My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, May 3, 2017

Melancong Ke New Zealand Part 7 Episod Terakhir

Pagi ini di Nelson City Top 10 Holiday Park, kami bersiap siap untuk keluar. 



Semua dah bersiap mandi dan sarapan. Di campsite ni sangat selesa. Selain bilik air yang banyak, kitchen, laundry pun ada disediakan. Tempat permainan untuk kanak kanak juga ada di sini. Memang seronok kanak kanak kalau datang ke campsite macam ni.



Ruang yang besar untuk laundry, bilik air dan kitchen. 

Campervan kami betul betul park berdepan dengan kemudahan ini. Senang saja nak ke tandas atau membasuh di laundry. Permainan untuk kanak kanak pula betul betul sebelah campervan kami ini.










Kami mula ronda ronda Bandar Nelson ini. Besar juga Nelson ni yek, ada banyak kilang dan ladang buah buahan kat sini. Selain itu ada banyak juga ladang khas anggur untuk dibuat wain (arak). Memandangkan NZ ini selalu terjadinya gempa bumi, jadi kebanyakkan bangunan kat sini semuanya rendah rendah saja.

Kami singgah di Pantai Tahunanui. Kata abg nak mandi juga di NZ ini. Sebelum ni selalu nampak pemandangan air tasik dan pool yang sangat cantik, nak mandi terlampau sejuk. Jadi di Nelson ini, nak juga lepaskan hajat untuk mandi juga. Dapat cicah cicah sikit pun jadilah katanya. Uihhh…memangla Nelson ni tak sesejuk bahagian selatan sana, tapiiii ermmm bagi Ai…tetap SEJUK!!! Sanggup ke? Hehehehe katanya..jom anak anak…kita MANDI!!!

Bermula lah diorang ni mandi manda. Uiihh??? Tahan betul diorang ni dengan cuaca macam ni nak mandi. Sejuk juga tau kat sini. Macam aircorn 16’c gitu tau. Ai duduk saja di tepi pantai sambil memandang kearah mereka yang sedang mandi ini. Ada juga omputeh yang mandi manda. Tapi tak ramai mana pun, ada juga mereka yang datang pantai ni mandi hanya sekejap saja. Menggigil la tu!. Cuaca terang tapi berangin yang sangat sejuk. Lepas mandi sekejap abg datang….huhuhuhuukk sejuknyaaaaaa….hehehehe…eehh…pi la mandi lagi!!! Tak nak dah…

Sambil kami duduk dan makan keropok ni, banyak sangat burung datang. Mereka semua berkerumun nak kan makanan kami ni. Ai apa lagi, bagi sikit sikit…waaahhh makin ramai pulak datang?...Commeeelllnyaa… maka bermula lah aksi bergambar kami kat sini. Sementara tu anak anak masih lagi bermain air. (Diorang ni…tak tahu sejuk pula kat sini).








Makin kami bagi makan makin dekat burung burung ini. Hahaha ada yang paling kelakar tu, ada seekor burung ni kan, macam dia nak control semua makanan ni. Dia kejar kejar burung mana yang makan. Burung lain main curi curi saja nak patuk makanan kami, bila kena kejar burung yang macam ketua tu, mereka lari lari sikit. Nanti datang balik. Hehehehe kelakar betul tengok gelagat binatang comel ni tau. Ada juga ambil video aksi mereka ni. Nanti akan Ai masukan dalam youtube video video sepanjang kami di sini. Selesai semua mandi, kami mula keluar dari pantai ini. Perrrghh…biru bibir masing masing. Eiiii korang ni tak sejuk kee???...Yup!! sejuk lah mama... tapi seronok….

Semua mandi di satu paip yang disediakan, menggigil tu masing masing. Mana tak menggigil? Angin yang sejuk ni lagi menambahkan kesejukan. Air laut dah macam ais. Selesai saja memakai baju, pergi pula main di taman yang tersedia kat sini. Kami makan tengahari kat sini saja. Selepas makan, anak anak sambung bermain semula. Kami berdua duk lepak di atas katil belakang (tak dinaikan jadi meja) sambil melihat gelagat ramai pengunjung di pantai ini. Sambil borak borak…kita nak ke mana lagi ni? Errrmmm tadi pagi kan dah jalan sekeliling Bandar ni, nak ke mana lagi? Pantai banyak kat Nelson tau, tapi jauh jauh juga la. Nak ke sana nanti sampai dah pun gelap. Jadi kami buat keputusan, lepas anak main ini, kita ronda Bandar dan ladang kat sini saja lah.



Kami baring, relax dalam campervan, sementara tu Dak dak kenit, maaain saja tak tahu penat betul diorang ni tau.


Bila anak anak puas bermain, kami pun keluar dari kawasan pantai. Kami singgah di satu ladang buah buahan. Ada apple, pear, berries, dan ada buah buah lain lagi. Asalnya kami ingat nak petik sendiri, alamaaakkk rugi pulak sebab dah tutup pun semuanya.





Kami nampak ada buah buahan yang diletakkan di satu bakul. Orangnya tak ada pun. Ditulis NZD3.00. Kami punnn…waahhhh kat sini mesti semua jujur kan? Boleh tinggal buah macam tu saja. Sesiapa nak beli tinggalkan duit kat situ saja. Bagusnyaaa. Jadi kami pun beli buah fresh dari sini. Errrmmm Bestnyaa bila buah epal ini baru dipetik. Rasa dia kan….sedaaaaaapppp sangat. Terasa fresh tu bila gigit tau. Anak anak pulak pandai beza…wahh sedapnya epal kat sini!!...Memangla..kata mama…sini kan fresh dari ladang belakang tu. Rugi pula kami tak dapat merasa petik sendiri dari ladang kan? Tak datang sangat awal awal tadi. Banyak masa kat pantai saja. Itulaaa…korang mandi lama sangat….

Habis saja kami jalan jalan ni, kami pun balik campsite. Malam ini merupakan malam kedua kami di campsite ini. Malam ini selepas makan malam saja, semua masuk tidur. Keletihan nampaknya sebab bermain kat pantai tadi.


Ok..Goodnight!!!

_______________________________________________________________________________


Keesokan harinya , kami bersiap untuk checkout sekali. Malam tadi berbincang, rasanya hari ini last kami kat sini. Memandangkan kami rasa tak tahu hendak ke mana di Nelson ini, jadi hari hari berikutnya lebih baik kita habiskan di Christchurch sahaja. Lagipun kat sana kami tak habis ronda lagi. Hari ini hujan renyai renyai. Kami akan singgah di satu destinasi iaitu Founders Heritage Park, Nelson City Council. Memandangkan hujan mula turun, kami berlari lari anak memasuki ruang pendaftaran.












Kami park betul betul di tepi jalan sahaja. Pagi ini tak ramai pengunjung di sini. Kami mula masuk City yang comel ini. Kebanyakkannya bangunan ala ala Inggeris. Bangunan seperti rumah rumah cute sangat. Satu satu kami masuk. Hujan mulai reda, Alhamdulillah. Seronok nampak kami hari ini, sebabnya?..hehehehe sebab seperti kawasan ini hanya kami yang punya. Wah…wah…cumel  cumel rumah ini….dapat rumah macam ini sebijik kat kampong pun dah ok kan abg? Heheheh memang kita ni peminat Tegar rumah atau décor ala Inggeris ni tau. Kalau nak pencen, nak duk kampong ke suatu hari nanti…dapat buat rumah macam ni pun ok gak….ermmm…(dalam fikiran berlegar legar je ayat ini..hehehehe).

Kami masuk semua ‘rumah’  kat sini. Ada dipamerkan pelbagai sejarah dalam ini. Ada replica kapal lama, ada bas bas lama dan kereta lama, ada juga sejarah pemperosesan buat epal pear sebelum dieksport. Banyaklah kalau nak cerita satu satu ni. Baik nanti tengok saja gambar kami ya.







Uncle yang baik dan peramah.




















kalau nak dikongsikan gambar sepanjang travel kali ini, memang sangat banyak, In Sha Allah akan dibuat video khas untuk ZNZ Channel nanti...


Kami ada mengambil gambar situ sana sini lagi. Bila tiba di satu kapal terbang kecil ni, kami nak bergambar, tiba tiba hujan mulai turun lagi. Selesai bergambar sikit kat sini, kami pun bergegas lari lari untuk cari tempat berteduh.



Salah satu koleksi kereta antik kat sini...

Kami ada memasuki satu ‘rumah’. Asalnya kami nak kenakan coffee panas ke…hot chocolate ke kan? Sebab abg kata café. Peergghh masuk masuk saja….heheheeh…café??? Café ke macam ni?

Nak tahu tak apa?

Okeh!!!...sampai saja dalam tu…kami disambut pulak…Haiiii…welcome to Fresh FM. Hahahaha…alaamak…radio lerrrr…hehehehe…senyum la kami sebab silap masuk.









Tapiiiiii…nak dijadikan cerita, diorang suka kami masuk tau. Siap tunjukkan semua ruang dalam tu. Ada DJ perempuan sedang keudara bersama dua orang tetamu. Ai yang risau sebenarnya tau, sebabnya anak anak kenit ni tak duduk diamlah. Habis dia nak touch. EPPP!!!...jentik jari pun nanti duk touch benda benda lain pulak. Abg sibuk berborak dengan sorang DJ yang peramah ini. Baru bekerja rupanya. Sangat Handsome tau!!!..sementara abg berborak tu Ai dengar dengar juga sambil control Dak Dak kenit ini.



Nampak tak? "kittinggirl" kami tu? tengah nak cari cari apa lah lagi kat office orang ni...Haaiiisshhh puas Ai nak control sorang sorang tau!...






Bila dah habis penerangan satu satu kat dalam pejabat Fresh FM ini, kami pun mula nak keluar. Diorang pulak ucapkan Thank you sebab melawat Studio Radio diorang ni tau. Hehehehe…ok jugak kan? Seronok pulak masa ni. Macam macam pengalaman yang tak diduga. Teruja Dak Dak kenit bila tau ini ada ruang konti salah satu Radio di Nz ini.

Kami mula lari lari anak untuk keluar dari Nelson City Council ini. Bila dah sampai ruang register tadi, hujan masih lagi lebat. Sempat sikenit kami pekenakan aiskrim sorang satu. Aiiihhh… sejuk sejuk macam ni nak makan aiskrim jugak?..ayoooo korang ni tau!. Pastikan semua kena HABIS!!!....Sambil semua makan aiskrim papa masih lagi berborak dengan seorang uncle ini yang kami jumpa tadi. Uncle yang macam Santa Claus tu. Banyak jugak yang dia tanya, kami dari mana dan berapa lama di NZ ini. Cerita cerita…dia terkejut…Haaahhh? Datang Nelson melalui jalan itu? Ooooo…katanya jalan itu hanya banyak dilalui truck saja. Dia ingatkan kami naik flight dr Christchurch ke Nelson. Itula…dengan bawa anak kecil kecil ini, dia kata ok kita semua selamat. Dah la jalan waktu malam baaru sampai ke sini kan? Tak ke kerja giler tu. Dia bagi juga cadangan macam mana nak jalan jalan di NZ ini. Macam macam la info menarik yang diberikan pada kami. In sha Allah, nanti kita share pula apa yang harus, yang elok atau apa yang ok dan tak ok bila nak melancong di NZ ini yek!.

Habis penat berborak itu, kami pun mula minta diri untuk bertolak. Dia ucapkan Take Care!!!....Sambil senyum babai kat kami. Alhamdulillah…baik baik pula orang kat sini kami jumpa. Walaupun nampak macam Santa Claus dan semestinya bukan Islam….mereka juga dari kalangan yang baik baik saja kan?..


Kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami melalui jalan lain pula untuk ke Christchurch. Jalan yang kami lalui ini semua cantik dan tidak langsung melalui jalan jalan curam. Alhamdulillah lega rasanya. Kiri kanan ada juga hutan, tapi pokok pokok nya renek dan tak sama seperti jalan sebelum ke Nelson. Pemandangan kali ini cantik dan banyak juga kereta yang kami jumpa. Rumah pula susah nak jumpa. Macam tak ada penduduk pulak kawasan sini. Kekadang ada juga jumpa satu dua rumah.



Kami banyak mengambil video saja sepanjang jalan. Nanti dimasukkan juga dalam ZNZ Channel.


Hari ini banyak dihabiskan atas jalan saja. Bila jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, kami rasa nak tidur di campsite saja. Cari punya cari terjumpa juga satu campsite ini. Alhamdulillah, masih ada kosong.



Baru sampai terus check in di campsite ini.

Sebenarnya campsite ini sangat besar. Ermmm tak berapa ramai pulak orang kat sini. Yang kami nampak, hanyalah campervan yang old style tu je. Tersadai banyak sangat kat sini. Tapi orang orang tak ada pulak. Campervan ini selalu nampak dalam movie inggeris. Yang selalunya mereka tak ada rumah tinggal dalam campervan macam ni saja. Pernah tak tengok movie atau drama macam tu? Menarik sebab comel comel sangat ‘kontena’ dia. Siap ada tingkap yang dihiasi langsir juga.

Ai dan anak anak pergi buat video sama sama. Heheeh diorang ni suka sangat sejuk sejuk macam ni. Siap nak buat video tarian tarian lagi. Sayangnya, tak sempat nak transfer lagi video semua..hp kaklong ni dah kiok pulak laa…eemmm..sedih betul. Macam macam aksi kami ambil kat sini dalam hp Asus tu.


Selesai main main kat luar dengan anak anak, mula lah nak siapkan masakan malam pula. Kami main masak masak di kitchen yang disediakan. Kira hari ini Ai masak diruang dapur besar sikit. Tak ada orang kat sini, apa lagi!!! Kita guna je lah semua ni. Macam campsite ini kami pulak yang punya tau. Best lah. Korang nak bising ke..nak lari sana sini ke…ikut sukalaaa…

Ai mula masak balance makanan kami kat sini. Habiskan telur, sayur sayur dan pes yang mana ada saja. Beras masih banyak sebab kami beli pek yang besar hari tu. Bila semua siap masak, kami pun makan malam kat dapur besar ini saja. Senang, campervan taklah bersepah sangat kan. Kat sini pun selepas digunakan kena juga dicuci dan dikemaskan semula. Cuma, lebih selesa makan dikerusi dan meja besar kat sini.

Malam ni semua tak nak mandi nampaknya, sejuk kata mereka. Okeylah, lepas makan dan tolong mama cuci semua, kamu kena tidur. Esok kita nak jalan jalan lagi.

Ok..Goodnight..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya….uiihhh sejuknya pagi ni nak mandi. Malas betul nak masuk tandas bila kesejukan macam ini. Nak tau? Tandas kat sini berlainan sikit dari campsite lain tau!...hehehehe pelik sikit laaa.


Nak tau ke??


Air panas shower sini hanya dalam berapa minit saja yek!....hahahaha..aduiii lagi rasa malasnya nak mandi kalau tak panas airnya. Bila sorang nak mandi, kena masukan token yag diberikan. Bila masukkan, air panas akan keluar sekejap lagi. Mandi laa cepat cepat ok!!!...masa tu jugak nak sabun cepat cepat. Kalau habis masa dia…automatic air shower tu jadi sejuk tau!!!...Hihihikkkk faham faham je lah bila cuaca luar memang sejuk…nak kena pulak mandi air sejuk…fuuhhh…


Semua mandi kejap kejap jer nampaknya hari ini?.. oklah, dari tak mandi langsung kan? Lagipun sepanjang kita kat NZ ni, badan kalau tak mandi pun tak akan berbau tau. Kami sarapan kat dapur yang disediakan kat sini juga pagi ini. Kitchen campervan sebenarnya dah dikemaskan semalam sebab nanti nak kena hantar campervan ini kat office dia…huhuhukkk sediihhh nya…

Selesai sarapan dan masak lebih lebih sikit untuk makan tengahari nanti, kami pun mula checkout dari sini. Sedihnyaaaa…hari hari terakhir, hari hari penghujung kami di NZ ini. Rasa sayuuu jer… Tapi kaklong dan papa kata…tak sabar je nak balik Malaysia!!.. hahahah…katanya rindu nak balik rumah, tidur kat bilik, rindu nak makan lontong Cek Mat, rindu nak makan Nasi lemak kakak Kelantan….errmm… yelah korang ni,….Suatu hari korang akan rindukan suasana suasana kat sini tau…uwaaaaa……

Kami sebenarnya dah dekat Christchurch ni. Tapi hujung hujung la. Jadi keluar saja dari campsite ini, sekejap saja kami dah sampai di Christchurch. Kami memang plan nak jalan jalan dulu pagi ini kat sini. Ronda ronda naik Tram kat sini. Bayar tiket saja, Tram ini akan bawa pusing pusing satu Christchurch. Kami nampak ramai pengunjung kat sini. Campervan kami park di satu kawasan di tepi jalan saja.






Kami duduk bahagian dalam, tak sejuk sangat.







Tram yang kami sudah naik...





Sambil Tram berjalan, pemandu pelancong menceritakan sikit sikit mengenai bandar ini. Ada diceritakan satu bangunan besar sedang dibuat kat situ. Macam satu kebanggaan pada penduduk kat situ. Bila kami tengok…alaaahh.. tak ada lah besar sangat berbanding kat KL….hihihikkk bagi mereka besar la, sebabnya kat sini kan tak banyak sangat bangunan besar besar memandangkan selalunya ada gempa bumi. Banyak juga ternampak orang melayu sepanjang perjalanan Tram kami ini. Happening juga kat Christchurch ini yek.

Mulanya kami duduk bahagian dalam Tram tau…sambil melihat kiri kanan melalui tingkap. Tapi bila ramai yang turun kami mula tukar, duduk di bahagian luar Tram ini pula. Ffuuuhhhh sejukknyaa kat sini. Bila Tram berjalan, cuaca yang sudah sememangnya sejuk ini lagi menjadikan lebih sejuk bila angin bertiup. Habis ronda satu bandar ini, kami pun turun dari Tram. Tiket boleh dibeli di tempat tempat Tram ini berhenti. Bila habis satu pusingan, kita akan turun di tempat kita naik itu juga.

Bila turun dari Tram, kami jalan jalan lagi pusing bandar ini. Nak cari toilet katanya. Sejuk macam ni memanglah kaum lelaki ni tak tahan tau! Asyik nak membuang saja.








Kami singgah juga ke Muzium kat sini. Semuanya masuk adalah free saja. Banyak lagi yang menarik kat Christchurch ini tau. Cuma kami rasanya dah kesuntukan masa. Kami tak sempat nak jalan semua tempat menarik kat sini. Ada boleh tengok penguin, macam macam lah. Nanti Ai ceritakan dan listkan mana mana tempat menarik yang patut dikunjungi kat sini.










Banyak sangat yang menarik dalam ni. Lagi lagi untuk kanak kanak...sayang tak boleh lama lama sangat kita hari hari last di NZ macam ni..



Dapat siapkan jugak puzzle dia ni Zharfan..




Pakai baju Paris...mai New Zealand...Senyum uncle belakang tu nampak aksi aksi korang tau...


Sepanjang kami naik Tram tadi…terpikir juga kami berdua….kita naik campervan pun boleh pusing pusing satu bandar ni kan? Hahaha.. Aaa‘ah laa.. tak perlu pun beli tiket tadi. Cuma kelebihan dia, naik Tram ini ada pemandu pelancong yang akan ceritakan keistimewaan sesuatu tempat kat situ. Kalau naik campervan, kita nampak je semua ini… tapi tak tahulah kelebihan sesuatu tempat itu.

Selesai pusing satu muzium ini.(sebenarnya tak habis sangat, sebab besar) Kami pun berjalan ke campervan. Sambil jalan jalan ada singgah satu tempat tu untuk beli souvenir. Tapi tak jadi nak beli, sebab tak menarik. Kami ke campervan dan bawa campervan di satu ruang parking pasaraya. Kami bersihkan kekotoran yang tinggal lagi. Semua kena clear seperti asal. Pinggan mangkuk, periuk kena letak ditempat asal semula. Pastikan semua sampah dibuang. Kami semua bekerjasama untuk bersihkan campervan ni. Huhuhukk sedihnyaaa…

Tak sangka juga kami..banyak campervan lain juga park kat sini, untuk cuci cuci sebelum pemulangan ke office. Kami Cuma cari kawasan lapang yang berdekatan saja. Tak tahu pulak mungkin sini adalah port mereka yang nak pulangkan campervan ni.



Hari terakhir....aktiviti mengemas kami...huhuhuukkk...sedih!







mama ambil gambar kenangan satu kat atas...selalu korang je main main kat sini kan...Jom kita beli satu bawak Malaysia nak? Hahaha..mana boleh...panaass oo Malaysia...sini okla, malam ke siang ke, aircorn tak perlu pun. errmm..oklaaaa...  :-(


Selesai saja kemas itu ini, Abg bawa campervan ke airport. Kami turunkan semua bag dan berjalan ke Airport. Bila kami semua dah masuk sini, abg bawa campervan semula untuk hantar di office. Ai anak beranak tunggu saja kat sini.

Sekejap saja, abg pun sampai kat airport dengan berjalan kaki saja dari office Apollo tu. Alhamdulillah..semua dah settle. Sebenarnya flight kami pagi esok tau. Tapi kami kena pulangkan campervan petang ini memandangkan flight kami di awal pagi. Kami kena bermalam kat mana malam ni ek?


Nak Tahu tak???


Sebabnya, airport kat sini bukan macam KLIA kita….ada pelancong tidur tidur siap baring lagi sementara menunggu nak fly tu. Kat sini sama saja dengan Airport Sydney, tak boleh duduk dalam selepas pukul 11 malam. Jadi kami ni nak tidur mana agaknya? Hehehehehe


Jeng…

Jeng..

Jeng..


Sepanjang kami lepak lepak ni banyak juga orang melayu yang baru sampai. Ramai juga pelancong pelbagai Negara baru tiba kat NZ ini. Happy nampak muka masing masing. Ai saja rasa sayuuuu je nak tinggalkan bumi cantik New Zealand ini. Sepanjang menunggu di airport ini, ada juga nak charge hp. Cari punya cari mana lah agaknya plug diorang ni. Tapi tak jumpa pula tau. Akhir sekali baru jumpa, U all nak tahu kat mana? Aikkk???


Kita ingatkan kat tiang ni la kan?




Tengok yang ini pulak. Jumpa tak? hahahaha atas syiling tuuuu. ada 2 plug. Uiiihh tingginyaa? Macam mana nak charge ni? Siapa pun wayer charger tak akan sampai kan? Hihihihi... tak ke benggong namanya tu? Adoiii gelak satu..geram pun ada. Apa hal laaa dibuatnya diorang tinggi tinggi macam ni? Haissshhh...geram juga tak boleh charge.

Ada seorang chinese perempuan tanya kami, mana tempat charge? kami kata tau....jadi tunjukk kan pada dia tiang itu. Dia cari cari bawah plug...Hahahaahah..sesudah gelok besar kami...baru kami tunjukkan...nuuuun kat atas cik kak...Hahahaa...dia pun terkejut jugak...errm....macam macam hal kan?

Bila dah tiba masanya waktu malam. Suasana aiport dah kelihatan sunyi sedikit. Cleaner pun mula melakukan kerja kerja mencuci lantai. Kami ni nak ke mana? Tau tak? Heheheeh.. Bila Ai masuk bilik air untuk ambil air Solat, sorang kakak Melayu bertanya. Baru sampai juga ke? Ehh tak laaa…kami dah nak balik ni. Dah 15 hari kat sini kak. Kakak tu kata…dia baru saja sampai…

Dia bertanya…pukul berapa nak fly? Ai cakap, pagi esok. Aik?? Habis tu? Tidur mana malam ni? Kan airport dah nak tutup? Hehehehe…barulah Ai ceritakan..

Sebenarnya, airport ini ada sediakan satu ruang untuk pelancong yang nak fly di awal pagi untuk bermalam. Bukan hotel tau, tapi ruang itu besar disediakan juga bantal bantal besar yang macam ikea tu untuk landing. Bukan tidur macam katil pun yek!. Tapi bantal ini sudah cukup selesa sebab kita hanya ada masa dalam 5 jam saja lagi untuk fly. Satu sorang diberikan selimut juga. Ada penjaga yang akan menunggu malam ini. Pakaian dia pula smart saja, berkemeja putih. Kami solat diruang ini juga. Lagipun, malam ini tak ada orang pun. Hanya kami berenam dan seorang Chinese perempuan.






Yang Paksu kecik ni..asyik nak melekat saja dengan mama tau....





Bermalam kat sini kena bayar tau!. NO FREE IN NZ…ingat kan? …anak anak mula tidur dan kami pun tidur juga. Abang kata dia tidur tidur ayam je. Tak lena la, takut tak terjaga katanya. Ai, lena jerrr. Bila dah pun 5 jam, abang kejutkan semua. Ada ruang untuk mandi yek. Kalau rasa nak mandi, mandi sajalah, kalau tak nak pun tak apa….

Bila kami keluar saja dari ruang itu, Haaahhh?? Ramaaaai pulak pelancong terbongkang kat luar nih!!.. AIk?? Kan tak boleh bermalam kat ruang luar ni? Agaknya mereka semua ni datang awal awal pagi tadi kot? Kami bukan apa, risau takut susah dapatkan teksi untuk ke sini  di awal pagi. Lagipun kami ni ramai, sekadar teksi biasa nanti tak muat pula. Agaknya juga mereka semua ni tak nak tidur kat dalam sebab berbayar kot? Nampaknya semua mereka kat luar ni backpackers je.

Okeylah…kami pun mula fly…Babaiiiiiii NZ ku sayang….moga kita bertemu lagi….huhuhukkk sedihnyaaaa Ai rasa masa ni….rasa macam nak tinggalkan kekasih tersayang je…hihihikkk..

Sekejap saja, dalam beberapa jam perjalanan kami pun sampai di Sydney. Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar. Risau jugak kan, kalau kalau cuaca tak elok kat nz..tiba tiba flight delay kan susah tu? Macam mana tiket kita dari Sydney ke KL pulak kan?...haaaa…itulah yang Ai risaukan. Tapi Alhamdulillah…segala galanya berjalan dengan lancar saja travelling kami kali ini. Di Sydney saja, flght delay. Jadi kami menunggu lama jugak kat sini. Sempat kami makan makan kat satu restoran halal yang sangat best makanan dia. Makanan Turkey.

Pelancong memang ramai kat sini. Semua dah mula beratur. Memang penuh dibanjiri pelancong saja kat sini. Semua nampaknya keresahan sebab kena menunggu lama. Tiba Air Asia sampai….kami pun naik…anak anak kegirangan sebab nanti bila balik boleh main main kat rumah. Boleh tengok tv kartun kartun….huhuhukkk itu saja yang diorang ni ingat???...Apa apa ajelah anak anak!!!...



Makaaaa…dengan ini....

TAMAT lah...

 Alkisah kami Sepanjang 15 hari kami di perantauan 
NEW ZEALAND KU SAYANG!!!
penutup percutian znzfamily untuk Tahun 2016.






Monday, May 1, 2017

Balik Bercuti semua dah Kering?

Bila abis bercuti macam ni..mesti semua dah kekeringan kan? Banyak duit dah keluar masa bercuti, masing masing dah mula berjimat. Situasi macam ni lah  kebanyakan dari kita yang akan alami . Ini terutama sekali bagi yang makan gaji.



Nak tunggu gaji seterusnya lambat lagi ni. Mula la bila nak makan masa kerja kena berjimat cermat. Sikit nak bagi belanja anak anak sekolah, sikit nak  isi minyak kereta. Minyak kereta pulak bukan sikit sikit untuk ulang alik bekerja ni. Buat bayaran tol lagi, iaitu touch n go atau smart tech. 

Semua perlukan duit nih. Apa perlu buat? Kalau yang hanya pandai buat satu kerja saja tu, kerja pagi petang itu saja lah yang dia tahu. Buat kerja kerja part time langsung tak pandai. Aduuhh kesian lah pada anak isteri. Makan tak cukup pun relax saja? 

Ehhhh..mana boleh jadi!!!! Zaman sekarang ni mana boleh buat satu kerja saja Dek Nun ooi...kena lah pi buat kerja kerja part time tu. Buat jualan di bazaar2 ke..Sabtu ahad buat jualan burger ke..atau buka gerai waktu malam. Se gala galanya kena bekorban!! Jangan kita pandai buat anak saja...tapi men jaga kebajikan mereka tak tahu!!! Bila terabai..siapa yang terpaksa tanggung dosa? 

Bila dah kawin ni..tanggungjawab besar tau! Tak perlu kawin dan punya anak..kalau tak tahu bekorban...Jangan pikir pasang dua tiga kalau satu ni pun belum perfect! ...

Tahun kemelesetan ekonomi ..tahun ini..sangat perit...banyak  bisnes slow. Banyak tauke merungut sales kurang...banyak juga owner kedai kedai runcit mengadu..itu ini tax..gst..balance pun cukup cukup untuk Keperluan keluarga...kita jual kedai runcit..untung pun runcit2 maaa...

Banyak juga kami perhatikan kedai kedai sudah tutup atas kenaikan sewa kedai. Kesian...mana agaknya mereka berniaga lagi...Desakan hidup ada yang sanggup buat apaaa saja!! Termasuk mencuri! (Mencuri handbag aku)


Ok bersambung...
Testing!!! Testing!!! Application blog di iphone...😬😬

Sunday, April 30, 2017

Apa Ada di Jakarta

Ini merupakan kali kedua Cik Eja sampai di Indonesia. Sebelum ini kami menjelajah dari Dumai ke Padang berkereta. Kali ini Cik Eja dan Cek Ejam datang ke Jakarta atas urusan bisnes.
Biasalah kan,  kami memang suka buat dua dalam satu. Sambil ada urusan, kita boleh kenali tempat orang juga kan. 

Kali ini kami pergi berdua sahaja. Anak anak balik kampung nenek mereka. Lagipun kaklong pernah sebut, mama..kalau lepas ni mama nak jalan tinggal je lah kami kat kampung. Aik? kenapa? Tak best la jalan, best balik kampung. Lama sangat ni jalan.


Hihihihik masa tu kami masih berada di New Zealand selama 15 hari. Terkejut mama...pelik ni, tak suka jalan pulak. Katanya sebab tak ada TV dan internet. Looorrr itu je ker jawapan?
Huntungla mama dan papa kalau macam ni...hihihik boleh la kami selalu honeymoon jeerr..kikikihhh. Pemandangan Indah New Zealand dulu tak cukup mengembirakan mereka rupanya. Tak apalah, lepas ni Horrray lah mama dan papa tau!.. Tak apa..tak kisah katanya...

Itulah, kali ni kami datang berdua saja. Seronok tau bila berjalan berdua ni. Tak ada lagi pergaduhan depan mata, menjerit macam macam lagi karenah kalau bawa dak dak kenit kami ni.
Kami sampai di Jakarta, terus check in di Millennium Hotel Sirih Jakarta. Hotel ini sangat selesa di samping ia berada betul betul tengah bandar.




Ini berupakan kali pertama kami sampai di Jakarta. Ramai orang kita suka ke sini kan? Tak tahu kenapa mereka sukakan Jakarta. Jadi kali ini, kita terjah sikit apa yang istimewanya bandar besar ini.
Hari pertama ini selesai saja Check in dan solat di bilik, kami mengambil teksi untuk ke bandar. Dekat saja bandar dengan hotel kami ini. 

Kami makan tengahari di sini dan singgah di Pasar Tanah Abang. Mak ooii...ramainya manusia kat sini. Sesak gitu. Kami saja jalan jalan nak tahu apa yang istimewanya tempat ni.


TANAH ABANG



Ini Tanah Abang...kat sini memang dibanjiri manusia...dashyat...happening sangat.


Tanah abang ini banyak blok. Setiap blok ada pelbagai jualan yang berbeza beza. Besar bangunan kat sini dah rasa seperti kat Guangzhao pula. Barangan dijual juga sangat menarik. Cik Eja ada bertanya pada salah seorang pemilik kedai, katanya fesyen di sini berubah setiap minggu. Fesyen baru dan design baru akan sampai setiap minggu ke sini. Kalau yang minggu lepas punya design belum tentu masih ada di sini.

Maksudnya, setiap seminggu design itu sampai, dalam masa seminggu itu sahaja stoknya akan habis. Seorang pemilik kedai menjual baju kanak kanak dan jeans, katanya kalau stok kami tak habis, kami akan bawanya ke Malaysia. Ada orang yang akan ambil.

Kesian kan? Stok lama  di sini, baru akan sampai ke Malaysia. Maksudnya, orang di sini lebih up to date lagi tentang fesyen (terutamanya muslimah fesyen). Patutlah dulu dulu selalu Cik Eja dengar ramai orang Malaysia suka sangat shopping ke Jakarta. 





Ini Thamrin City..Banyak terjual semua berasaskan batik tempatan.


Ada lagi tempat menarik lain yang menjual baju branded di Jakarta ini. Kami tak berjalan banyak sebab penat pula kaki ini dengan banyak barang yang di bawa. Malam ini kami makan sebelum balik hotel. Jadi waktu malam boleh berehat sepenuhnya memandangkan esok ada agenda lain lagi.


_____________________________________________________________________________________


Waktu Pagi di Bandaraya Jakarta....









Pagi ini...selepas saja sarapan di hotel, kami buat keputusan nak jalan ke mana. Semalam sudah ke Thamrin City. Tapi kat sini tak menarik sangat memandangkan semua yang dijual kebanyakannya adalah berasaskan batik. Pakaian, skirt, seluar semua berasaskan batik Indonesia. Jadi kami dah tak nak pergi ke Thamrin City. Kami hari ini mencari pakaian raya untuk anak anak saja.

Banyak jeans yang cantik di Jakarta ini. Selain beli untuk sendiri, kami juga beli telekung sulam untuk Mak dan cenderahati yang lain. Jeans memang cantik cantik dan fancy sangat untuk kanak kanak. Rambang mata dibuatnya tau. Banyak juga kami borong shopping hari ini. Cek Ejam kata, pilih jer...ayang nak apa? Hahahaha...bila dengar je itu...apa lagi....sapu je lah apa yang berkenan dihati kan?












Kami balik ke hotel sudah lewat petang. Jadi selepas mandi dan solat, malam baru kami keluar semula. Kami mencari cari apa makanan yang special di sini. Kata mereka satey. Jadi kami pun menunggu teksi untuk ke tempat menjadi tumpuan menjamu selera. Sampai saja kami di satu kawasan ini, kami pun pekena satu menu iaitu Satey Kicap!...Ermmm best juga..sedap!
Berlainan dari rasa satey di tempat kita. Memang kami pernah makan satey ini ketika kami ada bibik dulu. Masa itu ibu saudara bibik kami yang buatkan di rumah sewa mereka. Sedap ! sebab pedas pedas gitu rasanya.






Kena pandai cari tau, yang mana satu best. kami datang ke sini, kebetulan terus terkena gerai yang menjual satey lembut dan sedap!. Kami makan sup bersama air durian belanda.
Memang Terbaik airnya dipenuhi dengan durian belanda asli. Selepas kekenyangan, kami jalan jalan Lotus. Lengang je pasaraya ini. Tak ramai manusia pun nampak.

____________________________________________________________________________

Keesokan paginya....

Memang tak boleh nak diet kalau sudah sampai sini kan? Bayangkan, menu sarapan yang pelbagai jenis dan semua sedap sedap pulak tu di Millennium Hotel Sirih Jakarta ini. Mana mungkin ditolak semuanya? hihihihik... Memang Cik Eja pun belasah je la, apa yang nak dimakan. Nanti sampai Malaysia kita on la balik diet ni kan?. Errmmm ke laut lagi diet aku ni!

MONUMEN 

Hari ini kami jalan jalan di Monumen yang menjadi kemegahan Jakarta ini. Kami jalan waktu pagi keadaan tidak terlalu panas. Ramai juga kalangan pelajar yang berada di sini, mungkin lawatan sekolah mereka.




Anda boleh menaiki train comel untuk menjelajah keseluruhan kawasan ini. Kami tak naik pun. Kami hanya jalan melihat pemandangan sekitar saja sambil posing sikit situ sana sini.









Setelah puas di sini, berjalan ronda ronda pun dah rasa penat, kami buat keputusan untuk ke Taman Mini pula. Kami menaiki teksi Blue Bird dari luar kawasan menumen tadi.

TAMAN MINI INDONESIA

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit untuk ke sini dari Bandar Jakarta tadi. Kalau tak "Macet" (jem) kata driver teksi ini, dekat saja. Kalau Macet, adalah satu jam lebih untuk sampai ke sini. Begitulah kata abang driver teksi yang sangat peramah ini. Banyak lagi yang kami borakkan. Macam macam yang kami tahu hasil dari perkongsian cerita abang teksi.
Macam mana nak kenali orang Islam atau tidak. Nak kenali restoran itu Islam ke tidak. 

Sesampai saja kami di Taman Mini ini, kami sangat excited. Banyak betul  yang menarik di sini. Rumah rumah tradisi kaum di Indonesia, ada kereta gantung iaitu kereta kabel. Dengan menaiki kereta kabel ini, anda boleh menikmati suasana Wisata Taman Mini dari udara.




Taman Mini ini berada di Jakarta Timur. Ada rumah Riau, Padang, Rumah Aceh, Sumatera Barat, Kalimantan Barat, Kalimantan Timur, Kalimantan Tengah, Rumah Adat Banjar, Taman Budaya Tionghoa, Museum Prangko, Museum Fauna Indonesia "Komodo" dan Taman Reptilia, dan macam macam lagi. Memang banyak dan tak sempat nak habis semuanya kalau nak berjalan.











Jadi kami memang menaiki bas yang disediakan untuk ronda keseluruhan kawasan Taman Mini ini. Bas akan berhenti berhenti. Jadi senang untuk kita berhenti dan menaiki semula bas lain  di setiap bus stop yang disediakan. Banyak juga rumah tradisi yang kami masuk. Macam macam hiasan bersejarah ada di dalam rumah tradisi di sini. Cantik semua dekorasi didalamnya. Puteri Diana pun pernah datang ke sini.









Cantik kan? Macam disneyland jerr...

Betapa lamanya Taman Mini ini kan. Setelah penat kami jalan. Singgah sekejap di KFC di sini. Kami pekena mee goreng sahaja. Aik? dalam KFC di sini boleh order Mee goreng kan? Hihihihi... kami tak nak order ayam..sebab tak sama dengan tempat kita. Sosnya pun rasa pelik. Makan sekejap untuk menambah tenaga semula. Setelah kekenyangan, kami mencari pula surau untuk solat.

 Selesai solat, kami berjalan lagi. Kata Cek Ejam, dia nak tengok satu binatang ini. Hanya ada di Indonesia sahaja katanya. Kalau di New Zealand bulan 12 hari tu, dia nak sangat jumpa binatang yang macam unta iaitu Llama namanya, hanya ada di New Zealand saja.
Kali ini binatang ini bernama KOMODO! Jadi kami masuki Museum Fauna yang dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 20 April 1978. Museum ini didirikan berbentuk seekor Komodo di atas lahan 10.120 m2 dengan luas bangunan 1.500 m2, dibangunkan sejak 1 Oktober 1975 sehingga 1 Julai 1976 lagi.  Lama dah ni. 




Memang ada KOMODO real dalam ini. Lama sudah usia komodo di sini. Memang banyak info menarik tentang Komodo. Kebanyakan yang ada di sini tidak ada di tempat atau negara lain. Setelah penat pusing satu Museum, kami buat keputusan oklah, kita balik. Kami singgah di satu gerai dulu, sambil minum dan makan rojak untuk minum petang kami.

Kami menaiki bas semula di hentian yang disediakan dan berhenti untuk membeli cenderahati sebagai kenangan  di sini.









Untuk balik, kami menaiki Blue Bird lagi yang memang banyak tersedia di sini. Memandangkan petang ini Jem sikit, jadi kami sampai lambat.

Kami tidak terus balik ke hotel, tapi minta untuk dihantar ke Pantai Ria sahaja. Boleh bersiar siar sedikit dan menghirup udara pantai di Jakarta ini. Di sini ramai pengunjung yang mandi manda dan ada juga yang berkelah bersama keluarga. Kami jalan berdua duaan..ceeewaahh dah rasa macam bercinta pulak ni. Sekali sekala memang kita kena berjalan berdua saja untuk kembalikan zaman bercinta dulu kan.











Selalu sibuk bekerja dan uruskan anak anak, bila lagi nak berjalan tanpa gangguan kan. Inilah masa paling sesuai. Kami sampai di Taman Impian Jaya Ancol. Di sini pemandangan cantik. Bot banyak tersadai di tepian pantai, iya tersedia untuk pelancong yang mahu bersiar menaiki bot.

Cantik juga pemandangan di waktu senja. Sunset kelihatan disepanjang jambatan di tepi pantai ini. Sebenarnya bukan jambatan, tapi laluan kayu yang dibuat untuk pejalan kaki menikmati suasana di pantai ini.

Kami lepak di tepi pantai sambil melihat suasana ramai penduduk dan tak kurang juga pelancong  disini. Ada juga pasangan pengantin mengabadikan gambar mereka di sini. Erm...oklah...menarik. Selepas penat berjalan dan sudah puas melihat sana sini, kami buat keputusan untuk merasa makanan laut di sini.

PASAR IKAN BANDAR DJAKARTA

Seafood di sini mestilah fresh kan. Maklumlah tepi pantai. Kami Singgah di satu satunya Restoran terkenal di Pantai Ancol ini. Di sini ada disediakan seafood fresh iaitu Pasar Ikan Bandar Djakarta.
Sebelum kita makan di sini, kita kena memilih dahulu untuk makan apa, lobster ke, ikan merah ke, udang ke..atau apa apa saja semua ada di sini. Setelah pilih, barulah kita bagitahu untuk dimasak apa seafood yang dipilih tadi. Semua fresh ok! Lobster pun masih hidup lagi tu. Rambang mata nak pilih tu.






Sekejap sahaja menu kami pun sampai. Alhamdulillah...nak bagitau ni...memang TERBAIK masakan kat sini tau!. Kami makan nasi, tomyam Sotong masak merah lobster Mutiara masak butter bersama air Avacado Keruk (rasanya lupa pulak nama air ini). Air ini sangat BEST!!!...Terasa kelemak lemakan Avacado ini... Memang Tip Top! Habis diet daku malam inih...waduh waduh...sambalnya bukan saja satu...4 sambal diberi. perghhh memang sedap sedap dan pedas gitu tau. Sangat Recommended bagi siapa yang nak jalan jalan cari makan di Jakarta ini.









Oklah, done!..habis sudah cerita cerita makan kami kali ini, maka dengan happy dan penuh kegembiraan gitu, kami dapatkan teksi untuk balik ke hotel. Jangan risau..banyak teksi teksi di sini ok. Sesampai saja di hotel, mandi solat terus terlelap kami. Syukur Alhamdulillah...Nikmatnya hidup ini kan?..


_________________________________________________________________________________


Selamat Pagi semua...selepas sahaja sarapan pagi di Jakarta ini, kami pun buat perancangan. Nak ke mana kita hari ini? Itulah, kami tak pernah planning awal awal nak ke mana mana tau.
Semalam kami sebenarnya bincang nak ke Bandung menaiki train saja. Tapi, bila fikir punya fikir..alaa...kalau Bandung tu best? Sehari mana cukup?

Hari ini kami dah tak boleh pergi jauh sebab esoknya ada program.  Jadi kami buat keputusan untuk berjalan di sekitar Jakarta saja sambil perabihkan duit yang ada. Kikikiki... shopping lagi ler tuu...Yippieee...girang gumbira la Cik Eja ni.

Kami jalan jalan sambil duk fikir, apa lagi nak dibeli ni. Suasana Jakarta ini sangat sibuk tau. Memang dipenuhi dengan orang, kenderaan pelbagai jenis, grab motor lagi sana sini.
Memang Happening betul. Kali ini selepas sedikit shopping, kami cari cari kat mana nak makan tengahari ini. Cik Eja kata...jomlah kita cuba masakan tradisi kat sini. Kami pun singgah di satu restoran tepi jalan saja. Kat sini nampaknya ramai yang datang untuk menikmati makanan tengahari. Wah..bila nampak je masakan pelik pelik ni terus kami masuk.

Apalagi, Cik Eja memang sangat suka masakan yang tidak ada kat tempat kita. Ada masakan jering, ada satu masakan tu kata Mak..namanya, 'Ungkep'...Haaaa..ikan atau ayam, dimasak dalam daun tau. Bila Cik Eja makan, wahhh sodaaapnyaa!. memang terkena dengan selera Cik Eja yang sukakan masakan ada pedas pedas dan masam masam sikit. Sedapnyaa kuah dia. Masakan lain pun memang sedap. Kena makan dulu baru bayar.

Bila sudah kekenyangan kami pun keluar untuk balik ke hotel semula. Penuh barangan shopping hari ini. Biasalah. Bila sudah kepenatan seharian ber'shopping', jadi kami berehat sebentar di bilik. Sambil kemas apa yang patut. Tadi dah beli extra bag. Asalnya dua bag saja datang, kali ini sudah berbag bag pula tu. Selesai mandi dan solat, dah malam begini baru kami nak keluar untuk makan malam pula.

Apalagi, kami dah suka sangat satey kicap sedap tu, jadi kami pun singgah di gerai yang sama. Kali ini kami nampak dua orang putih yang makan di meja sebelah. Hihihik diorang pun makan kat sini je? Kenapa tak pergi makan di Restoran Bandar Djakarta Ancol? Cek Ejam kata, "Oklah...makanan kat sini pun sedap sedap..apa salahnya kan..mungkin dia kata macam tu?"




Bukan apa...orang putih ni kan, mereka kan suka makan berprotokol...mesti makan penuh dengan tertib dan tersusun. Mana mungkin mereka suka tempat makan begini kan?.. Hihihik...baguslah kalau mereka pun macam kita. Main belasah saja asal sodap ye tak?

Kami pekena satey kicap lagi kat sini. Tak puas lagi katanya kalau sekali makan. Sesudah terkenyang malam ini...(abis lagi diet daku), kami pun pulang ke bilik dengan hanya menaiki tut tut saja.
Malam ini kena bersiap..esok ada program.

_________________________________________________________________________________

Hari ini selepas sahaja sarapan, kami mendapatkan Teksi untuk ke Exhibition. Kami sampai agak awal. International Exhibition di sini tidak begitu ramai berbanding di Milan dulu.








Suasana juga tidak begitu meriah sangat. Produk juga tidak banyak. Jadi kami sekejap saja di sini. Cek Ejam macam tak berpuas hati sangat sebab apa yang dicari tidak dijumpai.

 Setelah habis pusing, kami pun keluar awal dan balik ke hotel.  Sepanjang hari ini banyak packing barang untuk dibawa balik esoknya. Setelah makan tengahari di luar, kami banyak masa di bilik sahaja hari ini. Malam ini kami merancang untuk makan makan lagi di Ancol. Natalie dari France akan tiba petang ini, jadi perancangan untuk membawa dia makan di sana.

Dia memang sudah selalu datang di Indonesia katanya. Tapi kali ini memandangkan dia datang ke tempat kita..iaitu Asean...jadi belanja sajalah dia makan seafood pulak. Sebelum ni dia datang KL..ada ke Cek Ejam belanja dia makan Sup Daging jerr??? hahahahah Gelak Cik Eja tau...Apalaaa abang ni duk pi belanja dia makan kat kedai tepi masjid bulatan Pandan yang terkenal dengan Sup Special kat sana. Kesian dia...kita datang tempat dia bukan main belanja tempat best best dan special sangat.

Cek Ejam kata...dia oklah..siap kata suka lagi kat abang..sebab tak bawa tempat 'minum minum' seperti sesetengah client chinese dia. Dia suka sebab tak perlu berprotokol. Siap hirup sup dengan mangkuk lagi tu..Hahahaha..Oklaah kalau dia macam tu. Best!...Tak perlu kita susah susah bawa tempat high class kononya pun kan? Kita bawak dia tempat kita biasa biasa makan, tunjukkan kemelayuan..suasana dan  makanan tradisi kita...seronok deal dengan orang putih yang macam ni, tak cerewet pun.

Malam ini kami sampai dulu di Ancol. Sekejap saja kami tunggu dia pun sampai. Katanya penat dan sangat lapar. Kami pun pilih pilih seafood apa yang nak di makan. Dia juga pilih apa
yang disukainya. Katanya...wahh..seronok sini banyak seafood..kalau kat France...seafood sangat mahal. Jarang kami makan sebab mahal katanya.

Untung kamu...kata Natalie. Iye betul tu...kita Asean ni sangat untung, makanan kat tempat kita murah murah dan boleh makan apa saja kita mahu. Memang di Ancol ini seafood di sini sangat murah harganya. Jangan lupa singgah sini bagi anda yang mahu mencuba seafood di Jakarta.

Kami makan nasi malam ini. Natalie pun sama. Dia memang biasa makan nasi sebab husband dan anaknya memang suka makan nasi kalau di rumah. Sedikit gambar kami kenangan bersama di Ancol Jakarta.








 Setelah puas berbual, macam macam topic..bila tengok muka dia lesu saja,. erm... kesian, dia pun nampaknya penat, jadi kami pun beransur dari sini. Esok kami akan balik ke Malaysia.



Bye Ancol...nanti boleh ketemu lagi...


____________________________________________________________________


Selepas sarapan pagi kami pun turun untuk mendapatkan teksi ke Airport. Alhamdulillah..segalanya diuruskan oleh hotel dan baliklah kami dengan bag bag yang sangat berat ini. Kami memang ambil extra luggage setiap seorang sebab dah tahu memang akan bawa lebih muatan apabila balik. Waktu pergi hanya satu bag seorang, bila balik ni..haaaah tengoklah...




Ok...memandangkan flight delay, lama juga kami menunggu ...ermmm keboringan tak sabar pula nak jumpa anak anak. Alkisah kami sepanjang berada di Jakarta. Rasanya belum habis jelajah Jakarta lagi ni. In Sha Allah..ada masa nanti boleh datang lagi ke sini. Memang tidak mengecewakan.



Lama betul kami menunggu ni....


Sebelum ini Cek Ejam memang selalu ajak, jom pi Indon...Jom...tapi Cik Eja selalu je cakap, alaaa..Indon dekat jer...lain kali tak apa..kita pergi Europe..jauh jauh la duu..yang ini bila bila masa kita boleh pergi. Ini kali pun atas sebab nak datang Exhibition jer, kalau tak...rasanya tak sampai lagi kami ke Jakarta.....