Bila saja mendarat cepat cepat Ai susukan dia supaya tidak terasa sangat. Senang saja bawa baby Batrisyia kami ni berjalan sebab dia pun memang tak kuat menangis.
.
Selepas saja kepenatan...kami pekena ais krim ni sekejap. Satu saja pun dah cukup untuk kami berdua. Baby tak boleh makan tau..tengok aje cukup ya. Memang terkenal Ais krim panjang ni kat sini.
Banyak kat sini permainan yang menarik hati. Nasib baik la baby Batrisyia ni masih kecil dan tak pandai meminta minta lagi. Kalau dah besar pandai nak mainan saja rasanya haru jugak bawak ketempat macam ni kan?
Selepas kami ke Danshui...kami jalan jalan pula ke sini iaitu Menara Taipei IOI...kira inilah menara popular kat Taiwan ini. Barangan branded semua ada di sini. Sedia kan duit saja untuk shopping ok!. Menara ini ibarat sama la seperti KLCC kat tempat kita tau. Ramai juga muda mudi lepak di sini.
Hari berikutnya kami ke sini iaitu terletak di utara Taiwan. Setakat ni kami jelajah di sekitar Bandar Taiwan dan Utara sahaja. Bahagian Selatan Taiwan mungkin next time kalau diberikan kesempatan dan keizinan dari-Nya kami akan sampai juga...tungggguuu.....
No comments:
Post a Comment