My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Thursday, October 9, 2014

Rome

Pagi pagi kami dah bersiap...mandi dan sarapan. Suasana kat sini sibuk juga walaupun pagi. Rasa macam suasana kat Milan je pulak. 






Pandangan dari hotel kami menginap..


Selepas sarapan semua kami ke station dulu untuk membeli tiket bas ke airport esok...senang saja untuk jumpa kaunter tiket ni...Nasib baik awal pagi tak terlalu ramai lagi kat sini.










Selesai je beli tiket...arggghhh legaaa...joommm kita teroka Rome pulak hari niii...



Berseni betul la diorang ni kan. Sampai train pun habiss kena lukis....






Colosseum pun dah nampak baru pulak...huhuhukkk 



Nampak tak kereta kuda kat belakang ni?Haaa inilah yang dibawa Diamond Diamond Amway naik untuk ke Dinner rasanya. Harganya takdela mahal mana kalau nak naik ni. Lagi murah berbanding naik gondola kat Venice. Tapi takpela tak jadi ala ala Diamond pun...kami nak santai santai je jalan sini. Tak naik pun...Sebab tak berminat...ahaksss...





Sedikit dikongsikan gambar kenangan kami sekitar Rome ni...








Tetiba kami melalui  shopping area.. alamak...apasal ramai sangat orang kat sini ya? Jom kita terjah...hehehe shopping rupannya...alamak..terbeli jugak la kami sikit-sikit...









LV lagi....



Bila barang dah banyak kat tangan ni kan...nak jalan jalan dah malas betul la...tengok tu..berpusu pusu orang...pelancong nak masuk dalam...dalam sana banyak tinggalan sejarah yang menarik..errm... tak apelaa..kami ambil kenangan gambar kat luar sudah cukup ya....Tak minat sangat kat Rome sebenarnya...heheheheh...Syarat la datang Europe meh sini jugak...Tapi Big Boss kita ni sorang minat tentang tinggalan sejarah ni...lagi lagi Rome ni macam Spain ciked  ciked kan...









Comelnyaa diaaa...eehhh terpejam la pulak akak ni..alaaa...dapat gambar kenderaan cute ni cukupla kan..






Sorry ek aunty aunty..hahahah masa  nak bergambar tak perasan lak ada diorang kat belakang tu tengah tunggu kita nak posing..hahahaha


Bila dah terbeli ni...nak jalan jalan dengan ada barang kat tangan dah rasa malas kan?..


Banyak berhenti la kami ni...penat juga nak jelajah Kota Bersejarah Rome ni...Maklumla kita guna kudrat dua batang kaki....kalau naik hop on hop off best jugak rasanya ni...





Hari dah pun lewat petang....Kali ni Senja di Rome pulak kami....errmm...sunset pun tak sempat nak ambil betul betul...ini saja yang sempat masa lepak hilangkan penat....Memerhatikan suasana kat sini sambil relax...




Selepas hilang penat..kami meneruskan perjalanan balik hotel. Kami makan malam agak awal sikit. Spaghetti malam ni tak sedap macam semalam. Sebab cheese ni kot...hahaha..xberapa suka pulak rasa dia.



Rasanya malam ni kami tak keluar dah, sebab nak packing barangan untuk balik pagi esok. Goodnite...

Keesokan pagi kami pun bergerak ke station di mana adanya bus untuk ke Airport. 






Bas memang tunggu betul betul di hadapan Hotel Madison ni....iaitu di hadapan Kaunter tiket 




Okayyy..Babaiii Rome...kami dah nak balik...memang ramai pelancong naik bas ini untuk ke airport...penuh bas ...

Baiiiii Rome!!!!



Sunday, October 5, 2014

9 Tips Mesti tahu Sebelum Melancong ke Venice

Sebelum Saya kongsikan 9 tips penting sebelum ke Venice, Ini sedikit pengalaman kami sepanjang di sini.

Kami berada di Venice hari ini. Pengalaman yang baru bila sampai di sini. Satu Venice kami jelajah hanya dengan berjalan kaki, melalui celah-celah bangunan. Hehehe..gelagat seperti orang sini saja bila berjalan tanpa menggunakan map, main jalan saja..masuk lorong bangunan yang sempit-sempit dan ada juga lorong yang agak luas sedikit. 


Maka, akhirnya kami jumpa juga station untuk beli tiket ke Rome. Sebenarnya untuk ke sini, iaitu ke seberang ada dua cara samada berjalan dengan mengharungi celah celah bangunan atau boleh menggunakan Teksi Air. Kami saja nak cabar diri untuk sampai ke sini tanpa menggunakan perkhidmatan Teksi Air.



















Seronok pula bila berjaya melalui celah bangunan yang memang boleh menyesatkan. Cayalah...abg memang hebat bab-bab jalan ni...tapi bagi yang tak biasa dan takut tersesat, blehla menggunakan peta Venezia ni...sebab kat situ ia akan menunjukkan jalan antara bangunan di sini.







Cukup unik sekali Bandar Venice ini. Semua bangunan berada atas air dan tidak ada kenderaan lain melainkan water teksi sahaja. Antara bangunan bangunan di sini, ada dibina jambatan-jambatan kecil. Ada salah seorang pemandu Gondola bercerita, katanya sebelum ini pendapatan mereka banyak memandangkan jambatan kecil itu belum ada. Setelah adanya pembinaan jambatan ini, pendapatan mereka makin berkurangan kerana orang ramai boleh menggunakan jambatan ini untuk ke bangunan bersebelahan. 


Venice merupakan sebuah pulau yang sangat kecil di Italy. Dengan kelebaran pulau iaitu sekitar 4km sahaja akan membolehkan para pelancong dapat meronda keseluruhan pulau ini. Ada tempat-tempat yang menarik di sini yang mesti dilawati seperti San Marco iaitu kawasan beriadah serta terdapatnya gereja yang cukup unik binaannya. 







Ini gambar ketika berhenti sekejap. Hahaha kami tersesat sebenarnya. Tak tahu jalan mana mesti dilalui untuk menuju ke stesen penjualan tiket train untuk ke Rome.





Akhirnya...jumpa juga ...kami dapatkan tiket ke rome kat sini. 


Sesudah saja pembelian tiket ini, lega rasanya bila tiket untuk ke destinasi seterusnya iaitu Rome dah ada. Ikutkan hati mahu lebih lama lagi di Venice ni. Suasana relax saja dan kita bercuti pun santai santai saja bila berjalan. Kami memang tak suka menggunakan agen memandangkan masa setiap perjalanan ditentukan oleh mereka. 

Lepas tu kami rasa seperti mahir pula dengan selok belok jalan di sini. Kami balik juga melalui jalan-jalan yang sempit tadi. Tetiba, kami bau sesuatu yang sangat sedap....errrmmm kena cari ni kat mana ya bau ini? Memang perut pun terasa sudah pun lapar ni. Jom kita pekena Spaghetti kat sini lah ya!. 

Kami order Spaghetti tomato sahaja. Alat alat tomato tanpa daging atau ayam. Tapiiiiii...mak oiii sedapnyaaa..rasa dia light light gitu haaa...camne nak cerita ya...dia  tak masam...tak juga manis...tapi memang sangat sedap....tawar pun tak...tapi memang secukup rasa gitu.



Haaaa ini lah rupa si sesedap rasa tuu....perrrghhhh memang Terbaiklah!!!




Inilah tempat yang kami makan Spaghetti Tomato alat alat tuuu....




Tengok tu...nak makan tak toleh kiri kanan dah tauuuu...baunya pun...fuuhhh mengiurkan je.


Selepas kekenyangan...kami pun balik bilik. Penat juga la hari ni walaupun kami jalan santai santai saja. Nasib baik pakai kasut croc yang dibeli kat Milan...Croc bukan sebarang croc tau....errrmmm selesa pulak tu jalan dan kaki langsung tak melecet...hahahaha...sekali ni aje kot pakai kasut ni....besor bebenor ghupa dia laaa... tak manis dipandang namun.. selesa dipakai.

Ok, Jom kita kongsikan apakah


9 Tips Yang Mesti tahu sebelum melancong ke Venice ini.


1) Kenalpasti Lokasi Hotel sebelum ke sini


Untuk pengetahuan, Venice ini terdiri dari dua bahagian. Iaitu, Pulau dan seberang - daratan. Seperti mana yang saya pernah kongsikan sebelum ini, kami membuat keputusan menginap di hotel yang berada di pulau dan bukannya diseberang. Kami membuat keputusan yang tepat memandangkan penginapan hotel di pulau ini lebih menarik kerana segala kecantikan, keunikan dan pemandangan gondola adalah terletak di pulau dan bukan diseberang. 


Hotel di sini memang agak mahal. Tapi ia sangat berbaloi kerana apabila waktu malam, suasana sangat cantik dan kita dapat melihat keindahan Pulau Venice ini dengan lebih dekat. 

2) Kenderaan untuk Ke Pulau Venice.


Pelbagai kenderaan boleh digunakan untuk ke Pulau Venice ini. Sekiranya anda sampai di Venice menggunakan pesawat, sudah tentunya anda akan sampai di airport Venice. Dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ataupun teksi untuk ke Pulau Venice ini. Penggunaan teksi agak mahal berbanding perkhidmatan bas. 


Setelah sampai di seberang, (samada menaiki bas atau teksi) anda perlu pula menaiki water taxi, iaitu akan membawa anda ke Pulau Venice. Tiket boleh saja dibeli di kaunter berhampiran. 


Manakala sekiranya anda yang datang ke Venice ini menaiki keretapi iaitu sama seperti kami, stesen akhir adalah Venizia S.Lucia. Di mana di sinilah destinasi akhir untuk ke Pulau Venice dan boleh mengambil Water texi sebagai perkhidmatan terakhir ke Hotel. 


3) Dapatkan Peta Venice.


Perjalanan sepanjang berada di Pulau Venice agak sukar sekiranya anda tidak memiliki peta keseluruhan Venice ini. Berpandukan peta ini, anda akan dapat menikmati tempat tempat menarik untuk dikunjungi nanti. Selain itu, ia akan memudahkan dalam pencarian jalan antara celah liku liku bangunan. 


Apa yang paling penting dan mahu ditekankan di sini, tanpa peta ini anda memang akan tersesat dan setiap perjalanan memang tersangat mengelirukan. Peta ini boleh didapati di Information Centre sebelum anda menaiki Water taxi.


4) Makanan Halal di Venice.

Untuk muslim seperti kami, makanan halal di Pulau Venice ini tidak susah untuk dijumpai. Kami ada membeli Pizza vegetarian dan juga memang ada kedai yang menjual makanan Halal dengan tertulisnya Halal di depan kedai tersebut. Jika tidak makan makanan di sini, sangat merugikan kerana pizza dan pasta di sini sangat sedap dan berbeza rasanya berbanding di negara kita. 


Spaghetti di restoran juga sangat sedap dan anda boleh makan sambil menikmati pemandangan perairan Venice yang indah di waktu malam. (Seperti mana Saya ada bercerita sebelum ini, lasagna dan spaghetti tomatonya yang sangat sedap).



5) Belajar untuk Tawar Menawar.


Berbelanja di Venice ini anda kena tahu menawar dengan berhemah. Ketika membeli cenderahati, anda boleh membuat tawaran untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Selain itu, Menaiki gondola juga anda boleh berbincang untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dari apa yang ditentukan oleh pemandu gondola itu. 


Sekiranya tidak mahu tawar menawar ini, maka anda bolehlah menggunakan link membeli tiket gondola secara online sepertimana yang saya pernah kongsikan dalam post sebelum ini.


6) Kenalpasti laluan Hotel yang akan Didiami.


Sekiranya anda telah menempah hotel yang berada di Pulau Venice ini, sila pastikan mereka ada menyediakan peta bagaimana untuk anda sampai ke sana setelah tiba dengan water taxi. Untuk lebih senang, pastikan hotel itu berdekatan sahaja dengan stesen water taxi sepertimana yang kami telah menginap. 


Ini untuk memudahkan anda dari terpaksa menarik bag  terlalu jauh. Selain itu ia agak sukar sekiranya jauh memandangkan adanya banyak tangga yang perlu anda tempuhi di sini. Ingat ya, laluan bertangga sangat banyak  disini iaitu tangga jambatan-jambatan kecil yang menghubungkan antara bangunan di sini.


7) Jangan lupa untuk Mencuba Gelato.

Selain makanan seperti Pizza dan Pasta yang sedap, ada satu lagi yang sangat sedap dan jangan sesekali lepaskan peluang untuk merasai aiskrim gelato di Venice ini. Gelato di sini sangat popular dengan keenakannya  sebagai salah satu snek makanan dan dessert tempatan.





8) Pengalaman Menaiki Gondola


Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Gondola apabila sampai di Venice. Ada yang kata tidak berbaloi untuk menaiki Gondola yang hanya sekejap berbanding bayaranya yang mahal. Tapi bagi Saya, sangat berbaloi dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan indah untuk dilalui. Pengalaman kami menaiki gondola boleh klik di sini.


Sekiranya anda rasa, harga satu gondola itu membebankan, maka teknik untuk berjimat anda boleh berkongsi satu gondola dengan 4 orang termasuk anda. Jadi untuk harga 80 Euro untuk 4 orang, rasanya itu sudah murah dan ia tidak akan dapat dirasai pengalaman sebegini jika kita melancong ke tempat lain.


9) Muzium di Venice adalah Percuma


Kebanyakan Muzium dan bangunan bersejarah di Venice ini adalah percuma saja untuk semua pengunjung. Pengalaman kami masuk ke satu Gereja bersejarah di sini, ia sangat unik pembuatannya iaitu setiap gambar di dinding mereka menggunakan serpihan serpihan marmar dan dicantumkan menjadi pelbagai bentuk manusia dan gambar. Gambar kami dalam salah satu bangunan boleh klik SINI


Sekiranya anda datang ketika pelancong terlalu ramai, tidak hairanlah bila untuk memasuki muzium di sini anda perlu menunggu begitu lama untuk memasuki setiap bangunan di sini. Sekiranya kita datang bukan menggunakan perkhidmatan agensi, Saya rasa berbaloi untuk mengunjungi kebanyakan muzium ini kerana kita boleh santai santai sahaja.


______________________________________________________________


Keesokan harinya...kami masih ulangi benda yang sama...iaitu jalan jalan. Sebenarnya sehari pun dah boleh habis jalan kat venice ni. Pulun dari pagi sampai malam memang habis dah menjelajah. Tapi kami sesaja sebab...sedih...hari ni adalah hari terakhir kami kat sini.

Sedihnya tak terhingga....









Sebenarnya datang sini nak jugak cari Burberry sebagai kenangan real dari Italy kan...tapi tak jumpa pulak la. Dah balik Malaysia baru duk tanya sorang kawan ni...rupa rupanya betul betul ada delat gambar yang di ambil ni. Dia ada berdekatan dengan Hard Rock Cafe ni rupanya. Tapi tak perr.. ini bermakna Venice masih lagi destinasi yang patut dikunjungi semula agaknya ni...errrm....Tak puas la duk sini...bestt je...

Hari ni kami beli baju T shirt sebagai kenangan. Untuk anak sorang satu dan untuk kami juga.















Posing tak hingat apa daaa....










babai venice...nanti nanti kami datang lagi yaa....cayang ciked...uuummpphh..!!!



Friday, October 3, 2014

Duomo Milan

Tak larat nak bercerita dulu...sebab sekarang sudah pun 11 malam...n di Malaysia pukul 5.00 pagi...memangla sudah ngantuk sgt ni...tapi kena solat dulu sebelum tidur....muka n gigi  belum dicuci ni....gambar dulu la...nanti2 ada kelapangan cerita byk2 sikit ya...untuk perkongsian sesiapa yg mahu datang ke Milan...

Insha Allah..semua orang Malaysia boleh datang ke sini...senang saja tambahan pula train nya tidak se "Dashyat" Paris...pening kepalo den ni hah kat sana hari tu....

Ok...goodnite!








Thursday, October 2, 2014

Melancong ke Milan

Salam pagi...Alhamdulillah selamat sampai di Milano!!...Sesampai je di Train Station di Milan...suasana sangat lah sibuk dengan pelbagai manusia yang ke sana ke sini...pelbagai jenis orang...ada yang smart...ada yang selekeh....tapi...memang ramai yang membawa beg beg besar...sama je seperti kami rasanya...heheheh

Banyaknya nak tulis sebenarnya ni...ingat nak tulis sebelum tidur ....nak menceritakan bagaimana suasana perjalanan ke sini...tapi akibat terlalu letih...terus tertidur selepas makan pizza di restoran halal dan solat jamak.....



Inilah rupa pizza nya...tak abis pun makan..bawa balik bilik untuk breakfast pagi sebelum ke exhibiton...








Ini restorannya...sangat banyak restoran makanan halal di sini...tak susah pun nak mencari...bleh la merasa makanan kat sini kan...

Banyak sebenarnya nak bercerita ni...sepanjang perjalanan ke Milan dari Swiss..sangat sangat cantik pemandangan...Ya Allah...bersyukur betul dapat sampai ke negara negara cantik ini..Syukur alhamdulillah....

Menangis mninggalkan Swiss yang Indah tu....dalam hati kami memang tertanam Impian yang kuat akan kami datang semula Swiss membawa anak anak bersama...tunggu la anak dah besar2 skit kan...sebab anak masih kecil2 dan suka meragam...bawa jauh jauh macam ni takut juga kan...masih pakai pampers pula tu...dahla belum tau n mengerti apa2...bila dah sekolah rendah pun rasanya ok skit...kalau masih kecil macam ni rasanya xleh duk diam dalam flight....mahu dia turun ronda satu flight....macamlah kakak sulong Zainina Batrisyia...kami bawa ke korea dulu.... pusing tour...jln2..prmugari nak suruh duk diam bg mainan...still jg xduk diam...nasib baik mulutnya diam....

Yang adik2 nya skrg ni mulut pula suka menjerit...aduhai...nanti haru biru pula kan..

Ok...berbalik kepada perjalanan kami tadi...
sepanjang perjalanan ..cantiknya pemandangan macamla postcard plak...sayangnya hanya pakai camera hp saja....kalau kita cameraman amator mesti lagi cantik gambarnya kan...ok...layanzzz gambar perjalanan ke Milan ya...




Banyak sebenarnya gambar...nanti2 sambung ya...nak solat subuh pula...n terus mandi untuk ke exhibiton...Nanti bila relax2 waktu malam sebelum tidur update balik ....bye..

Wednesday, October 1, 2014

Melancong ke Zermatt Swiss

Salam semua...hari ni awal pagi sudah bangun solat...sarapan dan terus beli tiket utk ke Gornergat menaiki train...belum ramai pun pagi2 ni rupanya...kami berdua dengan 3 orang china....

Ini sedikit koleksi gambar sepanjang pagi tadi.