My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, October 26, 2010

Free Enterprise Day

Business & Leadership Convention - Only to registered bona-fide BWW affiliates or invited guest only.
Memang best sharing dari mereka.
Ambil gambar sebentar..yang lain masih mendengar story dan teknik-teknik to be successful in the business.

Monday, October 18, 2010

Staying Young

Anda mahu kelihatan awet muda? Kenali dulu jenis dan struktur kulit anda dahulu mengikut usia. Kulit terbahagi kepada 3 lapisan iaitu Epidermis, Dermis dan Subdermis. Kekadang ramai dikalangan kita tidak mengetahui struktur kulit sendiri tetapi terpengaruh dengan iklan dan cadangan rakan-rakan untuk membeli sesuatu produk. Tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu..apakah yang diperlukan dan produk bagaimana paling sesuai untuk kulit sendiri

Di sini saya nak share..berkongsi sedikit tentang struktur kulit kita yang berbeza...untuk mengetahui lebih lanjut...anda perlu menghadiri bengkel skin care seterusnya.
Lingkungan umur 20-25 tahun
Dalam usia begini kulit anda akan kelihatan tegang. Tapi..perlu diingat..Kolagen anda akan cepat berkurangan sekiranya dalam tahap usia begini anda terlalu berdiet dan tidak mendapatkan pemakanan yang seimbang.
Lingkungan umur 35-40 tahun
Dalam usia ini..kulit akan ternyata jelas kedutan di sana sini.Terutamanya di bahagian mata dan bibir. Pemakanan tambahan iaitu Supplement, seperti vitamin E, C dan protein amat-amat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru kulit anda.
Lingkungan umur 50-55 tahun
OOhh..dalam usia ini..peningkatan kedutan akan makin jelas..sekiranya penjagaan tidak dilakukan dari seawal usia 20 an tadi..maka anda perlu bersedia untuk kelihatan tua. Saya bermaksud, bukan kita tidak akan tua..tetapi...untuk melewatkan proses penuaan ini...penjagaan skin care dan pemakanan tambahan (vitamin) AMAT PENTING!!! Tetapi kekadang memang kebanyakkan dari kita wanita terlalu kurang kesedaran untuk menjaga kulit..bukan sahaja kulit wajah...malah..untuk keseluruhan kulit badan. Itu sebab saya katakan tadi..Pemakanan tambahan Vitamin amat penting bukan sahaja untuk kelihatan muda pada wajah...malah..untuk kepentingan dan penjagaan keseluruhan badan kita...

Sedarla wahai wanita semua...kita akan cepat kelihatan lebih berusia berbanding lelaki..kerana kulit kita sememangnya lembut dan halus...Ia perlu dijaga dengan rapi...agar kulit akan kekal halus..cantik...gebu dan anjal walaupun usia meningkat.

Pernahkah anda lihat ada dikalangan rakan2 kita apabila usia masih dalam lingkungan 20-an, kedutan sudah jelas kelihatan? Walaupun kedutan secara halus..tetapi ini amat merbahaya kerana kolagen dalam kulitnya sudah berkurangan sebelum waktunya.
Penyejatan air dari lapisan kulit anda akan cepat berlaku kerana tidak adanya penjagaan yang lengkap. Anda tahu penjagaan yang lengkap tu bagaimana? Ia bermaksud adanya pemakaian 3 serangkai produk iaitu..Pencuci..Toner..dan Pelembab....OHH..anda tidak boleh sama sekali hanya memakai pencuci sahaja.....tanpa kedua-dua produk lagi....ia perlu ada dan sememangnya ia saling melengkapi antara satu sama lain dan berfungsi untuk melindungi kulit dari kesan radikal-radikal bebas.

Banyak lagi yang perlua anda semua tahu...Tapi..untuk mengetahui lebih lanjut...samada apa kesannya sekiranya botox dia ambil...apa yang yang berlaku pada kulit..adakah anda akan kelihatan muda sepanjang masa atau sebaliknya sementara? Perlula menghadiri Bengkel Skin Care nanti yang akan di umumkan tarikhnya dalam blog ini.

Thursday, October 14, 2010

Bengkel Skin Care 10 Oktober 2010

Bersama Produk yang dipamerkan dalam Bengkel

Menunjukkan salah satu Produk Krim LX yang amat menakjubkan kesannya kerana ia dapat memulihkan kulit muka kelihatan 15 tahun lebih muda dari usia. Salah seorang artis Hollywood yang memakainya adalah Sandra Bullock

Menarik...produk yang harus digunakan oleh semua wanita yang mementingkan penampilan dan juga mahu menjaga kecantikan dari dalam secara semulajadi.



Dua model untuk ditunjukkan teknik pemakaian produk dan cara urutan muka.

Produk Artistry - Top 5 in The World
Merupakan satu-satunya produk yang mempunyai saintis dan lab sendiri. Kajian terperinci untuk menghasilkan produk-produk ini dan terdiri dari ekstrak semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
Produk Make up
Produk Skin Care

Bengkel Baru Bermula

Wednesday, October 6, 2010

Ayam golek paling sedap TERBAIK ABAD ini

Hai.. ni nak bercerita pasal makan lagi. Kami ni kuat bab bab makan ni. Kuat mencari pun ya. Tapi kalau dah sesuatu tu PALING SEDAP ABAD INI, makan akan repeat..ulang..ulang dan ulang sajalah kan.

Sebenarnya Ai makan kat sini diperkenalkan oleh seorang rakan tau. Nama dia Ina..suami dia Mawi...hahahah dulu dulu masa zaman bujang kami memang tinggal serumah di Pantai Dalam. Rumah sewa kat sini saja. Sangat Femes la Ayam Golek ni. Dulu kami selalu panggil Ayam Golek Nara. Selalu juga makan kat sini.

Jadi, bila sudah berkahwin, Ai la ajak suami mai makan kat sini. Hah hah hah..sekali dia pekena saja...sokmo sokmo la dia mahu makan kat sini. Ayam dia saja sangat TERBAIK. Ratah ayam saja boleh tu seekor berdua tau...hihihihik. Sebelum jalan di Pantai dalam ni dibesarkan, kedainya hanya di tepi jalan sebelum simpang tiga. Maksudnya betul betul dekat flat lama tu. Tapi disebabkan banyak kedai sudah dirobohkan, kedai Ayam Nara ni berpindah ke dalam sikit. Macam mana nak cakap ya, errmmm... dia berpindah ke kedai lebih besar sikit.

Jalan ni boleh tembus ke Jalan Klang lama juga. Okaylah, nama Ayam dah bertukar tau, Namanya dah jadi high class lagi tu...iaitu AYAM GOLEK LIMA BINTANG!!! Wah...wah...wah...hebat hebat. Kalau time puasa nak beli ayam kat sini, cepat cepatlah yek...memang cepat sajalah licinnya tau. Orang puteh pun ada datang beli sini.

Ni dia rupa ayamnya. Setiap kali datang sini selalu sangat snap gambar Ayam special ni...kenapalah engkau sedap sangat kan. Kalau duduk oversea ni, tak dapek la makan ayam sesedap ini, betul tak?


Bila makan kat kedai, inilah rupa ayamnya..terkangkang saja..errmmm yummy sangat okeh!!!!





Ini bila beli bawa balik rumah macam nilah rupa. Tak senonoh sikit sebab tunggang langgang terhidang. Dua ekor tu ya...sekali beli dua ekor tak hinggat Dunia lah kami ni kalau bab makan makan...errmmm syukur alhamdulillah...hehehe..

Tuesday, June 8, 2010

Kelas Make up

Kelas Make-up, dan Skin care. di Melaka....untuk sesiapa yang mahukan pendapatan sampingan..Yang Terdekat kelas pada 26hb Jun 2010 di Selangor.Ingin menjadikan profesion sebagai Beauty Consultant? Boleh...anda perlu mendalami segala teknik-teknik bermula dengan mengenali kulit wajah, skin care yang sesuai untuk semua kulit wajah...cara urutan2 muka..dan segala-galanya akan didedahkan kepada anda sekiranya berminat.Kami menggalakkan lagi anda untuk mengadakan kursus2 atau kelas seperti ini juga.





Monday, June 7, 2010

Taiwan 2007

Taiwan adalah kampung cik abg kita....(ibarat je)heheh..jenjalan bawa anak pertama ke sini...Kami bercuti ke sini selepas baby berusia 6 bulan. Orang kata gegendang telinga baby tak kuat, jadi kami tak berani untuk bawa semasa dia masih kecil. Alhamdulillah..sepanjang perjalanan ke Taiwan ini dia hanya tidur saja dan tak langsung menangis.

Bila saja mendarat cepat cepat Ai susukan dia supaya tidak terasa sangat. Senang saja bawa baby Batrisyia kami ni berjalan sebab dia pun memang tak kuat menangis.







Kami menaiki train untuk ke Danshui ini. Banyak sangat permainan kat sini. Apa lagi...kami pun dah macam anak kecik je maaain untuk dapatkan toys kat dalam..Banyak jugak yang dapat tau. Best sangat sebab macam senang je untuk menang...ngeh ngeh ..ngeh...


.

Selepas saja kepenatan...kami pekena ais krim ni sekejap. Satu saja pun dah cukup untuk kami berdua. Baby tak boleh makan tau..tengok aje cukup ya. Memang terkenal Ais krim panjang ni kat sini.



Banyak kat sini permainan yang menarik hati. Nasib baik la baby Batrisyia ni masih kecil dan tak pandai meminta minta lagi. Kalau dah besar pandai nak mainan saja rasanya haru jugak bawak ketempat macam ni kan?

Selepas kami ke Danshui...kami jalan jalan pula ke sini iaitu  Menara Taipei IOI...kira inilah menara popular kat Taiwan ini. Barangan branded semua ada di sini. Sedia kan duit saja untuk shopping ok!. Menara ini ibarat sama la seperti KLCC kat tempat kita tau. Ramai juga muda mudi lepak di sini.






Hari berikutnya kami ke sini iaitu terletak di utara Taiwan. Setakat ni kami jelajah di sekitar Bandar Taiwan dan Utara sahaja. Bahagian Selatan Taiwan mungkin next time kalau diberikan kesempatan dan keizinan dari-Nya kami akan sampai juga...tungggguuu.....





Monday, May 24, 2010

Make Up Datin Julia

Istimewa dengan kerjasama dari Datin Julia, kami dapat mengambil gambarnya sebelum ke konvensyen.
















Datin Julia, untuk ke Konvensyen.

Friday, May 7, 2010

Sesi Photoshoot

Sesaja tak ada kojer kan...main conteng conteng saja la kami kat rumah ni....hahahah,...













Model Sherry





Pakai baju Ai yang dibeli dari Korea...Tuan empunya baju tak pakai pun hahaha..buat simpan dalam lemari je...







Tuesday, April 6, 2010

Make up Proses

Gambar ni di ambil semasa sesi make up di Finas..Rancangan Tom Tom Bak Bersama Make up Artis..Abang Swan.
Rusna setelah make up...ambil gambar bersama penyanyi pls..pls..pls..Kamu jangan nakal..
Turun dah nak balik Rusna ni..
Rusna...Dah Siap bertudung..boleh jalan-jalan dengan penuh keyakinan!!!

Taadaaa....MAsa ni dah siap Make up.
Close up sikit....

Dalam proses...
Blurrrr sikit gambar..


Make Up Nur