My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, October 10, 2012

Hello Kitty Town


Setiap kali hujung minggu, mesti ada saja aktiviti kami. Kali ni...tercari cari apa tempat menarik untuk bawa anak anak kecik ni bermain. Selepas saja jalan jalan sekitar JB, maka kami buat keputusan untuk ke sini...Iaitu Hello Kitty. Bukan main seeeronok kak long dan Zharfan. Maklumlah diorang ni dah besar sikit dari adik dua lagi ni.

Sebelum tu kena beli tiket dulu. Kami masuk saja, terus makan kat dalam ni. Makan tengahari kenyang kenyang barulah boleh lepaskan bermain. Nanti kalau tak makan lapar pula...abisla kalau start merengek....poning mama n papa nanti.


Jalan pasaraya kat JB dulu sebelum ke Hello Kitty esoknya.



Menunggu menu tak sampai lagi...kita posing dulu ek...berlatarbelakang  Kampung Boy




Boleh pulak si kecik Ashim ni tertidur?Ollooooo ollooo terlentok sampai macam tu sekali...empuk papa ek? Hihihihiiik







Kasi can kat mama posing yek!!



Menu kami...berbeza beza...sedap juga makan kat dalam Hello Kitty ni...



Tengok tuuu...sikecik baru bangun tidur terus nak makan...kuat makan sorang ni. Satey tuuuu habis banyak juga...



Biasalaa..sorang makan, sorang kena jaga anak anak. Kalau dah meragam kenala pujuk dan dokong pula...errrm..macam tula kalau dah keluar sorang setahun ni. 







Pintu masuk bahagian atas Hello Kitty Town ni...Happy Si kecik Ashim ni bila dah puas tidur dan kekenyangan...




Nak masuk ke Wishful Studio...nak buat apa??Aaaa jom kita sama sama masuk dalam yek...




Haaaa kami buat ni...cookies Hello Kitty...kita makeup kan diaaa....siapa punya lagi cantik ni?




Mama bantu Acim laaa....



Aikk???Ada orang tu makan dulu?hahahaha...tak sempat makeup Hello Kitty dia cantik cantik dak kena ngap! dulu..Ish..ish...Yaya..Yaya...








Taadaaa...siapa punya ni???oklaaa..Kaklong la siapa lagi...




Kat sini pun banyak persembahan yang menarik sangat. Semua teruja bukan saja kanak kanak...mak bapak jugak excited nengok persembahan yang sangat menarik ni. Kami banyak ambil video saja kat sini. Lain kali rasa nak tengok boleh buka video je kan.

Memang best la Hello Kitty ni. Dah rasa macam persembahan kat dalam Everland Korea lak nih. Tapi Everland lagi besar dan lagi banyak persembahan kat sana yang sangat memukau pengunjung. Tapi Hello Kitty ni pun apa kurangnya. Menarik dan memang patutla bawa anak anak bergembira kat sini...




Cantik sangat Set Hello Kitty ni...alahaiiii kalau boleh letak kat rumah...mesti korang suka makan suap sendiri kan???...




Kitchen dia yang sangat sweet!!!!! Terpikat la mama ni....




Semuaaa dah nak masuk dalam....fuuhhh dah berat juga yaya a.k.a Damia Sofia ni...




Alaaaa alaaa...comeeeeyyynyaa cute je langsir ni kalau buat kat bilik yaya kan??Suka ke???Botol tak pernah lepas dari mulut dia sorang ni tau. Suka sangat kemam puting macam tu. Bila la yaya nak putus susu botol ni ek?




Comel kan ruang bilik macam ni? Nanti mama buatkan langsir macam ni untuk korang nak tak? Bila la nak menjahit tu si mama sorang ni. Anak kecik dua tu bukan boleh tengok mama buat kerja kerja, mesti ada je salah sorang akan merengek. Lagi haru bila dua dua merengek...macam tu la selalunya...sabar sabar la wahai mama....ermm..




Uiihhh..ini lagi la ala ala princess kan? Macam bilik tidur Princess saja laa...sweet betul arrghhh sampai mama yang dah jatuh cinta dengan Hello Kitty Town ni!




Saja ambil langsir ni...mana tau boleh dijadikan contoh kalau nak buat nanti...




Macam macam aktiviti dalam ni. 




Nampaknya ada yang dah nangis tuuu....




Dua ni sajalah yang boleh naik banyak mainan. Yang kecik dua ni pula selalu takut takut dan nak kena dokong saja. 



Ada Thomas & Friends







Ada Pingu......




Aikk? Nangis pulak? Ok la...Ok la...penat la tu Acim ni...ok..Jom kita balik ya....

Byeee...Hello Kitty ni memang Best...kalau anak anak dah besar sikit lagi datang sini lagi pun ok. Lagi seronok sebab dah boleh jalan semua dan dapat main semua mainan kat sini....

Thursday, October 27, 2011

Macam mana?

Macam mana nak guna internet ni...broadband sangat sangat la slow...waktu malam macam ni la adanya masa....

Tadi baru ajer transfer duit untuk baju di bawah...wah..excited ni..tak sabar rasanya nak menunggu ketibaan baju ni nanti...harap-harap cantik seperti dalam gambarnya juga...




Cantik tak?..

Ermm..macam sesuai dengan tudung yang pernah dibeli online juga...cuma...tudung tu ..kena diubahsuai sikit...kurang kemas....dalam gambar..cantik..bila sampai..kainnya.....erm...nak complain byk2 pun..takde gunanya...dah beli...mahal2 tu...kena pakai juga...


Laparnya...nak turun bawah takut...macam mana ni..umah sendiri pun takut....entahla..memang penakut betul la....kalau kira..bukan ada apa2 pun...cuma...arrgghh....laparnya perut nih....kat dapur banyak yang boleh dimakan...pizza ada...spagheti ada...huhuhukk...oohh...tak boleh jadi ni....kena stop..sambung ajer esok2....kena tidur juga...ok Goodnite!!!

Sunday, June 19, 2011

winter sonata - my memory

Thursday, June 9, 2011

Shanghai May 2011

Hanya photo...apa ya nak cerita...sebab kat sini tak banyak tempat pelancongan yang cantik-cantik...cuma untuk bisnes n shopping2 saja...Shanghai...kami mencari hotel yang berdekatan dengan masjid...senang..banyak makanan halal kat sini..


Photobucket


Gambar ni waktu pagi...breakfast kat depan masjid ni...Hotel dekat ajer..jalan kaki...




Photobucket


Train kami...350km/h...lajunyaaaa



Photobucket


Dinner time...Restoran makanan Islam ni paling best la...tapi banyak lagi restoran Islam yang lain.Cuma kalau nak makan di restoran lain,kena naik teksi dari hotel...yang ni,restoran paling dekat dengan hotel..Ramai orang arab makan kat sini...boleh dikatakan area situ macam kawasan dia yang punya...cuma,Orang Melayu Malaysia..setakat ni memang tak pernah jumpa la.


Photobucket



Restoran yang atas ni pula..Restoran Madina...cuba2 jer...kot2 makanan dia sedap...tapi tak dapat tanding dengan Restoran Nikmat tadi...Patutla selalu ramai orang...yang ni tak ramai sangat yang makan..


Photobucket


OK...sedang bergambar di dalam District...Tak ingat dah district berapa ni...sebabnya banyak District yang banyak level pulak...setiap level menjual barangan berlainan.Satu level...berrrkilometer yang besar..lebih besar dari mid Valley tu...kalau jual stokin...kita akan nampak stoookiiinn ajer la...baik kalau sesiapa nak pergi sini...tak payah berangan nak bawa orang tua2...alamat...sakit sendi la..sakit lutut la....sehari berjalan...esok dah tak boleh keluar hotel dah...


Photobucket


Tempat2 ni...kalau sesiapa nak Jadi pemborong kat Malaysia...boleh la list kan apa yang nak beli...dan hanya menuju ke tempat yang berkaitan ajer la...kalau setakat nak tengok2 dulu...window shopping...baik tak payah...penaaat kaki ajer....dan satu lagi...bila dah terjumpa sesuatu yang menarik..terus ajer beli...kalau..oklah..tunggu dulu...nanti datang balik kedai ni...alamat!!!...tak jumpa dah kedai tu...Susah nak cari semula...


Photobucket



Ni Level ni..hanya jual toys ajer...ada satu kedai tu...Soft Toys dia....Teddy bear...kalau kat sini beratus harganya..memang lembut...dan kualiti THE BEST punya...tengok kad atas meja dalam shop tu...satu dunia order dari mereka...memang Coooomel sangat2.


Photobucket





Photobucket



Sebenarnya letih ni...tapak kaki mcm nk tbakar jer....sebabnya....satu2 bangunan utk shopping...lebih besar dr mid valley...dan..lebih dr 85 gate utk masuk...nnti sy ceritakan ...tgok gmbar bgunan pula..




Tuesday, October 26, 2010

Free Enterprise Day

Business & Leadership Convention - Only to registered bona-fide BWW affiliates or invited guest only.
Memang best sharing dari mereka.
Ambil gambar sebentar..yang lain masih mendengar story dan teknik-teknik to be successful in the business.

Monday, October 18, 2010

Staying Young

Anda mahu kelihatan awet muda? Kenali dulu jenis dan struktur kulit anda dahulu mengikut usia. Kulit terbahagi kepada 3 lapisan iaitu Epidermis, Dermis dan Subdermis. Kekadang ramai dikalangan kita tidak mengetahui struktur kulit sendiri tetapi terpengaruh dengan iklan dan cadangan rakan-rakan untuk membeli sesuatu produk. Tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu..apakah yang diperlukan dan produk bagaimana paling sesuai untuk kulit sendiri

Di sini saya nak share..berkongsi sedikit tentang struktur kulit kita yang berbeza...untuk mengetahui lebih lanjut...anda perlu menghadiri bengkel skin care seterusnya.
Lingkungan umur 20-25 tahun
Dalam usia begini kulit anda akan kelihatan tegang. Tapi..perlu diingat..Kolagen anda akan cepat berkurangan sekiranya dalam tahap usia begini anda terlalu berdiet dan tidak mendapatkan pemakanan yang seimbang.
Lingkungan umur 35-40 tahun
Dalam usia ini..kulit akan ternyata jelas kedutan di sana sini.Terutamanya di bahagian mata dan bibir. Pemakanan tambahan iaitu Supplement, seperti vitamin E, C dan protein amat-amat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru kulit anda.
Lingkungan umur 50-55 tahun
OOhh..dalam usia ini..peningkatan kedutan akan makin jelas..sekiranya penjagaan tidak dilakukan dari seawal usia 20 an tadi..maka anda perlu bersedia untuk kelihatan tua. Saya bermaksud, bukan kita tidak akan tua..tetapi...untuk melewatkan proses penuaan ini...penjagaan skin care dan pemakanan tambahan (vitamin) AMAT PENTING!!! Tetapi kekadang memang kebanyakkan dari kita wanita terlalu kurang kesedaran untuk menjaga kulit..bukan sahaja kulit wajah...malah..untuk keseluruhan kulit badan. Itu sebab saya katakan tadi..Pemakanan tambahan Vitamin amat penting bukan sahaja untuk kelihatan muda pada wajah...malah..untuk kepentingan dan penjagaan keseluruhan badan kita...

Sedarla wahai wanita semua...kita akan cepat kelihatan lebih berusia berbanding lelaki..kerana kulit kita sememangnya lembut dan halus...Ia perlu dijaga dengan rapi...agar kulit akan kekal halus..cantik...gebu dan anjal walaupun usia meningkat.

Pernahkah anda lihat ada dikalangan rakan2 kita apabila usia masih dalam lingkungan 20-an, kedutan sudah jelas kelihatan? Walaupun kedutan secara halus..tetapi ini amat merbahaya kerana kolagen dalam kulitnya sudah berkurangan sebelum waktunya.
Penyejatan air dari lapisan kulit anda akan cepat berlaku kerana tidak adanya penjagaan yang lengkap. Anda tahu penjagaan yang lengkap tu bagaimana? Ia bermaksud adanya pemakaian 3 serangkai produk iaitu..Pencuci..Toner..dan Pelembab....OHH..anda tidak boleh sama sekali hanya memakai pencuci sahaja.....tanpa kedua-dua produk lagi....ia perlu ada dan sememangnya ia saling melengkapi antara satu sama lain dan berfungsi untuk melindungi kulit dari kesan radikal-radikal bebas.

Banyak lagi yang perlua anda semua tahu...Tapi..untuk mengetahui lebih lanjut...samada apa kesannya sekiranya botox dia ambil...apa yang yang berlaku pada kulit..adakah anda akan kelihatan muda sepanjang masa atau sebaliknya sementara? Perlula menghadiri Bengkel Skin Care nanti yang akan di umumkan tarikhnya dalam blog ini.

Thursday, October 14, 2010

Bengkel Skin Care 10 Oktober 2010

Bersama Produk yang dipamerkan dalam Bengkel

Menunjukkan salah satu Produk Krim LX yang amat menakjubkan kesannya kerana ia dapat memulihkan kulit muka kelihatan 15 tahun lebih muda dari usia. Salah seorang artis Hollywood yang memakainya adalah Sandra Bullock

Menarik...produk yang harus digunakan oleh semua wanita yang mementingkan penampilan dan juga mahu menjaga kecantikan dari dalam secara semulajadi.



Dua model untuk ditunjukkan teknik pemakaian produk dan cara urutan muka.

Produk Artistry - Top 5 in The World
Merupakan satu-satunya produk yang mempunyai saintis dan lab sendiri. Kajian terperinci untuk menghasilkan produk-produk ini dan terdiri dari ekstrak semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
Produk Make up
Produk Skin Care

Bengkel Baru Bermula

Wednesday, October 6, 2010

Ayam golek paling sedap TERBAIK ABAD ini

Hai.. ni nak bercerita pasal makan lagi. Kami ni kuat bab bab makan ni. Kuat mencari pun ya. Tapi kalau dah sesuatu tu PALING SEDAP ABAD INI, makan akan repeat..ulang..ulang dan ulang sajalah kan.

Sebenarnya Ai makan kat sini diperkenalkan oleh seorang rakan tau. Nama dia Ina..suami dia Mawi...hahahah dulu dulu masa zaman bujang kami memang tinggal serumah di Pantai Dalam. Rumah sewa kat sini saja. Sangat Femes la Ayam Golek ni. Dulu kami selalu panggil Ayam Golek Nara. Selalu juga makan kat sini.

Jadi, bila sudah berkahwin, Ai la ajak suami mai makan kat sini. Hah hah hah..sekali dia pekena saja...sokmo sokmo la dia mahu makan kat sini. Ayam dia saja sangat TERBAIK. Ratah ayam saja boleh tu seekor berdua tau...hihihihik. Sebelum jalan di Pantai dalam ni dibesarkan, kedainya hanya di tepi jalan sebelum simpang tiga. Maksudnya betul betul dekat flat lama tu. Tapi disebabkan banyak kedai sudah dirobohkan, kedai Ayam Nara ni berpindah ke dalam sikit. Macam mana nak cakap ya, errmmm... dia berpindah ke kedai lebih besar sikit.

Jalan ni boleh tembus ke Jalan Klang lama juga. Okaylah, nama Ayam dah bertukar tau, Namanya dah jadi high class lagi tu...iaitu AYAM GOLEK LIMA BINTANG!!! Wah...wah...wah...hebat hebat. Kalau time puasa nak beli ayam kat sini, cepat cepatlah yek...memang cepat sajalah licinnya tau. Orang puteh pun ada datang beli sini.

Ni dia rupa ayamnya. Setiap kali datang sini selalu sangat snap gambar Ayam special ni...kenapalah engkau sedap sangat kan. Kalau duduk oversea ni, tak dapek la makan ayam sesedap ini, betul tak?


Bila makan kat kedai, inilah rupa ayamnya..terkangkang saja..errmmm yummy sangat okeh!!!!





Ini bila beli bawa balik rumah macam nilah rupa. Tak senonoh sikit sebab tunggang langgang terhidang. Dua ekor tu ya...sekali beli dua ekor tak hinggat Dunia lah kami ni kalau bab makan makan...errmmm syukur alhamdulillah...hehehe..