My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, April 30, 2017

Apa Ada di Jakarta

Ini merupakan kali kedua Cik Eja sampai di Indonesia. Sebelum ini kami menjelajah dari Dumai ke Padang berkereta. Kali ini Cik Eja dan Cek Ejam datang ke Jakarta atas urusan bisnes.
Biasalah kan,  kami memang suka buat dua dalam satu. Sambil ada urusan, kita boleh kenali tempat orang juga kan. 

Kali ini kami pergi berdua sahaja. Anak anak balik kampung nenek mereka. Lagipun kaklong pernah sebut, mama..kalau lepas ni mama nak jalan tinggal je lah kami kat kampung. Aik? kenapa? Tak best la jalan, best balik kampung. Lama sangat ni jalan.


Hihihihik masa tu kami masih berada di New Zealand selama 15 hari. Terkejut mama...pelik ni, tak suka jalan pulak. Katanya sebab tak ada TV dan internet. Looorrr itu je ker jawapan?
Huntungla mama dan papa kalau macam ni...hihihik boleh la kami selalu honeymoon jeerr..kikikihhh. Pemandangan Indah New Zealand dulu tak cukup mengembirakan mereka rupanya. Tak apalah, lepas ni Horrray lah mama dan papa tau!.. Tak apa..tak kisah katanya...

Itulah, kali ni kami datang berdua saja. Seronok tau bila berjalan berdua ni. Tak ada lagi pergaduhan depan mata, menjerit macam macam lagi karenah kalau bawa dak dak kenit kami ni.
Kami sampai di Jakarta, terus check in di Millennium Hotel Sirih Jakarta. Hotel ini sangat selesa di samping ia berada betul betul tengah bandar.




Ini berupakan kali pertama kami sampai di Jakarta. Ramai orang kita suka ke sini kan? Tak tahu kenapa mereka sukakan Jakarta. Jadi kali ini, kita terjah sikit apa yang istimewanya bandar besar ini.
Hari pertama ini selesai saja Check in dan solat di bilik, kami mengambil teksi untuk ke bandar. Dekat saja bandar dengan hotel kami ini. 

Kami makan tengahari di sini dan singgah di Pasar Tanah Abang. Mak ooii...ramainya manusia kat sini. Sesak gitu. Kami saja jalan jalan nak tahu apa yang istimewanya tempat ni.


TANAH ABANG



Ini Tanah Abang...kat sini memang dibanjiri manusia...dashyat...happening sangat.


Tanah abang ini banyak blok. Setiap blok ada pelbagai jualan yang berbeza beza. Besar bangunan kat sini dah rasa seperti kat Guangzhao pula. Barangan dijual juga sangat menarik. Cik Eja ada bertanya pada salah seorang pemilik kedai, katanya fesyen di sini berubah setiap minggu. Fesyen baru dan design baru akan sampai setiap minggu ke sini. Kalau yang minggu lepas punya design belum tentu masih ada di sini.

Maksudnya, setiap seminggu design itu sampai, dalam masa seminggu itu sahaja stoknya akan habis. Seorang pemilik kedai menjual baju kanak kanak dan jeans, katanya kalau stok kami tak habis, kami akan bawanya ke Malaysia. Ada orang yang akan ambil.

Kesian kan? Stok lama  di sini, baru akan sampai ke Malaysia. Maksudnya, orang di sini lebih up to date lagi tentang fesyen (terutamanya muslimah fesyen). Patutlah dulu dulu selalu Cik Eja dengar ramai orang Malaysia suka sangat shopping ke Jakarta. 





Ini Thamrin City..Banyak terjual semua berasaskan batik tempatan.


Ada lagi tempat menarik lain yang menjual baju branded di Jakarta ini. Kami tak berjalan banyak sebab penat pula kaki ini dengan banyak barang yang di bawa. Malam ini kami makan sebelum balik hotel. Jadi waktu malam boleh berehat sepenuhnya memandangkan esok ada agenda lain lagi.


_____________________________________________________________________________________


Waktu Pagi di Bandaraya Jakarta....









Pagi ini...selepas saja sarapan di hotel, kami buat keputusan nak jalan ke mana. Semalam sudah ke Thamrin City. Tapi kat sini tak menarik sangat memandangkan semua yang dijual kebanyakannya adalah berasaskan batik. Pakaian, skirt, seluar semua berasaskan batik Indonesia. Jadi kami dah tak nak pergi ke Thamrin City. Kami hari ini mencari pakaian raya untuk anak anak saja.

Banyak jeans yang cantik di Jakarta ini. Selain beli untuk sendiri, kami juga beli telekung sulam untuk Mak dan cenderahati yang lain. Jeans memang cantik cantik dan fancy sangat untuk kanak kanak. Rambang mata dibuatnya tau. Banyak juga kami borong shopping hari ini. Cek Ejam kata, pilih jer...ayang nak apa? Hahahaha...bila dengar je itu...apa lagi....sapu je lah apa yang berkenan dihati kan?












Kami balik ke hotel sudah lewat petang. Jadi selepas mandi dan solat, malam baru kami keluar semula. Kami mencari cari apa makanan yang special di sini. Kata mereka satey. Jadi kami pun menunggu teksi untuk ke tempat menjadi tumpuan menjamu selera. Sampai saja kami di satu kawasan ini, kami pun pekena satu menu iaitu Satey Kicap!...Ermmm best juga..sedap!
Berlainan dari rasa satey di tempat kita. Memang kami pernah makan satey ini ketika kami ada bibik dulu. Masa itu ibu saudara bibik kami yang buatkan di rumah sewa mereka. Sedap ! sebab pedas pedas gitu rasanya.






Kena pandai cari tau, yang mana satu best. kami datang ke sini, kebetulan terus terkena gerai yang menjual satey lembut dan sedap!. Kami makan sup bersama air durian belanda.
Memang Terbaik airnya dipenuhi dengan durian belanda asli. Selepas kekenyangan, kami jalan jalan Lotus. Lengang je pasaraya ini. Tak ramai manusia pun nampak.

____________________________________________________________________________

Keesokan paginya....

Memang tak boleh nak diet kalau sudah sampai sini kan? Bayangkan, menu sarapan yang pelbagai jenis dan semua sedap sedap pulak tu di Millennium Hotel Sirih Jakarta ini. Mana mungkin ditolak semuanya? hihihihik... Memang Cik Eja pun belasah je la, apa yang nak dimakan. Nanti sampai Malaysia kita on la balik diet ni kan?. Errmmm ke laut lagi diet aku ni!

MONUMEN 

Hari ini kami jalan jalan di Monumen yang menjadi kemegahan Jakarta ini. Kami jalan waktu pagi keadaan tidak terlalu panas. Ramai juga kalangan pelajar yang berada di sini, mungkin lawatan sekolah mereka.




Anda boleh menaiki train comel untuk menjelajah keseluruhan kawasan ini. Kami tak naik pun. Kami hanya jalan melihat pemandangan sekitar saja sambil posing sikit situ sana sini.









Setelah puas di sini, berjalan ronda ronda pun dah rasa penat, kami buat keputusan untuk ke Taman Mini pula. Kami menaiki teksi Blue Bird dari luar kawasan menumen tadi.

TAMAN MINI INDONESIA

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit untuk ke sini dari Bandar Jakarta tadi. Kalau tak "Macet" (jem) kata driver teksi ini, dekat saja. Kalau Macet, adalah satu jam lebih untuk sampai ke sini. Begitulah kata abang driver teksi yang sangat peramah ini. Banyak lagi yang kami borakkan. Macam macam yang kami tahu hasil dari perkongsian cerita abang teksi.
Macam mana nak kenali orang Islam atau tidak. Nak kenali restoran itu Islam ke tidak. 

Sesampai saja kami di Taman Mini ini, kami sangat excited. Banyak betul  yang menarik di sini. Rumah rumah tradisi kaum di Indonesia, ada kereta gantung iaitu kereta kabel. Dengan menaiki kereta kabel ini, anda boleh menikmati suasana Wisata Taman Mini dari udara.




Taman Mini ini berada di Jakarta Timur. Ada rumah Riau, Padang, Rumah Aceh, Sumatera Barat, Kalimantan Barat, Kalimantan Timur, Kalimantan Tengah, Rumah Adat Banjar, Taman Budaya Tionghoa, Museum Prangko, Museum Fauna Indonesia "Komodo" dan Taman Reptilia, dan macam macam lagi. Memang banyak dan tak sempat nak habis semuanya kalau nak berjalan.











Jadi kami memang menaiki bas yang disediakan untuk ronda keseluruhan kawasan Taman Mini ini. Bas akan berhenti berhenti. Jadi senang untuk kita berhenti dan menaiki semula bas lain  di setiap bus stop yang disediakan. Banyak juga rumah tradisi yang kami masuk. Macam macam hiasan bersejarah ada di dalam rumah tradisi di sini. Cantik semua dekorasi didalamnya. Puteri Diana pun pernah datang ke sini.









Cantik kan? Macam disneyland jerr...

Betapa lamanya Taman Mini ini kan. Setelah penat kami jalan. Singgah sekejap di KFC di sini. Kami pekena mee goreng sahaja. Aik? dalam KFC di sini boleh order Mee goreng kan? Hihihihi... kami tak nak order ayam..sebab tak sama dengan tempat kita. Sosnya pun rasa pelik. Makan sekejap untuk menambah tenaga semula. Setelah kekenyangan, kami mencari pula surau untuk solat.

 Selesai solat, kami berjalan lagi. Kata Cek Ejam, dia nak tengok satu binatang ini. Hanya ada di Indonesia sahaja katanya. Kalau di New Zealand bulan 12 hari tu, dia nak sangat jumpa binatang yang macam unta iaitu Llama namanya, hanya ada di New Zealand saja.
Kali ini binatang ini bernama KOMODO! Jadi kami masuki Museum Fauna yang dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 20 April 1978. Museum ini didirikan berbentuk seekor Komodo di atas lahan 10.120 m2 dengan luas bangunan 1.500 m2, dibangunkan sejak 1 Oktober 1975 sehingga 1 Julai 1976 lagi.  Lama dah ni. 




Memang ada KOMODO real dalam ini. Lama sudah usia komodo di sini. Memang banyak info menarik tentang Komodo. Kebanyakan yang ada di sini tidak ada di tempat atau negara lain. Setelah penat pusing satu Museum, kami buat keputusan oklah, kita balik. Kami singgah di satu gerai dulu, sambil minum dan makan rojak untuk minum petang kami.

Kami menaiki bas semula di hentian yang disediakan dan berhenti untuk membeli cenderahati sebagai kenangan  di sini.









Untuk balik, kami menaiki Blue Bird lagi yang memang banyak tersedia di sini. Memandangkan petang ini Jem sikit, jadi kami sampai lambat.

Kami tidak terus balik ke hotel, tapi minta untuk dihantar ke Pantai Ria sahaja. Boleh bersiar siar sedikit dan menghirup udara pantai di Jakarta ini. Di sini ramai pengunjung yang mandi manda dan ada juga yang berkelah bersama keluarga. Kami jalan berdua duaan..ceeewaahh dah rasa macam bercinta pulak ni. Sekali sekala memang kita kena berjalan berdua saja untuk kembalikan zaman bercinta dulu kan.











Selalu sibuk bekerja dan uruskan anak anak, bila lagi nak berjalan tanpa gangguan kan. Inilah masa paling sesuai. Kami sampai di Taman Impian Jaya Ancol. Di sini pemandangan cantik. Bot banyak tersadai di tepian pantai, iya tersedia untuk pelancong yang mahu bersiar menaiki bot.

Cantik juga pemandangan di waktu senja. Sunset kelihatan disepanjang jambatan di tepi pantai ini. Sebenarnya bukan jambatan, tapi laluan kayu yang dibuat untuk pejalan kaki menikmati suasana di pantai ini.

Kami lepak di tepi pantai sambil melihat suasana ramai penduduk dan tak kurang juga pelancong  disini. Ada juga pasangan pengantin mengabadikan gambar mereka di sini. Erm...oklah...menarik. Selepas penat berjalan dan sudah puas melihat sana sini, kami buat keputusan untuk merasa makanan laut di sini.

PASAR IKAN BANDAR DJAKARTA

Seafood di sini mestilah fresh kan. Maklumlah tepi pantai. Kami Singgah di satu satunya Restoran terkenal di Pantai Ancol ini. Di sini ada disediakan seafood fresh iaitu Pasar Ikan Bandar Djakarta.
Sebelum kita makan di sini, kita kena memilih dahulu untuk makan apa, lobster ke, ikan merah ke, udang ke..atau apa apa saja semua ada di sini. Setelah pilih, barulah kita bagitahu untuk dimasak apa seafood yang dipilih tadi. Semua fresh ok! Lobster pun masih hidup lagi tu. Rambang mata nak pilih tu.






Sekejap sahaja menu kami pun sampai. Alhamdulillah...nak bagitau ni...memang TERBAIK masakan kat sini tau!. Kami makan nasi, tomyam Sotong masak merah lobster Mutiara masak butter bersama air Avacado Keruk (rasanya lupa pulak nama air ini). Air ini sangat BEST!!!...Terasa kelemak lemakan Avacado ini... Memang Tip Top! Habis diet daku malam inih...waduh waduh...sambalnya bukan saja satu...4 sambal diberi. perghhh memang sedap sedap dan pedas gitu tau. Sangat Recommended bagi siapa yang nak jalan jalan cari makan di Jakarta ini.









Oklah, done!..habis sudah cerita cerita makan kami kali ini, maka dengan happy dan penuh kegembiraan gitu, kami dapatkan teksi untuk balik ke hotel. Jangan risau..banyak teksi teksi di sini ok. Sesampai saja di hotel, mandi solat terus terlelap kami. Syukur Alhamdulillah...Nikmatnya hidup ini kan?..


_________________________________________________________________________________


Selamat Pagi semua...selepas sahaja sarapan pagi di Jakarta ini, kami pun buat perancangan. Nak ke mana kita hari ini? Itulah, kami tak pernah planning awal awal nak ke mana mana tau.
Semalam kami sebenarnya bincang nak ke Bandung menaiki train saja. Tapi, bila fikir punya fikir..alaa...kalau Bandung tu best? Sehari mana cukup?

Hari ini kami dah tak boleh pergi jauh sebab esoknya ada program.  Jadi kami buat keputusan untuk berjalan di sekitar Jakarta saja sambil perabihkan duit yang ada. Kikikiki... shopping lagi ler tuu...Yippieee...girang gumbira la Cik Eja ni.

Kami jalan jalan sambil duk fikir, apa lagi nak dibeli ni. Suasana Jakarta ini sangat sibuk tau. Memang dipenuhi dengan orang, kenderaan pelbagai jenis, grab motor lagi sana sini.
Memang Happening betul. Kali ini selepas sedikit shopping, kami cari cari kat mana nak makan tengahari ini. Cik Eja kata...jomlah kita cuba masakan tradisi kat sini. Kami pun singgah di satu restoran tepi jalan saja. Kat sini nampaknya ramai yang datang untuk menikmati makanan tengahari. Wah..bila nampak je masakan pelik pelik ni terus kami masuk.

Apalagi, Cik Eja memang sangat suka masakan yang tidak ada kat tempat kita. Ada masakan jering, ada satu masakan tu kata Mak..namanya, 'Ungkep'...Haaaa..ikan atau ayam, dimasak dalam daun tau. Bila Cik Eja makan, wahhh sodaaapnyaa!. memang terkena dengan selera Cik Eja yang sukakan masakan ada pedas pedas dan masam masam sikit. Sedapnyaa kuah dia. Masakan lain pun memang sedap. Kena makan dulu baru bayar.

Bila sudah kekenyangan kami pun keluar untuk balik ke hotel semula. Penuh barangan shopping hari ini. Biasalah. Bila sudah kepenatan seharian ber'shopping', jadi kami berehat sebentar di bilik. Sambil kemas apa yang patut. Tadi dah beli extra bag. Asalnya dua bag saja datang, kali ini sudah berbag bag pula tu. Selesai mandi dan solat, dah malam begini baru kami nak keluar untuk makan malam pula.

Apalagi, kami dah suka sangat satey kicap sedap tu, jadi kami pun singgah di gerai yang sama. Kali ini kami nampak dua orang putih yang makan di meja sebelah. Hihihik diorang pun makan kat sini je? Kenapa tak pergi makan di Restoran Bandar Djakarta Ancol? Cek Ejam kata, "Oklah...makanan kat sini pun sedap sedap..apa salahnya kan..mungkin dia kata macam tu?"




Bukan apa...orang putih ni kan, mereka kan suka makan berprotokol...mesti makan penuh dengan tertib dan tersusun. Mana mungkin mereka suka tempat makan begini kan?.. Hihihik...baguslah kalau mereka pun macam kita. Main belasah saja asal sodap ye tak?

Kami pekena satey kicap lagi kat sini. Tak puas lagi katanya kalau sekali makan. Sesudah terkenyang malam ini...(abis lagi diet daku), kami pun pulang ke bilik dengan hanya menaiki tut tut saja.
Malam ini kena bersiap..esok ada program.

_________________________________________________________________________________

Hari ini selepas sahaja sarapan, kami mendapatkan Teksi untuk ke Exhibition. Kami sampai agak awal. International Exhibition di sini tidak begitu ramai berbanding di Milan dulu.








Suasana juga tidak begitu meriah sangat. Produk juga tidak banyak. Jadi kami sekejap saja di sini. Cek Ejam macam tak berpuas hati sangat sebab apa yang dicari tidak dijumpai.

 Setelah habis pusing, kami pun keluar awal dan balik ke hotel.  Sepanjang hari ini banyak packing barang untuk dibawa balik esoknya. Setelah makan tengahari di luar, kami banyak masa di bilik sahaja hari ini. Malam ini kami merancang untuk makan makan lagi di Ancol. Natalie dari France akan tiba petang ini, jadi perancangan untuk membawa dia makan di sana.

Dia memang sudah selalu datang di Indonesia katanya. Tapi kali ini memandangkan dia datang ke tempat kita..iaitu Asean...jadi belanja sajalah dia makan seafood pulak. Sebelum ni dia datang KL..ada ke Cek Ejam belanja dia makan Sup Daging jerr??? hahahahah Gelak Cik Eja tau...Apalaaa abang ni duk pi belanja dia makan kat kedai tepi masjid bulatan Pandan yang terkenal dengan Sup Special kat sana. Kesian dia...kita datang tempat dia bukan main belanja tempat best best dan special sangat.

Cek Ejam kata...dia oklah..siap kata suka lagi kat abang..sebab tak bawa tempat 'minum minum' seperti sesetengah client chinese dia. Dia suka sebab tak perlu berprotokol. Siap hirup sup dengan mangkuk lagi tu..Hahahaha..Oklaah kalau dia macam tu. Best!...Tak perlu kita susah susah bawa tempat high class kononya pun kan? Kita bawak dia tempat kita biasa biasa makan, tunjukkan kemelayuan..suasana dan  makanan tradisi kita...seronok deal dengan orang putih yang macam ni, tak cerewet pun.

Malam ini kami sampai dulu di Ancol. Sekejap saja kami tunggu dia pun sampai. Katanya penat dan sangat lapar. Kami pun pilih pilih seafood apa yang nak di makan. Dia juga pilih apa
yang disukainya. Katanya...wahh..seronok sini banyak seafood..kalau kat France...seafood sangat mahal. Jarang kami makan sebab mahal katanya.

Untung kamu...kata Natalie. Iye betul tu...kita Asean ni sangat untung, makanan kat tempat kita murah murah dan boleh makan apa saja kita mahu. Memang di Ancol ini seafood di sini sangat murah harganya. Jangan lupa singgah sini bagi anda yang mahu mencuba seafood di Jakarta.

Kami makan nasi malam ini. Natalie pun sama. Dia memang biasa makan nasi sebab husband dan anaknya memang suka makan nasi kalau di rumah. Sedikit gambar kami kenangan bersama di Ancol Jakarta.








 Setelah puas berbual, macam macam topic..bila tengok muka dia lesu saja,. erm... kesian, dia pun nampaknya penat, jadi kami pun beransur dari sini. Esok kami akan balik ke Malaysia.



Bye Ancol...nanti boleh ketemu lagi...


____________________________________________________________________


Selepas sarapan pagi kami pun turun untuk mendapatkan teksi ke Airport. Alhamdulillah..segalanya diuruskan oleh hotel dan baliklah kami dengan bag bag yang sangat berat ini. Kami memang ambil extra luggage setiap seorang sebab dah tahu memang akan bawa lebih muatan apabila balik. Waktu pergi hanya satu bag seorang, bila balik ni..haaaah tengoklah...




Ok...memandangkan flight delay, lama juga kami menunggu ...ermmm keboringan tak sabar pula nak jumpa anak anak. Alkisah kami sepanjang berada di Jakarta. Rasanya belum habis jelajah Jakarta lagi ni. In Sha Allah..ada masa nanti boleh datang lagi ke sini. Memang tidak mengecewakan.



Lama betul kami menunggu ni....


Sebelum ini Cek Ejam memang selalu ajak, jom pi Indon...Jom...tapi Cik Eja selalu je cakap, alaaa..Indon dekat jer...lain kali tak apa..kita pergi Europe..jauh jauh la duu..yang ini bila bila masa kita boleh pergi. Ini kali pun atas sebab nak datang Exhibition jer, kalau tak...rasanya tak sampai lagi kami ke Jakarta.....

1 comment:

  1. Wahh bestnyaa! Saya baru berpeluang untuk berkunjung ke Bandung sahaja.. Nak kumpul
    duit.. Nak ziarah jakarta pulaa.. Thanks admin for this post.

    ReplyDelete