak makan!...Oklah..inilah peneman mama malam tadi.















Roti yang belum di bakar.


Kan best kalau bawa bekal, tak perlulah nak beratur dan berebut beli makanan. Saya letihla mama lepas tu nak makan lagi. Kesian juga dengarnya. Memang kalau tahun satu ni kalau beli di kantin sekolah berasak asak. Hari pertama tu nampak seorang budak lelaki menolak Sofia yang berada di depan. Cik Eja yang nampak sendiri. Nasib baik Sofia ni menyigung sikunya pada budak tu. hahahahah cayalah anak mama sorang ni.



Maka, terjadilah roti sosej dan roti sardin Cik Eja malam tadi. Alhamdulillah, dari 500g tepung gandum banyak juga dapat roti. Ok, Cik Eja Share resepinya ni ya. Banyak cara lagi resepi roti sebenarnya. Cik Eja banyak simpan resepi resepi roti sebelum ini. Tapi ntah hilang ke mana. Itu kena simpan kat sinilah lepas ni kalau jumpa resepi roti bertulis tu. Banyak teknik dan ada resepi mudah ada yang juga perlukan banyak bahan. Ini resepi kali ini ok.


Bahan Doh Roti

- 500g Tepung gandum (boleh juga guna tepung hight protein)
- 250ml air sejuk
- 1 biji telur
- 65g gula
- 75g mentega
- 30g susu tepung
- 1 sudu besar shortening (kalau tak ada, tak letak pun tak apa)
- 1 sudu besar bread improver (kalau tak ada, tak letak tak apa)
- 1 sudu kecil garam
- 11g Yis (1paket)

Masukan bahan bahan cecair dahulu, barulah bahan kering. Garam jangan disekalikan dengan yis. larutkan sekali garam dan bahan basah bersama air. Kemudian  barulah diuli dengan bahan kering. Uli sehingga sebati dan menjadi doh. Cik Eja menggunakan breadmaker Noxxa. Jadi, senang saja, cebur semua yang basah dibahagian bawah akhir sekali baru dimasukkan tepung bersama bahan kering di atas. Ketukkan (hentak) bekas supaya semua bahan sekata.










Senang ada breadmaker...letak je bahan, tinggal je. 


Bolehlah dimasukkan dalam Noxxa untuk diuli menjadi doh. Setelah 30 minit doh boleh dikeluarkan dan dibahagikan kepada 50g untuk dibentuk mengikut roti yang dikehendaki. Boleh dibuat roti sosej dan roti sardin. Topping roti boleh diletakkan sos, mayonis dan juga cheese.



Bila sudah siap..susun dalam loyang, rehatkan dan tunggu doh naik lagi. Sapukan di atas kuning telur supaya lebih berkilat.

Boleh di bakar 180c selama 15minit.

Sambungan Hokkaido next....

7 comments:

  1. lama tak buat roti, esok hajatnya nak buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan? Best..lagi lagi bila panas dr oven..fresh lagi tu...ni pun dah tinggal sikit Sebab anak bawa ke sekolah..tq ya singgah blog Cik Eja ni..🤗

      Delete
  2. Assalamualaikum Puan,
    saya nak minta copy resepi ni untuk simpanan boleh ye.
    Ada rezeki nak buat juga. Terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..boleh jerr silakan 🤗🤗 Tq sudi singgah blog Cik Eja ya..🤗

      Delete
  3. Da lama mixer Aida x gerak.
    Mood meroti merudum, eja.
    2-3 ari lepas asben kata teringin makan roti Aida buat hi hi hi...
    Mlm ni in shaa Allah nak mengalirkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kan? Lama tak meroti boleh jadi rindu tau...kita pun baru nak ambil mood semula ni Aida...bagus buat sdiri dari beli kat luar kan...tq singgah blog Ni ya..🤗🤗🤗🤗

      Delete