My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, May 9, 2019

Cara membuat tempoyak


Sebut saja tempoyak...fuuhhh kecur air liur ye tak? Bagi yang sukakannya la. Ada je orang melayu kita tak pernah dan tak nak sentuh pun tempoyak2 ni. Sikit pun tak nak rasa haisshhh ruginya dia. Tak tahu nikmat kesedapan tu macam mana..hingga menjilat jari tuuu...

Ok..pastikan anda ada durian!!! Barulah boleh buat tempoyak. Dari kampung selalu banyak sangat durian, maka boleh bawa balik isinya untuk dijadikan tempoyak. Contoh : seperti gambar dibawah ( ceewaaaahh) macamlah ada yang tak kenal durian.



Durian Ini dikeluarkan isinya. Ada 2 Tupperware penuh durian..jenuh Cik Eja makan sorang pula tu...Nasibla tak ada teman dalam rumah ni yang sukakan lauk nan satu ni.


Seperti begini...Cik Eja menggunakan 2 sudu. Boleh juga menggunakan tangan Tapi pastikan ada plastik ( sarung tangan) supaya tempoyak lebih tahan lama.


Biasanya Kalau mahu tahan lama, boleh tumbuk garam ber campur dengan cili padi. Gaulkan dengan isi durian ini. Perghhh yang macam gitu memang sedap bila dimakan bersama nasi atau dibuat lauk. Macam2 idea menu berasaskan tempoyak ni kan...(bagi pencinta tempoyak macam Cik Eja)


No comments:

Post a Comment