My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Wednesday, October 6, 2010

Ayam golek paling sedap TERBAIK ABAD ini

Hai.. ni nak bercerita pasal makan lagi. Kami ni kuat bab bab makan ni. Kuat mencari pun ya. Tapi kalau dah sesuatu tu PALING SEDAP ABAD INI, makan akan repeat..ulang..ulang dan ulang sajalah kan.

Sebenarnya Ai makan kat sini diperkenalkan oleh seorang rakan tau. Nama dia Ina..suami dia Mawi...hahahah dulu dulu masa zaman bujang kami memang tinggal serumah di Pantai Dalam. Rumah sewa kat sini saja. Sangat Femes la Ayam Golek ni. Dulu kami selalu panggil Ayam Golek Nara. Selalu juga makan kat sini.

Jadi, bila sudah berkahwin, Ai la ajak suami mai makan kat sini. Hah hah hah..sekali dia pekena saja...sokmo sokmo la dia mahu makan kat sini. Ayam dia saja sangat TERBAIK. Ratah ayam saja boleh tu seekor berdua tau...hihihihik. Sebelum jalan di Pantai dalam ni dibesarkan, kedainya hanya di tepi jalan sebelum simpang tiga. Maksudnya betul betul dekat flat lama tu. Tapi disebabkan banyak kedai sudah dirobohkan, kedai Ayam Nara ni berpindah ke dalam sikit. Macam mana nak cakap ya, errmmm... dia berpindah ke kedai lebih besar sikit.

Jalan ni boleh tembus ke Jalan Klang lama juga. Okaylah, nama Ayam dah bertukar tau, Namanya dah jadi high class lagi tu...iaitu AYAM GOLEK LIMA BINTANG!!! Wah...wah...wah...hebat hebat. Kalau time puasa nak beli ayam kat sini, cepat cepatlah yek...memang cepat sajalah licinnya tau. Orang puteh pun ada datang beli sini.

Ni dia rupa ayamnya. Setiap kali datang sini selalu sangat snap gambar Ayam special ni...kenapalah engkau sedap sangat kan. Kalau duduk oversea ni, tak dapek la makan ayam sesedap ini, betul tak?


Bila makan kat kedai, inilah rupa ayamnya..terkangkang saja..errmmm yummy sangat okeh!!!!





Ini bila beli bawa balik rumah macam nilah rupa. Tak senonoh sikit sebab tunggang langgang terhidang. Dua ekor tu ya...sekali beli dua ekor tak hinggat Dunia lah kami ni kalau bab makan makan...errmmm syukur alhamdulillah...hehehe..

No comments:

Post a Comment