My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, February 5, 2018

Jom ke Alam Fantasi Fairytales Ningle Terrace

Pertama sekali bila tau tempat ni sebelum ke Furano, terus Cik Eja set dalam kepala, ini WAJIB pergi ni...





Ningle Terrace memang tak jauh mana dari kami bermain ski tadi. Pandai abang mencari jalan kan? Dia bab planning2 memang terror Cek Ejam kita ni. Berserah je la..semua bisa. Hihihik lain ngan Cik Eja..kang bawak mana2 sesat! Hahaha. Ningle Terrace ini dibuka dari 12 - 8.45pm tau.

Lepas Kami selesai Di Furano Ropeway tadi, jom kita jalan je kejap. Tak sampai 10minit pun dah sampai ke sini..dalam 5minit berjalan je sampai juga kami ke Ningle Terrace ini. 



Dah pun sampai...



Masa sampai masih cerah..belum maghrib lagi.

Wah wah wah..masa first time Cik Eja tengok gambar ni masa tengah search tempat tempat menarik kan..terus terbayang..waahhh ini macam kedai yang Ana Frozen pergi je malam2..dipergunungan tu..masa mencari Elsa...kikikihhh..terus berangan macam berada di alam Fantasy jerr..








Makcik berangan jap....


Kami sampai sini waktu cerah sikit..dah masuk je dalam terus malam je suasana sini. Lampu2 bercahaya..kawasan tak besar mana..boleh je habis pusing sini.

Kebanyakan shop Di sini menjual barangan kraf tangan tau. Cantik cantik je semua. Anak anak pulak kali ni kesejukan..kalau siang dah negatif..malam lagi la sejuk kan..



Satu shop yang tumpang...belilah juga Olaf dan sikit cenderahati lain kat sini..


Kami tumpang heater satu kedai ni..sambil beli sikit barang cenderahati. Bolehlaa duk lama sikit dalam ni kan. Papa kata nak tunggu je dalam..jadi, mama pusing2 lah ngan kaklong sambil bergambar.








Bila habis satu satu kedai..Cik Eja pun masuk ke dalam shop tadi. Ok..jom..dah habis jalan dah..Dak dak Kenit ni..kenapala tak tahan sejuk sangat..baju dah memang berlapis2 tu..haiiiissshhh...sib baik kami ada jugalah mengabadikan kenangan depan shop ni..













Sedihnyaaa nak tinggalkan Alam Fantasi Cik Eja ni...huhuhuk...

Waktu dah makin gelap tau. Bas memang tak adalah waktu macam ni. Jadi kami pun masuk ke Hotel Prince Untuk meninjau apa ada kat dalam. Pergi shop dalam tu dan beli sedikit magnet fridge kenangan sepanjang Di Furano.



Sebenarnya Dak Dak kenit ni nak Pow Papa...pening..asyik nak mainaaaaann je manjang tau!


Selepas tu, kami ke receptionist hotel ini untuk minta mereka call teksi. Alhamdulillah..sekejap sangat teksi yang besar boleh memuatkan kami berenam pun sampai. Sekejap saja kami pun sampai kat bilik.








Arrghhhhh leganyaaa....kata kanak kanak girang ni..sebab dalam bilik kan panas. Adooii Korang ni..kalau Korang tak merengek sejuk sejuk rasanya mama lelama lagi kat  dalam shop tadi tau...tak puas rasa pusing2 situ..sebab kedainya cute cute dengan suasana yang sangat cantik...


Untuk pengetahuan, kalau korang nak ke sini, caranya boleh naik Furano shuttle bas dari JR Furano town ataupun Furano Town. Kemudian, berhenti dekat New Furano Prince Hotel tau.

Kalau korang duduk di hotel Prince ni senang la. Terus turun dan jalan sekejap dah pun sampai ya. Kami tak naik bas dari JR Furano sebab penginapan kami ni dekat saja dengan Ningle Terrace ini.


Begitulah alkisah Untuk hari kedua kami Di sini..seterusnya kami ke Asahikawa..ada apa Di sana dan bagaimana nak ke sana? Nanti Cik Eja cerita next part ya.. 



1 comment: