My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Saturday, May 6, 2017

Tempat Menarik yang Mesti dikunjungi di New Zealand

New Zealand meliputi  dua pulau utama iaitu, North Island dan South Island. 

North Island ;

1) NORTHLAND
2) AUCKLAND
3) COROMANDEL
4) WAIKATO & WAITOMO
5) BAY OF PLENTY
6) ROTORUA
7) CENTRAL PLATEAU
8) TARANAKI
9) EAST COAST
10) LOWER NORTH ISLAND

North Island kami tak pergi, jadi tempat tempat menarik yang dikongsikan hanyalah untuk South Island sahaja.

South Island ;
1) MARLBOROUGH
2) NELSON / TASMAN
3) CANTERBURY
4) SOUTH CANTERBURY
5) OTAGO
6) SOUTHLAND & CATLINS
7) WEST COAST



- MARLBOROUGH
1) Picton
2) Blenheim 

- NELSON/TASMAN
1) Nelson
2) Motueka 
3) Murchison
4) Takaka

Biasanya kedua dua di atas ini kurang popular dikalangan pelancong. Tapi Nelson kami sampai juga di sana. Bandarnya menarik, banyak pantai dan ladang buah buahan yang memberi peluang kepada pelancong untuk memetik sendiri dari ladang.



- CANTERBURY
Meliputi :
1) Kaikoura
            2) Hanmer Springs
3) Cheviot 
 4) Rangiora
5) Kaiapoi 
        6) Christchurch
7) Akaroa
  8) Methven
      9) Ashburton. 

Perkongsian hanya tempat tempat yang paling menarik dan menjadi tarikan pelancong sahaja. 


6 Tempat Menarik di Christchurch

1) Christchurch Tram
Cara untuk melihat dengan lebih dekat keunikan dan sejarah dalam Bandar ini. Laluan Tram mengambil masa 50 minit yang termasuk 17 stops. Setiap 15 minit akan ada Tram seteruskan yang akan melalui Tram Stop. 

2) Black Cat Cruises
Boleh menaiki cruise ini di Christchurch dan ia mengambil masa hanya 90 minit untuk ke Akaroa. Akan melalui Banks Peninsula ke idyllic French. Boleh klik di sini untuk keterangan lanjut www.blackcat.co.nz Boleh join day trip juga dari sini.

3) Christchurch Gondola
Pandangan 360’ antara Canterbury Plains, Lyttelton Harbour dan Southern Alps. Located at 10 Bridle Path Road, Heathcote Valley, Christchurch, Hanya 15 minit sahaja dari pusat Bandar. Bus beroperasi setiap jam di luar Canterbury Museum untuk pergi dan balik dari Gondola ini.

4) International Antarctic Centre
Terletak di 38 Orchard Road, Christchurch Airport. Betul betul berdekatan sahaja dengan airport. Hanya dengan 5 minit berjalan kaki sudah sampai di sini. Public Bus yang no 29 dan bus Purple Line dari pusat Bandar akan melalui International Antarctic Centre ini. Bagi yang membawa anak anak, sangat sesuai tempat ini untuk melihat Blue Penguin dengan lebih dekat. Untuk bermain salji (sekiranya anda ke NZ bukan musim winter), boleh merasai pengalaman menarik di sini ‘ Snow and Ice Experience’. Opening Hours = Monday - Sunday Jam 9am - 7pm. Anda boleh klik www.iceberg.co.nz untuk keterangan lanjut. 

5) Willowbank Wildlife Reserve 
Terletak 15 minit sahaja dari pusat Bandar dan 5 minit dari airport. 60 Hussey Road, Northwood, Christchurch. Bus no. 107 akan melalui gate Willowbank ini. Blue Bus dari pusat Bandar juga iaitu boleh didapati di Northwood Mall atau Northwood Mega Centre. Untuk keterangan lanjut anda boleh berhubung dengan no ini 0800 1010 21.
  
6) Christchurch Punting
Anda boleh berehat dan menikmati keindahan dari dalam sampan di tengah Bandar iaitu di Sungai Avon. Ada 2 tempat untuk anda ke sini iaitu :
- Park Landing Site : Antigua Boat Sheds, 2 Cambridge Terrace, Christchurch.
- City Landing Site : Worcester Bridge, Worcester Street, Christchurch.


- SOUTH CANTERBURY
South Canterbury ini meliputi :
1) Geraldine
2) Fairlie
3) Temuka
4) Timaru
5) Aoraki/Mount Cook
6) Twizel
7) Waimate

Lake Tekapo

Selamat datang ke perkampungan kecil yang sibuk di Lake Tekapo. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini, adanya kedai makan, penginapan dan anda boleh membuat pemilihan samada melakukan aktiviti mendaki atau berbasikal. Satu destinasi yang akan mengambil masa anda lebih lama sedikit di sini untuk menikmati apa yang ditawarkan kerana Lake tekapo adalah salah satu destinasi yang Paling menarik di NZ ini.

Melawat Gereja Good Shepherd, yang dibina pada tahun 1935 sebagai peringatan kepada pelopor dalam Mackenzie Country. Di sini banyaknya bunga bunga Lupin yang tersangat cantik bila musim Summer. Ambilah gambar banyak banyak di sini kerana ia akan menjadi satu kenangan Paling terindah!

Melihat patung anjing gangsa, satu penghormatan kepada anjing domba tahan lasak. Dog Monument..di sini juga terdapat banyak bunga Lupin!!!
Berjalan-jalan di seluruh jambatan yang anggun.

Berjalan atau memandu ke puncak Mt John untuk pandangan 360 darjah di rantau ini yang menakjubkan.

Untuk pengalaman yang berlainan sedikit, anda boleh pergi memburu atau memancing dengan panduan tempatan.
Pada musim sejuk menikmati bidang ski tempatan, ais dan salji tiub, atau bersantai di kolam panas.

Menghayati kawasan ini dengan menunggang di atas kuda, atau menggunakan perkhidmatan dari udara dalam penerbangan atau hanya dengan berjalan kaki sahaja, merupakan salah satu antara laluan pejalan kaki yang sangat indah di sini.










Keindahan Lake Tekapo




Lake Pukaki

Lake Pukaki, sangat cantik dan indah pemandangan di sini. Anda boleh berhenti di sini setelah penat melakukan aktiviti di Lake Tekapo. Di sini warna air Tasik sangat cantik dan bewarna Turqoise. Ada satu ruang untuk berehat dan disediakan tandas awam di sini.

Dari 1 Disember, adanya New Zealand Alpine Lavender adalah sangat menakjubkan pemandangannya. Adalah ladang lavender organik 6 km dari State Highway 8 di jalan raya untuk ke Mount Cook.

Anda boleh berjalan melalui ladang-ladang lavender, mengambil foto, membeli minyak wangi yang berasaskan lavender organik, terdapat juga sabun buatan tangan yang berasaskan lavender, losyen, lavender coklat, pelembap bibir, Manuka Honey, dan lavender boneka mainan lembut juga ada di sini.

Info Untuk lanjut, Anda Boleh klik nzalpinelavender.com

Alamatnya: State Highway 80, Tasik Pukaki. Telefon No: +64 27 268 1546


Cantik kan? Banyak lagi gambar kami ambil di sini..Lake Pukaki!







Geraldine 

Satu bandar yang cantik kerana terdapat banyak sungai dan anak sungai. Berada di Selatan Christchurch. Ia merupakan bandar yang menjadi laluan untuk ke Aroaki / Mount Cook. Anda boleh mengetahui tentang sejarah bandar ini dengan mengunjungi Geraldine Historical Society Museum.  Sepanjang Talbot Street, anda boleh terapi diri dengan  berbelanja di kedai-kedai yang menawarkan coklat buatan tangan, pakaian, seni halus dan kraf tempatan, termasuk lukisan, kerja-kerja kain dan barang kemas.

Fairlie

Adalah satu bandar kecil yang cantik dan merupakan penempatan kepada penduduk berkualiti dari segi persekitaran yang nyaman kerana dikelilingi oleh banjaran gunung yang menjadi kemegahan mereka. Aktiviti di sini :

1)  Mengunjungi keunikan kedai-kedai di sini, Taman permainan kanak-kanak dan kedai-kedai makan.
2)  Boleh merasai pengalaman memancing salmon yang banyak di sungai-sungai atau melakukan pendakian.
3)  Melawati Fairlie Heritage Museum untuk melihat warisan sejarah lama di sini. 
4)  Mengunjungi Lake Opua, tempat terbaik untuk memancing, menaiki bot, berenang dan perkhemahan.
5)  Nikmati makanan tempatan di kafe dan restoran dengan pelbagai pilihan.
6)  Mengunjungi Gem Alpaca Stud ( Farm Visits). Boleh jumpa dengan Llama (binatang rupa seperti unta tapi kecil dan comel ) dan Alpaca. Boleh mengambil gambar yang cantik di sini bersama binatang ini berlatarkan bunga bunga Lupin ( kalau musim Summer). Juga ada cafe dan farm shop di sini. NZD 20 (adult), NZD 15 (child). Kanak kanak 7tahun ke bawah adalah FREE.
boleh lawati gemalpacas.nz untuk info lanjut.


 Aoraki/Mount Cook

Aoraki / Mt Cook adalah gunung tertinggi di New Zealand, ketinggiannya 3754 meter. Menurut Maori mitologi, yang Aoraki muda bersama saudara-saudaranya telah dibekukan oleh angin selatan dan bertukar menjadi batu di belakang waka, membentuk Alps Selatan. Alpine Aoraki / Mount Cook village, bertempat di Taman Negara Aoraki / Mount Cook dan terletak di sebelah Lake Pukaki. Ia menyediakan tempat yang selesa untuk aktiviti aktiviti dipergunungan.

Untuk ke puncak Aoraki / Mount Cook adalah dengan berjalan kaki sahaja. Ada trek pejalan kaki yang sangat mudah untuk dilalui. Pemandangan di puncak ini sangat cantik setanding dengan keindahan Lake Tekapo dan Lake Pukaki. Pastikan berhenti di Church of the Good Shepard ketika mengunjungi Lake Tekapo. Selain berjalan kaki, anda boleh juga menaiki scenic flight di Aoraki/Mount Cook Village untuk melihat keindahan glasier dari atas. 

Fairlie, Temuka dan Timaru...kesemua ini akan dilalui apabila menuju ke Mount Cook. Anda akan melalui Lake Tekapo dahulu dan kemudian Lake Pukaki. Sepanjang perjalanan, Anda akan terpukau dengan keindahan air tasik yang bewarna Turqoise. 




Perjalanan balik dari Mount Cook 






Kecantikan Puncak Mount Cook


Twizel

Salah satu tempat menarik kerana adanya High Country Salmon Farm. Boleh memberi makan Salmon dan menangkap sendiri di sini. Harga Salmon di sini adalah lebih murah berbanding di pasaraya. SH8, Twizel 7901 385 021 400. Klik  www.mtcookalpinesalmon.com untuk info lanjut.


South Canterbury ini merupakan kawasan yang mempunyai banyak tempat menarik. Di sinilah anda akan menjumpai Bunga Lupin yang begitu banyak di Lake Tekapo (Hanya untuk musim summer sahaja Nov- Dis) Jika musim lain, Bunga Lupin memang tidak ada di sini. Musim summer ini segala gala kemudahan seperti sewa kereta atau campervan sangat tinggi harganya. Campervan 6 berth boleh mencecah sehingga hampir 10ribu untuk 15 hari. (bermaksud lebih kurang NZD200+ untuk sehari)

- OTAGO
Otago meliputi :
1) Oamaru
2) Port Chalmers
3) Dunedin
4) Mosgiel
5) Ranfurly
6) Wanaka
7) Cromwell
8) Arrowtown
9) Queenstown
10) Alexandra
11) Balclutha

Oamaru

Sebuah bandar pelabuhan hanya 90 minit ke utara Dunedin. Oamaru adalah terletaknya rumah kepada beberapa seni bina abad ke-19 terbaik di New Zealand dan salah satu daripada taman-taman awam tertua di negara ini.
The Victorian Precinct dalam barisan daerah komersial utama Oamaru sebagai salah satu kawasan paling bersejarah dan menarik di New Zealand kerana banyak menonjol bangunan abad ke-19 dibina dari batu Oamaru.
Lima minit dari pusat bandar pula adalah Oamaru Blue Penguin Colony, tempat bersarang semula jadi untuk beratus-ratus spesis penguin terkecil di dunia. Dapat melihat mereka hanya pada waktu senja ketika mereka pulang dari pantai ke rumah tepi cenuram selepas seharian di laut.
Highlights:
**Melawat Oamaru Blue Penguin Colony.
**Melawat rumah api Moeraki (Moeraki lighthouse) dan  Moeraki Boulders terkenal di Pantai
**Moeraki, kira-kira setengah jam selatan Oamaru

Omarama

Omarama dikenali sebagai "Place Of Light", Omarama mempunyai pemandangan yang menakjubkan termasuk gunung yang tinggi dan air yang jernih. Omarama menonjolkan segala-galanya yang terbaik mengenai New Zealand, pemandangan gunung dan  pekan - pekan kecil. Merupakan satu destinasi sesuai untuk meluncur dan memancing, ia berdekat dengan Mount Cook, Seven Lakes, banyak ladang anggur, adanya aktiviti Hot Tubs, aktiviti berbasikal dan hiking. Aktiviti yang boleh dibuat di sini :

 1)  Melakukan pendakian di atas kawasan pergunungan di sini.
 2)  Lawati Clay Cliffs menarik, dan  pembentukan geografi luar biasa di sini, di mana anda akan  berasa seperti berada dalam sebuah istana pasir gergasi.
 3)  Mengunjungi kedai cenderamata yang unik, barang-barang antik dan berseni.
 4)  Melihat banyak Ikan di tasik - tasik berhampiran dan sungai di sini.


Dunedin

Merupakan satu bandar besar juga selain Queenstown. Bandar yang cantik, bersih dan rich in nature. Di sini merupakan destinasi menarik untuk mengunjungi Kilang Cadbury dan Dunedin Railway Station. Boleh juga menaiki train untuk menikmati keindahan di sini. Tiket boleh dibeli di Railway Station ini.





Wanaka

Lake Wanaka sangat terpelihara. Pemandangan Lake Wanaka ibarat seperti salah satu karya epik alam semula jadi. Anda boleh menjadikan kawasan ini sebagai salah satu kenangan terindah dengan bergambar sana sini, pelbagai posisi untuk dikongsikan dengan rakan rakan nanti.

Disebabkan kawasan Lake Wanaka ini sangat terpelihara dengan keindahan semulajadi, maka pengunjung suka beriadah di sini.

Aktiviti di Wanaka:

1)  Anda boleh bersiar-siar di Lake Wanaka semasa percutian anda yang romantik  dengan pasangan ataupun rakan-rakan.
2) Anda boleh juga berjalan kaki atau menunggang kuda di musim Summer dan dapat melihat ladang anggur serta hasil tempatan yang lain.
3) Anda boleh menikmati keindahan ketika musim Autumn bersama pasangan atau keluarga. Daun musim luruh bewarna keemasan akan banyak di Lake ini. Boleh merasakan ketenangan dan merehatkan minda dari kesibukan kerja selama ini.
4)  Anda juga boleh merasai keseronokan dengan melakukan aktiviti berkhemah di bawah bintang atau manjakan diri anda dengan berbaring sesuka hati dan berjemur di bawah sinaran matahari lewat petang.
5) Anda boleh menjamu mata anda dan menyuburkan minda anda di festival seni dan budaya di sini.

Anda Boleh menerokai Keindahan Lake Wanaka DENGAN mengambil gambar SETIAP sudut dan dikongsikan pada rakan rakan di instagram DENGAN tag @lakewanakanz dan #lovewanaka.

Lake Hawea

Lake Hawea adalah sangat cantik. Pemandangan Tasik ini yang tenang dengan keindahan gunung di sekelilingnya. Banyak ikan di dalam tasik ini. Anda juga boleh menaiki bot, berenang, bermain layang-layang, berkayak, berjalan kaki atau hanya bersantai di tepi Lake ini. Ketika musim Winter anda boleh meluncur ais di sini. Sangat Indah pemandangan di sini!!!!

Cardrona

Cardrona adalah yang terkenal dengan Hotel bersejarah. Sangat cantik pemandangan di sini. Anda boleh bergambar sana sini di Hotel Cantik ini. Anda juga boleh merasai pengalaman trekking kuda, atau berbasikal di kawasan ini.

Di sini juga adanya aktiviti  ski bertaraf dunia ketika musim Winter. Apabila menaiki kenderaan di hadapan sikit terdapatnya Pagar coli!!!! Sempena kempen Kesedaran Breast Cancer.


Puzzling World

Ini adalah salah satu destinasi yang 'unik' gitu. Di sini anda akan merasai 'keunikan' yang berulang-ulang.  Sentiasa adanya aktiviti aktiviti menarik untuk dilakukan di sini. Ia UNIK kerana aktiviti di sini anda tidak boleh melakukannya di tempat lain.

Sangat Menarik, aneh, menarik dan sentiasa menarik....diulangi banyak kali kerana aktiviti di sini akan mengembirakan bukan sahaja kepada kalangan kanak kanak, malah orang dewasa juga.

Tarikannya adalah, aktiviti meredah dan mencari laluan seperti 'Waze Runner'.  Sangat mencabar kerana tidak ramai yang menjumpai jalan yang betul apabila melakukan aktiviti ini.  Sangat mengelirukan. Banyak lagi aktiviti di sini yang memang mencabar MINDA anda!!! Koleksi koleksi gambar pelik dan terbaik dunia pun ada di sini.





Arrowtown

Indah terpeliharanya Arrowtown, dengan pokok-pokok daun luruh dan bangunan bersejarah, sebuah muzium. Ia masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri asalnya, dengan banyak kedai-kedai lama dan pondok masih digunakan hari ini. The Arrow River dikatakan menjadi salah satu sumber terkaya di dunia emas dan menarik penduduk sibuk pelombong emas dalam tahun 1860-an.

Anda boleh meneroka kehidupan lampau mereka di lombong-lombong emas di Lake District Muzium dan di tebing sungai, yang dibuat oleh pelombong emas Cina dan ahli perniagaan apabila perlombongan emas telah berkembang di rantau ini satu ketika dulu. Anda juga boleh melihat beberapa pondok lama perlombongan emas dan maklumat yang ada di sana memaklumkan kepada anda tentang kesannya ke atas rantau ini.


Queenstown

Queenstown adalah tempat untuk beriadah disamping dapat menghirup udara segar. Melakukan aktiviti adventure juga di sini. Queenstown sering menjadi destinasi popular dikalangan mereka yang terkenal seperti pembuat filem, ahli sukan dan pemimpin dunia. Tidak hairanlah bahawa Queenstown sentiasa menjadi kunjungan ramai tidak kira apa sahaja musim. 


Queenstown adalah sebuah bandar kosmopolitan padat dengan pelbagai kemudahan tempat makan dan bar. Jalan-jalan di sini sentiasa sibuk, dan terdapat hiburan muzik, teater jalanan, dan penuh dengan pelbagai aktiviti. Banyak kedai-kedai dibuka sehingga lewat malam, tujuh hari seminggu, Adanya Butik pereka tempatan dan antarabangsa di sini. Galeri produk antarabangsa dan mewah serta barangan kulit juga ada di sini.




- SOUTHLAND & CATLINS
Ia meliputi :
1) Milford Sound
2) Te Anau
3) Gore
4) Invercargill
5) Riverton / Aparima
6) Bluff

Milford Sound

Milford Sound dikelilingi dengan gunung ganang yang sangat Indah. Untuk menikmati keindahan kat sini, anda mesti menaiki cruise. Sebenarnya ada dua destinasi yang boleh anda menikmati keindahan pinggi laut ini iaitu samada Milford Sound atau pun Doubtful Sound. Kedua dua destinasi ini merupakan kawasan Fiordland. 

Kedua tempat ini berlainan cruise yang harus dinaiki. Pilih lah yang mana satu untuk dikunjungi. Biasanya pelancong suka ke Milford Sound kerana adanya air terjun yang sangat besar di antara pergunungan di situ. Manakala Doubtful Sound pula keistimewaan dia adanya Dolphin membuat lompatan  di akhir hentian cruise. Tengok keadaan cuaca juga untuk melihat Dolphin di sini. Sekiranya cuaca tak mengizinkan, Dolphin tidak kelihatan.

Pemandangan kedua dua destinasi ini lebih kurang sama sahaja. banyak dikelilingi gunung ganang yang masih diliputi salji dipuncaknya. Ada beberapa company yang menawarkan perkhidmatan ke sini. Ada Jucy Cruise, Southern Discoveries,........

Harga tiket di waktu pagi adalah lebih murah berbanding waktu tengahari. Sekiranya di Doubtful Sound pula, destinasi ke sini mengambil masa satu hari kerana perjalanan adalah lebih panjang. Kawasan yang dikunjungi lebih besar melibatkan dua cruise dan bas. Semua ini termasuk dalam satu tiket yang boleh dibeli sahaja di kaunter tiket jeti.

Manakala untuk ke Milford Sound, kalau menaiki cruise dari Queenstown, ia mengambil masa 3-4 jam untuk sampai. Jika mahu menaiki cruise di waktu pagi, anda mesti bermalam di Milford Sound atau di Te Anau. 

Ada juga disediakan day tour (return) dengan menaiki bas dari Queenstown untuk ke Milford Sound ini. Sekiranya anda ingin memandu sendiri, keadaan jalan sedikit mencabar iaitu akan melalui terowong single lane (Homer Tunnel). 





Jeti sebelum ke Doubtful Sound


Invercargill

Invercargill, merupakan satu bandar kecil yang betul betul berada paling selatan NZ ini. Kami tak ke sini, cuma lalu sahaja. Boleh ke sini jika anda berimpian untuk melengkapkan pelancongan ke seluruh NZ selatan ini. 

- WEST COAST
Ia meliputi :
1) Haast
2) Fox Glacier
3) Franz Josef / Waiau
4) Hokitika
5) Greymouth
6) Westport


Haast

Haast terdiri daripada beberapa penempatan kecil iaitu - bandar Haast dan Haast Junction pada SH 6, dan seterusnya ke bawah sedikit, Haast-Jackson Bay Road di Pantai Haast - penempatan banyak di sepanjang perjalanan ke Jackson Bay, iaitu 48km dari Haast Junction.

Tarikan Haast ini kebanyakannya melibatkan aktiviti di luar seperti - memancing, memburu, mendaki, menjelajah alam semula jadi dengan menggunakan penerbangan atau  perkhidmatan jet-bot. Kawasan ini juga merupakan syurga bagi pemerhati burung seperti Tui, Bellbird, Merpati, silvereye, warbler kelabu, kaka dan kiwi semuanya banyak terletak di kawasan hutan tanah rendah.

 Blue Pools Haast Pass
The Haast Pass adalah pintu masuk selatan ke Pantai barat dan perjalanan adalah melalui hutan hujan, tanah lembap, tasik, sungai glasier dan jeram-jeram. Untuk ke Blue Pools ini anda kena menapak sedikit dan melalui hutan di sini. Jangan risau semuanya menjadi laluan pelancong yang sentiasa berkunjung ke sini. Anda boleh menikmati perjalanan yang menakjubkan di glasier terpanjang di Pantai Barat iaitu tengah-tengah pembentukan ais yang menarik ini. Percutian di sini sangat menarik dan sangat sesuai untuk semua tahap kecergasan dengan berpandukan latihan dengan standard antarabangsa.

Fox Glacier

Fox Glacier menawarkan pengalaman yang lebih bersifat perkampungan dan ia berjiran dengan Franz Josef. Menikmati keindahan glacier terpanjang di Pantai Barat yang berada di tengah tengah pembentukan ais dan sangat menarik. Merupakan destinasi percutian yang sesuai untuk semua aktiviti kecergasan seperti berjalan kaki dan pendakian dengan panduan dan latihan standard antarabangsa.

Di sini ada pelbagai kemudahan termasuk kafe dan restoran, Di sini juga terdapat Bruce Bay (banyak terdapat pokok2 mati) ia berdekatan dengan hutan Rimu Magnificent. Bruce Bay adalah penempatan kecil kekal di sini dan merupakan satu penempatan hasil peninggalan emas. Anda boleh berjalan - jalan di sepanjang pantai ini.


Lake Matheson

Aktiviti Yang Mesti dilakukan adalah berjalan kaki  ke Lake Matheson. Terletak 5km barat bandar Fox Glacier. Terkenal kerana ia mencerminkan imej hampir sempurna Aoraki Mt Cook dan Mt Tasman diperairan Lake Matheson ini. Lake Matheson telah terjadi sekitar 14.000 tahun yang lalu.
Tasik ini dipenuhi dengan air yang berwarna gelap.

Tasik kecil ini, (tasik yang tenang) juga dilindungi daripada angin, air berwarna hitam ini selalu sangat memberikan cermin yang sempurna untuk pergunungan diatasnya (ia dapat dilihat terbaik pada waktu matahari terbit dan matahari terbenam). Kawasan ini dihuni oleh kehidupan burung yang banyak dan merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah, berenang dan meredah belukar.

The Lake Matheson Walks telah dianugerahkan Green Flag antarabangsa pada tahun 2014. Anugerah ini mengiktiraf  Lake Matheson kerana telah memenuhi kriteria tertentu yang merupakan ruang hijau yang sangat Indah untuk dikunjungi serta ia amat terpelihara warisan alam semulajadinya.


Franz Josef

Franz Josef Glacier diberi nama bersempena Franz Josef I (1830-1916), yang merupakan kerajaan dan menjadi Maharaja Austria dan raja Hungary. Glacier Country ini menawarkan anda sesuatu yang jarang dan berlainan iaitu peluang - peluang untuk mengalami persekitaran glacier yang sangat menarik dengan iklim yang sederhana dan ia berhampiran dengan lebuh raya utama. 140 glacier adalah mengalir dari Alps Selatan.

Perjalanan anda sepanjang Travel di West Coast tidak akan lengkap selagi tidak sampai ke  Franz Josef dan Fox glacier. Anda boleh melihat pembentukan ais (yang bentuknya seperti lidah lidah dan sangat banyak) dengan melalui hutan hujan iaitu 270m di atas paras laut. Anda boleh melihat keajaiban pembentukan ais seperti bentuk lidah ini dengan melakukan pendakian dengan panduan dari pendaki profesional tempatan.

Helikopter juga disediakan untuk mereka yang mahukan perkhidmatan penerbangan dan menikmati keindahan dari atas. Untuk anda yang sukakan sesuatu cabaran, boleh juga melakukan SkyDive di sini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Franz Josef ini, lawati Fanz Josef i-SITE.
117, 547ha Westland / Tai Taman Negara Poutini

Top 5 perlu dilakukan oleh pelancong :

1) Meneroka pemandangan yang menakjubkan di Franz Josef Glacier!
2) Mengalami penerbangan helikopter di sekitar glacier
3) Bersenang-senang dan berendam di Glacier Hot Pools.
4) Ambil peluang ke Lake Mapourika untuk aktiviti berkayak
5) Sekiranya cuaca elok, naiklah ke atas Alex Knob dan duduk serta anda boleh melihat dari atas ke arah Franz Josef keseluruhan  dan Alps Selatan.

Skydive Franz menawarkan penerjunan paling tinggi di New Zealand iaitu 18000ft, tetapi anda juga boleh memilih untuk 12000ft atau 15000ft. Apa sahaja yang anda pilih, ia adalah keseronokan dan pengalaman yang sangat menakjubkan untuk melihat landskap Aoraki Mt Cook, glacier, hutan hujan, sungai dan pantai.


Punakaiki
(Pancake Rocks)

Batu ini  kelihatan seperti timbunan pancake yang sangat tinggi. Batu seperti juga pancake sebesar gajah-kelabu ini merupakan satu satunya batu kapur di Wild West Coast yang berusia lebih 30 juta tahun.Untuk melihat fenomena batu ini, anda boleh berjalan kaki di laluan pejalan kaki yang tersedia. Trek Jalan diperbuat dari batu batu dan juga adanya jambatan. 

Di sini anda boleh melihat keseluruhan  pemandangan  hamparan air sangat besar yang seperti letupan kuat di celah celah batu di sini. Pancake Rocks dan Blowholes di Punakaiki ini  terkenal di dunia dan memang ia betul betul kelihatan seperti lempeng gergasi. 20 min berjalan kaki di  landasan yang tersedia untuk ke Dolomite Point memberikan pandangan terbaik untuk melihat pembentukan batu kapur yang sangat lama berusia 30 juta tahun . Pandangan air  yang terbaik adalah ketika  air pasang - anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di Visitor Centre yang berada betul betul bertentangan pintu masuk Pancake Rock ini.

Terdapat pelbagai tempat penginapan serta makanan dan minuman ditawarkan di Punakaiki. Bandar ini juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara Papaora. The Pororari River Track adanya trek pejalan kaki untuk melihat gaung batu kapur yang menakjubkan. Ada 2 jam atau 3 jam trek yang disediakan untuk peminat aktiviti berjalan kaki di Punakaiki ini ( Anda boleh dapatkan maklumat dari Visitor Centre yang berada bertentangan pintu masuk ke Pancake Rocks)
Ada juga maklumat tentang  kraftangan tempatan, galeri koperasi, aktiviti kenu, hidupan liar, trekking kuda, memburu batu permata, meneroka gua dan mendaki.


Hokitika

Hokitika adalah satu bandar kecil yang tenang. Banyak terdapat kedai, galeri dan kafe. Pada tahun 1860-an, penemuan emas di Hokitika dan lebih 800kg (5.6 Juta NZD) emas telah dihantar ke Melbourne bulanan. Muzium Hokitika mempamerkan peralatan perlombongan emas, pemulihan emas, gambar-gambar bersejarah dan audio-visual yang mempamerkan emas dan Greenstone.

Di Pusat Kiwi Nasional anda boleh melihat kiwi dengan lebih dekat. Mereka mula berlari mencari kandang apabila cahaya semakin malap. Boleh lihat Tuatara, ikan dan belut berumur 80 hingga 100 tahun yang diberi makan dua kali setiap hari pada pukul 10 pagi dan  tengah hari jam 3 petang.

Hanya 15 minit ke selatan Hokitika, terdapat Treetop Walk yang menyeronokkan terletak di kanopi Rimu purba dan pokok kamahi.

Hokitika Gorge

Ia terletak 33km dari Hokitika. Hokitika Gorge berada di dalam belukar dan airnya sangat cantik kebiruan. Kelihatan airnya secantik seperti juga Blue Pools. Anda boleh meneruskan perjalanan ke Lake Kaniere, atau ke Pantai Barat di mana adanya Treetop Walkway di Tasik Mahinapua dan kemudian boleh kembali ke Hokitika.

Dua tasik yang indah ini terletak berhampiran Hokitika. Ke timur, Lake Kaniere dikelilingi oleh gunung salji dan popular untuk menaiki perahu, luncur air, berkelah, berenang dan berjalan, manakala Lake Mahinapua ke selatan berhampiran Treetop Walk adalah sesuai untuk belayar, berkenu dan berjalan di hutan.


Ross Goldfield

Ia berada 20 minit sahaja di selatan Hokitika dan 90 minit ke utara glacier. Bandar bersejarah Ross terletak di antara Alps Selatan dan pantai. Pada tahun 1909 bandar yang mendapat pengiktirafan disebabkan pencapaiannya dalam penemuan emas terbesar di New Zealand iaitu 2.81kilogram 'Honorable Roddy'. Replika Roddy ada dipamerkan di dalam muzium di Ross Goldfield's information & Heritage Centre.

Di pusat bandar kecil ini adanya Miner's Cottage dan Ross Gaol asal. Bangunan bersejarah ini sangat mengagumkan di mana adanya kedai kedai kraf dan anda boleh menikmati hutan asli di mana terletaknya sejarah pencarian emas satu ketika dulu (di Water Race Walkway).


Greymouth

Terkenal di dunia disebabkan perjalanan keretapinya yang panjang. Tranz Alpine adalah satu perjalanan yang menakjubkan yang melintasi Dataran Canterbury dan Southern Alps melalui jambatan dan terowong ke Greymouth. Ia adalah salah satu daripada banyak cara untuk tiba di pekan terbesar West Coast  ini.

Walau dengan apa cara pengangkutan anda ke sini, anda akan tetap dan pasti terpesona dengan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Sebagai bandar terbesar di West Coast, Greymouth ini dikelilingi ladang tenusu, pelancongan dan tarikan warisan aslinya.

Di Greymouth adanya  pelabuhan nelayan komersial dan kawasan sukan memancing popular untuk tuna bersirip biru. Adanya bot nelayan dan tempat bersejarah yang lain.

Shantytown

Shantytown  berdekat Greymouth selatan, anda Mesti kunjungi Shantytown ini. Terdapat banyak replika bersejarah sejak 1880 lagi. Ia merupakan Bandar emas lengkap dengan kereta api stim yang berfungsi membawa pelancong. Ada juga teater hologram unik yang menceritakan kisah lombong-lombong emas.

Utara Greymouth anda akan menjumpai Blackball. Pekan kecil ini adalah tempat kelahiran New Zealand Parti Buruh. Di Westport pula, Anda Boleh lawati Karamea.















Wednesday, May 3, 2017

Melancong Ke New Zealand Part 7 Episod Terakhir

Pagi ini di Nelson City Top 10 Holiday Park, kami bersiap siap untuk keluar. 



Semua dah bersiap mandi dan sarapan. Di campsite ni sangat selesa. Selain bilik air yang banyak, kitchen, laundry pun ada disediakan. Tempat permainan untuk kanak kanak juga ada di sini. Memang seronok kanak kanak kalau datang ke campsite macam ni.



Ruang yang besar untuk laundry, bilik air dan kitchen. 

Campervan kami betul betul park berdepan dengan kemudahan ini. Senang saja nak ke tandas atau membasuh di laundry. Permainan untuk kanak kanak pula betul betul sebelah campervan kami ini.










Kami mula ronda ronda Bandar Nelson ini. Besar juga Nelson ni yek, ada banyak kilang dan ladang buah buahan kat sini. Selain itu ada banyak juga ladang khas anggur untuk dibuat wain (arak). Memandangkan NZ ini selalu terjadinya gempa bumi, jadi kebanyakkan bangunan kat sini semuanya rendah rendah saja.

Kami singgah di Pantai Tahunanui. Kata abg nak mandi juga di NZ ini. Sebelum ni selalu nampak pemandangan air tasik dan pool yang sangat cantik, nak mandi terlampau sejuk. Jadi di Nelson ini, nak juga lepaskan hajat untuk mandi juga. Dapat cicah cicah sikit pun jadilah katanya. Uihhh…memangla Nelson ni tak sesejuk bahagian selatan sana, tapiiii ermmm bagi Ai…tetap SEJUK!!! Sanggup ke? Hehehehe katanya..jom anak anak…kita MANDI!!!

Bermula lah diorang ni mandi manda. Uiihh??? Tahan betul diorang ni dengan cuaca macam ni nak mandi. Sejuk juga tau kat sini. Macam aircorn 16’c gitu tau. Ai duduk saja di tepi pantai sambil memandang kearah mereka yang sedang mandi ini. Ada juga omputeh yang mandi manda. Tapi tak ramai mana pun, ada juga mereka yang datang pantai ni mandi hanya sekejap saja. Menggigil la tu!. Cuaca terang tapi berangin yang sangat sejuk. Lepas mandi sekejap abg datang….huhuhuhuukk sejuknyaaaaaa….hehehehe…eehh…pi la mandi lagi!!! Tak nak dah…

Sambil kami duduk dan makan keropok ni, banyak sangat burung datang. Mereka semua berkerumun nak kan makanan kami ni. Ai apa lagi, bagi sikit sikit…waaahhh makin ramai pulak datang?...Commeeelllnyaa… maka bermula lah aksi bergambar kami kat sini. Sementara tu anak anak masih lagi bermain air. (Diorang ni…tak tahu sejuk pula kat sini).








Makin kami bagi makan makin dekat burung burung ini. Hahaha ada yang paling kelakar tu, ada seekor burung ni kan, macam dia nak control semua makanan ni. Dia kejar kejar burung mana yang makan. Burung lain main curi curi saja nak patuk makanan kami, bila kena kejar burung yang macam ketua tu, mereka lari lari sikit. Nanti datang balik. Hehehehe kelakar betul tengok gelagat binatang comel ni tau. Ada juga ambil video aksi mereka ni. Nanti akan Ai masukan dalam youtube video video sepanjang kami di sini. Selesai semua mandi, kami mula keluar dari pantai ini. Perrrghh…biru bibir masing masing. Eiiii korang ni tak sejuk kee???...Yup!! sejuk lah mama... tapi seronok….

Semua mandi di satu paip yang disediakan, menggigil tu masing masing. Mana tak menggigil? Angin yang sejuk ni lagi menambahkan kesejukan. Air laut dah macam ais. Selesai saja memakai baju, pergi pula main di taman yang tersedia kat sini. Kami makan tengahari kat sini saja. Selepas makan, anak anak sambung bermain semula. Kami berdua duk lepak di atas katil belakang (tak dinaikan jadi meja) sambil melihat gelagat ramai pengunjung di pantai ini. Sambil borak borak…kita nak ke mana lagi ni? Errrmmm tadi pagi kan dah jalan sekeliling Bandar ni, nak ke mana lagi? Pantai banyak kat Nelson tau, tapi jauh jauh juga la. Nak ke sana nanti sampai dah pun gelap. Jadi kami buat keputusan, lepas anak main ini, kita ronda Bandar dan ladang kat sini saja lah.



Kami baring, relax dalam campervan, sementara tu Dak dak kenit, maaain saja tak tahu penat betul diorang ni tau.


Bila anak anak puas bermain, kami pun keluar dari kawasan pantai. Kami singgah di satu ladang buah buahan. Ada apple, pear, berries, dan ada buah buah lain lagi. Asalnya kami ingat nak petik sendiri, alamaaakkk rugi pulak sebab dah tutup pun semuanya.





Kami nampak ada buah buahan yang diletakkan di satu bakul. Orangnya tak ada pun. Ditulis NZD3.00. Kami punnn…waahhhh kat sini mesti semua jujur kan? Boleh tinggal buah macam tu saja. Sesiapa nak beli tinggalkan duit kat situ saja. Bagusnyaaa. Jadi kami pun beli buah fresh dari sini. Errrmmm Bestnyaa bila buah epal ini baru dipetik. Rasa dia kan….sedaaaaaapppp sangat. Terasa fresh tu bila gigit tau. Anak anak pulak pandai beza…wahh sedapnya epal kat sini!!...Memangla..kata mama…sini kan fresh dari ladang belakang tu. Rugi pula kami tak dapat merasa petik sendiri dari ladang kan? Tak datang sangat awal awal tadi. Banyak masa kat pantai saja. Itulaaa…korang mandi lama sangat….

Habis saja kami jalan jalan ni, kami pun balik campsite. Malam ini merupakan malam kedua kami di campsite ini. Malam ini selepas makan malam saja, semua masuk tidur. Keletihan nampaknya sebab bermain kat pantai tadi.


Ok..Goodnight!!!

_______________________________________________________________________________


Keesokan harinya , kami bersiap untuk checkout sekali. Malam tadi berbincang, rasanya hari ini last kami kat sini. Memandangkan kami rasa tak tahu hendak ke mana di Nelson ini, jadi hari hari berikutnya lebih baik kita habiskan di Christchurch sahaja. Lagipun kat sana kami tak habis ronda lagi. Hari ini hujan renyai renyai. Kami akan singgah di satu destinasi iaitu Founders Heritage Park, Nelson City Council. Memandangkan hujan mula turun, kami berlari lari anak memasuki ruang pendaftaran.












Kami park betul betul di tepi jalan sahaja. Pagi ini tak ramai pengunjung di sini. Kami mula masuk City yang comel ini. Kebanyakkannya bangunan ala ala Inggeris. Bangunan seperti rumah rumah cute sangat. Satu satu kami masuk. Hujan mulai reda, Alhamdulillah. Seronok nampak kami hari ini, sebabnya?..hehehehe sebab seperti kawasan ini hanya kami yang punya. Wah…wah…cumel  cumel rumah ini….dapat rumah macam ini sebijik kat kampong pun dah ok kan abg? Heheheh memang kita ni peminat Tegar rumah atau décor ala Inggeris ni tau. Kalau nak pencen, nak duk kampong ke suatu hari nanti…dapat buat rumah macam ni pun ok gak….ermmm…(dalam fikiran berlegar legar je ayat ini..hehehehe).

Kami masuk semua ‘rumah’  kat sini. Ada dipamerkan pelbagai sejarah dalam ini. Ada replica kapal lama, ada bas bas lama dan kereta lama, ada juga sejarah pemperosesan buat epal pear sebelum dieksport. Banyaklah kalau nak cerita satu satu ni. Baik nanti tengok saja gambar kami ya.







Uncle yang baik dan peramah.




















kalau nak dikongsikan gambar sepanjang travel kali ini, memang sangat banyak, In Sha Allah akan dibuat video khas untuk ZNZ Channel nanti...


Kami ada mengambil gambar situ sana sini lagi. Bila tiba di satu kapal terbang kecil ni, kami nak bergambar, tiba tiba hujan mulai turun lagi. Selesai bergambar sikit kat sini, kami pun bergegas lari lari untuk cari tempat berteduh.



Salah satu koleksi kereta antik kat sini...

Kami ada memasuki satu ‘rumah’. Asalnya kami nak kenakan coffee panas ke…hot chocolate ke kan? Sebab abg kata café. Peergghh masuk masuk saja….heheheeh…café??? Café ke macam ni?

Nak tahu tak apa?

Okeh!!!...sampai saja dalam tu…kami disambut pulak…Haiiii…welcome to Fresh FM. Hahahaha…alaamak…radio lerrrr…hehehehe…senyum la kami sebab silap masuk.









Tapiiiiii…nak dijadikan cerita, diorang suka kami masuk tau. Siap tunjukkan semua ruang dalam tu. Ada DJ perempuan sedang keudara bersama dua orang tetamu. Ai yang risau sebenarnya tau, sebabnya anak anak kenit ni tak duduk diamlah. Habis dia nak touch. EPPP!!!...jentik jari pun nanti duk touch benda benda lain pulak. Abg sibuk berborak dengan sorang DJ yang peramah ini. Baru bekerja rupanya. Sangat Handsome tau!!!..sementara abg berborak tu Ai dengar dengar juga sambil control Dak Dak kenit ini.



Nampak tak? "kittinggirl" kami tu? tengah nak cari cari apa lah lagi kat office orang ni...Haaiiisshhh puas Ai nak control sorang sorang tau!...






Bila dah habis penerangan satu satu kat dalam pejabat Fresh FM ini, kami pun mula nak keluar. Diorang pulak ucapkan Thank you sebab melawat Studio Radio diorang ni tau. Hehehehe…ok jugak kan? Seronok pulak masa ni. Macam macam pengalaman yang tak diduga. Teruja Dak Dak kenit bila tau ini ada ruang konti salah satu Radio di Nz ini.

Kami mula lari lari anak untuk keluar dari Nelson City Council ini. Bila dah sampai ruang register tadi, hujan masih lagi lebat. Sempat sikenit kami pekenakan aiskrim sorang satu. Aiiihhh… sejuk sejuk macam ni nak makan aiskrim jugak?..ayoooo korang ni tau!. Pastikan semua kena HABIS!!!....Sambil semua makan aiskrim papa masih lagi berborak dengan seorang uncle ini yang kami jumpa tadi. Uncle yang macam Santa Claus tu. Banyak jugak yang dia tanya, kami dari mana dan berapa lama di NZ ini. Cerita cerita…dia terkejut…Haaahhh? Datang Nelson melalui jalan itu? Ooooo…katanya jalan itu hanya banyak dilalui truck saja. Dia ingatkan kami naik flight dr Christchurch ke Nelson. Itula…dengan bawa anak kecil kecil ini, dia kata ok kita semua selamat. Dah la jalan waktu malam baaru sampai ke sini kan? Tak ke kerja giler tu. Dia bagi juga cadangan macam mana nak jalan jalan di NZ ini. Macam macam la info menarik yang diberikan pada kami. In sha Allah, nanti kita share pula apa yang harus, yang elok atau apa yang ok dan tak ok bila nak melancong di NZ ini yek!.

Habis penat berborak itu, kami pun mula minta diri untuk bertolak. Dia ucapkan Take Care!!!....Sambil senyum babai kat kami. Alhamdulillah…baik baik pula orang kat sini kami jumpa. Walaupun nampak macam Santa Claus dan semestinya bukan Islam….mereka juga dari kalangan yang baik baik saja kan?..


Kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami melalui jalan lain pula untuk ke Christchurch. Jalan yang kami lalui ini semua cantik dan tidak langsung melalui jalan jalan curam. Alhamdulillah lega rasanya. Kiri kanan ada juga hutan, tapi pokok pokok nya renek dan tak sama seperti jalan sebelum ke Nelson. Pemandangan kali ini cantik dan banyak juga kereta yang kami jumpa. Rumah pula susah nak jumpa. Macam tak ada penduduk pulak kawasan sini. Kekadang ada juga jumpa satu dua rumah.



Kami banyak mengambil video saja sepanjang jalan. Nanti dimasukkan juga dalam ZNZ Channel.


Hari ini banyak dihabiskan atas jalan saja. Bila jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, kami rasa nak tidur di campsite saja. Cari punya cari terjumpa juga satu campsite ini. Alhamdulillah, masih ada kosong.



Baru sampai terus check in di campsite ini.

Sebenarnya campsite ini sangat besar. Ermmm tak berapa ramai pulak orang kat sini. Yang kami nampak, hanyalah campervan yang old style tu je. Tersadai banyak sangat kat sini. Tapi orang orang tak ada pulak. Campervan ini selalu nampak dalam movie inggeris. Yang selalunya mereka tak ada rumah tinggal dalam campervan macam ni saja. Pernah tak tengok movie atau drama macam tu? Menarik sebab comel comel sangat ‘kontena’ dia. Siap ada tingkap yang dihiasi langsir juga.

Ai dan anak anak pergi buat video sama sama. Heheeh diorang ni suka sangat sejuk sejuk macam ni. Siap nak buat video tarian tarian lagi. Sayangnya, tak sempat nak transfer lagi video semua..hp kaklong ni dah kiok pulak laa…eemmm..sedih betul. Macam macam aksi kami ambil kat sini dalam hp Asus tu.


Selesai main main kat luar dengan anak anak, mula lah nak siapkan masakan malam pula. Kami main masak masak di kitchen yang disediakan. Kira hari ini Ai masak diruang dapur besar sikit. Tak ada orang kat sini, apa lagi!!! Kita guna je lah semua ni. Macam campsite ini kami pulak yang punya tau. Best lah. Korang nak bising ke..nak lari sana sini ke…ikut sukalaaa…

Ai mula masak balance makanan kami kat sini. Habiskan telur, sayur sayur dan pes yang mana ada saja. Beras masih banyak sebab kami beli pek yang besar hari tu. Bila semua siap masak, kami pun makan malam kat dapur besar ini saja. Senang, campervan taklah bersepah sangat kan. Kat sini pun selepas digunakan kena juga dicuci dan dikemaskan semula. Cuma, lebih selesa makan dikerusi dan meja besar kat sini.

Malam ni semua tak nak mandi nampaknya, sejuk kata mereka. Okeylah, lepas makan dan tolong mama cuci semua, kamu kena tidur. Esok kita nak jalan jalan lagi.

Ok..Goodnight..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya….uiihhh sejuknya pagi ni nak mandi. Malas betul nak masuk tandas bila kesejukan macam ini. Nak tau? Tandas kat sini berlainan sikit dari campsite lain tau!...hehehehe pelik sikit laaa.


Nak tau ke??


Air panas shower sini hanya dalam berapa minit saja yek!....hahahaha..aduiii lagi rasa malasnya nak mandi kalau tak panas airnya. Bila sorang nak mandi, kena masukan token yag diberikan. Bila masukkan, air panas akan keluar sekejap lagi. Mandi laa cepat cepat ok!!!...masa tu jugak nak sabun cepat cepat. Kalau habis masa dia…automatic air shower tu jadi sejuk tau!!!...Hihihikkkk faham faham je lah bila cuaca luar memang sejuk…nak kena pulak mandi air sejuk…fuuhhh…


Semua mandi kejap kejap jer nampaknya hari ini?.. oklah, dari tak mandi langsung kan? Lagipun sepanjang kita kat NZ ni, badan kalau tak mandi pun tak akan berbau tau. Kami sarapan kat dapur yang disediakan kat sini juga pagi ini. Kitchen campervan sebenarnya dah dikemaskan semalam sebab nanti nak kena hantar campervan ini kat office dia…huhuhukkk sediihhh nya…

Selesai sarapan dan masak lebih lebih sikit untuk makan tengahari nanti, kami pun mula checkout dari sini. Sedihnyaaaa…hari hari terakhir, hari hari penghujung kami di NZ ini. Rasa sayuuu jer… Tapi kaklong dan papa kata…tak sabar je nak balik Malaysia!!.. hahahah…katanya rindu nak balik rumah, tidur kat bilik, rindu nak makan lontong Cek Mat, rindu nak makan Nasi lemak kakak Kelantan….errmm… yelah korang ni,….Suatu hari korang akan rindukan suasana suasana kat sini tau…uwaaaaa……

Kami sebenarnya dah dekat Christchurch ni. Tapi hujung hujung la. Jadi keluar saja dari campsite ini, sekejap saja kami dah sampai di Christchurch. Kami memang plan nak jalan jalan dulu pagi ini kat sini. Ronda ronda naik Tram kat sini. Bayar tiket saja, Tram ini akan bawa pusing pusing satu Christchurch. Kami nampak ramai pengunjung kat sini. Campervan kami park di satu kawasan di tepi jalan saja.






Kami duduk bahagian dalam, tak sejuk sangat.







Tram yang kami sudah naik...





Sambil Tram berjalan, pemandu pelancong menceritakan sikit sikit mengenai bandar ini. Ada diceritakan satu bangunan besar sedang dibuat kat situ. Macam satu kebanggaan pada penduduk kat situ. Bila kami tengok…alaaahh.. tak ada lah besar sangat berbanding kat KL….hihihikkk bagi mereka besar la, sebabnya kat sini kan tak banyak sangat bangunan besar besar memandangkan selalunya ada gempa bumi. Banyak juga ternampak orang melayu sepanjang perjalanan Tram kami ini. Happening juga kat Christchurch ini yek.

Mulanya kami duduk bahagian dalam Tram tau…sambil melihat kiri kanan melalui tingkap. Tapi bila ramai yang turun kami mula tukar, duduk di bahagian luar Tram ini pula. Ffuuuhhhh sejukknyaa kat sini. Bila Tram berjalan, cuaca yang sudah sememangnya sejuk ini lagi menjadikan lebih sejuk bila angin bertiup. Habis ronda satu bandar ini, kami pun turun dari Tram. Tiket boleh dibeli di tempat tempat Tram ini berhenti. Bila habis satu pusingan, kita akan turun di tempat kita naik itu juga.

Bila turun dari Tram, kami jalan jalan lagi pusing bandar ini. Nak cari toilet katanya. Sejuk macam ni memanglah kaum lelaki ni tak tahan tau! Asyik nak membuang saja.








Kami singgah juga ke Muzium kat sini. Semuanya masuk adalah free saja. Banyak lagi yang menarik kat Christchurch ini tau. Cuma kami rasanya dah kesuntukan masa. Kami tak sempat nak jalan semua tempat menarik kat sini. Ada boleh tengok penguin, macam macam lah. Nanti Ai ceritakan dan listkan mana mana tempat menarik yang patut dikunjungi kat sini.










Banyak sangat yang menarik dalam ni. Lagi lagi untuk kanak kanak...sayang tak boleh lama lama sangat kita hari hari last di NZ macam ni..



Dapat siapkan jugak puzzle dia ni Zharfan..




Pakai baju Paris...mai New Zealand...Senyum uncle belakang tu nampak aksi aksi korang tau...


Sepanjang kami naik Tram tadi…terpikir juga kami berdua….kita naik campervan pun boleh pusing pusing satu bandar ni kan? Hahaha.. Aaa‘ah laa.. tak perlu pun beli tiket tadi. Cuma kelebihan dia, naik Tram ini ada pemandu pelancong yang akan ceritakan keistimewaan sesuatu tempat kat situ. Kalau naik campervan, kita nampak je semua ini… tapi tak tahulah kelebihan sesuatu tempat itu.

Selesai pusing satu muzium ini.(sebenarnya tak habis sangat, sebab besar) Kami pun berjalan ke campervan. Sambil jalan jalan ada singgah satu tempat tu untuk beli souvenir. Tapi tak jadi nak beli, sebab tak menarik. Kami ke campervan dan bawa campervan di satu ruang parking pasaraya. Kami bersihkan kekotoran yang tinggal lagi. Semua kena clear seperti asal. Pinggan mangkuk, periuk kena letak ditempat asal semula. Pastikan semua sampah dibuang. Kami semua bekerjasama untuk bersihkan campervan ni. Huhuhukk sedihnyaaa…

Tak sangka juga kami..banyak campervan lain juga park kat sini, untuk cuci cuci sebelum pemulangan ke office. Kami Cuma cari kawasan lapang yang berdekatan saja. Tak tahu pulak mungkin sini adalah port mereka yang nak pulangkan campervan ni.



Hari terakhir....aktiviti mengemas kami...huhuhuukkk...sedih!







mama ambil gambar kenangan satu kat atas...selalu korang je main main kat sini kan...Jom kita beli satu bawak Malaysia nak? Hahaha..mana boleh...panaass oo Malaysia...sini okla, malam ke siang ke, aircorn tak perlu pun. errmm..oklaaaa...  :-(


Selesai saja kemas itu ini, Abg bawa campervan ke airport. Kami turunkan semua bag dan berjalan ke Airport. Bila kami semua dah masuk sini, abg bawa campervan semula untuk hantar di office. Ai anak beranak tunggu saja kat sini.

Sekejap saja, abg pun sampai kat airport dengan berjalan kaki saja dari office Apollo tu. Alhamdulillah..semua dah settle. Sebenarnya flight kami pagi esok tau. Tapi kami kena pulangkan campervan petang ini memandangkan flight kami di awal pagi. Kami kena bermalam kat mana malam ni ek?


Nak Tahu tak???


Sebabnya, airport kat sini bukan macam KLIA kita….ada pelancong tidur tidur siap baring lagi sementara menunggu nak fly tu. Kat sini sama saja dengan Airport Sydney, tak boleh duduk dalam selepas pukul 11 malam. Jadi kami ni nak tidur mana agaknya? Hehehehehe


Jeng…

Jeng..

Jeng..


Sepanjang kami lepak lepak ni banyak juga orang melayu yang baru sampai. Ramai juga pelancong pelbagai Negara baru tiba kat NZ ini. Happy nampak muka masing masing. Ai saja rasa sayuuuu je nak tinggalkan bumi cantik New Zealand ini. Sepanjang menunggu di airport ini, ada juga nak charge hp. Cari punya cari mana lah agaknya plug diorang ni. Tapi tak jumpa pula tau. Akhir sekali baru jumpa, U all nak tahu kat mana? Aikkk???


Kita ingatkan kat tiang ni la kan?




Tengok yang ini pulak. Jumpa tak? hahahaha atas syiling tuuuu. ada 2 plug. Uiiihh tingginyaa? Macam mana nak charge ni? Siapa pun wayer charger tak akan sampai kan? Hihihihi... tak ke benggong namanya tu? Adoiii gelak satu..geram pun ada. Apa hal laaa dibuatnya diorang tinggi tinggi macam ni? Haissshhh...geram juga tak boleh charge.

Ada seorang chinese perempuan tanya kami, mana tempat charge? kami kata tau....jadi tunjukk kan pada dia tiang itu. Dia cari cari bawah plug...Hahahaahah..sesudah gelok besar kami...baru kami tunjukkan...nuuuun kat atas cik kak...Hahahaa...dia pun terkejut jugak...errm....macam macam hal kan?

Bila dah tiba masanya waktu malam. Suasana aiport dah kelihatan sunyi sedikit. Cleaner pun mula melakukan kerja kerja mencuci lantai. Kami ni nak ke mana? Tau tak? Heheheeh.. Bila Ai masuk bilik air untuk ambil air Solat, sorang kakak Melayu bertanya. Baru sampai juga ke? Ehh tak laaa…kami dah nak balik ni. Dah 15 hari kat sini kak. Kakak tu kata…dia baru saja sampai…

Dia bertanya…pukul berapa nak fly? Ai cakap, pagi esok. Aik?? Habis tu? Tidur mana malam ni? Kan airport dah nak tutup? Hehehehe…barulah Ai ceritakan..

Sebenarnya, airport ini ada sediakan satu ruang untuk pelancong yang nak fly di awal pagi untuk bermalam. Bukan hotel tau, tapi ruang itu besar disediakan juga bantal bantal besar yang macam ikea tu untuk landing. Bukan tidur macam katil pun yek!. Tapi bantal ini sudah cukup selesa sebab kita hanya ada masa dalam 5 jam saja lagi untuk fly. Satu sorang diberikan selimut juga. Ada penjaga yang akan menunggu malam ini. Pakaian dia pula smart saja, berkemeja putih. Kami solat diruang ini juga. Lagipun, malam ini tak ada orang pun. Hanya kami berenam dan seorang Chinese perempuan.






Yang Paksu kecik ni..asyik nak melekat saja dengan mama tau....





Bermalam kat sini kena bayar tau!. NO FREE IN NZ…ingat kan? …anak anak mula tidur dan kami pun tidur juga. Abang kata dia tidur tidur ayam je. Tak lena la, takut tak terjaga katanya. Ai, lena jerrr. Bila dah pun 5 jam, abang kejutkan semua. Ada ruang untuk mandi yek. Kalau rasa nak mandi, mandi sajalah, kalau tak nak pun tak apa….

Bila kami keluar saja dari ruang itu, Haaahhh?? Ramaaaai pulak pelancong terbongkang kat luar nih!!.. AIk?? Kan tak boleh bermalam kat ruang luar ni? Agaknya mereka semua ni datang awal awal pagi tadi kot? Kami bukan apa, risau takut susah dapatkan teksi untuk ke sini  di awal pagi. Lagipun kami ni ramai, sekadar teksi biasa nanti tak muat pula. Agaknya juga mereka semua ni tak nak tidur kat dalam sebab berbayar kot? Nampaknya semua mereka kat luar ni backpackers je.

Okeylah…kami pun mula fly…Babaiiiiiii NZ ku sayang….moga kita bertemu lagi….huhuhukkk sedihnyaaaa Ai rasa masa ni….rasa macam nak tinggalkan kekasih tersayang je…hihihikkk..

Sekejap saja, dalam beberapa jam perjalanan kami pun sampai di Sydney. Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar. Risau jugak kan, kalau kalau cuaca tak elok kat nz..tiba tiba flight delay kan susah tu? Macam mana tiket kita dari Sydney ke KL pulak kan?...haaaa…itulah yang Ai risaukan. Tapi Alhamdulillah…segala galanya berjalan dengan lancar saja travelling kami kali ini. Di Sydney saja, flght delay. Jadi kami menunggu lama jugak kat sini. Sempat kami makan makan kat satu restoran halal yang sangat best makanan dia. Makanan Turkey.

Pelancong memang ramai kat sini. Semua dah mula beratur. Memang penuh dibanjiri pelancong saja kat sini. Semua nampaknya keresahan sebab kena menunggu lama. Tiba Air Asia sampai….kami pun naik…anak anak kegirangan sebab nanti bila balik boleh main main kat rumah. Boleh tengok tv kartun kartun….huhuhukkk itu saja yang diorang ni ingat???...Apa apa ajelah anak anak!!!...



Makaaaa…dengan ini....

TAMAT lah...

 Alkisah kami Sepanjang 15 hari kami di perantauan 
NEW ZEALAND KU SAYANG!!!
penutup percutian znzfamily untuk Tahun 2016.