My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, February 12, 2018

8 Tempat menarik Di Furano

Hari ini adalah hari terakhir kami Di Furano. Asalnya kami nak ke tempat2 yang boleh ke sana dari Sini iaitu
1)-Shirahige Falls
2)-Blue pond
3)-Hot Spring

Untuk pergi ke3 tempat ini cukup Untuk 1 hari sahaja. Memandangkan ia terletak jauh juga iaitu Biei, jadi kami buat keputusan tak pergilah. Nanti sekejap lagi Cik Eja ceritakan sepenuhnya tentang ke3 tempat ini ya.

Kami keluar agak pagi. Saja nak pusing habis Furano ni. Menikmati keindahan pemandangan kat sini sahaja sambil bermain salji. Kami memang suka santai santai macam ni. 













Sambil jalan ni..tiba tiba anak kelaparan..adehh nak cari apa boleh Dimakan ni..huhuhuk. Bekalan tak bawa kali ni. Roti dah pun habis. Jadi kami banyakla singgah 7E, McD ..terpaksa makan French fries jer. Nak bagi diam dari merengek kan. 

Itulah Kalau bawa anak anak lain kali kena standby banyak lagi makanan bila keluar. Mama ingat jalan dekat2 ni tak la kelaparan..haissshhh sejuk2 ni diorang suka makan pulak. Kalau kat rumah, 2pot nasi masak belum tentu habis tau. Puas memujuk..makanlaa..mari la makan..jawapan mereka.."dah kenyang". 

Bila datang sini lain macam pula laparnya. Peringatan..bawa anak2 memang kena bawa makanan banyak sikit ok..Roti kat sini pun tak semua boleh makan. Onigiri Salmon pulak asyik habis dan tak ada je tau.

Kami jalan pusing Bandar Furano saja kali ni..inilah sedikit gambar sekitar Furano. Tak besar pun berbanding Asahikawa, Sapporo.










4) Furano Shrine


Furano Shrine 



Sekitar kawasan Furano Shrine juga. Snow kat sini best sangat.



Sekitar Furano Shrine











Pemandangan sebelum sampai ke Furano Shrine



Pandangan kami ketika keluar jalan besar.



Ok, bercerita pasal Blue Pond tadi, Blue Pond terletak berhampiran dengan Biei, Hokkaido tau. 

Kenapa kolam bewarna biru? Pada tahun 1988, Gunung Tokachi meletus dan untuk melindungi bandar Biei, mereka membuat laluan untuk membiarkan aliran air ke sungai dan itulah bagaimana Blue Pond dilahirkan.



Kredit : Google, keadaan Blue Pond ketika Winter

Terdapat beberapa cara untuk melawat tempat ini, Kalau dari Furano, Korang kena ke Asahikawa.(Seperti kami nak ke Zoo). Manakala kalau dari Sapporo, Ia mengambil masa sekitar 3 jam untuk sampai ke Asahikawa. Kemudian, korang boleh mengambil bas ke Blue Pond. Perjalanan  mengambil masa sekitar 1 jam 10/20 minit ya.

Ada  yang perlu korang ketahui sebelum menuju Blue Pond ini.

- Kolam Biru Bukan Tarikan Pelancong Utama ok. Oleh kerana ia bukan tarikan pelancong utama, bas awam yang menuju ke Blue Pond sangat terhad. Selain itu, untuk menuju ke sana, korang perlu menunggu 4 jam perjalanan ke Air Terjun Shirahige. 
- Tetapi, kalau korang tidak mahu menunggu untuk masa yang lama, korang perlu tergesa-gesa sikit dengan hanya berjalan di sekitar kawasan Blue Pond sahaja dan boleh mengambil bas yang menuju ke Asahikawa (bas akan kembali selepas 30 minit dan akan berhenti di perhentian bas yang bertentangan).
- Bayangkan kalau musim salji ini, kawasan blue pond tidak tersedia tandas. Jadi bersiap sedialah untuk bertahan ya!..hehehe... ini jika korang pergi semasa winter. Walaubagaimana pun, korang boleh menikmati pemandangan tempat ini. Ia jauh dari hotel2 ya. 

Tarikan terdekat di sini ialah Air Terjun Shirahige, yang terletak 5 minit sahaja kalau dengan kereta dan 45 minit bila berjalan kaki. Sedikit hotel akan dapat dilihat berhampiran kawasan air terjun ini.

Hanya bas awan, persendirian dan kereta persendirian yang mendekati tempat pelancongan ini, memang tidak terdapat teksi menunggu di mana-mana di sini. Korang kena datang berkereta atau transport private untuk merancang melawat air terjun dan Blue Pond tau.

Tidak Terdapat gerai makanan dan minuman di sini ok! Tips untuk bertahan sepanjang perjalanan Korang ke sini! Salah satunya ialah : 
- Membeli sesuatu dari kedai serbaneka dan membawanya  kerana tiada makanan dan minuman berhampiran Blue Pond.
- Kedua, Pek beberapa makanan sekiranya Korang lapar semasa perjalanan!
- Sesuai dilawati dan ia sangat cantik pada pertengahan Mei sehingga Jun.

Satu lagi, jika Musim winter, pemandangan Air Terjun Shirahige tidak akan menarik perhatian. Di Shirogane Hot Spring, merupakan tempat Untuk memanaskan diri. Ia berdekatan stesen menunggu untuk bas ke Asahikawa.

Apa apa pun, masa winter tidak sesuai jika korang merancang untuk melawat Blue Pond , Ia bukan idea yang baik untuk melawat dua tempat semasa cuaca musim sejuk dan juga tidak sesuai menggunakan  bas awam. 

Sedikit info:
Jika nak ke Blue Pond dari Asahikawa, Korang boleh memandu ke selatan menuju Furano dan pergi menuju Biei.
Dari Stesen Asahikawa, ia mengambil masa kira-kira 1 jam 10 minit (kira-kira 45km).
Manakala jika dari Lapangan Terbang Asahikawa, diperlukan kira-kira 40 minit (kira-kira 30km). 
Boleh menggunakan bas atau teksi dari Stesen Biei.
■ Perkhidmatan teksi persiaran "Biei Hire" (Telefon: 0166-92-1181)
■ Bas Dohoku (terikat untuk Shirogane Hot Springs): 540 yen tambang sehala


**Jarak dari Blue Pond ke hotel terdekat mengambil masa kira-kira 45 minit dengan berjalan kaki. Peringatan juga, bahawa perkhidmatan Teksi Tidak Tersedia ok!
**Perjalanan bas awam ke Blue Pond mengambil masa sekitar 1jam 10/20minit.


5) Farm Tomita

Farm Tomita di Furano ini terkenal dengan lavendernya.Ia juga merupakan salah satu ladang lavender terbesar di jepun. Sesuai ke sini adalah pada bulan Julai untuk melihat lavender. Jika korang datang pada awal Ogos, lavender tak akan banyak ok. Ladang bunga pula terbahagi kepada beberapa nama iaitu:  'Hanabito field,' 'Sakiwai field,' 'Irodori field,' 'Spring field,' 'Autumn field,' 'Forest field,' 'Green house,' 'Mother's garden,' 'Hanabito garden' & 'Traditional lavender garden.' 









Selain ladang bunga ada juga kedai cenderahati dan cafe di sini. Jangan lupa mencuba soft ice cream lavender yang sangat sedap di sini. Kalau ke Hotel Prince, shop di sana banyak menjual barang kraf berasaskan Lavender tau. Seronok ya kalau datang bukan waktu winter ke sini. Untuk pengetahuan korang juga Farm Tomita ada menyediakan surau di tingkat atas kedai souveniers. Bolehlah solat di situ ya. 

6) Furano Ropeway  Klik sini
7) Ningle Terrace   - Klik sini 
8) Furano Ski Resort


Next perjalanan kami ke destinasi lain iaitu Otaru.

No comments:

Post a Comment