My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, November 14, 2018

Ketahui 21 Tips Paling Penting Melancong Di Vietnam.

Ok, Ini Cik Eja nak share Info sangat Penting dan Panduan sebelum dan sepanjang berada di Vietnam. Panduan ini banyak berkisar sekitar Ho Chi Minh ya. Pengalaman Cik Eja ke sana seorang diri dan bertemu dengan 3 orang rakan dari alam maya ini. Alhamdulillah, segala galanya berjalan dengan lancar walaupun first time travel dari KLIA sorang sorang. Takut segala macam perasaan ada sebenarnya sebelum ke sana.

Maklumlah, banyak juga terbaca tentang Vietnam sebelum ini yang tidak enak di dengar. Pukul 8.30 pagi boarding time, tepat jam 9 pagi Cik Eja telah bertolak dari KLIA dan selamat sampai di Ho Chi Minh pada pukul 11.20 pagi. Tapi bila sudah selamat sampai di airport sendirian, dekat 2 jam lebih juga Cik Eja menunggu rakan travel (yang tak pernah jumpa pun sebelum ini), Cik Eja duduk di satu sudut tu diam diam. Hihihihikk...nampak penjual kat sana boleh tahan juga promote simcard, pintu keluar pula penuh dengan orang sana.






Cik Eja menunggu betul betul belakang pengawal keselamatan ini

Ok, berbalik bila sampai, Cik Eja tunggu saja di kerusi betul betul tepi guard di situ. Selamat la kiranya kita kan. Dalam perhatian Cik Eja, banyak simcard yang terjual kat sini. Haishhh...hp tak roaming, airport punya wifi ada, tapi rasa nak beli juga la Simcard sini.

1) SIMCARD VIETNAM

Bercerita tentang Simcard sini, banyak ya yang terjual. Dari dalam airport juga ada, tapi sebenarnya lebih mahal sikit. Kalau nak beli, lebih bagus bila sudah keluar. Jualan masih dalam bangunan, tapi di sini lebih banyak pilihan. Cik Eja pilih yang ini, VINAPHONE. Ramai nampaknya pengunjung pergi dapatkan Vinaphone ini berbanding yang lain. Kenapa agaknya ya?

Vinaphone agak murah sedikit berbanding yang lain. Bila Cik Eja pakai sepanjang berada di Vietnam, datanya memang banyak dan tak habis pun walaupun dah nak balik ke Malaysia.




2) PENGGUNAAN MATAWANG

Tak perlu tukar duit RM kepada Dong sebab sekarang ni di Vietnam 99% boleh terima duit dalam Ringgit Malaysia. Elakkan guna mata wang Dong boleh jadi pening bila nak kira. (ikut pendapat masing masing, kalau nak guna pun tak apa). Boleh guna RM @ US dolar. Ini disebabkan, kebanyakkan kedai mempamerkan harga ikut 3 jenis matawang.

3) BEN THANH

Ben Thanh jualan kain dan barangan di sini agak mahal (kalau tidak buat tawar menawar) mungkin disebabkan kawasan ini menjadi tumpuan. Kalau korang tak nak beli, jangan sesekali tanya harga. Sekali dah tanya harga tapi tak beli, nanti kena marah ya. Kalau nak menawar pula, bila penjual tak bagi, acah acah saja untuk balik nanti penjual itu akan bagi harga yang kita nak tadi. Jika datang ke sini waktu pagi iaitu pukul 8, kedai baru saja dibuka biasanya akan dapat harga sangat murah di waktu begini. Bangunan Ben Thanh ini  berdekatan saja dengan pasar malam.


4) CHOH BINH TAYH

Choh Binh Tayh sebenarnya jualan di sini jauh lebih murah dari Ben Thanh. Ia bukan kilang tapi sebenarnya lebih kepada gudang tempat penyimpanan kain yang banyak. Biasanya kain lace 2 meter dalam harga RM25-RM30 sahaja kerana jualan lebih kepada borong. Tapi kalau diikutkan pilihan memang lebih banyak di Ben Thanh. Choh Binh Tayh ini jarak tak adalah jauh mana dengan Ben Thanh iaitu hanya 7km sahaja. Cuma kalau menaiki :

  • Bas dekat 1 jam juga untuk sampai sebab di bandar ini sangat Jem. Tambang bas ke sini adalah VND5k dari station bas di Ben Thanh atau mana-mana station di District 1. Bas akan melalui District 5 dan District 6 dan seterusnya ke Choh Binh Tayh. Bila sampai di last station di Choh Binh Tayh itu, turun dan kena berjalan kaki lagi dalam 5-10 minit barulah sampai ke situ. (Kena hati hati sikit di kawasan ini ya).
  • Kalau menaiki Uber dari Ben Thanh ke Binh Tayh harga dalam Rm10- Rm15 iaitu mengambil masa 20minit untuk sampai.
  • Jika menaiki motor dari Ben Thanh, hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk sampai.

5) PEMAKAIAN BARANG KEMAS

Tinggalkan segala barang kemas anda sebab bila penjual melihat anda memakai barang kemas, kemungkinan 90% penjual akan naikkan harga barang.


6) PICKPOCKET

Pickpocket di sini lebih dasyat dari yang biasa. Jadi pastikan beg sandang belakang dipindahkan ke depan untuk langkah berjaga-jaga.


7) ELAKKAN MENAIKI BECA

Elakkan naik beca, selalunya waktu kita naik akan diberikan harga lain, bila turun dicaj mahal hingga ratusan ringgit. Kami pun lebih suka menaiki Uber saja. Harga lebih tepat dan tidak akan ada charge tambahan.


8) ELAKKAN MENAIKI MOTOR ATAU TEKSI

Elakkan naik motor yang tidak berdaftar kerana cajnya agak mahal. Selain itu, pemandu motor akan bawa motor dicelah kenderaan yang sangat sesak di jalan raya. Pemanduan kenderaan di Bandar Ho Chi Minh ini sangatlah bersimpang siur dan 'Huru-hara' gitu. Dashyat tau, untuk keselamatan, lebih baik mengelak saja ok. Seelok-eloknya juga cuba elakkan dari menaiki teksi. Walaupun teksi di sini memakai meter, tapi biasa juga penumpang dikenakan harga yang sangat tinggi 'kaw kaw gitu harganya. Lebih baik menaiki Uber berbanding teksi. Cik Eja naik Uber saja menggunakan application. Harga pula memang sudah ditetapkan dan kita tidak perlu risau apa apa lagi.


Ini bas kami dari airport untuk ke Ben Thanh. Sebab hotel kami memang berdekatan situ saja. Keadaan Jalan Raya ketika ini sangat jem. Sana sini bunyi hon dan motor mencelah mana-mana saja yang diorang suka. Haissshhh Cik Eja tak boleh memandu kalau macam ni rupa.

9) BERHATI- HATI BILA SHOPPING

Berhati-hati ketika shopping di Pasar Ben Thanh. Selalunya penjual rata-rata agak kasar lagi-lagi kalau kita saja-saja pegang barang yang mereka jual.


10) SAIZ PAKAIAN DI VIETNAM

Kebanyakkan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar sebab kalau tak ada stock mereka akan buat-buat pergi ambil stock semata-mata untuk cari yang XXL. Sedangkan nanti dia bagi juga yang XL tadi. Ha, yang ni Cik Eja memang terkena betul. Bayangkan, kita nak beli saiz L, katanya nak pergi ambil yang baru. Dia memang bawakan baju tu lagi, katanya nah ini saiz L. Tanpa membuka dulu dan cek, terus bayar dan balik. Rupa-rupanya memang masih saiz M. Jadi perlu berhati hati ok bila berurusan jual beli di sini.

11) KUALITI JUALAN

Biasa barang yang di display atas meja lebih berkualiti dari barang yang penjual ambil di bawah meja.


12) ELAKKAN CONVERT DONG KE RM

Semasa membuat pembayaran, cuba elakkan convert Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter penjual. Ini kerana mereka akan caj mahal tanpa kita sedar.


13) HATI-HATI SEBELUM MEMBELI

Hati-hati sebelum beli barangan, sebab kalau nak minta tukar mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.” Jadi pastikan betul betul berkenan dan menepati apa yang kita mahukan.

14) ELAKKAN MENCUBA MAKANAN DARI PENJUAL

Bila ada penjual (bukan dari kedai) offer untuk merasa makananya contoh seperti kacang rebus, elakkan ambil dan makan. Sebab penjual akan terus bungkus 1 atau 2 pot paksa beli dan dicaj dengan harga yang mahal.


15) JUALAN AIR DI TEPI JALAN

Elakkan beli air yang ada ais di tepi jalan disebabkan ais di sini sangat bahaya. Kekadang kesannya boleh menyebabkan batuk, sakit tekak dan suara jadi serak-serak. Tak semua orang akan alami kesan begini memandangkan antibodi masing masing adalah berbeza. Tapi untuk jaminan kebersihan boleh cuba elakkan dari membeli air dijalanan.


16) TOURS TRIP

Kalau nak join trip jalan-jalan, banyak saja Agensi dari sana. Tapi yang kami guna adalah Bismilah Tours. Kalau ini adalah trip pertama korang, pakai saja agensi ini sebab harganya sangat berpatutan iaitu RM60 sahaja untuk Trip ke Sg. Mekong. Trip ini termasuklah :

- Aktiviti di sg. mekong:
1) naik bot besar pusing pulau
2) naik kereta kuda
3) naik sampan
4) melawat tempat membuat gula2 kelapa
5) shopping madu
6) makan di restoran (halal dan boleh solat di sini)

Biasanya pakej yang disediakan oleh hotel untuk jalan-jalan ke destinasi yang sama adalah lebih mahal.
  • Contohnya Saigon Pink 2 Hotel mengenakan harga RM1100 untuk muslim pakej.
  • Hai Van Hotel mengenakan bayaran untuk ke Sg.Mekong adalah 12USD dan untuk ke Chu Chi Tunnel 7USD + 5USD (entrance fee). Makan belum tentu lagi dengan harga ini. 
**Harga adalah berbeza mengikut tarikh dan tahun yang anda pergi.


BismillahTours ini berdekatan saja dengan hotel hotel sekitar Malaysian street. Makanan halal juga banyak di sini.


17) KENDERAAN DARI AIRPORT

Dari airport bole naik BAS no 152 dan akan berhenti dekat ben than market. Keluar dr airport terus pegi kanan akan nampak bas kaler hijau. Tiket bas murah sahaja iaitu Vnd 5000. Kalau nak naik taxi pun boleh. Naik vinasun insyaallah yang ini ok sikit, tak kena tipu. Yang lain2 takut kena tipu saja ya. Kalau naik teksi, tunjuk saja alamat hotel yang ditulis siap siap sebab pemandu teksi di sini tidak faham dan pandai berbahasa Melayu ataupun Inggeris. Pastikan duit dalam Dong dan cukup cukup untuk tambang teksi.

Pastikan anda dah keluar duit siap-siap. Kalau anda tinggal sekitar Ben Thanh Market, kos sepatutnya tidak sampai VND 200,000 lebih kurang RM40. Kalau lebih memang anda dah kena tipu. Sediakan max VND 200,000—300,000 je untuk persediaan kalau anda ditipu.




18) CARA MEMBORONG DARI VIETNAM

Kaedah hampir sama antara borong dari China atau Vietnam. Tetapi, kalau anda masih belum ada modal untuk menggunakan proses shipping, boleh guna dahulu cara postage.

Untuk pengetahuan, harga beg lagi murah di guangzhou ya. Contohnya,  luggage saiz paling besar dijual RM300 di Vietnam, di Guangzhou hanya boleh dapat dalam +- rm60-rm90 Sahaja. Ikutkan memang lagi murah kalau membeli secara  pukal di China. Sebenarnya, luggage yang djual di vietnam ini kebanyakkannya dari China. Harganya lebih tinggi kerana kenaikan 20-30% disebabkan sudah atas tangan pihak ke 2 iaitu penjual vietnam.


19) MALAYSIAN STREET

Bagi Orang Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh ini, biasanya akan tinggal di hotel sekitar Malaysian Street saja. Di sini makanan halal senang didapati. Dan yang paling penting di sinilah bila waktu malam sangat happening dengan pelbagai jualan. Lagipun, Ben Thanh memang berdekatan sahaja. Selain itu, pasar malam yang adanya pelbagai jualan juga berdekatan dengan Malaysian Street.





20) SAIGON SQUARE

Pasaraya Saigon ini biasanya paling ramai pelancong luar datang. Di sinilah banyaknya terdapat T shirt branded buatan Vietnam. Kualiti sangat cantik. Selain T shirt, kasut, handbag aksesori wanita, pakaian kanak-kanak dan bermacam lagi banyak terjual di sini.


Di hadapan Saigon Square

21) HOSPITAL

Elakkan pergi ke hospital sebab biasa untuk set appointment dengan doktor sahaja akan di caj sehingga 500 usd! Kalau boleh jaga kesihatan sepanjang di Vietnam ini, dengan membawa bekalan ubatan dari Malaysia. Contohnya Ubat selsema, batuk ataupun sebarang vitamin tambahan. Kita tidak tahu bagaimana tahap kebersihan penyediaan makan di kedai makan sepanjang kita di sini.


 #ExtraTips Bila nak beli cuba minta kurang hingga 50% dari harga tawaran. Kalau penjual tak bagi tinggalkan tempat tu, sebab 70% penjual biasa akan panggil semula untuk bagi terus harga yang anda dah minta kurang tadi.


Selamat Melancong Di Vietnam!

Sunday, November 11, 2018

Cara Untuk Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang

Cik Eja sangat lah nervous habis sebab Memang tak pernah travel  sendiri. Cik Eja juga masih belum familiar lagi dengan airport procedure di sana. Risau yang amat kalau Cik Eja tersesat di airport dan  yang paling dirisaukan ialah kalau tak jumpa gate nanti. Kah kah kah kah...gelakkan dia ya!!!

Macam dah first time nak travel pulak daku rasakan kali ini tau. Pelik semacam dup dap dup dapnya tu. Bayangkan, lepas saja settle pembelian tiket sejak dari itulah debaran sentiasa ada. Macam macam terfikir takutnya kalau kat sana nanti kena kidnap ke. Tak jumpa Geng yang dah berjanji di alam maya ni ke?

Lagi lagi terpikir, alahai..kakak tu nampak macam brutal je, naik motor besar gayanya memang macam brutal..tak pun sorang lagi nampak macam ala ala Mak Datin...Haru nanti Cik Eja travel dengan diorang. Risau yang amat sebab tak pernah kenal dan risau juga kalau tak terjumpa dengan travel buddies ini.

Ceh, over nya Makcik nih! Padahal sepanjang perjalanan Cik Eja dari  Check in sehinggalah sampai masa menunggu flight tak langsung tersesat atau apa apa yang terjadi. Semua lancar sahaja dan tak ada yang menyusahkan langsung pun. Semua berjalan lancar macamlah Cik Eja dah expert lah!

Bayangkan? Selama ini sebanyak banyak Cik Eja travel, tak pernah langsung kisah pasal gate mana, tiket mana, check in bagaimana. Semua bisa diaturkan oleh Cek Ejam. Cik Eja hanya sediakan diri, pakaian semua, apa yang nak dibawa dan siapakan anak anak sahaja. Fuhhh bila dah mula beli tiket sendiri nak kena Check in sendiri punyalah gabra semacam tau. Kecuuuut perut tu sampai rasa seram semacam jelah.Hahahahhaah!!!

 Itulah, sebenarnya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada google, youtube dan kawan-kawan Alam Maya yang terlibat kerana sangat banyak membantu Cik Eja. Banyak bertanya pada mereka itu ini, tanpa bertanya langsung pada Cek Ejam. Kenapa tak bertanya pada dia??

Haaaa itulah nak cakap ni, kalau bertanya pada dia, confirm dia tak akan percaya kita boleh pergi travel sendiri. Sorang sorang pula tu tanpa teman di airport. Dahla sebelum sebelum ni selalu minta izin untuk travel dengan kawan n geng perempuan tapi tak pernah dapat green light pun. Ini sebab kita beli dulu tiket baru minta izin...heheeh mestilah kena bagi kan. Jadi kita kenalah tunjuk kan yang kita dah tau segala galanya.

Kepada sesiapa yang sedang mengalami apa yang Cik Eja  alami ni, Cik Eja minta korang boleh relaks saja ya. Nah ini langkah-langkah yang perlu diikuti sebelum nak Travel.


Passport Atau Visa

Passport

Kalau Korang travel ke luar negara, passport memang paling penting. Sebelum keluar negara, pastikan expired date passport itu sekurang kurangnya 6 bulan lagi. Ini paling penting perlu diperhatikan sebelum ke mana mana negara. Passport boleh dibuat di imigresen dan biasanya akan siap sehari sahaja.




Visa

Tidak semua negara memerlukan Visa. Antara Visa dan Passport adalah berbeza ya. Passport ialah buku bewarna Merah yang ada gambar kita di dalamnya, manakala Visa adalah pass untuk kemasukan ke negara tertentu yang yang dilawati dan ia dikeluarkan oleh kedutaan negara sana.  Antara Negara yang memerlukan Visa adalah Australia, China, UK dan ada lagi negara negara lain. Kami pernah ada pengalaman mendapatkan Visa hanya dalam tempoh sehari saja. Fuhhh..sangat ngeri ketika itu sebab takut tak lepas masuk ke New Zealand memandangkan kami transit satu malam di Sydney. Cara dan bagaimana kami dapatkan Visa itu ada dalam Post Sebelum ini iaitu Kisah perjalanan ke New Zealand.

Tiket Penerbangan

Tiket penerbangan sekarang boleh dibeli online sahaja. Banyak cara bagaimana kita nak tahu tiket murah ni, tapi itu akan diceritakan pada next post ok. Sekarang ini kita tak perlukan agensi sebenarnya untuk travel. Segala galanya dah dihujung jari saja. Ada handphone, ada laptop, ada internet, semua boleh jalan. Booking boleh menggunakan website airlines mana yang korang nak naik. Sebenarnya ada cara bagaimana nak tahu airlines mana yang menawarkan kos penerbangan yang paling rendah ni. Nanti nanti Cik Eja ceritakan ya.




ok, berbalik kepada tiket penerbangan tadi, yang paling penting adalah, Nama pada tiket dan passport MESTILAH sama!!. Kalau tak sama, memang anda tak akan dilepaskan menaiki kapal terbang tersebut. Ada First Name dan Last Name. Kekadang ada yang terkeliru bagaimana nak mengisinya kan? Ok,

First Name tu letakkan Nama CONTOH : Arrizza Binti
Last Name tu letakkan Nama : Hakimi

Selain itu, pastikan email address adalah betul ya. Sebab nanti apa apa notis, email kita akan terima itu semua. Segala Confirmation dan segala galanya berkaitan booking tiket ini.




Cara Check In Malaysia Airlines (MAS).

Bagaimana saya boleh mendaftar masuk untuk penerbangan Malaysia Airlines (MAS)?
Sekiranya perjalanan anda menggunakan perkhidmatan MAS, pelbagai pilihan disediakan untuk mendaftar masuk (Check in) sebelum atau selepas tiba di lapangan terbang.

Sekiranya Check in sendiri, ada beberapa cara boleh digunakan iaitu :
Check in menggunakan WEB
Check in menggunakan mobile Check-in
Check in menggunakan Kiosk.

Sekiranya Ke Terminal bolehlah Check in di kaunter.




** PERHATIAN : Ini kena perihatin iaitu Daftar masuk diri adalah wajib bagi semua penumpang kelas ekonomi yang berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia Airlines, Kecuali penerbangan ke Kathmandu dan Dhaka.


KELEBIHAN CHECK IN LAYAN DIRI.


  • Ok, Pilihan Check in sendiri ini tersedia untuk mana mana pemegang e-tiket.(iaitu tempahan yang sah)
  • Check in awal boleh dilakukan sehingga 48 jam sebelum berlepas ( ini untuk MAS)  jika penerbangan AA ia lebih awal lagi ( jadi segalanya lebih mudah kerana urusan sudah siap lebih awal untuk penerbangan AA).
  • Check in dalam masa 48 jam ini boleh menggunakan kemudahan di laman WEB, mobile Check-in ataupun KIOSK.
  • Sekiranya penumpang tanpa mendaftar Bagasi, boleh terus ke pintu masuk.
  • Manakala penumpang yang mempunyai bagasi dan perlu diperiksa hendaklah membawa PAS Masuk dan dokumen perjalanan ke pendaftaran sendiri iaitu di KIOSK atau perkhidmatan di Kaunter. (mesti 1 jam sebelum berlepas).
  • Untuk mengurangkan masa check in ini, MAS telah memperkenalkan perkhidmatan mencetak sendiri TAG Bagasi. Ini tersedia untuk semua jenis penerbangan samada domestik atau antarabangsa kelas ekonomi dari KLIA ini.
  • Walaupun anda sudah menggunakan WEB atau Mobile Check-in, anda perlu mencetak pula TAG Bagasi anda sendiri di Kiosk Daftar Masuk Layan Diri dan menandakannya pada Bagasi sebelum meneruskan ke kaunter untuk Bag Drop. (Drop Baggage). Itu sebab, digalakkan supaya anda sampai  3 jam sebelum berlepas. Ini kerana selalunya kena beratur panjang di kaunter nanti ( ini biasanya untuk penerbangan AA) Untuk MAS biasanya tak terlalu bersesak dengan ramai orang.)
  • Ok, sekiranya kes yang melibatkan Bagasi berlebihan, anda mesti ke kaunter Drop Baggage untuk memproses bagasi berlebihan anda itu kerana ia akan dikenakan bayaran tambahan.

Untuk tau kaunter mana anda perlu pergi, boleh rujuk pada skrin moniter besar di airport dan cari no Airlines anda.




Setiap Airlines ada berbeza beza Checked Baggage yang dibenarkan (boleh rujuk pada laman WEB Airlines). Ada yang 30kg (MAS), ada 37kg tapi kalau AA memang kena bayar ya. ( ini untuk yang dimasukan dalam Kargo).


Cik Eja bawa Dua bag Tau. Ini besar, kat dalam bag ni  ada satu lagi, standby takut tershopping nanti. Jadi kena Check in luggage ni.

Hanya hand Carry Baggage saja free itupun ada limit dalam 7kg sahaja dibenarkan (dibawa naik ke atas flight- seingat Cik Eja  kami memang selalu guna Hand Baggage ni). Setiap Luggage ini ada had ukuran iaitu saiznya tertentu yang telah ditetapkan. (Apa yang boleh dibawa, apa yang tak, itu boleh rujuk pada laman Web Airlines).


CARA CARA DAFTAR MASUK (CHECK-IN)

Menggunakan WEB


  1. Kemudahan Daftar masuk menggunakan laman WEB membolehkan penumpang untuk memeriksa secara dalam talian. memilih tempat duduk pilihan dan mencetak Pas Masuk dengan mudah dari rumah atau pejabat mereka.
  2. Daftar Masuk menggunakan Laman Web ini dibuka dari 2 hari dan sehingga 90 minit sebelum berlepas (Untuk MAS)
  3. Apabila WEB Check-in selesai, penumpang akan diberikan pilihan untuk mencetak Pas Masuk mereka atau menerima hanya Pass Boarding Mobil. Walaubagaimana pun, jika pengesahan selanjutnya diperlukan di lapangan terbang, penumpang hanya boleh mencetak RESIT PENGESAHAN MASUK yang mesti ditukar dengan PAS MASUK ke Kaunter Daftar Masuk. (FAHAM tak? :-) )


Daftar Masuk Menggunakan KIOSK


  1. KIOSK Daftar Masuk juga membenarkan penumpang untuk mendaftar masuk, memilih tempat duduk pilihan dan mencetak PAS MASUK. Perkhidmatan ini juga boleh digunakan dari 2 hari awal dan sehingga 60 minit sebelum berlepas (Untuk MAS, untuk AA lebih awal dari ini).
  2. KIOSK Daftar Masuk ini boleh didapati di KLIA, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bharu dan Langkawi sahaja.
  3. Perkhidmatan Menggunakan KIOSK ini dibuka kepada semua penumpang kecuali penumpang dengan permintaan perkhidmatan KHAS, kumpulan yang lebih dari 9 orang dan penumpang dengan tiket siap sedia.(KL CAT).


** Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Keretapi KLIA Ekspres boleh menyemak dan menurunkan bagasi mereka di Terminal Udara KL CAT yang terletak di dalam stesen KL Sentral. Perkhidmatan ini hanya tersedia untuk pemegang tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang sah, sehingga 2 jam sebelum berlepas untuk penerbangan antarabangsa dan 90 minit untuk penerbangan domestik tanpa bagasi.

Daftar Masuk Kaunter

  1. Waktu tutup Pengesahan Masuk untuk penerbangan MAS adalah :
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpu dan Lapangan Terbang Antarabangsa = 60 Minit sebelum berlepas untuk semua penerbangan.
  3. Lapangan Terbang Domestik = 45 minit sebelum berlepas.


Fuuuhhh panjang Lebar bercerita ni...kalau ada yang rasa belum faham atau berbelit ayat penerangan dari Cik Eja ni mohon maaf ya.
Ok, kita sambung lagi, setelah selesai bab Check-in ini next pula adalah , (Kira dah lepas masuk kan.)




IMMIGRATION ( PASSPORT CONTROL)

Airport kita ni memang besar. Kebanyakkan airport lain yang Cik Eja pernah sampai. KLIA kita juga memang luas dan jenuh untuk berjalan. Tapi tak perlu risau sebab adanya signboard menunjukkan arah mana yang sepatutnya korang lalui. Di KLIA iaitu untuk International Flight, ada kemudahan Aerotrain untuk ke gate tertentu. Itu sebab pentingnya kita kena tau gate mana yang perlu kita pergi. Semuanya ada pada boarding pass ya.

Yang untungnya Cik EJa baru ni dekat saja gate yang perlu pergi. Memang tak perlu pun naik Aerotrain. Ahhhh lega je rasa masa tu. Ok, sebelum korang ke gate mesti akan melalui Immigration terlebih dahulu. Di sini kalau melalui kaunter, immigration staff akan check passport seorang seorang. Tapi untungnya bagi kita Rakyat Malaysia, boleh saja melalui Kiosk untuk Check passport secara automatik. Kita hanya perlu masuk dan letakkan passport dan mengikut arahan pada skrin mesin.

Settle semuanya di situ, automatik pintu halangan dibuka dan korang boleh keluar dari ruang mesin kiosk tersebut. Boleh terus menuju ke gate mengikut arah signboard.


SECURITY CONTROL

Ruang ketiga iaitu Security Control, melalui security control ini, segala apa yang berada di badan kita kena keluarkan, contohnya macam jaket, tali pinggang, wallet dalam poket, handbag, semua ini mesti dimasukkan dalam tray yang disediakan. Kalau ada hand carry pastikan dalam bag itu tidak ada liquid yang melebihi apa yang telah ditetapkan. Biasanya tidak boleh melebihi 100ML, biasanya liquid ini seperti moisturiser ke, foundation ke yang selalunya ada dalam handbag. Itu sebab kalau nak travel digalakkan membawa pek yang kecil sahaja.

Biasanya barangan yang perlu dikeluarkan lagi adalah, handphone (kalau ada dalam handbag hanya masukan handbag dalam tray saja ok.) Barangan eletronik seperti laptop, tablet, kunci, syiling (bagi lelaki yang biasanya ada dalam poket. Kalau adanya gunting biasanya akan terus dirampas. walaupun gunting itu sebenarnya untuk gunting misai hahahha..Jadi tak perlu bawalah ya, gunting siap siap dari rumah sebelum travel tu. Barangan yang tajam lain juga memang tidak dibenarkan. Bagi yang merokok, lighter juga tidak boleh ok.

Biasanya juga, boots pun kena tanggalkan. Tak tahu kenapa bila pakai tu, buat body check ia akan berbunyi, jadi biasanya memang staff akan minta kita tanggalkan dan masukkan dalam tray juga. Sebab Cik Eja pernah banyak kali juga kena. hihihihikk. Selepas semua sudah di check, jika memang tidak ada apa apa masalah memang boleh pakai semula apa yang sudah ditanggalkan dan boleh meneruskan perjalanan untuk ke ruang menunggu flight.

Sesudah semua step  ini selesai, maka anda sudah boleh menunggu penerbangan dengan tenang. Boleh relax dan update pada kawan kawan..yipieee daku dah berjaya lalui semuanya ini. Mesti kepuasan terpancar di wajah kan? hihihikk Happy Travel kawan!

**Namun begitu, sentiasa perihatin tentang details penerbangan, cek flight no dan boarding gate, adakah semuanya betul? Kalau semuanya betul dan tidak ada pengumuman pertukaran, jadi anda sudah berada di laluan yang betul. Apa yang perlu tahu lagi ialah :-


TRAVEL ITINERARY

Selalunya mereka yang travel akan ada itinerary masing masing. Apa yang perlu dibawa juga adalah print out booking confirmation untuk tiket flight dan hotel mana mahu menginap. Ada sesetengah negara perlunya print list makanan apa yang dibawa. (Kena tahu ya, setiap negara ada rules masing masing tentang makanan apa yang boleh dan tak boleh dibawa).

Kalau mahu menginap di rumah orang dikenali, mesti sediakan alamatnya sekali. Tapi yang ni selalunya kami tak kena check detail sangat pun.


TRAVEL INSURANCE

Jika mahu travel Jauh, Overseas memang korang perlu adanya travel insurance ini. Kita tidak akan tahu apa akan terjadi sepanjang perjalanan kita nanti. Apa apa kemungkinan boleh terjadi, cuaca buruk di sana ke, kemalangan yang tidak dijangka ke ataupun kematian. Kos untuk itu semua sangat tinggi berbanding insurans yang kita ambil.



Bercuti ke Bukit Tinggi



Bukit Tinggi adalah sebuah bandar kecil di daerah Bentong, Pahang, Malaysia. Pekan kecil ini terletak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang rimbun di 2,500 kaki di atas paras laut di Pahang. Bukit Tinggi ini boleh dijadikan salah satu destinasi menarik dengan suasana yang menyegarkan, terutamanya dari iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Penginapan di sini boleh menenangkan fikiran dengan keindahan bukit dan pemandangan bangunan yang klasik. Bangunan di sini seperti  'ala-ala' Bandar France tapi sangat kecil. Tidak sampai setengah hari saja anda sudah boleh menjelajah keseluruhan kawasan di sini. Ia terkenal dengan restorannya yang menghidangkan makanan barat dan biasanya ia menarik pelancong dari Genting Highlands.

Apa yang Menarik di Bukit Tinggi?


Berjaya Hills Resort.

Berjaya Hills Resort adalah resort bukit di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Ia berhampiran dengan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung bertema Perancis, Colmar Tropicale.








Gambar sekitar  Colmar Tropicale. 















Japanese Garden.

Tempat yang bagus untuk bersiar-siar. Untuk memasuki Taman Botani dan Taman Jepun, kedua-dua tarikan ini sebenarnya adalah percuma dan terbuka untuk umum. Anda juga boleh menyewa kimono dengan bayaran RM20 di sini untuk mengambil foto. Bagaimanapun, tidak akan mengesyorkan untuk melawat tempat ini pada sebelah petang kerana ia menjadi terlalu panas di bawah matahari petang. Lawatan ke sini pada waktu pagi adalah sangat sesuai.

Nota penting: Taman ini ditutup pada 5.30PM.

Pelancong boleh menggunakan bas ulang-alik dari Colmar Tropicale / bandar Perancis ke taman ini secara percuma. Boleh juga berjalan kaki dan melalui jalan bukit, menaiki tangga untuk sampai ke Japanese Garden ini.




Berjalan menaiki Jalan berbukit untuk ke Japanese Village.







Rumah Jepun yang kecil saja di sini. Jika datang ketika ramai pengunjung, memang tidak sesuai bagi mereka untuk bergambar menggunakan pakaian Kimono di sini. (Terlalu Sesak).






Ladang Arnab

Ladang ini kecil sahaja dengan mengenakan tiket RM5 seorang. Kanak kanak boleh melihat dan memberikan makan arnab dan rusa dengan bayaran tambahan RM3 untuk makanan.


Taman Botani.


Taman Botani terletak betul-betul di sebelah Taman Jepun. Bayaran masuk telah dimasukkan dalam bayaran masuk ke Bukit Tinggi iaitu RM18. Ia berada betul betul dilereng bukit.



*P/S: Bagi pandangan Cik Eja, tak perlu pun bermalam di sini kerana untuk berjalan sekitar Bukit Tinggi ini tidak memakan masa begitu lama. Kawasan ini kecil sahaja. 






Turun bahagian bawah adanya terdapat beberapa Swan dalam kolam yang sangat jinak.






Thursday, November 1, 2018

7 Jenis Penderaan Senyap dari Ibu Bapa!!! Anda Patut Baca

'Tanpa Sedar Kita Dera Anak' 

Ini Dia 7 Jenis Penderaan Senyap Ramai Ibu Bapa Tak Perasan
I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar. 

Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, 
kita tak rotan anak dengan paip getah, 
kita tak sebat anak dengan tali pinggang, 
kita tak ikat anak kat pokok rambutan, 
kita tak tampar anak sampai berbekas, 
kita tak maki anak depan orang, 
kita tak cekik anak bila mereka nakal, 
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan. 
Itu kejam. 
Itu dosa. 
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak. 

Tapi yang kita tak tahu adalah--
banyak penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. 

Kita ingat kita tak dera, 
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe", 
tapi rupanya,

KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.

Kenapa saya kata dalam-dalam? 
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. 

Emosi and self-esteem.

Adalah dua elemen yang sangat penting, 
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk, 
tapi sangat mudah dibunuh. 

Ada beberapa "sikap" ibu bapa, 
yang sebenarnya berbentuk penderaan, 
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.

This is what we call :
penderaan senyap

Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, 
sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. 

So today, let me share

7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.

1) Ignorance and expressionless reaction 

Atau dalam Bahasa Malaysia, 
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi

Contohnya :

Bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, 
kita buat tak tahuuuuu je. 
Langsung tak beri sebarang reaksi. 
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain. 

Nak main dengan anak, 
tapi tangan tengah layan Facebook. 
Nak buat homework dengan anak, 
tapi mata tengok fattah amin kat TV. 

Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding. 
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. 

Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, 
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. 

Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni." 

Tapi kita jawab, "Tak payah la." 
Dan terus bagi baju warna lain. 
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa? 

Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni, 
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. 
Sebab? 
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.

2) Stonewalling

Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding. 

Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak, 
atau malas nak layan soalan anak. 
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. 

Contoh bila anak tanya, 
"Mama suka warna apa?"

Kita jawab, "Entah. Pape je laaa." 

Kalau jumpa mak bapak cemni, 
bancuh simen dan tuang kat muka diorang. 
Biar jadi dinding betul. 

Please parents. 
When you say, quality time with children, 
that means 101% of your attention goes to them. 
Bukan sambil-sambil. 
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.

3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain

Contoh bila ada orang puji anak kita, 
"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."

Tapi kita jawab, 
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."

Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi. 
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. 
Anak pun terluka bila dengar. 
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. 

So never make fun of your child in front of other people. 
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. 
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you." 

Lantak la orang nak cakap riak ke apa. 
We are showing a good example to our children. 
A good sense of appreciation and being thankful to have them.


4) Gaslighting 

Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. 

Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.

Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je." 

Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan. 
Kita cuma cakap, 
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu." 

Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri, 
dan hilang kepercayaan pada diri. 
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting. 

Nasihat saya untuk parents macam ni, 
stop tengok drama pukul 7. 
Dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
YOU. 

Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, 
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. 
And never deny what they feel. 
Peluk and tell them, 
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."


5) Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet, 
terlalu banyak complaint, 
terlalu banyak yang tak kena di matanya. 

Anak comot sikit, marah. 
Anak terlanggar sikit, marah. 
Anak buat lawak sikit, marah. 
Anak nak rehat kejap, marah. 
Anak pakai baju lain seluar lain, marah. 
Anak silap baca sikit, marah. 
Anak pelat cakap sikit, marah. 
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah. 
Semuaaaaaaaa benda, 
kalau tak perfect--
marah. 

Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni, 
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat, 
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak. 

So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. 
Happy life is not about perfection. 
It's about embracing the imperfections, 
and cherish the small good things.


6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan

Ada kan parents macam ni? 

Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak. 
Sebab ego. 

Dan bila anak capai sesuatu, 
jarangggggg ucap tahniah. 
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat." 

Huk aloh 

Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, 
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung, 
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting. 

If you are this kind of parent, 
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, 
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka. 
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.


7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan

Contoh, 
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah, 
yang anak kita ponteng sekolah, 
atau anak kita buli rakan lain, 
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. 

Kita lepas tangan. 

Kita tak berdepan dengan anak, 
tak heart-to-heart talk dengan anak, 
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik. 

Perangai parents yang macam ni, 
kalau dibiarkan berlarutan, 
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak, 
semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. 

Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni, 
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 

Baik jadi anak yatim. 
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus. 

Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau.
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan, 
tapi banyakkkkk berlaku. 

Tak payah tengok rumah orang lain, 
kat rumah sendiri pun ada berlaku. 
Kan? 

Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. 
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang. 

Dan yang paling menyedihkan, 
it's considered NORMAL in our culture.

Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.

So how to fix this?
By changing ourselves. 
By fixing our relationship with our own children. 
By having more interaction and communication with them. 

Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka. 

Let's stop this "quiet" abuse. 
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. 
Ameen.

Sumber: Adlil Rajiah, Penulis buku '3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna'

Korea Oh Korea

Hari ini ada program special kat Sekolah. Mama tak ada idea pun nak bagi pakai baju apa kat Anak Anak sempena Tema Syantik ini. Tiba tiba terdetik, Jomlah pakai baju mama. Kenangan bila masa bercuti ke Korea dulu. 
Ini kisah Korea dulu Melancong ke Korea

Papa beli katanya nak mama pakai masa raya. Oh Tidak....tak kan nak pakai baju ni masa raya. Hi hihihikk.

Sempena hari kanak kanak Di Sekolah ini maka  baju mama ketika Kaklong masih Baby lagi.....sekarang dia pula yang muat Baju ni...Betapa lamanya masa berlalu. Dulu mama muda je Sebab masih 20an...

Ok inilah bajunya. Siap semua kena pakai Topeng pula tu.












Resepi Pretzel

Sesiapa yang suka makan ni? Anak anak Cik Eja sangat sukannya. Yang Cinnamon Sugar pun best kan? Itulah, Cik Eja teringin sangat cuba buat sendiri. Macam mudah je. Nampak pekerja Auntie Anne's buat senang je. Tak apa, Kita Cuba sendiri dulu.





Inilah hasilnya.







500 g tepung gandum 
50g Brown Sugar
1 sudu besar Yeast
2 sudu besar Garam
300ml Air hangat 
3 sudu besar Bikarbonat
Garam Kasar untuk ditabur


LANGKAH 1
Ayak tepung, gula dan garam dan tuangkan ke dalam mangkuk. Tambah Yis kering dan kemudian campurkan bahan kering dengan sudu

LANGKAH 2: BUAT DOUGH
Tambah air dan teruskan menggunakan lampiran cangkuk doh pada mixer anda, biarkan adunan dicampur selama 5 minit. Uli  boleh menggunakan tangan, mencampurkan sedikit  sedikit tepung dan kemudian uli  selama 5-10 minit, sehingga halus dan anjal. 

LANGKAH 3: 
Masukan minyak ke dalam mangkuk, sapukan minyak rata. Masukan doh ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik atau kain dan biarkan naik 1-2 jam sehingga sekurang-kurangnya dua kali ganda saiz.

LANGKAH 4:  
Keluarkan doh, potong sedikit2 memanjang dan uli setiap potongan tadi secara memanjang, dalam 50cm. Bentukkan seperti U terbalik . Ambil dua hujung dan putarnya bersama-sama dua kali, kemudian lipatkan ujung lilitan ke bahagian lain U

LANGKAH 5: 
Sediakan Baking Soda  masukan ke dalam  3.5 liter air mendidih.Griskan dulang pembakar dengan minyak 

LANGKAH 6: 
Celupkan setiap pretzel ke dalam air panas baking soda tadi selama 10 saat, dan. Susun pada dulang pembakar.

LANGKAH 7:
Guna pisau tajam, gariskan sedikit doh tadi (tak goreskan pun tak apa)  Dan taburkan dengan garam kasar, dan masak selama 15 minit, atau sehingga bewarna coklat pekat.