My Wonderful Colourful Life

Jom..mengembara bersama kami..Perjalanan Kisah My Wonderful Colourful Life ini hanya untuk perkongsian semata mata. Juga bertujuan mengingati Memori memori Indah.
** P/S : Sila klik VIEW WEB VERSION untuk melihat paparan sepenuhnya blog

Monday, December 15, 2014

Melancong Ke Venice

Bertemu kembali di entri seterusnya iaitu destinasi yang ditunggu - tunggu oleh diri sendiri iaitu , Venice. Dari Milan kami menaiki train ke Venice iaitu ke stesen last sekali di Venice, Venezia S.Lucia.



Inilah salah satu destinasi Impian Zuhaiza Abuas. Yeaah!!!!!...Seronooook sangat, teruja, gumbira, dan hati sungguh berbunga - bunga. Selalu je tengok gambar Orang yang berjaya dalam perniagaan Amway sebagai Diamond ke Venice sebagai destinasi Istimewa mereka di atas kejayaan dalam perniagaan Amway. Layanan sudah pastinya vvip kan. Tapi tidak apa, asal kami dapat juga menjejak kaki ke sini itu sudah sangat bersyukur dan gembira yang tidak terhingga. 

Sesampai saja kami di stesen Venezia S.Lucia, terus kami membeli tiket untuk ke seberang iaitu tempat hotel kami. Hotel terletak  di bahagian pulau yang tidak mempunyai kenderaan darat. Kita hanya boleh menaiki water taxi yang menjadi penganggkutan utama di sana.

Setiap bangunan di situ semuanya berada di atas air. Ia sangatlah unik dan seperti antik sebab bila dilihat ia kelihatan begitu lama dan kukuh walaupun dipermukaan air. Venice merupakan satu destinasi di Europe yang masih mengekalkan identiti klasiknya tersendiri.

Ok, bila sampai saja Water taxi kami, terus kami berjalan mengikut peta hotel yang memang ada diberi ketika booking online. Dalam perjalanan ini kami terjumpa pasar yang kebanyakkan menjual buah - buahan dan sayur sayuran. Ada banyak juga rempah ratus asli dari Itali. 




Buah kat sini sangat fresh je nampak...dan rasanya...ermmm sangat enak tau!. Ada kurma, dan ada juga buah yang tak pernah kita jumpa sebelum ni,..




Inilah rempah ratus asli dari sini. Nampak rambang mata nak beli. Tapi takut lak tak pandai nak guna nanti...hihihik




Inilah jalan ke hotel kami...pintunya pun sudah cukup antik..




Kami dah pun sampai di bilik. Sempat juga berbual dengan pekerja hotel yang juga beragama Islam. Dia kata sudah menyambut Aidiladha semalam. Sebenarnya kami sampai di sini pada tarikh Hari Raya Haji di sambut kat Malaysia. Hehehe..raya kat sini saja kami. Banyak pula kawan wasup gambar gambar lauk rendang daging korban. Saja je diorang ni, buat terliur pulak kita ni.

Ok, berbalik kisah bilik kami, ada kitchen untuk memasak. Tapi kat sini dah tak masak sangat. Kat sini memang banyak hotel. Kena pandai cari tau, kalau boleh cek dulu google map dekat atau jauh dengan kemudahan macam restoran, stesen kenderaan.

Kami banyak google...asalnya nak duduk di luar pulau venice ni. Tapi, bila difikir berulang kali....semacam rugi saja. Sebabnya?..pertamanya, kita nak ke venice nak menikmati suasana sebenar bagaimana keadaan venice di waktu malam, jika kami pilih hotel yang luar, makanya waktu malam dah tidak ada untuk jalan jalan di sini. Memang jika diikutkan hotel luar dari pulau venice ini lebih murah. Alhamdulillah...kami membuat keputusan yang tepat walaupun hotel ini agak mahal harganya, tapi ia sangat berbaloi baloi sebab kami dapat menikmati suasana sebenar pulau venice di waktu malam.

Sedikit gambar hotel dan suasana di sekelilingnya.





Malam itu kami  sempat jalan jalan melihat  suasana kat sini dan gelagat - gelagat raaamai pelancong ..Melihat keindahan Venice di waktu senja....



Satu kenangan yang paling indah kat sini...Senja di Venice..



Kami mencari restoran mana yang nak kami dinner...errmm kami perhatikan merata rata orang Arab kat sini tau. Diorang makan seafood nampaknya. Jadi, Kami pun try la order jugak...Risotto...lasagna tomato alat2..hahaha sedap jugak tau...errm....




Selepas saja kekenyangan ni...apa lagi...kami pun masuk beradu...mata dah ngantuk ni...bila berjalan orang yang ramai lalu lalang dah nampak bantaaaaalll je....okeh...Jom tidoq...

Goodnite!!!!!



__________________________________________________________________________________

Keesokan paginya, Kami bangun awal jugak.Suasana sejuuuk je...nyaman betul..bersiap siap mandi dan kami turun untuk sarapan kat cafe bawah hotel kami ni.









Hotel memang menyediakan sarapan di bawah cafe...ermmm..yummy...hot coklat dia memang TERBAIK dan coklat Bun memang lembut...

Selepas saja sarapan ni...kami pun ronda ronda...semua orang memang berjalan kaki saja kat sini tau..


Sambil jalan-jalan keliling Venice ni..cari plate dan fridge magnet sebagai koleksi 




Banyak jualan macam macam ada...hihihikk..ada sesuatu yang nak tunjukkan...tapi...sensor lah...hahaha...





Pizza paling BESAR bangat tau!!!




Jualan jualan kat sini..






Kami mencari bangunan mana yang dah dilalui....kena ingat tau mana kita masuk dan nak keluar...kalau tak mesti kena tengok map lagi.

Dah puas pusing pusing ni...kami pun duduk sekejap kat San Marco.


Sebelum menaiki gondola...kami rehat sekejap...sambil melihat gelagat gelagat pelancong yang sangatlah ramai ke sini..pelbagai negara. Bila dengar diorang bercakap pelbagai bahasa ada bunyi. Oh ya, jika anda nak menaiki Gondola ini boleh juga membeli tiket secara online yang lebih murah berbanding beli tiket di sini.

Ini link untuk membeli tiket gondola secara Online ya. Klik Di sini




Inilah gondolanya yang cantik cantik sangat....Tak ramai pelancong yang naik masa ini. Kebanyakan dari mereka hanya lepak saja di situ. Ada kalangan pelancong yang kata tiket gondola ini mahal. Kami dapati tiket masa ini dalam 80 Euro.



Salah satu kenangan terindah Berbulan Madu di Venice...mestilah naik kaannn..kan...rugi ooo kalau tak naik...pengalaman Indah dan SPECIAL niii...




Senyum lebar nampak....hehehehe



Syukurnya dapat mengabadikan kenangan menaiki Gondola.



Berbual menanyakan harga untuk satu Gondola. Harga satu gondola dalam 700k duit kita...RM tau...mahal betul kan.!!!



Bangunan di sini kelihatan sungguh lama dan unik...suka sangat tengok bangunan di sini..



Gondola kami melalui celah antara bangunan.



Pasangan yang berbulan madu mengabadikan cinta menaiki Gondola di venice



Pandangan Venice dari gondola kami naiki







Sepanjang berada di Venice ni, kami sempat menjelajah dengan berjalan kaki melihat suasana di sini. Banyak melalui celah celah bangunan yang sempit. Ia menjadi satu pengalaman yang sangat menarik dan unik kat sini.

Sepanjang hari ini kami hanya berjalan jalan sambil melihat suasana Venice ini. Kami juga ada masuk di sini .









Dinding dan bumbungnya penuh dengan senibina yang halus. Semua ini adalah pecahan marmar gitu ....dicantumkan menjadi satu satu bentuk tau. Dari cantuman itulah terhasilnya gambar gambar orang. Semua ini dari pecahan pecahan kecil saja tau. lupa la nak ambilkan gambar lebih dekat.

Kami pusing habis jugakla hari ini....



Gambar diabadikan di Venice. Buat Amway lebih 10 tahun pun belum tentu akan dibawa kita melancong ke sini. Jadi nikmatilah dengan penuh kesyukuran dapat pergi sendiri tanpa reward dari sesiapa.


Di waktu petang pula...kami jalan jalan lebih jauh sikit....iaitu...melalui celah bangunan yang sempit ini...


Masuk  laluan laluan sempit celah antara bangunan....



Keluar dari celah bangunan lain pulak....


Kami sebenarnya nak mencari stesen utama untuk beli tiket ke rome. Saja nak explore dan rasa ala ala adventure la sikit kat sini kan. Boleh sesat juga tau kalau tak tengok map ni. Konon kononya nak uji hebat atau tak la kan...memang la tak kan ingat bangunan mana sudah dilalui. Lastnya kami kena nengok map jugak la sebab dah penat. Berhenti sekejap. Peninnggg ooo heheheh




1 comment:

  1. Salam sis..jika sis tak keberatan boleh tak bagitau nama hotel yg sis duduk di venice..saya akan ke venice dlm bulan mac 2016. Boleh email asliza.uz@gmail.com
    Thanks dear

    ReplyDelete