My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Sunday, February 11, 2018

Cara kami ke Zoo Asahikawa dari Furano

Dari Furano kami ke Asahikawa. Pagi 6 Dec 2017 ini   Kami akan ke Zoo Asahikawa. Semasa menunggu bas keluar saja dari penginapan kami snow turun lebatnya. Menggigil jari Cik Eja pegang handphone ni. Happy semacam anak anak Sebab nak tengok binatang berlainan kali ini.







Jalan keluar ...tak jauh pun bus stop untuk menunggu bas direct ke Asahikawa.



Sebab kesejukan, kami tunggu dalam..





Kami menaiki bas ini pada pukul 9.50pagi. Ia direct akan ke Asahikawa. Plate bas bernombor 663. Sepanjang perjalanan kali ini, persekitaran diluar bas kami hanya memutih saja dipenuhi salji yang sangat tebal. 



Bas kami dari Furano


Sedikit pemandangan dari Furano ke Asahikawa ini. Nampak tebal betul snow kali ini. Bas berjalan agak perlahan tapi masih menepati masa. Bagusnya diorang kan?.




Kami sampai Di Asahikawa tempat jam 11.50 pagi. Bas akan berhenti betul betul Di depan Lawson. Kami akan menaiki bas kedua pada pukul 12.06pm yang akan mengambil masa selama 50 minit untuk sampai ke Zoo. 





Bas dari Furano betul betul berhenti depan ni.





Platform untuk ke Zoo Asahikawa.


Kali ini bas banyak melalui kawasan bandar saja. Besar bandar Asahikawa ini nampaknya. Memang lebih besarlah berbanding Furano. Selepas 50 minit..bas kami ini sampai betul betul berdepan dengan Zoo. Yipieeee...kegirangan nampak Dak Dak Kenit kami ini.







Se sampai saja kami, terus beli tiket di kaunter. 


Masing masing kena pi toilet dulu. Kesejukan nampaknya kali ini. Selalu Kalau pergi Zoo kan..panaih lik lik je kan? Kali ni best jeee..sebab sejuuukk..jalan jalan dalam keadaan sejuk memang best. (Bagi Cik Eja la, Sebab tak berpeluh)

Lepas satu satu kami tengok binatang kat sini. Banyak binatang yang memang berada di kawasan cuaca sejuk. 




Biasalaa..binatang pertama yang kami tengok adalah pinggu. Gemuks gemuks sangat pinggu kat sini...comel2nya dia. Gebu je badan..rasa macam nak pegang je. Kalau Di New Zealand dulu, pinggu yang dijaga tak boleh nampak manusia..sebab mereka akan cepat mati katanya. Itu spesis Pinggu yang dah pupus. Kat Zoo ni ok je..












Setelah puas berjalan, dan kesejukan sangat kat luar ni kami duduk di satu tempat berteduh untuk makan Di sini. Ada disediakan meja dan kerusi kat sini. Kelaparan aje anak2 kami kat sini tau. Nasib baik kami bawa bekalan banyak. Kalau nak harap makan kat sini... susah jugak ya.












Bila dah kenyang, kami teruskan lawatan kali ini. Hihihik lawatan ke atas binatang kesukaan diorang ni. Ada serigala, burung hantu, Anjing laut dan macam macam lagi.














Bagi cannn la Cik Eja nak posing ya...hihihik..perjalanan nak keluar dari Zoo


Bila zoo ini dah nak tutup. Jadi pukul 2.30 petang kami pun keluar dan menunggu bas Untuk balik ke bandar AsahikawaSekejap saja bas pun sampai. Ramai sangat menunggu bas Untuk balik kali ini. 

Sampai saja Di Asahikawa, kami ke Aeon Mall kat sini. Kami sebenarnya nak cari makanan. Hihihik kelaparan weh kita sejuk sejuk ni. Kami beli nasi dan juga Tempura. Tak semua yang boleh dimakan ok! Sushi pun tak boleh tau! Sebab ada menggunakan wain dalam tu..(vinegar) Cik Eja bertanya semua tu pada staff kat sana berpandukan   Nota kami yang Di save dalam hp ni. Staff kat sini baik baik saja, sangat membantu tau. Tanya je makanan yang teringin nak makan, Tapi Kalau tak boleh, memang dia kata tak boleh.











Bila dah habis pusing, kami pun keluar makan. Ada je kat sini ruang makan, meja dan kerusi. Kami pening jugak awal nya tau!! Kenapa? Anak kecik sorang ni minta pizza 🍕 huhuhukkk jenuh nak explains yang kat sini tak halal...fiuuhhhh..lepas memujuk baaaruulaah dia kata ok...beli tempura udang ikan dan sotong. Memang sangat menyelerakan tau sesejuk macam ni. Hihihik jangan lupa bawa lah sekali sambal hari tu yang Cik Eja cerita tau..lagi bertambah selera ni.

Ok...lepas saja makan kami menunggu Bas Untuk ke Furano Di tempat sama iaitu betul2 depan Lawson. fuuhhhh memang sejuk melampau pulak malam ni tau..menggigil kami sementara bas nak sampai ni. Jangan risau, tunggu dalam kejap..satu@ dua minit lagi time bas sampai keluar lah..transport kat sini kan tepati masa. 








Kami tunggu kat dalam dulu, sebab kat luar sejuk betul..tak tahan la.



Bas Schedule kat sini ya..


Alhamdulillah...dalam bas memang tak ramai orang...hihihik tidur nampak semua anak kami sebelum sampai ke Furano..Malam macam ni tak nampak suasana luar kan..tapi apa2 pun..memang satu pengalaman yang sangat Indah ke Asahikawa ni. Banyak lagi tempat menarik kat sana tau..lain kali ada masa Cik Eja cerita ok.

Ini nak habiskan story Hokkaido cepat2, Sebab nanti ada next destinasi kami...ermmm banyak lagi part tak habis Hokkaido ni...fiuuhhhh..

Jumpa lagi ya..cerita dari Furano ni...

1 comment: