My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, October 28, 2018

Sapporo Chocolate Factory

Pada 11 Disember 2017, kami bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi. Kena bertolak pagi pagi sikit, maklumlah nanti pukul 4 petang dah pun gelap. Ini pun tak la pagi sangat memandangkan kami bersarapan dulu dan sediakan sedikit bekalan untuk sikenit semua ni. Risau juga takut nanti tak sempat pula nak berjalan dua tempat hari ini. Kami menaiki train untuk ke sini.


Pada pukul 11. 09 pagi kami dah sampai di stesen Miyanosawa. Berpandukan Map di station Miyanosawa ini kami mencari jalan untuk menapak ke Chocolate Factory. Wah..dak dak kenit kami ni tak sabar sabar nak ke Chocolate Factory lagi. Sebelum ini kami dah ke Chocolate Factory di Dunedin New Zealand. Kali ini di Jepun pula. Tak sabar nak makan coklat katanya.








Dari stesen tadi tidak jauh mana, pukul 11.20 pagi kami dah pun sampai. Masing masing terlompat dan makin berjalan laju nak masuk dalam.









Sampai saja perkarangan factory ini, iaitu Shiroi Koibito Park, semua bersorak kegirangan. Mana tak bersorak? Dalam  ini sangat menarik. Pelbagai design rumah kecil, playhouse yang sangat cute cute rupa dia. Alahai, mama dan papa juga suka tengok comel comel macam ni.


Keseronokan yang terpancar di wajah masing2 ...Masa ni laaa...



Minah ni la yang paling 'super duper' happy kat sini!!! Dahla berjaya mencapai impian menjadi Elsa dipergunungan Salji...dapat pulak jumpa Olaf...Alhamdulillah ya YaYa....ada rezeki untuk anak anak rasai kegebuan Salji di Hokkaido.










Lepas satu satu rumah diorang masuk. ada tangga kecik di dalam, ada kerusi kecil, ada meja comel, ada kitchen yang cute, dan katil kecil pun ada juga. Hahahahah semua minta mama ambilkan gambar. Oke lah... okey lah... ini memang dunia kamu kan wahai kanak kanak. Terlari sana, terlari sini. Fuhhh...lepas bebaslah kamu dalam ni. Rumah kecil atas pokok pun ada juga ni. Bangunan di sini dihiasi dengan orang salji (Olaf) yang bulat bulat. Comel je.


Tarian dari patung Ada kat bahagian atas menara itu.







Kami duduk sebentar sementara anak anak nak makan biskut. Sambil itu kami perhatikan satu persembahan tarian pergerakan patung dengan alunan muzik dari atas menara di sini. Satu jam lebih juga main main di sini sambil bergambar situ sana sini. 




Nampak gemuks sekali daku...baju tu berlapis lapis sebenarnya... :-)



Wajah wajah kegirangan...










Setelah puas bermain pada pukul 12.30 kami pun memasuki dalam untuk melihat pembuatan coklat pula. Wah..dalam ni bukan dipenuhi coklat mengunung seperti di Dunedin NZ, tapi di penuhi pelbagai juga hiasan koleksi cawan antik yang sangat cantik!. Wah ...yang ini mama sangat sukakannya. Alahai cantiknya. Memang lawa yang amatlah. Terliur pula mama tengok ni. Tak apa... simpan dalam bentuk gambar pun jadilerrr kan.







Kami dapat melihat sejarah coklat di sini setelah memasuki sudut Ishiya Story. Mesin banyak di dalam kilang ini, tapi nampak pekerjanya tak ramai mana pun. Bau saja sangat menyelerakan. Ambik bau saja dah rasa mesti coklat ni sedap. Kami masuk tadi pun memang diberikan coklat seperti biskut, memang sedap. Setelah melihat bagaimana pembuatan coklat dari dekat, kami pun berjalan untuk keluar. Sepanjang laluan dalam ini dipenuhi pula koleksi pelbagai jenis permainan kanak kanak.










Wah... Adik Achim jumpa sesuatu lah. Thomas and friends kesukaan Achim ni mama. Huhuhhukk Acim nak la mama. Acim rasa nak pecahkan cermin ni nak ambik semua ni boleh? hehehehe mana boleh cayang oiiiii.... Ala, tak apalaahhh acim nak ambik gambar kat sini saja lah ya. OK...mama turutkan saja.





Koleksi The Beatles, Lady Diana, Madonna dan macam macam lagi ada di sini. Bila kami nak keluar dari sini, kami singgah solat dulu dalam Prayer Room. Haaaa.. jangan risau dalam ni ada bilik solat tau. Selepas saja solat, kami pun turun.






Bangunan ini sangat cantik dan besar. Di bawah adanya shop terjual pelbagai jenis coklat. Ramai betul pelancong nak beli coklat. Sementara Cek Ejam beratur mahu bayar, Cik Eja memerhatikan saja dak dak kenit yang memang tak duduk diam dari tadi. Setelah beli coklat, dalam pukul 1.55 kami pun keluar dari sini.








Selamat tinggal Kilang Coklat....



Seterusnya kami ke Destinasi lain dengan menaiki teksi saja. Nanti Cik Eja sambung kami ke mana ok...



Saturday, October 27, 2018

Bila ke Sapporo wajib pergi ke tempat ini

Kami berehat sekejap apabila sampai. Cek Ejam kata...jomla kita keluar. Rugilah kalau nak duduk dalam rumah saja. Jom..kita ronda ronda Sapporo waktu malam. Lepas kami makan sekejap, solat dan mandi kami pun keluar. Dari rumah kali ini tak adalah jauh sangat dari pusat bandar. Boleh berjalan kaki saja atau menggunakan train tadi. Oh ya, boleh juga menaiki bas untuk ke Sapporo TV Tower ya.








Sekejap saja perjalanan, kami dah pun tiba. Boleh juga Cik Eja melihat sekitar Sapporo ini dari atas jejantas yang sangat panjang dan bersimpang siur ni. Ambil gambar kenangan dari sini. Sedikit lagi berjalan kami pun sampai. Ermmm kali ini tak la ramai mana orang berbanding di Eiffel Tower Paris. Tapi menarik sangat suasana di luar Sapporo TV Tower ini. Sedikit gambar kami sepanjang malam ini.










Kami masuk ke dalam TV Tower. Nampaknya untuk naik ke atas kena beli tiket. Kami bersiar siar  saja di tingkat yang banyak jualan mainan dan survenior . Bahaya ni..tak boleh lama lama kalau banyak mainan macam ni.


Dalam setengah jam saja kami kat atas ini, terus kami pun turun.
Kami tak beli tiket pun untuk naik ke puncak. Lagipun waktu malam macam ni pemandangan gelap saja, yang hanya nampak lampu begemerlapan. 






Kami turun dan berjalan lagi sekitar sini. Memang sangat menarik lagi lagi hiasan lampu kat sini. Bergambar lah banyak sikit kenangan situ sana sini. Hehehe... anak anak kesejukan tu. 

Sekejap..sekejap...mama nak posing sikit ok!..Ini sedikit gambar kenangan sepanjang malam pertama di Sapporo ini.










Bila turun saja ada bunga lambang love yang sangat cute dengan lampu bewarna warni. Jadi, apa lagi kami pun sempat la bergambar sini atas bantuan satu kumpulan Chinese.
Atas dasar berterima kasih, Cik Eja pun ambilkan gambar mereka juga. Puas bergambar situ sana sini, kami pun keluar dari perkarangan TV Tower ini. 


Waktu malam di Odori Park sangat happening. Ramai pelancong nampaknya.
Kali ini kami Jalan jalan saja sekitar sini. Cuaca pula Makin sejuk. Anak anak Tak tahan kesejukan pulak tu. Sekejap2 cari tempat perlindungan dari terkena angin malam. Berlindung didalam bangunan.












Maafkan Cik Eja...nak simpan kenangan mama diorang ni bergambar Sana sini. Anak anak dah Cari tempat berlindung dari terkena kesejukan malam.











Di depan sikit ada Orang salji bercahaya dengan dihiasi lampu2.  Kami bergambar sekali lagi di sini.





Kemudian, bila kami berjalan didepan lagi terdapat banyak gerai jualan. Seperti di Paris dulu jualan sempena Krismas. Macam macam ada, makanan dan perhiasan. Memang ramai orang kat sini. Kami tak beli apa2 pun memandangkan makanan semua tak halal. 


Ada sekumpulan melayu menegur kami. Berbual saja sekejap. Nampaknya mereka semua masih bujang. Seronoknya pula berborak. Setelah kepuasan berjalan dan bergambar, kami pun mula mencari Jalan pulang.


Kesejukan sangat kali ini. Salji makin lebat pula turun waktu malam macam ini. Anak anak berjalan bukan main laju untuk cepat sampai ke rumah kami. Hanya mama saja jalan slow and steady (konon - konon) menghayati salji dan kesejukan malam di Sapporo.









Hihihiikk...Nampaknya semua anak anak nyenyak tidur malam ini. Kena simpan tenaga banyak untuk aktiviti esok pula.

Thursday, March 15, 2018

Rumah kami di Sapporo, Hokkaido

Pagi ini dari Otaru kami mengambil train untuk ke Sapporo. Dari rumah di Otaru ini, kami hanya berjalan kaki sahaja. Perjalanan ke Station memang dekat saja. Setelah membeli tiket train, sekejap saja train sudah pun tiba. Masa perjalanan kami sepanjang di Hokkaido ini sangat best memandangkan transport di sini sangat tepati masa. 








Kali ini kami melalui pesisir pantai. Pemandangan kami berbeza sedikit berbanding bila menaiki bas. Ini kerana train ini banyak melalui tepi pantai. Sekejap saja kami pun dah tiba di Sapporo. Memandangkan waktu masih awal iaitu jam 11 pagi, jadi kami rancang nak berjalan sekitar sini dulu sebelum ke rumah airbnb kami tu. 

Segala bag kami tinggalkan  pada staff di kaunter station ini saja. Alhamdulillah, bag kami dia bawa masuk ke dalam office. Kami hanya berjalan kaki dan melintasi laluan train untuk menuju ke Pasaraya Ario. Saja singgah sini dulu jalan jalan dan makan sementara untuk check in rumah adalah pukul 2 petang. 



Keluar saja train station, kami hanya berjalan kaki saja...



Pasaraya Ario




Model mama sorang tu kalau bergambar automatik kakinya selalu macam tuu...


Dalam Ario kami ada beli sedikit cenderahati..glove dan makan. Ramai juga sedang shopping dalam ni. Macam macam jualan yang menarik seperti baju, kasut dan handbag. Datang sini bukan untuk shopping ok Cik Eja, (mengingati diri sendiri) Kita datang Hokkaido untuk betul betul relax disamping menghayati keindahan dan bermain snow kat sini.



Setelah kekenyangan, kami pun mula keluar dan menuju ke station semula untuk mengambil bag kami. Terima kasih tak terhingga pada staff diorang ni yang sangat baik hati. Kami hanya berjalan saja dari station ke rumah kami di Sapporo ini. Bila berjalan di Sapporo ni kan, errrmmm jalan kat sini banyak lecak la di kiri kanan jalan raya. 

Agak mencabar ya untuk menarik bag kali ini. Tapi jika di Otaru berbeza sebab kat sana snow kiri kanan tebal dan tak banyak lecak macam ni. Terasa seperti meredah suasana banjir kat tempat kita pulak. 

Kami berjalan tak jauh mana, terus kami sampai di rumah. Kali ini bukan rumah sebiji macam di Otaru, tetapi kami kena menaiki tingkat 3 tau. Cuaca kat Sapporo ini tak sesejuk seperti Furano dan Otaru. 





Bila kami sampai dalam rumah...wah.. cukup cantik hiasannya walaupun agak kecil berbanding rumah kami di Otaru. Bilik hanya satu dengan katil besar dua itu pun dah cukup selesa untuk kami berenam tidur nanti. Ruang tv dan dapur yang kecil tapi sangat cute decorasinya. Ini sedikit gambar rumah ini ya. 









Kami berehat sekejap apabila sampai. Cek Ejam kata...jomla kita keluar. Rugilah kalau nak duduk dalam rumah saja. Jom..kita ronda ronda Sapporo waktu malam. Ok..jom anak anak..bersiap!!

Lepas kami makan sekejap, solat dan mandi kami pun keluar. Dari rumah kali ini tak adalah jauh sangat dari pusat bandar. Boleh berjalan kaki saja atau menggunakan train tadi. Oh ya, boleh juga menaiki bas untuk ke Clock Tower ya. 

Bersambung ya......Next Jalan jalan di Sapporo waktu malam Sangat cantik!