My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, October 31, 2018

Setiap pelancong Mesti pergi ke sini jika smpai di Hokkaido

Pagi ini, 12 Disember 2017, kami bergerak dari rumah pada pukul 10.50 pagi. Dari Kita2Johigashi ke Naebo Station. Train kami menuju ke Kita4Jonishi iaitu kami menuju ke Former Hokkaido Government Office yang telah dibina pada tahun 1888. Bangunan ini merupakan simbol terkenal Hokkaido dan bintang merah di dinding luarnya adalah lambang Suruhanjaya Pembangunan Hokkaido.









Bekas Pejabat Kerajaan Hokkaido ini digunakan kebih kurang 80 tahun sehinggalah pejabat pemerintah yang sedang digunakan sekarang dibina. Senibina bangunan ini sangat cantik dan ia telah menjadi tempat pameran mengenai sejarah Hokkaido dan ia terbuka kepada orang ramai tanpa mengenakan apa apa bayaran.


Kami masuk ke dalam dan bermacam sejarah tentang Hokkaido ada di dalamnya. Ada ruang persidangan, kedai muzium pejabat untuk maklumat pelancongan (banyak pamplet), beberapa bilik pameran dan perpustakaan bersejarah. Setelah pusing habis lepas satu  ke satu bilik pameran, anak anak dah mula boring. Hihihihik mana lah diorang ni minat untuk baca semua tu. Lari sana sini adalah. Lagipun dalam ni tak ramai orang sangat. Macam kami kami saja yang masuk. Orang lain nampaknya ambik gambar kat luar saja.





Sebelum Kita keluar...jom abadikan gambar Kat sini dengan Dak Dak kenit..


Kami pun keluar juga untuk mengabadikan gambar di depan bangunan bersejarah ini. Cuaca sangat sejuk hari ini. Salji pula macam makin lebat turun. Sejuk sangat ni...Jadi kami cepat cepat bergambar posing sikit. Kat depan sana ada pokok yang dipenuhi salji. Nak ambil gambar pun dah tak tahan rasanya.



Sebenarnya kalau bukan musim winter, dihadapan bangunan ini adanya taman bunga, ada sakura dan kolam yang kadang kadang ada pelbagai acara dilakukan disitu. Memandangkan ini musim salji, jadi tak dapatlah kami tengok bunga bungaan yang cantik tu.













Mak borek anak rintik? Hahahah begitulah aksi Nan sorang ini...


Kami mula keluar dari perkarangan bangunan bersejarah ini. Kami santai santai saja hari ini. Jalan- jalan dan menikmati suasana Sapporo untuk hari terakhir ini. Haisshhh anak anak ni tak sejuk pula duk main lari lari atas salji tebal tu. Tenggelam habis kasutnya, kalau masuk dalam kasut salji tu nanti kesejukan pulak kakinya. Ermmm apa apa sajalah..aasal korang happy ya.








Kami cari tempat makan. Makan tengahari sekejap, terus kami cari shopping complex untuk berteduh dari kesejukan diluar ni. Kami tak ke mana lagi hari ini memandangkan kena balik cepat untuk packing baju n kemaskan apa yang patut. Kami ada juga singgah Daiso di Hokkaido ni. Wahh...banyak benda menarik kat sini. Kena Poww di anak anak je lah kat situ. Oklah harga pun tak adalah mahal sangat kan.

Selesai jalan jalan sekitar Sapporo ni, kami pun balik ke rumah. Banyak baju ni, bag pun rasanya macam tak muat dah. Beli barang tak banyak pun kat sini. Tapi alhamdulillah bag yang dipenuhi makanan dah pun kosong. Baju winterlah paling gemuk untuk dimuatkan dalam bag ni tau. Kemas rumah sikit supaya tak berselerak bila ditinggalkan. Kat sini memang macam tu, kalau nak tinggalkan rumah yang kita sewa ni kena tinggalkan dalam keadaan bersih seperti mana kita masuk. Kena jaga nama baik negara kita tau.


Jangan pula diorang kata kita Rakyat Malaysia pengotor. Kita masuk kandang kambing mengembek...gitulah ibaratnya kan. Oklah..dah siap kisah Hokkaido kami kali ini. Esok pagi2 kami kena bertolak naik train untuk ke airport pula. Satu pengalaman yang sangat Indah dan tak akan dilupakan Hokkaido ini.

Kalau diberi peluang memang nak datang lagi. Lain kali nak la musim spring pula, mesti Furano menjadi destinasi wajib untuk pergi. Nanti Cik Eja Share pula tempat tempat menarik di sini ok...

Tuesday, October 30, 2018

Kenapa Hokkaido Shrine Satu Destinasi Popular?

Hokkaido Shrine adalah destinasi kami hari ini selepas Chocolate Factory. Kami sampai tepat pukul 2.45 petang ( 11 Disember 2017). Kami menaiki satu teksi sahaja memandangkan ia jauh dari stesen train. Sesampai saja kami di sini cuaca mendung saja. Tak berapa ramai pelancong, yang ada hanya chinese (itu pun tak ramai).Sebenarnya Hokkaido Shrine ini dibina pada tahun 1869 selepas Maharaja Meiji memutuskan bahawa "tiga dewa perintis" diabadikan untuk menaikkan semangat para perintis.



Kredit: Sapporo.travel




Kami Baru saja sampai Hokkaido Shrine. Belum masuk lagi ke dalam.



Bergambar dulu sebelum masuk dalam ya.


Tempat ini dipilih iaitu di Maruyama kerana ia dikelilingi oleh gunung-ganang dan ia sangat menarik apabila musim Spring. Musim bunga akan menjadikan tempat ini sangat cantik dan popular kerana biasanya banyak bunga sakura  dan plum berkembang secara serentak.

Kami hanya nak bergambar saja kenangan yang kita memang sampai ke sini. Sebelum ini dah pergi Furano Shrine, lebih kurang sama saja. Sebenarnya kami nak ke tempat lain lagi, tapi disebabkan hari dah nak makin gelap, jadi kami ke destinasi yang berdekatan saja. Banyak lagi tempat menarik di Sapporo ni. Tapi tempat itu semua mengambil masa perjalanan yang panjang. Nanti sampai sampai saja dah pun gelap.



























Itulah sebenarnya kerugian bila travel musim winter ini disebabkan 'Masa' waktu siang yang lebih pendek dari waktu malam. Pukul 4 pun dah gelap macam waktu malam. kami bergambar situ sana sini. Habis saja sesi bergambar, kami pun menapak berjalan saja melalui Kita1jo Miyanosawa-Dori Street. Sebelah kanan kami adanya Maruyama Park, kalau nak singgah untuk bergambar pun rasanya pemandangan mesti sama saja hanya memutih dengan timbunan salji. Kalau bukan musim winter ni mesti cantik kan.







Suasana dah pun makin gelap. Ni dah Maghrib ni, tiba tiba salah seorang kata lapar...nak makan kat mana kita ni yek? Ermmm di O-Dori Street sebelah kiri kami ada pula KFC. Oklah ini je tempat kita boleh singgah  makan. Bukan makan ayamnya tau. Bila dah masing masing kenyang. Barulah kami mula semula perjalanan. Tak puas lagi berjalan hari ini. Jadi kami singgah ke Minami1Jonishi pula di mana banyaknya terletak shopping complex.





Seterusnya kami ke Minami3Jonishi di mana terletaknya Tanukikoji Shopping street. Kami ke sini sebab ia terkenal dikalangan pelancong. Banyak jualan borong dan ada pelbagai jenis barang dijual seperti leather handbag, produk kecantikan dan ada juga pelbagai koleksi cenderahati contohnya seperti magnet fridge.



Tanukikoji....






Deami-Yaya- (Sofia) Minah mama nan sorang ni...suka sangat posing..



Kedai itulah yang ada Orang Melayu kita makan...



Ini Kedainya...mungkin Halal...tapi kami tak berani nak masuk laa..


Kami singgah sini sebenarnya nak cari makan. kikikiii...manalah tempat boleh di makan ni. Syyyyhhh sebenarnya Cek Ejam ni kalau tak pekena NASI... memang tak sah!!!...Huhuhuhukk Kita makan apa2 pun on je perut ni asal halal. Bukan nasi pun ok je.

Tetiba kami jumpa satu kedai makan. Ada review di luar tertulis bahasa Melayu "Memang Segar dan Sedap"...Fuuuhhh...Cek Ejam kata...janganlah..abg tak yakin ini halal.. Entahla, kami nampak kedainya err...hehehe jadi kami jalan jalan lagi. Ternampak pula restoran makanan Thai.. Haaahh kita pi sini...Haaayyyaaa kalau nak makan makanan Thai...Baik kita melancong ke Thailand je Bang ooii... Itulaa tekak Melayu..tetap tekak Melayu kan? Jadi kami naiklah ke restoran ini. Order Tomyam seafood dan Nasi goreng seafood saja untuk Dak dak kenit kami ni.











Alhamdulillah..memanglah sedap kalau dah makanan Thai ni. Selepas kekenyangan, barulah boleh "menyopping". Ada beli cenderahati kat sini...menarik jugalah untuk kenangan kan. Kami ada singgah di Hokkaido Tourist Centre kat sini. Ambil Pamplet yang menarik untuk dijadikan koleksi. Dah nak balik Malaysia baru jumpa banyak pamplet ni semua...haisshhh.. tak apalah. Cik Eja memang suka kumpul banyak2 pamplet. Cek Ejam selalu kata...haaahhh sudaahhh mama dah kutip nak buat sampah tu.





Huhuhukk bukan laaaa...kita simpan untuk dijadikan rujukan. Ye tak? Kalau tak ada rujukan camne daku nak menulis dalam blog nanti? Macamlah kami pergi New Zealand, balik balik saja tak habis habis baca pamplet untuk tau informasi menarik dan lebih detail untuk di share pada orang lain.

Selepas ke Tanukikoji ini, kami jalan jalan saja di satu pasaraya di Kita3Jonishi pula. Ada shopping sikit iaitu bag comel je rupa dia dan semestinya buatan Japan. Selepas itu dak dak kenit macam penat je, kami pun mencari jalan pulang. Esok ada destinasi lain pula, iaitu merupakan hari terakhir untuk kami menjelajah Sapporo ini.

Sunday, October 28, 2018

Sapporo Chocolate Factory

Pada 11 Disember 2017, kami bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi. Kena bertolak pagi pagi sikit, maklumlah nanti pukul 4 petang dah pun gelap. Ini pun tak la pagi sangat memandangkan kami bersarapan dulu dan sediakan sedikit bekalan untuk sikenit semua ni. Risau juga takut nanti tak sempat pula nak berjalan dua tempat hari ini. Kami menaiki train untuk ke sini.


Pada pukul 11. 09 pagi kami dah sampai di stesen Miyanosawa. Berpandukan Map di station Miyanosawa ini kami mencari jalan untuk menapak ke Chocolate Factory. Wah..dak dak kenit kami ni tak sabar sabar nak ke Chocolate Factory lagi. Sebelum ini kami dah ke Chocolate Factory di Dunedin New Zealand. Kali ini di Jepun pula. Tak sabar nak makan coklat katanya.








Dari stesen tadi tidak jauh mana, pukul 11.20 pagi kami dah pun sampai. Masing masing terlompat dan makin berjalan laju nak masuk dalam.









Sampai saja perkarangan factory ini, iaitu Shiroi Koibito Park, semua bersorak kegirangan. Mana tak bersorak? Dalam  ini sangat menarik. Pelbagai design rumah kecil, playhouse yang sangat cute cute rupa dia. Alahai, mama dan papa juga suka tengok comel comel macam ni.


Keseronokan yang terpancar di wajah masing2 ...Masa ni laaa...



Minah ni la yang paling 'super duper' happy kat sini!!! Dahla berjaya mencapai impian menjadi Elsa dipergunungan Salji...dapat pulak jumpa Olaf...Alhamdulillah ya YaYa....ada rezeki untuk anak anak rasai kegebuan Salji di Hokkaido.










Lepas satu satu rumah diorang masuk. ada tangga kecik di dalam, ada kerusi kecil, ada meja comel, ada kitchen yang cute, dan katil kecil pun ada juga. Hahahahah semua minta mama ambilkan gambar. Oke lah... okey lah... ini memang dunia kamu kan wahai kanak kanak. Terlari sana, terlari sini. Fuhhh...lepas bebaslah kamu dalam ni. Rumah kecil atas pokok pun ada juga ni. Bangunan di sini dihiasi dengan orang salji (Olaf) yang bulat bulat. Comel je.


Tarian dari patung Ada kat bahagian atas menara itu.







Kami duduk sebentar sementara anak anak nak makan biskut. Sambil itu kami perhatikan satu persembahan tarian pergerakan patung dengan alunan muzik dari atas menara di sini. Satu jam lebih juga main main di sini sambil bergambar situ sana sini. 




Nampak gemuks sekali daku...baju tu berlapis lapis sebenarnya... :-)



Wajah wajah kegirangan...










Setelah puas bermain pada pukul 12.30 kami pun memasuki dalam untuk melihat pembuatan coklat pula. Wah..dalam ni bukan dipenuhi coklat mengunung seperti di Dunedin NZ, tapi di penuhi pelbagai juga hiasan koleksi cawan antik yang sangat cantik!. Wah ...yang ini mama sangat sukakannya. Alahai cantiknya. Memang lawa yang amatlah. Terliur pula mama tengok ni. Tak apa... simpan dalam bentuk gambar pun jadilerrr kan.







Kami dapat melihat sejarah coklat di sini setelah memasuki sudut Ishiya Story. Mesin banyak di dalam kilang ini, tapi nampak pekerjanya tak ramai mana pun. Bau saja sangat menyelerakan. Ambik bau saja dah rasa mesti coklat ni sedap. Kami masuk tadi pun memang diberikan coklat seperti biskut, memang sedap. Setelah melihat bagaimana pembuatan coklat dari dekat, kami pun berjalan untuk keluar. Sepanjang laluan dalam ini dipenuhi pula koleksi pelbagai jenis permainan kanak kanak.










Wah... Adik Achim jumpa sesuatu lah. Thomas and friends kesukaan Achim ni mama. Huhuhhukk Acim nak la mama. Acim rasa nak pecahkan cermin ni nak ambik semua ni boleh? hehehehe mana boleh cayang oiiiii.... Ala, tak apalaahhh acim nak ambik gambar kat sini saja lah ya. OK...mama turutkan saja.





Koleksi The Beatles, Lady Diana, Madonna dan macam macam lagi ada di sini. Bila kami nak keluar dari sini, kami singgah solat dulu dalam Prayer Room. Haaaa.. jangan risau dalam ni ada bilik solat tau. Selepas saja solat, kami pun turun.






Bangunan ini sangat cantik dan besar. Di bawah adanya shop terjual pelbagai jenis coklat. Ramai betul pelancong nak beli coklat. Sementara Cek Ejam beratur mahu bayar, Cik Eja memerhatikan saja dak dak kenit yang memang tak duduk diam dari tadi. Setelah beli coklat, dalam pukul 1.55 kami pun keluar dari sini.








Selamat tinggal Kilang Coklat....



Seterusnya kami ke Destinasi lain dengan menaiki teksi saja. Nanti Cik Eja sambung kami ke mana ok...