My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, January 25, 2018

Resepi Ketupat Sotong

Tiba tiba teringat je ketupat sotong ni. Kecur rasa Sebab teringin sangat nak makan. Bertahun jugak tak makan. Kalau dulu ma yang masak2 pernah la awal kawin dulu masak sekali ke dua kali gitulaa..





Memandangkan teringin sangat kali ni..baru pulak beli sotong, Walau pun agak kecil..tapi xperlah kan...boleh juga merasa. Kalau nak buat ketupat sotong ni , pakai sotong yang besar sejengkal lagi elok tau. Sedang sedanglah bila sudah masak. 












Kalau sotong terlalu besar tak sedap. Macam hilang kemanisannya. Lagipun sotong besar ni tebal. Yang ini Cik Eja beli tak sampai sejengkal, Tapi melebihi panjang ibu jari. Bila dah masak jadi cinonet pulak kan?




Ok...ini resepinya.

Ketupat Sotong

- Beras Pulut
- Sotong (badan sahaja - dibasuh bersih
- Halia (sebesar ibu jari) - mayang halus
- 1 sudu kecil Halba
- 2 biji bawang merah (kalau besar) - mayang halus
- garam (secukup rasa)
- gula (secukup rasa)
- santan
- lidi

Beras pulut dibasuh dan sejatkan.
masukan pulut ke dalam sotong. Hanya sedikit ya. tak sampai separuh sotong tau. Jangan banyak sebab nanti bila pulut mengembang sotong pun akan mengembang. Kalau separuh pulutnya, kemungkinan terlalu keras dan sotong boleh pecah.

Bila siap semuanya, boleh direbus sekejap sahaja dengan air yang sedikit sangat. Untuk mengembangkan pulut didalam sotong.

Kemudian bolehla diletakkan santan bersama halia, bawang dan halba.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Ajinomoto (pilihan)
Rasa Ketupat sotong ini sangat sedap, lemak lemak begitu.

Ini resepi asli kami selalu buat. Masa kecil kecil dulu seronoknya kalau ma masak ni. Jarang juga makan. Ia dimakan begitu sahaja ya. SEDAP....Ada juga yang makan bersama nasi. ( tapi kami suka ratah macam tu saja) Dihidangkan dengan nasi pun boleh juga.

** Ada sesetengah resepi masukkan lada hitam, serai dan ada juga gula melaka. Tapi kami tak letak semua tu.

Selamat mencuba!!!


5 comments:

  1. alaaaaa..senang je nak buatnyaaa...ok SA nak cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya senang je..Selamat mencuba..tq Amanda singgah blog Cik Eja..🤗🤗

      Delete
  2. Wah.. sedapnye ketupat sotong. Suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Best ni..lemak berkrim je rasa dia..🤗🤗

      Delete
  3. aida da lama teringin akan ni tau, ayza.
    kalu asben ada keje di tganu, selalu la kirim.
    tapi tak dpt sebab tak berjumpa penjual :(

    ReplyDelete