My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Tuesday, June 8, 2010

Kelas Make up

Kelas Make-up, dan Skin care. di Melaka....untuk sesiapa yang mahukan pendapatan sampingan..Yang Terdekat kelas pada 26hb Jun 2010 di Selangor.Ingin menjadikan profesion sebagai Beauty Consultant? Boleh...anda perlu mendalami segala teknik-teknik bermula dengan mengenali kulit wajah, skin care yang sesuai untuk semua kulit wajah...cara urutan2 muka..dan segala-galanya akan didedahkan kepada anda sekiranya berminat.Kami menggalakkan lagi anda untuk mengadakan kursus2 atau kelas seperti ini juga.





Monday, June 7, 2010

Taiwan 2007

Taiwan adalah kampung cik abg kita....(ibarat je)heheh..jenjalan bawa anak pertama ke sini...Kami bercuti ke sini selepas baby berusia 6 bulan. Orang kata gegendang telinga baby tak kuat, jadi kami tak berani untuk bawa semasa dia masih kecil. Alhamdulillah..sepanjang perjalanan ke Taiwan ini dia hanya tidur saja dan tak langsung menangis.

Bila saja mendarat cepat cepat Ai susukan dia supaya tidak terasa sangat. Senang saja bawa baby Batrisyia kami ni berjalan sebab dia pun memang tak kuat menangis.







Kami menaiki train untuk ke Danshui ini. Banyak sangat permainan kat sini. Apa lagi...kami pun dah macam anak kecik je maaain untuk dapatkan toys kat dalam..Banyak jugak yang dapat tau. Best sangat sebab macam senang je untuk menang...ngeh ngeh ..ngeh...


.

Selepas saja kepenatan...kami pekena ais krim ni sekejap. Satu saja pun dah cukup untuk kami berdua. Baby tak boleh makan tau..tengok aje cukup ya. Memang terkenal Ais krim panjang ni kat sini.



Banyak kat sini permainan yang menarik hati. Nasib baik la baby Batrisyia ni masih kecil dan tak pandai meminta minta lagi. Kalau dah besar pandai nak mainan saja rasanya haru jugak bawak ketempat macam ni kan?

Selepas kami ke Danshui...kami jalan jalan pula ke sini iaitu  Menara Taipei IOI...kira inilah menara popular kat Taiwan ini. Barangan branded semua ada di sini. Sedia kan duit saja untuk shopping ok!. Menara ini ibarat sama la seperti KLCC kat tempat kita tau. Ramai juga muda mudi lepak di sini.






Hari berikutnya kami ke sini iaitu terletak di utara Taiwan. Setakat ni kami jelajah di sekitar Bandar Taiwan dan Utara sahaja. Bahagian Selatan Taiwan mungkin next time kalau diberikan kesempatan dan keizinan dari-Nya kami akan sampai juga...tungggguuu.....





Monday, May 24, 2010

Make Up Datin Julia

Istimewa dengan kerjasama dari Datin Julia, kami dapat mengambil gambarnya sebelum ke konvensyen.
















Datin Julia, untuk ke Konvensyen.

Friday, May 7, 2010

Sesi Photoshoot

Sesaja tak ada kojer kan...main conteng conteng saja la kami kat rumah ni....hahahah,...













Model Sherry





Pakai baju Ai yang dibeli dari Korea...Tuan empunya baju tak pakai pun hahaha..buat simpan dalam lemari je...







Tuesday, April 6, 2010

Make up Proses

Gambar ni di ambil semasa sesi make up di Finas..Rancangan Tom Tom Bak Bersama Make up Artis..Abang Swan.
Rusna setelah make up...ambil gambar bersama penyanyi pls..pls..pls..Kamu jangan nakal..
Turun dah nak balik Rusna ni..
Rusna...Dah Siap bertudung..boleh jalan-jalan dengan penuh keyakinan!!!

Taadaaa....MAsa ni dah siap Make up.
Close up sikit....

Dalam proses...
Blurrrr sikit gambar..


Make Up Nur


Wednesday, March 24, 2010

Sesi Makeup

tunduk jer mata si tudung hitam tu....tak sempat nak pandangla...
Ada lagi gambar2 lain...Ayza bersama jurusoleknya...
Best sangat bersama2 group ni....
Sempat posing jap...walaupun ngan HP ajer..
Gambar tak clear la..
Aksi2 di bilik makeup..
Bersama Norkhiriah...dia baik sangat...muka blur la..kesian..tgn siapa la yg bergegar ni..
Bersama Aliff..baru tahu namanya..lagunya selalu la dengar..tak tau pula ini penyanyinya..
Aizat...ring tone HP kita pun pakai lagu aizat..

Tengah Makeup Husna...cantik sangat dia..jadi macam minah Arab lak..mata besar..nanti kita letak gambar dia bila dah makeup..

Sunday, March 14, 2010

Taiwan 5-8jan2010

Selalu Post Tudung2 jer..kali ni..ubah la..Blog untuk kegiatan diri pulak...banyak aktiviti sekarang ni akan bermula..takde jual tudung lagi...ubah Profesion...tudung2 tu nak dijual harga modal dah...banyak sangat orang jual tudung...bersepah2...So...Layanzzz....

Sebenarnya Cik abg memang ada appointment dengan rakan niaga kat sini....Tapi memandangkan kami memang selalu "Sambil menyelam minum air', maka sesampai saja kami di airport Taiwan, kami terus shoot naik train ke Selatan Taiwan. iaitu Kenting. waktu sudah malam, lepas saja train kami naik teksi yang bawa ke Swan Villa ini.


                                          Swan Villa, Kenting Taiwan (Selatan Taiwan)




Waktu esoknya baru la dapat ambil gambar terang...BESSST sangat kat sini tau. Dari bilik kami kat atas, dapat lihat di tasik Swan yang mundar mandir di atas air...tak tau la mana perginya gambar tu semua.

Ok, kami berjalan di Selatan Taiwan ni di bawa oleh salah seorang staff Swan Villa ni menaiki kereta. Banyak juga tempat menarik tau.  ketika berjalan ini adalah kawasan lapang sebelum ke satu tempat iaitu dikenali sebagai Light House di Kenting ini.

Cuaca masa ni redup dan seeeejuk sangat..nyaman gitu rasanya...






Light House..Salah satu Pusat Pelancongan di Selatan Taiwan







Ini salah satu Aquarium besar kat Kenting. Ada Peguin....sebenarnya banyak gambar lagi yang best kat sini...errmm..mana pergi ek? Nanti carikan semula untuk post dan share ya.





Teropong apa tu cik kak oiii....nampak ke???





Habis je aktiviti kami 3 hari 2 malam di Selatan Taiwan, kami pun berangkat ke Taipei...Sesampai je kat Taipei..apa lagiii...tak sah kami kalau tak pekena makanan di restoran ni....Paling TERSEDAP Tomyam kat sini tau...sepanjang kat Malaysia pun tak pernah lagi jumpa Tom Yam rasanya seperti di sini. Lain macam sikit, tapiiii...TERBAIK!!


Makanan yang PALING BEST di Taipei Taiwan


Oh ya..bukan Tomyam dia saja sedap tau...jangan lupa..order juga ikan ni. masakan ayam dia pun sedap. Bak kata...pendek kata....semua makanan kat sini TERBAIK lah...dan sememangnya tak menghampakan anda yang tengah kelaparan ( sebab tak jumpa nasik kat Taiwan)




Ini lah En Yunuf..Owner Restoran..Dah masuk dlm rancangan Farah brit brit.



Lepas saja kekenyangan, apa lagi...cari bilik hotel untuk tidur la plak. Anak anak pun letih nampaknya sebab banyak  jalan jalan semasa kat Kenting tadi.



<

<

<


KEESOKAN HARINYA.......

Baru lah ke Office Alice ...Setelah selesai bincang..order...apa yang patut antara Cik abe kita ni dengan rakan niaga dia, kami pun mengabadikan kenangan bergambar. Banyak dia bagi mainan bear kat anak kami. 



Rakan Niaga Z&Z..Alice Office di Taiwan


Oh ya...bawa adik bersama.. Sherry...sebab kami takut tak dapat handle anak yang masih kecil ni. Tapi kan diorang berdua ni tak banyak ragam yang buat bising atau nangis pun..alhamdulillah..senang bawak jalan.