My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, October 10, 2012

Hello Kitty Town


Setiap kali hujung minggu, mesti ada saja aktiviti kami. Kali ni...tercari cari apa tempat menarik untuk bawa anak anak kecik ni bermain. Selepas saja jalan jalan sekitar JB, maka kami buat keputusan untuk ke sini...Iaitu Hello Kitty. Bukan main seeeronok kak long dan Zharfan. Maklumlah diorang ni dah besar sikit dari adik dua lagi ni.

Sebelum tu kena beli tiket dulu. Kami masuk saja, terus makan kat dalam ni. Makan tengahari kenyang kenyang barulah boleh lepaskan bermain. Nanti kalau tak makan lapar pula...abisla kalau start merengek....poning mama n papa nanti.


Jalan pasaraya kat JB dulu sebelum ke Hello Kitty esoknya.



Menunggu menu tak sampai lagi...kita posing dulu ek...berlatarbelakang  Kampung Boy




Boleh pulak si kecik Ashim ni tertidur?Ollooooo ollooo terlentok sampai macam tu sekali...empuk papa ek? Hihihihiiik







Kasi can kat mama posing yek!!



Menu kami...berbeza beza...sedap juga makan kat dalam Hello Kitty ni...



Tengok tuuu...sikecik baru bangun tidur terus nak makan...kuat makan sorang ni. Satey tuuuu habis banyak juga...



Biasalaa..sorang makan, sorang kena jaga anak anak. Kalau dah meragam kenala pujuk dan dokong pula...errrm..macam tula kalau dah keluar sorang setahun ni. 







Pintu masuk bahagian atas Hello Kitty Town ni...Happy Si kecik Ashim ni bila dah puas tidur dan kekenyangan...




Nak masuk ke Wishful Studio...nak buat apa??Aaaa jom kita sama sama masuk dalam yek...




Haaaa kami buat ni...cookies Hello Kitty...kita makeup kan diaaa....siapa punya lagi cantik ni?




Mama bantu Acim laaa....



Aikk???Ada orang tu makan dulu?hahahaha...tak sempat makeup Hello Kitty dia cantik cantik dak kena ngap! dulu..Ish..ish...Yaya..Yaya...








Taadaaa...siapa punya ni???oklaaa..Kaklong la siapa lagi...




Kat sini pun banyak persembahan yang menarik sangat. Semua teruja bukan saja kanak kanak...mak bapak jugak excited nengok persembahan yang sangat menarik ni. Kami banyak ambil video saja kat sini. Lain kali rasa nak tengok boleh buka video je kan.

Memang best la Hello Kitty ni. Dah rasa macam persembahan kat dalam Everland Korea lak nih. Tapi Everland lagi besar dan lagi banyak persembahan kat sana yang sangat memukau pengunjung. Tapi Hello Kitty ni pun apa kurangnya. Menarik dan memang patutla bawa anak anak bergembira kat sini...




Cantik sangat Set Hello Kitty ni...alahaiiii kalau boleh letak kat rumah...mesti korang suka makan suap sendiri kan???...




Kitchen dia yang sangat sweet!!!!! Terpikat la mama ni....




Semuaaa dah nak masuk dalam....fuuhhh dah berat juga yaya a.k.a Damia Sofia ni...




Alaaaa alaaa...comeeeeyyynyaa cute je langsir ni kalau buat kat bilik yaya kan??Suka ke???Botol tak pernah lepas dari mulut dia sorang ni tau. Suka sangat kemam puting macam tu. Bila la yaya nak putus susu botol ni ek?




Comel kan ruang bilik macam ni? Nanti mama buatkan langsir macam ni untuk korang nak tak? Bila la nak menjahit tu si mama sorang ni. Anak kecik dua tu bukan boleh tengok mama buat kerja kerja, mesti ada je salah sorang akan merengek. Lagi haru bila dua dua merengek...macam tu la selalunya...sabar sabar la wahai mama....ermm..




Uiihhh..ini lagi la ala ala princess kan? Macam bilik tidur Princess saja laa...sweet betul arrghhh sampai mama yang dah jatuh cinta dengan Hello Kitty Town ni!




Saja ambil langsir ni...mana tau boleh dijadikan contoh kalau nak buat nanti...




Macam macam aktiviti dalam ni. 




Nampaknya ada yang dah nangis tuuu....




Dua ni sajalah yang boleh naik banyak mainan. Yang kecik dua ni pula selalu takut takut dan nak kena dokong saja. 



Ada Thomas & Friends







Ada Pingu......




Aikk? Nangis pulak? Ok la...Ok la...penat la tu Acim ni...ok..Jom kita balik ya....

Byeee...Hello Kitty ni memang Best...kalau anak anak dah besar sikit lagi datang sini lagi pun ok. Lagi seronok sebab dah boleh jalan semua dan dapat main semua mainan kat sini....