My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, February 25, 2018

Jom Terokai apa yang menarik di Otaru

Di Otaru ini sangat terkenal dengan menu seafoodnya terutama sekali King Crab. Bukan saja ketam yang besar, tapi kerang, udang, sotong dan shell semua besar besar belaka. Ikan Herring bakar juga sangat terkenal di sini. Ia merupakan sejenis ikan yang ada banyak telur di perutnya. 






Harga harga yang tertera...


Selepas kepenatan pusing pusing Otaru ni, hari pun makin petang, jadi kami buat keputusan untuk dinner seafood sahaja.



Sporting betul dia ni...hihihikk...


Kami memilih di sini, ini Cik Eja share sedikit menu menu dan harganya sekali ya. Bolehla simpan duit banyak banyak dulu untuk menikmati makanan di Otaru ni.




Bila hidangan kami sudah tersedia, apa lagiiii...Jom..Bismilah...Perrghhh...nak cakap kan....tak sangka betul masakan Jepun ni sangat sedap tau!. Supnya tersangat sedap. Seafoodnya lagilah manis manis dan rasa memang fresh aje. Rugilah ya kalau datang sini tapi tak merasa seafoodnya. 











Selepas kekenyangan, masing masing kata, nak baliklah sebab dah penat dan sejuk. Makin petang makin sejuk pula kat Otaru ni. Kami pun balik ke rumah dengan hanya berjalan kaki saja. Untung juga kalau kita sewa rumah dari airbnb yang dekat saja dengan tumpuan pelancong ni kan? Kami balik sebab nak solat, nanti malam nak keluar lagi.

Selepas selesai solat, masing masing duduk di ruang tamu. Jom kita keluar, tengok Otaru Canal waktu malam pulak. Kata anak anak, kami dah taknak keluar la mama...papa...penat. Lagipun sejuk sangat kat luar tu, kami nak duk rumah je la. Huhuhuk mama dan papanya ni bukan main excited nak tengok suasana romantik Otaru Canal waktu malam ni. 

Cik Eja dan Cek Ejam pikir2...ermmmm diorang ni nampaknya senyaaaap je ni kan? Kami kena pastikan mereka akan duduk dalam rumah diam diam, nampaknya mereka diaaam je ni...Tak apa mama, papa...keluarlaa dating, kami duk umah je la. Huhuhuukkk ermmm oklah..mama papa keluar tau!



Maka dengan itu, kami berdua pun keluar. Waktu tak la gelap sangat sebab baru pukul 4.44 petang. Kami pun melangkah turun semula. Makin malam begini lokasi shopping yang terkenal di Otaru ini tidak berapa ramai pelancong. Kedai pun ada yang sudah pun tutup. Kami singgah satu Kedai Coklat. Beli sedikit coklat dari sini. 



Kemudian sambil berjalan seperti pasangan bercinta gitu..kikikiihh...bila lagi peluang nak berjalan berdua kan. Kami ada singgah satu kedai ni untuk makan lagi. Nampak hanya aunty ini saja kedai makannya yang masih buka. Jadi kami makan sekali lagi. Nasi & ketam saja, pun masih sedap dengan adanya cili dan kicap seperti sushi tu. terkenyang pulak kami berdua malam ini. 




Selepas terkenyang ini, kami jalan jalan sampai ke Otaru Canal. Bergambar sikit kenangan romantis di sini. Hehehe...Silapnya pakai hp Samsung S7, gambar tak berapa cantik.  Lampu lampu jadi pecah pula. Kalau pakai iphone, lawa ni pemandangan malam kat sini, tapi sayangnya hp Cik Eja dah pun kehabisan bateri.














Sebenarnya, ada dua lokasi shopping yang menarik di sini iaitu, Otaru Sakaimachi Shopping Street dan juga Otaru Miyakodori Shopping District. Jualan di sini kebanyakkanya adalah produk keluaran Jepun sendiri. Ada juga Cik Eja nampak pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis koleksi Cenderahati. Restoran terkenal juga kedai yang menjual Cheese Tart Hokkaido. Memandangkan kami berjalan dah malam, kedai kedai banyak dah ditutup.





Di Otaru ini juga banyak Museum tau. Salah satunya seperti Museum Music Box ( Musicbox Kaimero Ironai),  Museum of Venetian Art ( Deco Glass Gallery) dan Bank of Japan Otaru Museum. Di Otaru Canal Terminal banyak magnet fridge terjual di sini.


Selain itu, kalau waktu siang, korang bolehla menggunakan perkhidmatan Chuo Bus iaitu Otaru sightseeing Bus. Bolehla mengelilingi Otaru ini tanpa berjalan kaki. Tak penat dan lebih nampak keseluruhan Otaru. 




Selepas banyak persinggahan yang kami bergambar sebagai kenangan, kami pun mula melangkah untuk balik. Suasana kat sini waktu malam best jerr... Rasa selamat dan tak berserabut dengan orang yang ramai seperti siang tadi. Betul juga ada yang kata suasana sini romantik untuk kita berjalan berdua duaan, dahlah cuaca sejuk yang pastinya tak akan berpeluh.


Next Episode ya..nanti Cik Eja sambung kami ke Last Destinasi iaitu Sapporo!

2 comments:

  1. Ya allah..tabahkanlah hati SA yang meronta2 nak makan seafood macam ni ha..betul..kalau pi Jepun especially kalau x cuba seafood adalah satu kerugian yang besar

    ReplyDelete
  2. wow
    besar2 seafood dekat sini
    seronoknya

    ReplyDelete