My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Friday, February 2, 2018

Tempat menarik bermain Ski di Furano, Hokkaido

Pagi ini kami bangun awal. Masih gelap diluar tapi melalui tingkap kami boleh nampak salji memutih diluar sana. Buka sikit tingkap, kami boleh pegang snow yang lembut bak powder ini. Lembut dan halus je texture dia. Sejuk yang amat pula nak mandi. Semua anak anak dikerahkan mandi awal sebab kami plan nak pergi dua destinasi hari ini. Siang yang pendek kita kena keluar awal sikit.


Selepas saja sarapan, Cik Eja bersiap dengan sedikit bekal seperti roti sandwich dan nutella. Kami keluar saja terus turun snow dengan lebatnya pagi ini. Menggigil dak dak kenit ini. Nampaknya Elsa Sofia happy semacam je dapat main, terlompat lompatlah..main penyodok snow la...haishh...jom kita jalan.





Kali ini kami nak ke pergunungan bermain ski. Kami jalan ke depan sedikit, sini banyak terdapat bas dan boleh menaiki teksi. Kami menunggu teksi saja. Memandangkan satu teksi tak muat, jadi pemandu teksi memanggil kawan dia seorang lagi untuk mengambil Cik Eja dan dua anak lagi.



Berjalan untuk ke bus stop



Sementara teksi sampai...



Sementara menunggu teksi kedua sampai..


Untuk ke sini, korang tak boleh berjalan kaki, sebab jauh juga. Ada juga bas untuk ke sini. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit ke 15 minit saja kalau naik teksi. Nak jalan kaki jauh juga sebab ia masuk ke dalam.









Sedikit pemandangan sebelum kami sampai ke Furano Ropeway ini


Sampai saja Cik Eja dan anak, Cek Ejam sudah pun menunggu untuk membuat bayaran pada teksi ini iaitu 1650yen.








Bila sampai saja terus nampak ramainya manusia kat sini. Bas pun banyak juga. Nampaknya mereka sudah datang awal pagi lagi.

Sepanjang kami menunggu teksi tadi sunyi je, macam tak ramai lagi bangun dari tidur. Kami terus ke kaunter untuk membeli tiket gondola. Yang untungnya, tiket untuk anak anak adalah FREE tau. Kami berdua saja perlu dibayar. Untung kan? Bawalah anak anak lain kali. Rezeki tu.













Selepas siap membeli tiket, kami pun pergi untuk menyewa ski & snowboard. Kami menyewa 3 saiz berbeza. Satu untuk Cek Ejam..sebab dia bersaiz besar. Satu untuk Cik Eja yang sama saiz dengan anak sulong, dan satu lagi bersaiz anak lelaki kedua. Kami nak cuba je main kat sini. Hahahah tak pernah lagi ada pengalaman bermain ski ni...hihihik excited tau!! Selalu main snow je kat swiss, sambil perhatikan orang bermain ski.



Ini harga untuk sewa 3 set..kalau untuk satu set murah sikit ya.


Dah siap isi form ni, kami pun pakai satu sorang kasut. Perrghhh beratnyaa.. dah macam robot pulak kali ni bila berjalan. Keras kasutnya sehingga kebetis. Adooiii nak berjalan pun keras rasa langkah. Sejuk lagi dan baju bertambah satu lagi. Apa apa pun kita kena teruskan juga. Semua kat sini boleh sewa tau. Nak tau? yang pelik ada chinese tu pakai skirt???? perghhh sejukkk tuh...kebal ke kulit dia ni....torkojut den nengok skirt pendek dia....








Seterusnya kami pun keluar menunggu gondola. Kalau korang tak nak naik atas pun boleh tau...tak perlu beli tiket gondola, hanya sewa ski & snowboard ini dan main kat bawah ini saja. Ramai je main kat bawah ni sebab snow memang everywhere kan. Di bawah ni Cik Eja nampak ramai pelancong juga dan ada terguling guling bila terjatuh bermain. Hahahah seronok nampak aunty2 tu tadi.


Masa kami naik tak ramai sangat. Mungkin dah ramai kat atas sana. Pemandangan cukup cantik, memutih diliputi salji.





 Bila kami sampai saja terus kami keluar...Huhuhuk lagi beku lah kat atas ni. Kami dah siap sedia ni...Hahahah ramai kat sini ada jurulatih sendiri. Ada juga kumpulan budak sekolah yang dilatih seorang seorang. Diorang pun ada jurulatih, kita? Dah lah tak pandai..memandai mandai jelah nampaknya.










Sedia...Go!!!...hahahaha....

Kami sebenarnya duk perhatikan jurulatih diorang tau. Macamana teknik teknik main ski ni. hahahah Zharfan aqil perhatikan sekejap je dah boleh menyusur laju tuuuh.. Mama??? huhuhuk dah lah sejuk...asyik terjatuh je....adooiii dah berat badan daku rupanya....




Hebat Zharfan Aqil...sekali pandang teknik dah boleh....


Cek Ejam dah kedepan nun sana menyusur...adehhh... Cik Eja cuba juga sedaya upaya...tapi...lepas je sampai mesti terguling jatuh juga....arggghhh dah boleh menyusur dua tiga kali dah mula letih tau.



Bestnya tengok diorang ni...laju semacam je tadi.




Hahahah..tak larat dah ni sebenarnya...


Terus Cik Eja panggil kaklong untuk bertukar kasut. Sib baik kasut dia memang Cik Eja muat pun. Bila dia mula main, Cik Eja pulak menggigil jari jemari sebab snap gambar dan video dia.



Laju ek tadi?...mama standby bawah ni...



Nampaknya jatuh jugak dia...hahahahah...


Si Sofia dah mula merengek kat dalam sana...sejuk sejuk katanya. Dialah paling excited nak mai Hokkaido ni...tapi dia juga yang tak nak keluar. Baby mama je Ashim duk lari sana lari sini. Seronok nampak dia menikmati Snow kat atas ni.



Tak kesejukan dia ni...nampak happy dan ceria semacam je...hihihik...Belakang sana abg Zharfan dah macam tak nak balik je tu...


Kecuali Sofia saja tak nak keluar langsung. Errmmm...bila kami dah kepuasan, barulah semua masuk untuk ke tandas. Nampaknya group lain ada yang sudah balik. Mereka pun main sekejap sekejap je nampaknya. Sebenarnya kalau sewa ni boleh je main sampai puas, tak ada limit pun selagi tak tutup la kan.


Tapi nampaknya anak anak tak tahan ni, dalam 3-4 jam saja kami kat atas ni terus kami pun turun. Sebenarnya ikutkan Cik Eja nak main lagi sampai pandai tau. Hihihik masalahnya, selain memang sejuk teramat, letih pun satu hal...anak pula nak balik...jadi memang balik jelah kita.

Sampai kat bawah kami return saja semua peralatan ski ini. Terus kami solat Jamak di kawasan luar bilik air kat sini. Ada satu ruang yang sangat cantik dan luas untuk korang boleh solat di sini tau. Selepas selesai semua...hari dah pun makin malap.


Haiiii cepat betul nak gelap kan. Kami nak ke satu destinasi lagi...hanya berjalan kaki saja boleh sampai dari sini tau. Dekat je tempatnya.


Cik Eja sambung next ya destinasi romantik cantik dan seperti fairy tales ni....

1 comment:

  1. tempat yg plg teringin saya nak pergi is hokaido...inshaAllah 1 day nanti

    ReplyDelete