My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Friday, February 23, 2018

Rumah Sewa kami di Otaru, Hokkaido

Pukul 12.40 pagi 8 Disember 2017 kami bertolak dari Sapporo ke Otaru. Bas kami melalui Shinko - Shiomidai - Okusawaguchi - Sumiyoshi-jinja Shrine - Shiyakushoidori dan seterusnya ke Otaru Station. Kami hanya berhenti di tepi jalan sahaja tanpa ke Station memandangkan rumah kami hanya berdekatan saja.


Tepat pukul 2.40 kami sampai betul betul di rumah. Kami menyewa sebiji rumah di sini. Lebih besar dan sangat selesa untuk kami berenam. Berbiji biji butiran salji jatuh dari langit kali ini. hahahah siap anak anak tadah mulut nak makan ais katanya...haissshhh korang ni memanglaa. Masing masing kesejukan sementara papa membuka pintu. Ada aunty sebelah sedang membersihkan jalan rumahnya dari diliputi salji yang makin menebal.





Bila kami masuk saja dalam rumah...arrghhhh semua berlumba lumba untuk memanaskan badan di heater yang baru saja kami on kan. errrm.... kesejukan dan menggigil masing - masing. Malam ini kami hanya merehatkan badan dalam rumah sahaja.





Bila saja makanan siap, semua makan dan berehat diruang tamu. Tv nampaknya terpasang, tapi masing masing duk mengadap hp saja!! eeiiisshhh...mengeleng mama tengok diorang ni tau, taksub sangat kalau ada WIFI2 free ni. Sanggup tu tak nak naik tidur lagi memandangkan nak tengok kartun youtube.

Untuk pengetahuan, kami menyewa rumah 2 tingkat. di bawah ada ruang tamu, kitchen dan bilik air. Manakala di atas ada 3 bilik. Master bedroom ada 2 katil queen dan dua bilik lagi masing masing 1 katil queen. Kalau korang teringin datang ramai ramai, sini sangat selesa.










Hahahah menyibuk je makcik ni...sebagai kenangan jerr...





Cuma, kat sini owner siap bagitahu supaya jangan bising bising. Katanya, jiran akan buat report kalau rumah bising dan mengganggu ketenteraman mereka. Inilah salah satu sebab kenapa kami sediakan satu sorang hp pada anak anak. Kami risau diorang ni akan main main, lari lari dan menjerit ke, sepanjang dalam rumah.


Kalau ada hp, sekurang kurangnya masing masing duk diam dan mulut pun diam. Lepas je balik dari Hokkaido ni, segala kemudahan ini akan ditarik balik, tak ada internet internet lagi. Lagipun kat rumah kami memang tak ada wifi2 pun. Tak naklah diorang terdedah setiap hari dengan internet ni...takut ketagih dan tak nak belajar pulak nanti.


Keesokan harinya, 9 Disember 2017, selepas sarapan saja kami terus bersiap untuk keluar. Buka saja pintu...arrrghhh pintu stuck...tak boleh dibuka memandangkan salji tebal diluar. Nasib baik Cek Ejam tolak sekuat kuatnya dan menolak salji yang banyak ini dengan kasut. Perrghhh...berjalan keluar pun tenggelam kasut kami dengan salji. Jangan masuk sampai stokin basah sudahlah kan. Kalau termasuk memang tak selesalah jalan sebab kaki kita akan basah. Itu pentingnya pakai kasut boots atau apa apa saja kasut yang kalis air dan lebih tinggi dari buku lali.








 Sementara papa pakai kasut, sempat lagi dak dak kenit ni main salji kat luar. Rumah ini atas bukit tau. Kami turun saja dari rumah, terus jumpa Otaru Clock. Maksudnya, kami tak perlu menaiki kenderaan apa apa memandangkan rumah kami sewa ini betul betul berada di kawasan tumpuan pelancong.


Kami masuk sekejap ke dalam Otaru Orgel Museum dan Cik Eja dapati banyak sangat cenderahati menarik kat sini. Kebanyaakanya diperbuat dari kaca. Paling banyak juga music boxes, cute cute saja semuanya. Memang lawa giler tau. Harganya pun sangat LAWA juga yek. hehehehe...











Selepas puas dalam ni, kami pun keluar. melintas saja jalan, bermacam macam jualan seafood, aiskrim, coklat di sini. Kami singgah beli jagung di sini dan bergambar sana sini. Ada pula Olaf besar...errmmm layan je la lepas sorang sorang nak posing kat sini. lama jugakla berposing diorang ni kat sini.




























Otaru Canal

Kat sini memang ramai betul pelancong. Nak bergambar pun susah, asyik ada je yang melintas. oklah...ini saja gambar terbaik setakat kami kat sini pagi ini.



 OTARU CANAL.














Selepas bergambar kat Otaru Canal ini, kami pusing pusing lagi. Jalan jalan sambil cari makan malam kami di sini.

Bersambung ya kisah Otaru ni...apakah yang menarik di Otaru.

4 comments:

  1. Bestnya.. Teringin gak bwk ank2 men ais kepal.. Hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa kat Hokkaido ni memang best Kalau nak buat ais kepal...🤗☺️ Nak guling2 pun macam berada atas tilam empuk jeer

      Delete