Kami suka jalan jalan cari makan Nasi Mandhi ni sejak balik dari umrah dulu. Lepas satu satu restoran arab ni kami cuba. Hanya satu saja yang rasanya ada persamaan dengan masakan kat Yaman tu iaitu AL DIAFAH. Ada satu lagi restoran di Shah Alam pun sedap.
Nasi Mandhi di AL Diafah
Kami suka makan kat sini kalau memang teringat Nasi Mandhy ni. Kalau Malas nak masak la.
Sebelum nak share resepi ni, mari kita tengok salah silah (betul ke?) macam mana kami suuuuka sangat Nasi satu ini?
Ini kami berhenti ketika kali pertama umrah dulu. Masa ni tak tahu apa pasal Nasi Mandhy ni.
Ini menu kami tengahari tu....nampak..alamak..keringnya..hehehe kita ni suka makan nasi berkuah tau
Bila balik saja Malaysia..itu yang kami pergi semua restoran arab yang menyediakan Nasi Mandhy ni...Tiba Tahun 2012 pulak, masa ni mengandung...nak sangat sangat makan Nasi Mandhy asli kan. Huhuhukk mengidam teruk betullah kali ni. Masa ni diberikan rezeki pula pada kami, Jadi dengan izin Allah...kami dapat mengerjakan Umrah kali kedua bersama kedua dua belah mak ayah dan Ma Abah...Syukurrrr tak terhingga masa ni.
Kami makan sekali lagi di persinggahan ini dari Madinah ke Mekah. Kali ni makan dengan keluarga sendiri saja. Memang makan punya lah tak hinggat gitu..makan berdua tau..dengan baby sekali ni, tu yang makan banyak..heheheh... SEDAP macam ni, mintak abang tapau untuk makan kat hotel pulak nanti. Sayang...sedap macam ni tak puas lah. Tapi, nak dijadikan cerita tak ada rezeki tu, kami bawa Nasi Mandhy Tapau ni ke cafe, tertinggal lah kat meja. Pergi lagi sekali, alamak...dah hilang tau...huhuhukkk nangis kita. Tenangkan hati masa ni...tak apalah, kan dah lepas hajat nak makan! Jadilaaaa...
Bersama Arwah Abah.... ;- ( ....sedih bila ingatkan arwah...tapi, alhamdulillah...arwah dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni...
Bersama ma juga...Inilah kenangan Paling terindah Sekali!!!
Ok..nak ceritakan pasal Nasi Mandhy kan. Inilah yang Ai cuba cuba buat. banyak kali dah cuba buat sendiri ni. pertama, Cara pakai kuali Icook ini. Best bila masak pakai ni tau. Masakan kita dalam tu khasiat tak keluar. Semua ayam dan air ayam turun ke nasi. Sebab ayam diletakkan dibahagian atas, nasi kat bawah. Terasa sangat nasi ni BEST!
Tumis bawang Holland dan Bawang putih. Pakai Minyak sapi sedap tau, kalau tak ada, Minyak lain pun ok je.
Cara masak dia simple saja. lebih kurang sama dengan penyediaan nasi beriayani. Rempah Nasi Mandhy ini saja sudah cukup sedap.
Ada lagi rempah yang sebijik rasa sedap seperti di yaman restoran. Tapi kita akan update kemudian ya. Nak cepat ni ambil anak sekolah. Rempah tu khas chef dari Arab yang buat. Memang Terbaik!. Tak perlu susah susah prepair bahan menumis lagi. Nanti kita Share ok...
Juga rempah 3 serangkai tu....biar sampai naik bau ya.
Masukan sukatan Air...Kalau 3 pot Beras...Air 4 pot ...Pakai Beras Basmathi jenis Pusa Gold 1121 ok!..Sebabnya beras ni lebih berkualiti jika dibandingkan dengan beras basmathi biasa yang selalunya digunakan dalam masakan nasi beriyani.
Kalau pakai kuali Icook ini, ai suka sebab ayam akan terasing dari nasi. Dan Air ayam akan turun ke bawah.
Bila dah masak, ayam dan nasi sama sama sedap.
Ai pakai rempah ni ya. Boleh didapati di kedai Arab ini.. Mahnaz food. Segala makanan dari Arab banyak boleh didapati di sini. Memang rambang mata bila masuk sini tau. rempah ni dimasukan dalam Nasi tadi. Ayam juga Ai salut dengan rempah ini...
Kalau nak lagi senang masak Nasi Mandhy ni, dan khasiat dia tak hilang...rasanya sedap seperti icook juga...pakai Noxxa Pressure Cooker...Puuun sangat SEDAP!...Sedap, Senang dan Mudah lagi...sebab 8 minit saja boleh Siap.
Sampai kami pernah sediakan Nasi ini pada tetamu yang datang tahun tahun yang lepas...Aik?? Tadi kami call nak datang kata kat luar lagi? Bila kami sampai Nasi dah siap?Hahahah...iya la...Noxxa kan ada....diorang tak percaya masak sendiri tu...satu satu kita tunjukkan barulah percaya...Sampai order Noxxa 2 sekaligus.
Sos dia senang saja..blend saja tomato, daun ketumbar dan cili merah ( Ai pakai cili kecil sebab nak pedas) campur 4 sudu perahan lemon dan sedikit garam (sikit saja)
Oh ya...yang bawah ini kami cuba masakan Nasi Mandhy di Mid Valley.....sebelum menonton movie kat situ kami cuba, boleh tahan Sedap nasi Mandhy kat situ...
No comments:
Post a Comment