Pagi ini di Nelson City Top 10 Holiday Park, kami bersiap
siap untuk keluar.
Semua dah bersiap mandi dan sarapan. Di campsite ni sangat selesa. Selain bilik air yang banyak, kitchen, laundry pun ada disediakan. Tempat permainan untuk kanak kanak juga ada di sini. Memang seronok kanak kanak kalau datang ke campsite macam ni.
Ruang yang besar untuk laundry, bilik air dan kitchen.
Campervan kami betul betul park berdepan dengan kemudahan ini. Senang saja nak ke tandas atau membasuh di laundry. Permainan untuk kanak kanak pula betul betul sebelah campervan kami ini.
Kami mula ronda ronda Bandar Nelson ini. Besar juga Nelson ni yek, ada banyak kilang dan ladang buah buahan kat sini. Selain itu ada banyak
juga ladang khas anggur untuk dibuat wain (arak). Memandangkan NZ ini selalu
terjadinya gempa bumi, jadi kebanyakkan bangunan kat sini semuanya rendah
rendah saja.
Kami singgah di Pantai Tahunanui. Kata abg nak mandi juga
di NZ ini. Sebelum ni selalu nampak pemandangan air tasik dan pool yang sangat
cantik, nak mandi terlampau sejuk. Jadi di Nelson ini, nak juga lepaskan hajat
untuk mandi juga. Dapat cicah cicah sikit pun jadilah katanya. Uihhh…memangla
Nelson ni tak sesejuk bahagian selatan sana, tapiiii ermmm bagi Ai…tetap
SEJUK!!! Sanggup ke? Hehehehe katanya..jom anak anak…kita MANDI!!!
Bermula lah diorang ni mandi manda. Uiihh??? Tahan betul
diorang ni dengan cuaca macam ni nak mandi. Sejuk juga tau kat sini. Macam
aircorn 16’c gitu tau. Ai duduk saja di tepi pantai sambil memandang kearah mereka
yang sedang mandi ini. Ada juga omputeh yang mandi manda. Tapi tak ramai mana
pun, ada juga mereka yang datang pantai ni mandi hanya sekejap saja. Menggigil la tu!. Cuaca terang tapi
berangin yang sangat sejuk. Lepas mandi sekejap abg datang….huhuhuhuukk
sejuknyaaaaaa….hehehehe…eehh…pi la mandi lagi!!! Tak nak dah…
Sambil kami duduk dan makan keropok ni, banyak sangat burung
datang. Mereka semua berkerumun nak kan makanan kami ni. Ai apa lagi, bagi
sikit sikit…waaahhh makin ramai pulak datang?...Commeeelllnyaa… maka bermula
lah aksi bergambar kami kat sini. Sementara tu anak anak masih lagi bermain
air. (Diorang ni…tak tahu sejuk pula kat sini).
Makin kami bagi makan makin dekat burung burung ini. Hahaha ada
yang paling kelakar tu, ada seekor burung ni kan, macam dia nak control semua
makanan ni. Dia kejar kejar burung mana yang makan. Burung lain main curi curi
saja nak patuk makanan kami, bila kena kejar burung yang macam ketua tu, mereka
lari lari sikit. Nanti datang balik. Hehehehe kelakar betul tengok gelagat
binatang comel ni tau. Ada juga ambil video aksi mereka ni. Nanti akan Ai
masukan dalam youtube video video sepanjang kami di sini. Selesai semua mandi,
kami mula keluar dari pantai ini. Perrrghh…biru bibir masing masing. Eiiii
korang ni tak sejuk kee???...Yup!! sejuk lah mama... tapi seronok….
Semua mandi di satu paip yang disediakan, menggigil tu masing
masing. Mana tak menggigil? Angin yang sejuk ni lagi menambahkan kesejukan. Air
laut dah macam ais. Selesai saja memakai baju, pergi pula main di taman yang
tersedia kat sini. Kami makan tengahari kat sini saja. Selepas makan, anak anak
sambung bermain semula. Kami berdua duk lepak di atas katil belakang (tak
dinaikan jadi meja) sambil melihat gelagat ramai pengunjung di pantai ini.
Sambil borak borak…kita nak ke mana lagi ni? Errrmmm tadi pagi kan dah jalan
sekeliling Bandar ni, nak ke mana lagi? Pantai banyak kat Nelson tau, tapi jauh
jauh juga la. Nak ke sana nanti sampai dah pun gelap. Jadi kami buat keputusan,
lepas anak main ini, kita ronda Bandar dan ladang kat sini saja lah.
Kami baring, relax dalam campervan, sementara tu Dak dak kenit, maaain saja tak tahu penat betul diorang ni tau.
Bila anak anak puas bermain, kami pun keluar dari kawasan
pantai. Kami singgah di satu ladang buah buahan. Ada apple, pear, berries, dan ada buah
buah lain lagi. Asalnya kami ingat nak petik sendiri, alamaaakkk rugi pulak
sebab dah tutup pun semuanya.
Kami nampak ada buah buahan yang diletakkan di satu bakul. Orangnya tak ada pun. Ditulis NZD3.00. Kami punnn…waahhhh kat sini mesti semua jujur kan? Boleh tinggal buah macam tu saja. Sesiapa nak beli tinggalkan duit kat situ saja. Bagusnyaaa. Jadi kami pun beli buah fresh dari sini. Errrmmm Bestnyaa bila buah epal ini baru dipetik. Rasa dia kan….sedaaaaaapppp sangat. Terasa fresh tu bila gigit tau. Anak anak pulak pandai beza…wahh sedapnya epal kat sini!!...Memangla..kata mama…sini kan fresh dari ladang belakang tu. Rugi pula kami tak dapat merasa petik sendiri dari ladang kan? Tak datang sangat awal awal tadi. Banyak masa kat pantai saja. Itulaaa…korang mandi lama sangat….
Kami nampak ada buah buahan yang diletakkan di satu bakul. Orangnya tak ada pun. Ditulis NZD3.00. Kami punnn…waahhhh kat sini mesti semua jujur kan? Boleh tinggal buah macam tu saja. Sesiapa nak beli tinggalkan duit kat situ saja. Bagusnyaaa. Jadi kami pun beli buah fresh dari sini. Errrmmm Bestnyaa bila buah epal ini baru dipetik. Rasa dia kan….sedaaaaaapppp sangat. Terasa fresh tu bila gigit tau. Anak anak pulak pandai beza…wahh sedapnya epal kat sini!!...Memangla..kata mama…sini kan fresh dari ladang belakang tu. Rugi pula kami tak dapat merasa petik sendiri dari ladang kan? Tak datang sangat awal awal tadi. Banyak masa kat pantai saja. Itulaaa…korang mandi lama sangat….
Habis saja kami jalan jalan ni, kami pun balik campsite. Malam
ini merupakan malam kedua kami di campsite ini. Malam ini selepas makan malam
saja, semua masuk tidur. Keletihan nampaknya sebab bermain kat pantai tadi.
Ok..Goodnight!!!
_______________________________________________________________________________
Keesokan harinya , kami bersiap untuk checkout sekali. Malam
tadi berbincang, rasanya hari ini last kami kat sini. Memandangkan kami rasa
tak tahu hendak ke mana di Nelson ini, jadi hari hari berikutnya lebih baik
kita habiskan di Christchurch sahaja. Lagipun kat sana kami tak habis ronda
lagi. Hari ini hujan renyai renyai. Kami akan singgah di satu destinasi iaitu
Founders Heritage Park, Nelson City Council. Memandangkan hujan mula turun,
kami berlari lari anak memasuki ruang pendaftaran.
Kami park betul betul di tepi jalan sahaja. Pagi ini tak ramai pengunjung di sini. Kami mula masuk City yang comel ini. Kebanyakkannya bangunan ala ala Inggeris. Bangunan seperti rumah rumah cute sangat. Satu satu kami masuk. Hujan mulai reda, Alhamdulillah. Seronok nampak kami hari ini, sebabnya?..hehehehe sebab seperti kawasan ini hanya kami yang punya. Wah…wah…cumel cumel rumah ini….dapat rumah macam ini sebijik kat kampong pun dah ok kan abg? Heheheh memang kita ni peminat Tegar rumah atau décor ala Inggeris ni tau. Kalau nak pencen, nak duk kampong ke suatu hari nanti…dapat buat rumah macam ni pun ok gak….ermmm…(dalam fikiran berlegar legar je ayat ini..hehehehe).
Kami park betul betul di tepi jalan sahaja. Pagi ini tak ramai pengunjung di sini. Kami mula masuk City yang comel ini. Kebanyakkannya bangunan ala ala Inggeris. Bangunan seperti rumah rumah cute sangat. Satu satu kami masuk. Hujan mulai reda, Alhamdulillah. Seronok nampak kami hari ini, sebabnya?..hehehehe sebab seperti kawasan ini hanya kami yang punya. Wah…wah…cumel cumel rumah ini….dapat rumah macam ini sebijik kat kampong pun dah ok kan abg? Heheheh memang kita ni peminat Tegar rumah atau décor ala Inggeris ni tau. Kalau nak pencen, nak duk kampong ke suatu hari nanti…dapat buat rumah macam ni pun ok gak….ermmm…(dalam fikiran berlegar legar je ayat ini..hehehehe).
Kami masuk semua ‘rumah’ kat sini. Ada dipamerkan pelbagai sejarah
dalam ini. Ada replica kapal lama, ada bas bas lama dan kereta lama, ada juga sejarah pemperosesan buat epal pear sebelum dieksport. Banyaklah kalau nak cerita satu
satu ni. Baik nanti tengok saja gambar kami ya.
Uncle yang baik dan peramah.
kalau nak dikongsikan gambar sepanjang travel kali ini, memang sangat banyak, In Sha Allah akan dibuat video khas untuk ZNZ Channel nanti...
Kami ada mengambil gambar situ sana sini lagi. Bila tiba di
satu kapal terbang kecil ni, kami nak bergambar, tiba tiba hujan mulai turun lagi. Selesai
bergambar sikit kat sini, kami pun bergegas lari lari untuk cari tempat
berteduh.
Kami ada memasuki satu ‘rumah’. Asalnya kami nak kenakan coffee panas ke…hot chocolate ke kan? Sebab abg kata café. Peergghh masuk masuk saja….heheheeh…café??? Café ke macam ni?
Salah satu koleksi kereta antik kat sini...
Kami ada memasuki satu ‘rumah’. Asalnya kami nak kenakan coffee panas ke…hot chocolate ke kan? Sebab abg kata café. Peergghh masuk masuk saja….heheheeh…café??? Café ke macam ni?
Nak tahu tak apa?
Okeh!!!...sampai saja dalam tu…kami disambut pulak…Haiiii…welcome
to Fresh FM. Hahahaha…alaamak…radio lerrrr…hehehehe…senyum la kami sebab silap
masuk.
Tapiiiiii…nak dijadikan cerita, diorang suka kami masuk tau. Siap tunjukkan semua ruang dalam tu. Ada DJ perempuan sedang keudara bersama dua orang tetamu. Ai yang risau sebenarnya tau, sebabnya anak anak kenit ni tak duduk diamlah. Habis dia nak touch. EPPP!!!...jentik jari pun nanti duk touch benda benda lain pulak. Abg sibuk berborak dengan sorang DJ yang peramah ini. Baru bekerja rupanya. Sangat Handsome tau!!!..sementara abg berborak tu Ai dengar dengar juga sambil control Dak Dak kenit ini.
Nampak tak? "kittinggirl" kami tu? tengah nak cari cari apa lah lagi kat office orang ni...Haaiiisshhh puas Ai nak control sorang sorang tau!...
Bila dah habis penerangan satu satu kat dalam pejabat Fresh FM
ini, kami pun mula nak keluar. Diorang pulak ucapkan Thank you sebab melawat
Studio Radio diorang ni tau. Hehehehe…ok jugak kan? Seronok pulak masa ni.
Macam macam pengalaman yang tak diduga. Teruja Dak Dak kenit bila tau ini ada
ruang konti salah satu Radio di Nz ini.
Kami mula lari lari anak untuk keluar dari Nelson City Council
ini. Bila dah sampai ruang register tadi, hujan masih lagi lebat. Sempat
sikenit kami pekenakan aiskrim sorang satu. Aiiihhh… sejuk sejuk macam ni nak
makan aiskrim jugak?..ayoooo korang ni tau!. Pastikan semua kena
HABIS!!!....Sambil semua makan aiskrim papa masih lagi berborak dengan seorang
uncle ini yang kami jumpa tadi. Uncle yang macam Santa Claus tu. Banyak jugak
yang dia tanya, kami dari mana dan berapa lama di NZ ini. Cerita cerita…dia
terkejut…Haaahhh? Datang Nelson melalui jalan itu? Ooooo…katanya jalan itu
hanya banyak dilalui truck saja. Dia ingatkan kami naik flight dr Christchurch
ke Nelson. Itula…dengan bawa anak kecil kecil ini, dia kata ok kita semua
selamat. Dah la jalan waktu malam baaru sampai ke sini kan? Tak ke kerja giler
tu. Dia bagi juga cadangan macam mana nak jalan jalan di NZ ini. Macam macam la
info menarik yang diberikan pada kami. In sha Allah, nanti kita share pula apa
yang harus, yang elok atau apa yang ok dan tak ok bila nak melancong di NZ ini
yek!.
Habis penat berborak itu, kami pun mula minta diri untuk
bertolak. Dia ucapkan Take Care!!!....Sambil senyum babai kat kami.
Alhamdulillah…baik baik pula orang kat sini kami jumpa. Walaupun nampak macam
Santa Claus dan semestinya bukan Islam….mereka juga dari kalangan yang baik
baik saja kan?..
Kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami melalui jalan lain
pula untuk ke Christchurch. Jalan yang kami lalui ini semua cantik dan tidak
langsung melalui jalan jalan curam. Alhamdulillah lega rasanya. Kiri kanan ada
juga hutan, tapi pokok pokok nya renek dan tak sama seperti jalan sebelum ke
Nelson. Pemandangan kali ini cantik dan banyak juga kereta yang kami jumpa.
Rumah pula susah nak jumpa. Macam tak ada penduduk pulak kawasan sini. Kekadang
ada juga jumpa satu dua rumah.
Hari ini banyak dihabiskan atas jalan saja. Bila jam sudah menunjukkan
pukul 6 petang, kami rasa nak tidur di campsite saja. Cari punya cari terjumpa
juga satu campsite ini. Alhamdulillah, masih ada kosong.
Sebenarnya campsite ini sangat besar. Ermmm tak berapa ramai pulak orang kat sini. Yang kami nampak, hanyalah campervan yang old style tu je. Tersadai banyak sangat kat sini. Tapi orang orang tak ada pulak. Campervan ini selalu nampak dalam movie inggeris. Yang selalunya mereka tak ada rumah tinggal dalam campervan macam ni saja. Pernah tak tengok movie atau drama macam tu? Menarik sebab comel comel sangat ‘kontena’ dia. Siap ada tingkap yang dihiasi langsir juga.
Baru sampai terus check in di campsite ini.
Sebenarnya campsite ini sangat besar. Ermmm tak berapa ramai pulak orang kat sini. Yang kami nampak, hanyalah campervan yang old style tu je. Tersadai banyak sangat kat sini. Tapi orang orang tak ada pulak. Campervan ini selalu nampak dalam movie inggeris. Yang selalunya mereka tak ada rumah tinggal dalam campervan macam ni saja. Pernah tak tengok movie atau drama macam tu? Menarik sebab comel comel sangat ‘kontena’ dia. Siap ada tingkap yang dihiasi langsir juga.
Ai dan anak anak pergi buat video sama sama. Heheeh diorang
ni suka sangat sejuk sejuk macam ni. Siap nak buat video tarian tarian lagi.
Sayangnya, tak sempat nak transfer lagi video semua..hp kaklong ni dah kiok
pulak laa…eemmm..sedih betul. Macam macam aksi kami ambil kat sini dalam hp Asus
tu.
Selesai main main kat luar dengan anak anak, mula lah nak
siapkan masakan malam pula. Kami main masak masak di kitchen yang disediakan.
Kira hari ini Ai masak diruang dapur besar sikit. Tak ada orang kat sini, apa
lagi!!! Kita guna je lah semua ni. Macam campsite ini kami pulak yang punya
tau. Best lah. Korang nak bising ke..nak lari sana sini ke…ikut sukalaaa…
Ai mula masak balance makanan kami kat sini. Habiskan telur,
sayur sayur dan pes yang mana ada saja. Beras masih banyak sebab kami beli pek
yang besar hari tu. Bila semua siap masak, kami pun makan malam kat dapur besar
ini saja. Senang, campervan taklah bersepah sangat kan. Kat sini pun selepas
digunakan kena juga dicuci dan dikemaskan semula. Cuma, lebih selesa makan
dikerusi dan meja besar kat sini.
Malam ni semua tak nak mandi nampaknya, sejuk kata mereka.
Okeylah, lepas makan dan tolong mama cuci semua, kamu kena tidur. Esok kita nak
jalan jalan lagi.
Ok..Goodnight..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan paginya….uiihhh sejuknya pagi ni nak mandi. Malas
betul nak masuk tandas bila kesejukan macam ini. Nak tau? Tandas kat sini
berlainan sikit dari campsite lain tau!...hehehehe pelik sikit laaa.
Nak tau ke??
Air panas shower sini hanya dalam berapa minit saja
yek!....hahahaha..aduiii lagi rasa malasnya nak mandi kalau tak panas airnya. Bila
sorang nak mandi, kena masukan token yag diberikan. Bila masukkan, air panas
akan keluar sekejap lagi. Mandi laa cepat cepat ok!!!...masa tu jugak nak sabun
cepat cepat. Kalau habis masa dia…automatic air shower tu jadi sejuk
tau!!!...Hihihikkkk faham faham je lah bila cuaca luar memang sejuk…nak kena
pulak mandi air sejuk…fuuhhh…
Semua mandi kejap kejap jer nampaknya hari ini?.. oklah,
dari tak mandi langsung kan? Lagipun sepanjang kita kat NZ ni, badan kalau tak
mandi pun tak akan berbau tau. Kami sarapan kat dapur yang disediakan kat sini
juga pagi ini. Kitchen campervan sebenarnya dah dikemaskan semalam sebab nanti
nak kena hantar campervan ini kat office dia…huhuhukkk sediihhh nya…
Selesai sarapan dan masak lebih lebih sikit untuk makan
tengahari nanti, kami pun mula checkout dari sini. Sedihnyaaaa…hari hari
terakhir, hari hari penghujung kami di NZ ini. Rasa sayuuu jer… Tapi kaklong
dan papa kata…tak sabar je nak balik Malaysia!!.. hahahah…katanya rindu nak
balik rumah, tidur kat bilik, rindu nak makan lontong Cek Mat, rindu nak makan
Nasi lemak kakak Kelantan….errmm… yelah korang ni,….Suatu hari korang akan
rindukan suasana suasana kat sini tau…uwaaaaa……
Kami sebenarnya dah dekat Christchurch ni. Tapi hujung
hujung la. Jadi keluar saja dari campsite ini, sekejap saja kami dah sampai di
Christchurch. Kami memang plan nak jalan jalan dulu pagi ini kat sini. Ronda
ronda naik Tram kat sini. Bayar tiket saja, Tram ini akan bawa pusing
pusing satu Christchurch. Kami nampak ramai pengunjung kat sini. Campervan kami
park di satu kawasan di tepi jalan saja.
Kami duduk bahagian dalam, tak sejuk sangat.
Tram yang kami sudah naik...
Sambil Tram berjalan, pemandu pelancong menceritakan sikit sikit
mengenai bandar ini. Ada diceritakan satu bangunan besar sedang dibuat kat
situ. Macam satu kebanggaan pada penduduk kat situ. Bila kami tengok…alaaahh.. tak
ada lah besar sangat berbanding kat KL….hihihikkk bagi mereka besar la,
sebabnya kat sini kan tak banyak sangat bangunan besar besar memandangkan
selalunya ada gempa bumi. Banyak juga ternampak orang melayu sepanjang
perjalanan Tram kami ini. Happening juga kat Christchurch ini yek.
Mulanya kami duduk bahagian dalam Tram tau…sambil melihat kiri kanan
melalui tingkap. Tapi bila ramai yang turun kami mula tukar, duduk di bahagian luar Tram ini pula. Ffuuuhhhh sejukknyaa kat sini. Bila Tram berjalan, cuaca yang sudah
sememangnya sejuk ini lagi menjadikan lebih sejuk bila angin bertiup. Habis
ronda satu bandar ini, kami pun turun dari Tram. Tiket boleh dibeli di tempat
tempat Tram ini berhenti. Bila habis satu pusingan, kita akan turun di tempat
kita naik itu juga.
Bila turun dari Tram, kami jalan jalan lagi pusing bandar ini.
Nak cari toilet katanya. Sejuk macam ni memanglah kaum lelaki ni tak tahan tau!
Asyik nak membuang saja.
Kami singgah juga ke Muzium kat sini. Semuanya masuk adalah free saja. Banyak lagi yang menarik kat Christchurch ini tau. Cuma kami rasanya dah kesuntukan masa. Kami tak sempat nak jalan semua tempat menarik kat sini. Ada boleh tengok penguin, macam macam lah. Nanti Ai ceritakan dan listkan mana mana tempat menarik yang patut dikunjungi kat sini.
Kami singgah juga ke Muzium kat sini. Semuanya masuk adalah free saja. Banyak lagi yang menarik kat Christchurch ini tau. Cuma kami rasanya dah kesuntukan masa. Kami tak sempat nak jalan semua tempat menarik kat sini. Ada boleh tengok penguin, macam macam lah. Nanti Ai ceritakan dan listkan mana mana tempat menarik yang patut dikunjungi kat sini.
Banyak sangat yang menarik dalam ni. Lagi lagi untuk kanak kanak...sayang tak boleh lama lama sangat kita hari hari last di NZ macam ni..
Dapat siapkan jugak puzzle dia ni Zharfan..
Pakai baju Paris...mai New Zealand...Senyum uncle belakang tu nampak aksi aksi korang tau...
Sepanjang kami naik Tram tadi…terpikir juga kami berdua….kita
naik campervan pun boleh pusing pusing satu bandar ni kan? Hahaha.. Aaa‘ah
laa.. tak perlu pun beli tiket tadi. Cuma kelebihan dia, naik Tram ini ada pemandu pelancong yang akan ceritakan keistimewaan sesuatu tempat kat situ. Kalau
naik campervan, kita nampak je semua ini… tapi tak tahulah kelebihan sesuatu
tempat itu.
Selesai pusing satu muzium ini.(sebenarnya tak habis sangat,
sebab besar) Kami pun berjalan ke campervan. Sambil jalan jalan ada singgah satu
tempat tu untuk beli souvenir. Tapi tak jadi nak beli, sebab tak menarik. Kami ke
campervan dan bawa campervan di satu ruang parking pasaraya. Kami bersihkan
kekotoran yang tinggal lagi. Semua kena clear seperti asal. Pinggan mangkuk,
periuk kena letak ditempat asal semula. Pastikan semua sampah dibuang. Kami
semua bekerjasama untuk bersihkan campervan ni. Huhuhukk sedihnyaaa…
Tak sangka juga kami..banyak campervan lain juga park kat
sini, untuk cuci cuci sebelum pemulangan ke office. Kami Cuma cari kawasan
lapang yang berdekatan saja. Tak tahu pulak mungkin sini adalah port mereka
yang nak pulangkan campervan ni.
Selesai saja kemas itu ini, Abg bawa campervan ke airport. Kami turunkan semua bag dan berjalan ke Airport. Bila kami semua dah masuk sini, abg bawa campervan semula untuk hantar di office. Ai anak beranak tunggu saja kat sini.
Hari terakhir....aktiviti mengemas kami...huhuhuukkk...sedih!
mama ambil gambar kenangan satu kat atas...selalu korang je main main kat sini kan...Jom kita beli satu bawak Malaysia nak? Hahaha..mana boleh...panaass oo Malaysia...sini okla, malam ke siang ke, aircorn tak perlu pun. errmm..oklaaaa... :-(
Selesai saja kemas itu ini, Abg bawa campervan ke airport. Kami turunkan semua bag dan berjalan ke Airport. Bila kami semua dah masuk sini, abg bawa campervan semula untuk hantar di office. Ai anak beranak tunggu saja kat sini.
Sekejap saja, abg pun sampai kat airport dengan berjalan
kaki saja dari office Apollo tu. Alhamdulillah..semua dah settle. Sebenarnya
flight kami pagi esok tau. Tapi kami kena pulangkan campervan petang ini
memandangkan flight kami di awal pagi. Kami kena bermalam kat mana malam ni ek?
Nak Tahu tak???
Sebabnya, airport kat sini bukan macam KLIA kita….ada
pelancong tidur tidur siap baring lagi sementara menunggu nak fly tu. Kat sini
sama saja dengan Airport Sydney, tak boleh duduk dalam selepas pukul 11 malam. Jadi
kami ni nak tidur mana agaknya? Hehehehehe
Jeng…
Jeng..
Jeng..
Sepanjang kami lepak lepak ni banyak juga orang melayu yang
baru sampai. Ramai juga pelancong pelbagai Negara baru tiba kat NZ ini. Happy
nampak muka masing masing. Ai saja rasa sayuuuu je nak tinggalkan bumi cantik
New Zealand ini. Sepanjang menunggu di airport ini, ada juga nak charge hp. Cari punya cari mana lah agaknya plug diorang ni. Tapi tak jumpa pula tau. Akhir sekali baru jumpa, U all nak tahu kat mana? Aikkk???
Tengok yang ini pulak. Jumpa tak? hahahaha atas syiling tuuuu. ada 2 plug. Uiiihh tingginyaa? Macam mana nak charge ni? Siapa pun wayer charger tak akan sampai kan? Hihihihi... tak ke benggong namanya tu? Adoiii gelak satu..geram pun ada. Apa hal laaa dibuatnya diorang tinggi tinggi macam ni? Haissshhh...geram juga tak boleh charge.
Ada seorang chinese perempuan tanya kami, mana tempat charge? kami kata tau....jadi tunjukk kan pada dia tiang itu. Dia cari cari bawah plug...Hahahaahah..sesudah gelok besar kami...baru kami tunjukkan...nuuuun kat atas cik kak...Hahahaa...dia pun terkejut jugak...errm....macam macam hal kan?
Kita ingatkan kat tiang ni la kan?
Tengok yang ini pulak. Jumpa tak? hahahaha atas syiling tuuuu. ada 2 plug. Uiiihh tingginyaa? Macam mana nak charge ni? Siapa pun wayer charger tak akan sampai kan? Hihihihi... tak ke benggong namanya tu? Adoiii gelak satu..geram pun ada. Apa hal laaa dibuatnya diorang tinggi tinggi macam ni? Haissshhh...geram juga tak boleh charge.
Ada seorang chinese perempuan tanya kami, mana tempat charge? kami kata tau....jadi tunjukk kan pada dia tiang itu. Dia cari cari bawah plug...Hahahaahah..sesudah gelok besar kami...baru kami tunjukkan...nuuuun kat atas cik kak...Hahahaa...dia pun terkejut jugak...errm....macam macam hal kan?
Bila dah tiba masanya waktu malam. Suasana aiport dah kelihatan sunyi
sedikit. Cleaner pun mula melakukan kerja kerja mencuci lantai. Kami ni nak ke
mana? Tau tak? Heheheeh.. Bila Ai masuk bilik air untuk ambil air Solat, sorang
kakak Melayu bertanya. Baru sampai juga ke? Ehh tak laaa…kami dah nak balik ni. Dah 15 hari kat sini kak. Kakak tu kata…dia baru saja sampai…
Dia bertanya…pukul berapa nak fly? Ai cakap, pagi
esok. Aik?? Habis tu? Tidur mana malam ni? Kan airport dah nak tutup? Hehehehe…barulah
Ai ceritakan..
Sebenarnya, airport ini ada sediakan satu ruang untuk
pelancong yang nak fly di awal pagi untuk bermalam. Bukan hotel tau, tapi ruang
itu besar disediakan juga bantal bantal besar yang macam ikea tu untuk landing.
Bukan tidur macam katil pun yek!. Tapi bantal ini sudah cukup selesa sebab kita
hanya ada masa dalam 5 jam saja lagi untuk fly. Satu sorang diberikan selimut
juga. Ada penjaga yang akan menunggu malam ini. Pakaian dia pula smart saja,
berkemeja putih. Kami solat diruang ini juga. Lagipun, malam ini tak ada orang
pun. Hanya kami berenam dan seorang Chinese perempuan.
Bermalam kat sini kena bayar tau!. NO FREE IN NZ…ingat
kan? …anak anak mula tidur dan kami pun tidur juga. Abang kata dia tidur tidur
ayam je. Tak lena la, takut tak terjaga katanya. Ai, lena jerrr. Bila dah pun 5
jam, abang kejutkan semua. Ada ruang untuk mandi yek. Kalau rasa nak mandi,
mandi sajalah, kalau tak nak pun tak apa….
Bila kami keluar saja dari ruang itu, Haaahhh?? Ramaaaai pulak
pelancong terbongkang kat luar nih!!.. AIk?? Kan tak boleh bermalam kat ruang
luar ni? Agaknya mereka semua ni datang awal awal pagi tadi kot? Kami bukan
apa, risau takut susah dapatkan teksi untuk ke sini di awal pagi. Lagipun kami ni ramai, sekadar
teksi biasa nanti tak muat pula. Agaknya juga mereka semua ni tak nak tidur kat
dalam sebab berbayar kot? Nampaknya semua mereka kat luar ni backpackers je.
Okeylah…kami pun mula fly…Babaiiiiiii NZ ku sayang….moga
kita bertemu lagi….huhuhukkk sedihnyaaaa Ai rasa masa ni….rasa macam nak
tinggalkan kekasih tersayang je…hihihikkk..
Sekejap saja, dalam beberapa jam perjalanan kami pun sampai
di Sydney. Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar. Risau jugak kan, kalau kalau
cuaca tak elok kat nz..tiba tiba flight delay kan susah tu? Macam mana tiket
kita dari Sydney ke KL pulak kan?...haaaa…itulah yang Ai risaukan. Tapi
Alhamdulillah…segala galanya berjalan dengan lancar saja travelling kami kali
ini. Di Sydney saja, flght delay. Jadi kami menunggu lama jugak kat sini. Sempat
kami makan makan kat satu restoran halal yang sangat best makanan dia. Makanan
Turkey.
Pelancong memang ramai kat sini. Semua dah mula beratur.
Memang penuh dibanjiri pelancong saja kat sini. Semua nampaknya keresahan
sebab kena menunggu lama. Tiba Air Asia sampai….kami pun naik…anak anak
kegirangan sebab nanti bila balik boleh main main kat rumah. Boleh tengok tv kartun
kartun….huhuhukkk itu saja yang diorang ni ingat???...Apa apa ajelah anak
anak!!!...
Makaaaa…dengan ini....
TAMAT lah...
Alkisah kami Sepanjang 15 hari kami di perantauan
NEW ZEALAND KU SAYANG!!!
penutup percutian znzfamily untuk Tahun 2016.
penutup percutian znzfamily untuk Tahun 2016.
Assalamualaikum sis, boleh tak sis share intinerary sepanjang pergi NZ sekali dengan bajet. :) Semoga Allah murahkan lg rezeki sis Amin
ReplyDelete